Dec 31, 2010

Sepak Takraw VS Bola Sepak Piala Suzuki AFF

Dalam semua orang tengah demam Bola Sepak dengan Malaysia jadi juara Piala Suzuki AFF, orang kampung aku steady je. Sejak minggu lepas, padang bola sepak depan rumah aku ni dah di transformkan jadi gelanggang sepak takraw. Budak-budak kampung aku ni dah tak pandang bola sepak. Masing-masing duk tunjuk skill main sepak takraw tapi teknik libasan dorang memang hancus. hehe.. Belajar lagi ye dik.

Sepak Takraw VS Bola Sepak, Mana lagi best ek?

Kalau main, aku tak tau mana lagi best sebab memang tak penah main pun tapi kalau tengok lagi suka tengok sepak takraw.

Hasil rompakan dari Miss Google

Haa, kan best tengok sepak takraw. Kepala ke bawah,kaki ke atas, badan berpintal-pintal, memang hebat lah. Terbaik!!!!

Dec 23, 2010

Lesen Memandu

Masa pergi kursus sehari nak buat lesen aritu, memang mengantuk tahap gaban la duduk dalam dewan. Berapa kali ntah aku tertido. Yang pasti, bila aku sedar je kompem orang laen tengah gelak. Aisyyy...

Tapi ada satu citer ni memang kelakar la. Ni pun ehsan dari adik aku, aku tak perasan pun bila si penceramah tu cakap.

Tempat aku nak kena test jalan raya nanti memang banyak lori. Ada sekali tu, mak cik ni dah tua, masa test jalan raya, 2 bijik lori kat depan dia. Dengan berlagaknya, mak cik tu tanya jpj kat sebelah dia. " Nak kena potong tak lori tu en?"

Terus jpj tu geleng kepala. Ye la, jpj tu mesti sayang nyawa dia lagi.hhahaha

Tapi memang berbaloi mak cik tu tanya, sebab dia lulus dapat lesen. haha

oh ya, mak cik tu eksyen je lebih, padahal dia memang tak berani pun nak potong.kihkihkih

Dec 20, 2010

Si tua kerepot TAPI GATAL nak KAWEN

Betul-betul tak paham la bila tengok si kerepot yang rumah kata pegi, kubur kata maghi ni gatai nak kawen lagi. Oitt, si bengong 2x sekalian, kalau nak kata sunyi, orang laen boleh je tahan tak kawen lepas dah mati bini/ laki.

Pulak tuh, yang aku tak paham si perempuan tua yang ada kerjaya boleh pulak lepas laki mati gatal nak kawen lagi. Kalau nak kawen ngan laki yang ada kerjaya + kaki masjid ok jugak. Ni pilih yang tak bekerja, kaki pukul bini(kalo x, tak kan bekas bini dia bulih lari). Bukannya ko tu tak boleh nak hidop sendiri. BANGANG!!!!!!!!!!!!

p/s : maaf, emosi sikit di pagi2x buta.. hehehhe..

peace no war ok!!!

Dec 19, 2010

Penganggur Terhormat

Kerja-kerja penganggur terhormat ni jangan nak kutuk sangat. Sejak bermulanya aku pegang jawatan ni, best jugak. Baru sehari. hehe.. Boleh bangun lambat-lambat sikit, boleh tido lambat-lambat sikit tapi sebab dah terbiasa, pukul 11 dah tido, pukul 6.30 dah bangun. Betul la orang cakap, kalau dah terbiasa memang susah nak ubah kan??

oh ya, hari rabu ni aku ada interview. Doakan semuanya baik-baik yer.

Dec 8, 2010

Selesai sudah

Alhamdulillah, presentation industrial training dah settle. Ingatkan dah settle pezen ni, buleh nak huray..huray... Rupa-rupanya, harapan tinggal kenangan la pulok. En Radzi cakap, website yang aku develop tuh, tak sesuai untuk staff kat tempat aku li nih nak update. Ye la, teknikal sangat sebab aku develop guna Adobe Dreamweaver cs3. hehehe.. Sah-sah staff kat sini tak de IT background, aku pulak nak suruh dorang manage cs3. hahaha, Isy..isy...isy..

Takpa-takpa, mari kita sama-sama belajar cara-cara nak bangunkan website menggunakan joomla dan wordpress.. Mula-mula sekali, kena la download joomla tu takpun wordpress tu ye. Tak tahu nak download kat mana? Google je.. hehehe.. Taip joomla takpun wordpress, kompem jumpa.

Ok, bila dah siap download, baca la readme ye.

errkk, sambung nanti la, ngantuk la pulak.. huargh!!!!

Dec 1, 2010

Menghitung Hari, Detik demi Detik

Lagi 2 minggu nak habis praktikal. Cayalah, rasa sekejap la pulak.. hahaha.. Gumbira nak habis li, tapi report tak siap-siap lagi. Aiyarkkk... Oh ye, sekarang aku li bersama-sama dengan 2 orang budak praktikal baru masuk. Kira yang li dengan aku sebelum ni semua da abes. Siyes aku jeles..huhu

Pulak tu yang baru masuk ni dua-dua lelaki. Memang tak best sangat la. I kan malu-malu yuu.. hahaha. Tapi bagus r dorang, walaupun aku ni senyap sikit dorang tetap gak carik topik nak borak ngan aku.. haha.

Ahh, tak kira, report tak siap pun aku nak countdown jugak hari-hari terakhir nak habis li nih. hahahaha..

Nov 23, 2010

Celcom is ........

Semalam, Isnin, 22 November 2010, perkhidmatan celcom kat Kelantan memang ngokngeks betul. Boleh pulak network busy sepanjang ari.. Sepanjang hari tak boleh call dan bersms. Nasib baik petang pukul 5 tu dah boleh sms, call je yang tak dapat.

Aisyy... Celcom ni tak tau ke seluruh family aku ni penyokong setia dia??? Aku tak boleh call family aku nak mintak dorang amik aku kat opis petang semalam. Nasib baik mak aku da terpacak depan opis pukul 5 semalam. Kalau tak, kompem aku suh dorang beralih angin, tak payah nak sokong sangat Celcom nih. Hampeh je lebih!!!!

Nov 19, 2010

Sepak Takraw Malaysia

Tetiba minat tengok sepak takraw. hahaha. Terpacak depan tv duk tengok Sukan Asia. Sokongan penuh lagi kepada pasukan Sepak Takraw Malaysia. Dari kosong pengetahuan pasal sepak takraw, terus dah tahu sikit-sikit pasal sukan ni.

Dah tahu tekong tu apa, apit kanan, apit kiri, libasan pari, servis kuda., killer... Dan saya sudah mengenali beberapa pemain sepak takraw Malaysia.. hahaha.

Putra- apit kanan, killer.. Libasan dia hebat tapi Tarian depan jaring dia lagiiiiiiiii hebat!!

Arif- Apit kiri, feeder - Kecik molek. Pon pandai menari depan jaring gak.

azman- tekong. Lambat dapat rentak, sekali dah dapat, kirim salam je la kat pasukan lawan..

Farhan- Apit kiri, feeder. Pon kecik molek gak.kakak aku cakap, best jadi farhan ni sebab keje dia senang, jarang dapat pegang bola. (kakak aku ni tak tau pasal semua jenis sukan yerr)

Shaharudin ke shafarudin ek? - Apit kanan, killer.. Libasan terbaik, mantap. Aksi bersahaja. Cun. cool..


Ada lagi la beberapa orang yang aku tak ingat nama.

haha..tiba-tiba pulak rasa diri ini sungguh hebat.

Selamat berjuang pemain sepak takraw Malaysia esok. Final Sukan Asia.

Nov 14, 2010

Baca Quran setiap pagi

Pelajar Muslim di Terengganu akan membaca Quran setiap pagi sebelum bermula sesi pembelajaran dimana ianya akan dilaksanakan bermula tahun depan. Alhamdullillah.

Tak kisah la kalau awal-awal pelaksanaan budak-budak ni kena paksa pun. Untuk kebaikan dorang jugak. Ye la, kalau tak dipaksa kat sekolah, belum tentu kat rumah dorang mengaji. kan? kan?

Ikhlas tak ikhlas belakang kira. Aku selalu jugak dengar orang cakap, kalau kita buat sesuatu kalau tak ikhlas baik tak payah buat. Contoh paling senang, nak pakai tudung bila dah betul-betul ikhlas nak pakai. Tak nak pakai tudung kalau dipaksa. Tapi bagi aku, kalau kena paksa buat benda baik apa salahnyakan? Ni pendapat aku je la.

Contoh terbaik, kat opis aku sekarang, memang kitorang wajib baca quran, tafsir dan belajar tajwid setiap pagi.Awal-awal dulu tensen gak sebab macam kena paksa je kan, tapi bila dah lama dah terbiasa pulak. Ye la, memang dapat banyak ilmu la masa sesi tazkirah pagi-pagi kat opis tuh. Tenang je nak buat keje lepas mengaji. Tak percaya? Try buat dulu....

Nov 7, 2010

Kuliyyah jumaat

Aku nak kongsi sikit. Hari Jummat aritu, kuliyyah jumaat bincang pasal penyakit hati. Ada satu part yang menarik perhatian aku.. Aku rasa benda ni hari-hari jadi kat aku.

Bila mak suruh buat ape-ape keje, kompem ni yang keluar dari kita.

"ughhhemmm"

Ustaz tu cakap dah macam lembu mengaum. Nak buat cam mana, anak angkat lembu. haha
Memang kelakar la ustaz tu, tapi apa yang dia nak sampaikan tu berjaya. Majoriti anak-anak hari ni bagi respond macam ni bila disuruh buat kerja. Tak terkecuali aku.

Nov 6, 2010

6 Minggu - Kesabaran mengatasi segalanya

6 Minggu je lagi nak abes latihan industri. Lepas ni status pelajar@student@mahasiswa akan terlucut serta-merta. Dah tak sabar rasanya, tapi risau jugak, boleh ke tak aku dapat kerja lepas abes li nanti. Kalau boleh, tak nak menganggur lama-lama sangat. Sebulan dua tu ok la lagi... kihkih

Tiap-tiap hari , asal sampai opis, benda pertama aku tengok - Kalendar - Duk kira berapa hari lagi nak habis li, jengok-jengok cuti, duk pangkah tarikh yang dah lepas. Terok kan? ahaha..

Yang pasti, cuti raya haji tak sampai 2 minggu lagi... Yezza!!!!

oh ye, aku dah tak de exam final ye start sem ni, maka selamat berfinal exam yang tengah tenung handouts tuh!!

Nov 4, 2010

Vampire Diaries vs Ponti anak Remaja

Drama Melayu memang terbaik. Hari tu sempat aku tengok Ponti anak remaja mini series. Kagum betul aku dengan si Liyana jasmay(betul ke aku taip nih??) dengan 3 ekor pontianak lagi tuh. Pandai-pandai pontianak dekat Melaysia ni, boleh masuk kolej. Setanding dengan pontianak dalam Vampire Diaries.

Tapi siyes cakap la, Liyana memang tergedik-gedik dalam drama ni. Tak sanggup mata aku ni memandang. ouch!!!

opss.. sejak bila aku layan drama melayu nih? hahaha

Oct 31, 2010

Mencipta Sejarah

40 tahun menanti, akhirnya Kelantan menang Piala Malaysia.

haha.. suka sangat tengok bola malam tadi.. Bertambah-tambah suka, berlipat-lipat kali ganda kegembiraan bila sape ntah yang umum kelantan cuti umum hari ni. Aisyy.. ingatkan dah tak jadi cuti sebab dalam paper utusan ari jumaat, MB kelantan, tok guru cakap dah tak boleh bagi cuti. ye la, kan 4hb dah cuti. hehe.. Kira semalam memang betul-betul surprise dari tok guru la. hahaha..

Apa pun.. Tahniah dan terima kasih pemain Kelantan aka The Red Warriors kerana anda

er...

er...

er...

Aku CUTI ari ni... hahahahah


Oct 28, 2010

Surat Terbuka Kepada Celcom Broadband

Kepada empunya Celcom Broadband Kompeni (CBK)

CBK, pada minggu lepas saya sudah membuat bayaran bil celcom broadband melalui CIMB Clicks. Dan sudah pasti semasa pembayaran dibuat, saya menggunakan Celcom Broadband. Ternyata hasilnya sangat memberangsangkan. Saya telah membuat pembayaran untuk 2 bulan terus gara-gara perkhidmatan internet yang CBK sediakan sangat hebat. Maka, bil bulan November tak perlu saya jeleskan lagi.

Dan kisah pembayaran bil ini menjadi semakin hangat apabila ibu saya yang terjumpa bil Celcom Broadband bulan September telah sekali lagi membuat pembayaran melalui CIMB Clicks. Ini bermakna, bil untuk bulan Disember juga telah dijelaskan.( Bagus betul mak saya nih, bayar bil tak tengok pon tarikh bil tuh)

Kesimpulannya daripada kisah pembayaran bil terhangat di abad ini, saya mengharapkan agar CBK dapat menyediakan perkhidmatan internet yang tiada tandingnya kepada saya. ( 2 bulan tu dah advance bayar)

Sekian Terima Kasih.

Pecah kaca, pecah botol budu,
sudah baca, tenet kena la laju....

Menang kalah Belakang kira...

Final Piala Malaysia sabtu nih. Kelantan lawan Negeri Sembilan. Kelantan Menang atau kalah belakang kira, yang penting aku nak tau, Ahad ni tak cuti ke? Aku dah bersedia malas nak datang keje ahad nih. Report li tak siap ape pon lagi nih. Buku log tak payah cerita la, ade dekat 3 minggu x terusik.. kihkih.. betul-betul dasar pemalas...

Oct 20, 2010

Siaran Langsung

Bosan keje hari ni. Dua orang student praktikal tak datang keje. Penat mungkin malam tadi balik lambat. Aku je yang terlebih semangat datang. Terpaksa melalui hari yang suram sendirian. Oh sadisnya!

Malam ni bola. Separuh akhir, Kelantan vs Kedah. Siaran langsung rtm, media terhebat seantaro dunia. Ya, dengan pengulas yang terlebih adil, aku rasa tengok bola malam ni ada baiknya off kan saja soundnya. Lagi molek rasanya tengok bola tak de sound, baru boleh khusyuk dan tawaduk orang kata. tak begitu Fam?
kihkih

Oct 11, 2010

Penjaga Gol dikenakan Kad Merah??

soalan adik aku.

"Pernah tak penjaga gol dilayangkan kad merah??"

haha.. giloss, kalau dah penjaga gol dapat kad merah, dah terang-terang dia kena buang padang.Abes tu sapa nak jaga pintu gol ? hahha

Oct 7, 2010

Website

Membuat website tidak semudah yang disangka. Banyak benda nak kena fikir. Gambar elok ke tak, warna background sesuai ke tak, text ok ke tak.. huhu.. Tu belum lagi masuk bab koding nih. jenuh nak pikir.

Bos pulak, macam-macam yang dia nak. Lepas present dengan dia aritu, lain pulak dia suruh buat. Haisy, idea dia memang kreatif la. Kreatif pon, aku pulak yang nak kena buat perubahan kat website tuh. hehe.. Redha je la.... Proses belajar jugak nih. Tak merugikan aku pun. Betul dak??

conteng ayam: aku ingin tido!!!! ngantuk wei hujan2x nih!


Oct 6, 2010

Status Pesbuk aka Facebook

Ada 2 ekor kucing kat umah aku sekarang. Sekor anak, sekor mak. Memandangkan dorang ni anak beranak, maka maknya yang berwarna hitam telah menurunkan gen bulu hitamnya kepada anaknya. CIs, ape pekdahnya aku dok cakap pasal bulu kucing warna itam nih.huh!

Aku duk bayangkan kalo la dua-dua ekor kucing nih ada pesbuk, kompem duk update status kutuk tuan. Contohnya, macam ni la lebih kurang:


Pastu mak dia mesti g like status ni.. hehehe...

Oct 3, 2010

Laporan Daripada yang Melaporkan

Bosannya duk pejabat arini. Tinggal 3 orang je budak praktikal. Sebelum ni 6 orang, tapi 3 orang student UiTM da abes praktikal. Tinggal la kami 3 orang menghabiskan sisa-sisa berlatihan industri di kompeni nih. Sunyi je rasa arini, biasa kalau cukup korum 6 orang, kompem bergegar opis nih. hehe.

Dan arini hari Ahad, kat Kelantan hari Ahad keje, maka terkontang-kanting la aku sesorang sebab tak tau nak kacau sapa. Biasa, kompem aku beryahoo massenger ngan sorang budak yang perasan kiut nih, takpun beremail melalui Microsoft Office outlook dengan minah ni. Namun, pada hari ini, kedua-duanya sedang enak berhujung minggu. Siyes aku jeles!huh!!

conteng ayam: saya selesema hari ini!

Gossip Girl Season 4

Dari season 1 sampai la sekarang, dah masuk Season4, aku setia dengan nate archibald. heh! Tapi season 4 ni lagi dramatik. I loikeeeee...

Nate merajuk dengan serena, nampak cute sangat. Baru 3 episod season 4 ni , tapi aku dah dapat rasa, kompem episod lepas ni lagik best!

Ahh! tak sabar dah nih, Terlebih eksaited orang kata.kihkih

conteng ayam: Tido-tido ayam...

Sep 23, 2010

Menghitung hari

Tolak hari ni, ada 60hari lagi latihan industri ni. Oh! masa, cepatlah berlalu, kerana diri ini sudah tak tertahan lagi. 60hari tu, untuk hari bekerja, belum campur dengan Jumaat, Sabtu. Sadis betul.
Haha.. Budak-budak praktikal kat sini, semua duk gelak kat aku sebab hari-hari asal duk opis je, aku tenung kalendar. hehe.. Ye la, dorang semua habis awal dari aku..huhu..

Seratus = 100

Entry aku yang ke 100.. kihkih.. tak tahu nak taip apa, letak gambar raya dah la.

Menu pagi raya tahun ni, sama dengan tahun lepas, nasi beriani. Chefnya pun sama, adik aku. hehe. Bezanya, tahun ni ramai sangat tetamu. Penat basuh pinggan.

Antara peristiwa penting berlaku di hari raya pertama:

1. Seorang pakcik kat kampung aku, berkaki ayam masa balik dari solat sunat hari raya. Kesian pak cik tu. Sapa yang jahat sangat ni wei curik selipar pak cik tu??? baik ngaku sekarang.

2. Surau penuh. Jarang berlaku untuk hari-hari biasa.

3. Sesape yang pergi baraya rumah aku, kompem ma aku bagi lada. Maklum la, halaman rumah aku sekarang dah macam ladang lada.

4. Sepupu aku, Nasuha walaupun umur tak sampai 2 tahun lagi, tapi bermata duitan.hehe.. Duit raya seringgit tak pandang pun, padahal kakak aku dah bagi 3 keping duit singgit. Sekali kakak aku tunjuk duit 10 henggit, terus ambik. Adoi, budak-budak sekarang dah tak pandang duit seringgit ni.

pengajaran penting raya tahun ni, duit raya nak kasi dekat budak-budak tu, letak dalam angpau. baru dorang x memilih. hehehe

Sep 15, 2010

Diambang kekecewaan

Ok. Semalam Kelantan kalah 1-0 dengan Negeri Sembilan. kecewa, Frust semua ada. Ye la, Kami semua sanggup tangguh nak berbbq semata-mata nak tengok bola. Last-last kalah jugak. Tapi nak buat cam manakan? dah tak de rezeki. Kelantan pun main biasa-biasa je. Dan Negeri Sembilan pun sama, main memang tak best. haha.

Semalam memang nampak sangat nasib tak menyebelahi Kelantan. Kalau nak ikutkan banyak jugak percubaan tepat tapi kalau dah 4- 5 orang permain pertahanan n9 duk depan gol Kelantan, bagi Messi main pun, tak masuk bola dalam gol. hehe

Oh ya, n9 pun dapat gol sebab sepakan penalti. Dan ramai yang cakap pengadil tak sepatutnya bagi sepakan penalti tu sebab pemain n9 tu jatuh di luar kotak penalti. Tapi nak buat macam mana kan? Nampak sangat nasib yang masih tidak menyebelahi Kelantan. Semalam main pun tak best sangat sebab baru je 5 minit main pengadil tiup wisel.Main 5 minit, pengadil tiup wisel. Bongok tol. hahaha..

pergh cerita macam die hard fan.. hahaha


Sep 12, 2010

Misteri Kehilangan ...


Ada sesape ternampak tak kucing ni? Kucing ni hilang pada hari raya kedua. Siasatan menunjukkan kucing ni hilang antara pukul 3ptg hingga 6 ptg sebab lepas pukul 6 baru perasan kucing ni dah takde. Kalau ternampak sila pos kat aku ye. 2 ekor adik beradik kucing ni dah rindu sangat kat dia.. hehe

Sep 9, 2010

Esok Raya..

Bos cakap nak lepas pukul 2, lagik 15 minit je nih. Dah tak sabar ni.

Semalam, masa pengumuman raya, kakak aku ngah mandi. Untuk memeriahkan lagi suasana nak raya, aku dengan adik sama mak aku terus plan nak kenakan kakak aku,kononnya, hari ni dah raya. hehe.Oh ya, laki kakak aku pon join sama.. hehe

Kakak aku keluar je dari bilik air, kitorang dengan muka serius suruh dia bersiap sebab nak pergi beli lauk. Mula-mula tu dia tak percaya, tapi lepas tengok kitorang beria-ia sangat, dia dah mula masuk jerat. haha. Kejam kan?

tapi tak lama pun dia kena tipu, sebab lepas tu dia call sepupu.. hehe

Kantoi!!!

Sep 8, 2010

Mari Belajar Mengira

Kucing-kucing yang kepenatan berpuasa. Lena diulit mimpi menu untuk berbuka petang karang. Persoalannya sekarang, agak-agak berapa ekor kucing dalam gambar ni? kihkih..

Baju Raya- Sapa nak tolong siapkan ni?

2 hari lagi nak raya. Baju raya tak siap lagi nih. Maksud aku tak siap sembat kat lengan tuh. hehe.

Susah tak pandai jahit ni. Aku ingat lepas raya ni nak belajar jahit baju. Mana la tau kan, tahun depan punya raya, aku dah jadi tukang jahit profesional, boleh ambik tempahan banyak-banyak. Masyuk tuh. kihkih..

ceh!! macam la ada masa nak belajar menjahit nih.

conteng ayam: tinggi betoi angan2 aku kan?? kihkihkih

Aug 28, 2010

Cinta Kirana

ok. sekarang tengah layan drama Indonesia ni. Suka! Walaupun dah terang-terang dia punye jalan cerita lebih kurang dengan drama indonesia lain.

Oh ya, kalau tak silap cinta kirana ada 93 episod. Kita tunggu dan lihat, bila dah separuh episod main aku boleh bertahan ke tak lagi. Biasa, memang tak boleh, kompem aku jadi meluat nak tengok lepas tu.. hehehe

conteng ayam: tahun ni tak bersusah payah cari tiket bas nak balik kampung tuk raya.. suka!!

Aug 18, 2010

Tragedi 2.30 pagi bulan puasa

Alarm handphone tak bunyi lagi, tapi aku dah tersedar. Dalam mamai, tengok jam kat handphone, 4.30a.m. Terus kejut mak aku, cakap dah pukul 4.30a.m. Dia bangun nak masak untuk sahur. Malam tadi dah bincang elok, semua mengidam nak makan nasi goreng pattaya. Aku tak bangun tolong pun sambung tido adala. Kejamkan? ye la-ye la, esok aku masak tuk sahur.

Tengah sedap tido tu, tetiba je dengar mak aku ni membebel.

" Baru pukul 3 pagi. Nasi dah siap goreng pun. tengok jam pun boleh salah. Sahur nanti makan la nasi sejuk tuh.. bla..bla..bla." banyak lagi la ceramah.tapi aku buat-buat tido je..

Aiseh, cam mane la boleh salah tengok jam pulak??

Aug 12, 2010

Pam Minyak

Dulu nak isi minyak kat kelantan, pekerja dia yang isikan. Lepas harga minyak naik berkali-kali, pengusaha stesen minyak dah pening, maka pekerja stesen minyak hanya bertugas cuci cermin hadapan dan belakang kereta. Maka bermula la sejarah pemandu kena isi sendiri minyak.

Seperti yang diceritakan oleh kakak aku.

Tempat kejadian: Kaunter nak bayar duit.
Depan kakak aku ni ada sorang pak cik ni. Dah tua.

Ikuti dialog antara pak cik dengan cashier

cashier: Pam no berapa Pak cik?

pak cik : tak dok pam.

Kakak aku cakap dia senyum je. Kena hormat orang tua!
Nak isi minyak macam mana pak cik oii kalo x de pam..kata kakak aku dalam hati nuraninye.



Aug 11, 2010

Ramadhan Penuh Keberkatan.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, syarikat tempat aku praktikal buat sesi tazkirah dan tadarus Al-Quran setiap pagi. Alhamdulillah, Hari pertama dah berjalan dengan lancar. Semoga hari-hari yang seterusnya akan berlangsung dengan jayanya. Amin.

Rasa bertuah sangat dan aku rasa keputusan aku tukar tempat praktikal aritu tak salah. Aku memang dan sentiasa percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Tak kira, yang berlaku tu baik atau buruk. Ni salah satu cara aku nak tenangkan diri, sabarkan diri aku ni.

Jadi, kalau ada perkara buruk berlaku kat aku, memang aku akan fikir positif."Ada hikmah sume ni terjadi".

conteng ayam: selamat menjalani ibadah puasa!!

Aug 1, 2010

Terjatuh hati dengan flash

Dekat setahun lebih tak main dengan flash ni. Dulu masa belajar sistem multimedia memang tak pandang pun flash ni. i tak pandai yuu. Leceh. nak kasi huruf keluar satu-satu memang mencabar jiwa dan raga. Sekarang ni pulak baru sibuk nak belajar balik. Al-maklum la, nak kasi web nampak cantik dan kreatif kena la guna flash. Nak buat cam mana, da supervisor nak macam tu. Redha je la.

Hari ni baru merangkak nak belajar balik. Tapi suka, dah terjatuh hati dengan flash. Suka bila klik play, huruf gerak-gerak.. haha.. jakunnye aku nih.. i heart flash.

conteng ayam: lecturer dtg melwt td, tu pun lps sesat 1 jam.. kesiannye.. huhu.. mintak ampun ye encik..


Jul 22, 2010

Sesi wrestling- Nasuha vsTeddy Bear!!


1. Berkenalan terlebih dahulu dengan bear kak nisa.


2. Aksi-aksi ganas sudah bermula. ops, abaikan charger laptop itu. Ada yang sibuk duk berpesbuk.

3.Bear kak nisa cuba meminta tolong. "Adeh, patah la tengkuk aku nih!!" kata bear kak nisa..

4. Aksi-aksi bergelut pun bermula,of cos nasuha menang bergaya. Menang bergaya pun, lepas tu mintak susu jugak.. huhu

conteng ayam: Penat jaga nasuha. Asyik nak kena main je ngan dia, kalo tak dia nangis. huhu

Jul 19, 2010

Minggu Kedua, Hari Kedua

Pukul 10 tadi jumpa bos. Tak lama sangat sesi soal jawab tadi. Aku sedaya upaya berlakon menjadi pekerja yang sangat baik dan berdedikasi. Aku rasa macam dah berjaya berlakon tadi. hahahaha.
Setiap soalan yang diaju, aku berjaya menjawabnye dengan penuh yakin. Betul salah, belakang kira.

Soalan peberet aku

bos: eh, awak ada kenal tak sorang prof kat utem ni?

Dalam hati aku: ramai sangat prof kat utem tuh, kompem aku tak kenal..

bos: nama dia shahrin

Dalam hati aku lagi :Macam pernah dengar. Nasib baik memori aku ni simpan lagi maklumat tu, dan ingat lagi.

aku: err.. tu dekan saya tuh..

bos: awak ada no contact dia tak?

aku: err, tak de tapi boleh tengok kat laman web. saya rasa ada kot no contact dia..

Aku terkesima..

Jul 15, 2010

Berdebar-debar

Tadi penyelia aku cakap, bos nak jumpa hari isnin ni. Ayork !! takotnye, sebab dengar citer dari budak-budak praktikal yang lain, bos memang banyak tanya. Lepas tu, kalau tak dapat jawab, dia perli-perli pulak.. Plus, bos aku ni alim.. hehe.. Harap-harap, semua ok la hari isnin ni. Jangan dia nak tanya banyak sangat. huhu

conteng ayam: lagi 30 minit nak balik.. ngehngeh

Jul 14, 2010

Drama Melayu memang terbaik!!! siyes

Memang menyampah gila aku tengok drama melayu nih. Sume sama je.
Malam tadi aku tengok drama Aliaa. Ntah apa-apa. Yang perempuan sibuk
duk kacau laki orang, pastu yang laki orang tu konon-konon sayang,
cinta sesangat dekat bini dia nih... setia la sangat. Wei kalau
ko dah sayang sangat dekat bini, tak payah layan perempuan gediks tuh.
Ni tak, bukannye nak marah perempuan tergediks-gediks dekat dia.
Isyyy.. menyampah gila aku. Stok drama melayu semua macam nih.

TU belum lagi yang bini duk paksa laki kawen satu lagi sebab dia tak
boleh bagi anak dekat laki dia. wei, ada ke bini yang sanggup paksa laki
dia kawen lagi kat Mesia nih? Kalo ada pun, memang terlalu -terlalu sikit.
Entah-entah 1 : 1000000000. Drama melayu ni kadang-kadang jalan
cerita dia sangat tak logik.

Kalau aku nak senarai drama melayu yang aku meluat plus menyampah
sangat memang banyak.

conteng ayam: ade sesape yang suke tengok si capik ke?? nenek sedara aku pun tak suke wei!!!

Jul 13, 2010

Hari kedua

Bosan , tak buat apa-apa pun lagi. Sedang mengkaji Microsoft office outlook. Kesian aku kan?? sadis betul, nak create akaun pun tak pandai. Petang , aku pergi kilang, tolong apa yang patut. Ahh..terasa diri ini sangat rajin di tika ini.. hikhik..

conteng ayam: buhsan. mau blajar blk!!! hikhikhik

Jul 12, 2010

Aku rasa, aku dah semakin baik, maksud aku insan yang baik....

Hari pertama li dekat tempat baru, aku datang awal. 1 jam awal. Tak payah buat-buat tak percaya, yang nak bagi tepukan silakan, yang nak bagi pujian pun dialu-alukan. Aku memang terharu ni. Nasib baik ramai yang li kat sini tapi dorang semua amik bioteknologi. Aku je yang lain.tak kisah la, janji dorang semua peramah. Tak la i ni segan sangat. hikhik.

Semalam semua staf kumpul kat dalam bilik meeting. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya, setiap hari ahad akan ada bacaan al-mathurat dan tazkirah dari 3 orang staff. Setiap minggu , 3 orang staff akan bagi tazkirah. Terkesima sekejap. Bagus-bagus. Aku tak pernah dengar lagi mana-mana syarikat yang buat macam ni. wah!!! lagi bertambah sayang kat klate nih. hihihi...

conteng ayam: office outlook, aku xpandai gune.. buleh ke???

Jul 8, 2010

Kadang-kadang hidup perlu buat keputusan

Penat uruskan segala hal berkaitan dengan li. Lepas seminggu li kt tekom, aku berenti.. Memang gilak r. hahaha.. Ahad ni start tempat baru, harap-harap semua ok. Kat tekom tu tak sanggup aku nak main wayar. Duk kat bilik server dia dah macam duk kat negara omputih yang ada salji tu. Tak sanggup i.. hahaha.. li kt tekom, ari-ari ngadap talipon. pening kepala duk dengar suara operator bagi tahu nombor.

Tu belum lagi tengok staf dia wat jumper. Wayar berselirat. Kejap panjat sana, kejap panjat sini. Bab panjat ni yang aku tak sanggup, terus tak nak li kat situ. Ye la, panjat kerusi plastik, silap aribulan, aku pulak tergolek. tahu la body aku yang terlebih slim ni kompem kerusi plastik tu tak boleh tampung. hahaha

conteng ayam: first time update blog kat kg..

Jun 24, 2010

Melaka dalam kenangan, Kelantan, here i come

Dua hari je lagi sebelum aku menghalau diri sendiri keluar dari melaka ni. 3 tahun di melaka, terlalu banyak kenangan. Ada yang manis, ada yang pahit. " Gembira nak tinggalkan melaka, tapi sedih nak berpisah dengan kawan-kawan ". Ni ayat pemes aku sekarang.

Aku betul-betul gembira sebab dah nak balik kelantan, dan aku tak kisah pun kalau ada yang cakap kelantan, negeri paling mundur, negeri tak maju, negeri paling miskin, masalah sosial banyak dan kat kelantan tak de hiburan. Aku tak kisah. Sebab yang penting aku hepi bila aku ada dengan famili kat kampung.

Aku betul-betul sedih pulak bila nak berpisah dengan kawan-kawan kat sini. Banyak sangat yang kami dah lalui bersama. Oh!!! tiba-tiba rasa teremo pulak. Lepas ni, kompem aku rindu nak gelak ramai-ramai, gosip sana, gosip sini, gado sikit-sikit. haha.. Yup, selalu gado pasal assignment dengan projek bila ade rasa tak puas ati. haha. Sungguh tak matured.

conteng ayam : aku penah jatuh masa trn dari bas depan melaka mall.. sungguh mengharukan + memalukan. Dan aku tak naik bas itu untuk 2 minggu. Benci la...

Jun 22, 2010

Drama Korea - Antara realiti dan Fantasi Part 1

Aku, korean series die hard fan. Aku memang suka sangat tengok drama korea. Dan suka jugak download drama korea. Ramai yang cakap, drama korea ni semua sama je. Maksud aku jalan cerita dia. Contohnya :-

1) Hero dengan heroin mesti gaduh gila-gila first, lepas tu baru couple. (full house, wonderful life)

2) Hero atau heroin, salah sorang mesti anak orang kaya.(Boys over flower, lady castle )

3) cinta 3,4,5 segi dan bersegi-segi.Contoh, hero suka heroin no 2, heroin no 1 suka hero, hero no2 pulak suka heroin no 1. haha. aku pun pening baca balik ayat aku ni. (full house, snow white)

4)Heroin mesti konpius nak pilih antara hero no 1 dengan hero no 2. Hero no 2 mesti baik gila, hero no 1 pulak mesti kurang baik sikit. Heroin x konpius pon, dah memang kompem dia pilih hero, penonton je yang lebih-lebih. hehe ( you are beautiful, pasta)

banyak lagi la. Tapi aku tak kisah pun walaupun jalan cerita dia lebih kurang. Sebabnya, satu je, pelakon korea sangat berbakat. Dorang memang pandai berlakon, pelakon kanak-kanak dorang pun hebat. Tak percaya, tengok stars falling from the sky. Plus, hero-hero korea ni hensem. hehe.. Ni tarikan utama drama korea sebenarnya. ahaks!

conteng ayam : aku nak jadi pengulas drama lepas ni.

Jun 20, 2010

Hug and Kisses ... xoxo

sumber dari kerajinan menggugel

Dulu, kali pertama tengok gossip girl season 1, masa sem 3.. yakni pada tahun 2008. Juga dipengaruhi oleh member. Member aku yang bagi drama ni. Full episode untuk season 1 dan season 2 aku tak ingat dah tapi tak complete. Masa tu tengah tayang lagi. Aku tengok secara marathon. Memang best la. Cukup.

Semua ada dalam drama ni. Ko nak tengok laki hensem, tu 3 ekor mamat tu tak cukup hensem lagi ke?
Perempuan cantik?? Serina dengan Blair memang cun..
Seksi?? pun serina dengan blair ada. Jenny pun seksi, tapi dia tuh kecik lagik. tapi boleh la..
kesah chenta?? memang banyak. Siap tukar-tukar lagi. Memang terbaik la dorang main tukar-tukar pasangan ni. Aku amik awek ko, ko amek awek aku. Aku amek balak ko, ko amek balak aku. huh!
Famili?? Pun ada. Memang berselirat la masalah famili dalam gossip girl ni.
Kesah cintan cintun orang gaji?? Ada jugak. Si dorota tu. Siap ada scene dia kawen lagik.
Pasal gay?? Eric ada, adik si serina tukan gay. hikhik..
kesah student?? memang dorang student pon. dari high school sampai la college.

dan yang paling penting

:
:
:
:
Ada xoxo.. hugs and kisses punye scene banyak. Pompuan sama pompuan ada, laki ngan pompuan ada dan laki ngan laki pon ada.

Ha... kan aku da cakap memang gg ni cukup rempah ratusnye.hahah

conteng ayam: Apsal ending season 3 chuck kena tembak ha???



Jun 17, 2010

RSVP - Maulana

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez sil vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez sil vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Aku suka sangat lagu ni. Yes! aku suka maulana walaupun ramai yang kutuk dia. Maulana ada bakat dan suara dia bagi aku best sangat, sesuai dengan lagu ni. Maulana, best of luck ye.

conteng ayam: hargai usaha orang lain

Jun 15, 2010

Live dari Durian Tinggal

Kejap lagi nak present PSM 2 .... Hati tak berdebar-debar sangat.. Tapi takut.. Asyik aku je orang last present. haisy!!!

Jun 13, 2010

kantoi


Kalau tengok gambar kat atas ni, memang nampak sangat serius sedang berdiskusi pasal kerja TAPI cuba perhati elok-elok.. Skrin Laptop kat depan tengah tayang apa??? SBS?? Tak lain dan tak bukan tengah layan drama korea.

Dan cuba perhatikan rak-rak kat belakang tuh, penuh dengan bukukan?? Agak-agak kat mana nih???

conteng ayam:: rindu nak pegi library... hikhik

Karangan bergambar, Di sebalik kisah benar

Di satu pagi yang hening... Aku bersama kawan-kawan tengah menunggu giliran untuk presentation psm. Ada yang dah siap present, ada yang belum. Aku dah siap present dengan penilai, tunggu untuk present depan penyelia pulak. Sambil berborak....

Seekor burung berkicau dengan riang. Serius, aku tak tahu kenapa burung ni hepi sangat.. Mungkinkah dia sudah bekpes pada pagi yang hening itu??

Jawapannya... Ya.. Burung itu sudah bekpes. Buktinya, laptop aku menjadi mangsa keadaan. Dan kepada burung itu, ini pesanan daripada insan yang teraniaya.." Kamu sangat kejam wahai burung!!!, Sanggup kau menodai laptop ku yang suci lagi bersih nih!" huh!!!!!!

conteng ayam: aku rase aku ni sangat berbakat melukis!! sila jgn jeles ye!!

Jun 12, 2010

Kebosanan Melanda

Apa nak buat ni? Presentation PSM 2 ada 2 lagi, satu minggu depan, satu lagi, 2 minggu lagi. Agak-agak apa aktiviti yang boleh dibuat sementara nak tunggu presentation ni?? Siapkan Kerja?? Masalahnya, kerja aku dah siap.. hahaha.. Best jugak kan boleh berlagak ni.. Ahh!! Sekali-sekala nak berlagak, apa salahnye.

kejap je dah nak abes belajar kat UTeM ni. Rindu pulak nak bangun awal-awal pergi kelas. Ecececeh. Tunjuk rajin pulak. Apa pun, 3 tahun kat Melaka ni memang banyak sangat kenangan kat sini.

conteng ayam: Bakal merindui kenangan kat sini. :)

May 27, 2010

Suci dalam debu, pet society dalam pesbuk

Awal tahun 2009, masa sem 4, aku dipaksa untuk buka akaun facebook. Dan sebagai seorang pelajar yang sangat suci lagi rajin, aku tak tahu macam mana aku boleh terpedaya nak ada pesbuk. Dan lagi sadis bila aku dah mula addicted dengan pet society. Dalam sehari tak boleh tak main. Kena melawat semua member yang ada pet.

Memang gila la. Dah la masa tu duk hostel lagi, mana ada internet, nak tak nak kena turun g cc. Nasib baik cc tu free dan nasib baik jugak ketua cc, roomate aku, buleh main pet society dengan aman. Sebenarnya, aku dengan member dah pengaruh ketua cc tu , suruh dia main jugak pet society. Jahatkan kami. hahaha. Alih-alih, kejap je dia potong level aku. Lagik sadiskan??

Tak cukup dengan cc, dalam lab pun aku hentam main pet nih. Pernah kantoi dengan technician pulak tuh. Bukan aku sorang je ok, satu kelas. nasib baik dia tak block pesbuk dalam lab.


Pemandangan yang sangat indah masa aku main pet dalam lab. ceh!. Oh ya, masa zaman pet ni dah suram, ada jugak aku main game lain kat pesbuk tuh, farmvile lah, fishville lah, mangkukville la, tapi nasib baik aku tak addicted dengan itu semua. Kalau tak , mau tak jalan semua kerja aku..

conteng ayam : ada aku bgtau tak, masa duk hostel, bila nak main pet je, baru aku kenal cc, sblm ni x pndg pon cc tuh

May 25, 2010

myfriends2u.com , Tak salah Mencuba Dahulu

aku baru je daftar akaun myfriends2u. Produk Malaysia, so, memang kena sokong la kan. Bagi aku tak salah nak mencuba dulukan? Guna dulu, baru kutuk ok. Jangan belum apa-apa lagi dah kutuk. Guna pun belum lagi, terus kutuk. Tak best la macam ni.

Dah beberapa hari aku ada akaun myfriends2u. Memang kebanyakan featuresnya seakan-akan facebook tapi tetap ada kelainan. Ruangan mencari kerja dan juga blog mungkin yang menjadikan myfriends2u ni lain dari laman web sosial yang dah ada sekarang. Pertama kali aku dengar pasal myfriends2 ni, terus kat dalam pikiran aku kenapa mesti guna bahasa inggeris. Guna istilah melayu tak boleh ke?? Tapi bila fikir balik, mungkin ada logiknya penggunaan bahasa inggeris ni. Bab ni aku malas nak tulis panjang lebar sebab nanti ada pulak yang cakap aku tak patriotik. haha!

Apa pun, aku tetap bangga bila ada orang malaysia berjaya bangunkan laman web sosial ni. Sebab aku tahu, untuk bangunkan satu laman web atau sistem sangat susah. Mahu juling mata mengadap coding setiap masa. Aku cakap sebab dah ada pengalaman. Lebih-lebih kalau guna php. Aku memang tak suka php walaupun ada yang cakap php, programming language yang paling senang. Buktinya, projek web development,kami kena bangunkan forum, tapi hancusss!! Sadis kan??

So, sebagai menghargai pihak-pihak yang dah bertungkus lumus buat menda alah ni, saya sebagai warga Malaysia yang sangat prihatin, menyeru kepada rakan-rakan sekalian, Sila la buat akaun myfriends2.com. Aku bosan wei tak de kawan kat situ!!! Tak de orang nak comment post aku.. huhuhu.. Tak cukup kesian ke aku ni??? hahahahhaa

conteng ayam: imsomnia??


May 22, 2010

Berlari Menggapai Awan, Duduk menyentuh Pasir Pantai




Lagu ni saya tujukan buat kawan-kawan yang mengenali diri ini tak kira dimana pun anda berada. Ada macam ucapan kat radio-radio yang selalu orang buat tak?? Dah lama aku teringin nak buat ucapan kat radio macam ayat tuh, tapi aku ni kan pemalu orangnya.uweks! dah, dah, jangan nak percaya sangat, Tak de maknanya aku nak buat ucapan kat radio. hahaha.. Lagipun rasanya dah lama kot aku tak dengar radio. Kesiankan aku??

Aku jumpa video ni kat Youtube. Lagu ni untuk member-member kat UTeM. Budak poyos dan Budak ni, korang tak rasa ke patut mencontohi video klip ni memandangkan kita dah tak lama nak angkat kaki dari UTeM ni? ala jom la, bila lagi, Tak payah malu-malu ok, jom la...jom la.. Dah lama tau tak main kejar-kejar macam UNIC ni main. ceh!

conteng ayam: berlari berkejaran, seindah bunga ditaman....

Budak ini suka Makan!


Ini budak, namanya Nurul Nasuha. Baru je 2 minggu tak jumpa, tapi dah rasa rindu sesangat kat ini budak. Dah setahun lebih wujud kat dunia nih, macam-macam kerenah dia. Ni aku share sikit pasal budak demoks nih:

1. Sangat suka makan. Bagi je apa pun, semua dia makan. Kalau suap makanan kat dia, lambat sikit je, terus dia sambar tangan kita. hikhik.

2.Lambat boleh berjalan tapi sekali dah dapat kaki, langsung tak boleh nak dukung dia. Dia suka berjalan. Sangat.

3.Dah pandai cakap sikit-sikit. Suka bola.Asal nampak bola je, mesti dia sebut "ball.. ball".. ahaks..shumel sesangat.

4.Manja or garang?. Kalau ada barang yang dia pegang, jangan cuba ambil dari dia, kalau tak memang dia baling je barang tuh. Aku dah try. Masa dia main ngan hp aku, aku nak ambil dari dia, sekali dia baling akunya hp. Memang sadis la.

5. Penah rendam hp kakak aku dalam gelas yang berisi air. Dia ingat tu biskut. hahaha.

6.Tak suka anak patung. Lagi suka kereta dan lori mainan. Sanggup dia buang bear yang ada dalam bakul mainan dia. Of course dalam bakul dia penuh dengan kereta dan lori je.

Banyak lagi la kerenah budak ni sorang.

May 19, 2010

Google Map - Syok abes

Tadi masa main-main dengan google map aku jumpa menda nih. Penat aku gelak sambil bergolek kat lantai ni. Dah la lantai tak sapu hari ni. Memang terbaik la.
.
.
.

Sape punya kerja nih?? cepat mengaku! Terbakar habis doh loni yer???? wakakkaka

conteng ayam: minggu mencari tmpt li dgn penuh jaya



May 16, 2010

Kucing itu warna hitam

Ni kucing yang sesuka hati anggap rumah saya, istana dia. Jahatkan kucing hitam ni?? ngeh..ngeh..

Aku pun tak tahu la, apa yang si kucing ni suka sangat pasal rumah aku. Nak kata aku baik dengan dia tak pun. Kalau aku ada kat kampung pun jarang aku bagi dia makan. Kakak aku lagi kejam, kucing hitam ni memang takut dengan dia, padahal dia tak buat apa-apa pun kat kucing hitam nih.. Asal tengok muka kakak aku je mesti kucing hitam ni pura-pura tido, tak pun terus dia keluar dari rumah.

Tapi ma dengan adik aku baik dengan kucing ni. Setiap hari bagi makan, sampaikan sekarang ni kucing hitam dah pandai nak memilih makanan. Mana taknya, kucing hitam ni makan ikut apa yang kami makan. Kalau kami makan udang, dia pun makan udang. Kalau kami makan budu, dia pun makan budu. Ahaks.

Tapi siyes, kucing hitam ni tak suka nasi. Dia suka makan lauk je. Dan paling best dia suka kek coklat sama biskut jacob. Sebab tu, masa balik kampung hari tu, aku timbang kucing hitam ni, berat dia tak sampai 4 kg pun. Pandai dia diet. ngehngeh

conteng ayam: kepala ting tong duk layan muvi je

May 15, 2010

Lin Dan Poyos, Chong Wei Tetap dihati

Baca sini..

Lin Dan, ko memang poyo, berlagak je lebih. Tahu la main hebat tapi tak payah nak show off sangat ok. Aku ni memang pantang dengan orang yang suka sangat berlagak ni. Hasiy.. Dah hebat sangat pun tak semestinya takkan kalah.

Ingat tu Lin Dan!.. Lin Dan ko memang poyo. DUSH...!DUSH!!..
ok tak Chong Wei, Aku dah tolong ko belasah si Lin Dan tu.. ekekekke.. Apa-apa pun, Chong Wei, ko memang hebat, Terbaek!!!

May 14, 2010

Kampungku ada kambing putih

Baru seminggu kat Melaka, tapi simptom-simptom rindu kat famili dah menguasai diri. Tak kisah la kakak aku nak cakap apa pun masa aku kat kampung, aku tak peduli sebab aku tahu dia pun suka jugak kalau aku ada kat rumah. hehe. Ayat yang biasa kakak aku cakap masa aku kat kampung:

1. " Asal ko balik je beras cepat abes" . tak kesah pon, ma yang beli beras ok.. hahaha
2. "Bile ko nak g Melaka? Duk rumah menyemak je" . Aik, aku kat melaka, tanya pulak aku bila nak balik..:)

Ni pulak ayat paling best lepas dia kahwin.

3. "Nanti ko tlg buat air ye ". ceh!Mentang-mentang dia pergi keje awal dari laki dia, sesuka hati je suruh aku buat air untuk laki dia. Nasib baik makanan dia dah siapkan. huh!

Tu kakak aku. Kalau adik aku, dia punya ayat manis masa aku kat kampung satu je,

" Ko balik, sume makanan kat dalam peti ais akan abes. Tak la membazir" . Dia ingat aku ni lori sampah MDM ke?? Tak de la aku nak abeskan semua makanan dalam peti ais tuh, tapi kalau dah lapar nak buat cam mana kan? hikhik.. i terpaksa u..

Dan yang paling penting sekali ma aku suka kalau aku ada kat rumah. Mesti dia tanya aku nak makan apa, tapi jarang dia nak masak. Alih-alih lepas balik kerja , dia pergi tapau je kat kedai. Nasib la labu. Nak buat cam mana, ma aku penat, kurang-kurang ari Jumaat dengan Sabtu dia masak jugak.. hehhehe. Paling best, baru je sampai Melaka 2 hari, dia dah tanya bila pulak aku nak balik. hahaha. Terbaek!

conteng ayam: ops, tajuk entri tu saja nak cakap, kat kampung aku sekarang ada kambing putih!!!


Adamaya?? Gossip Girl?? = Boring Teramat

Adamaya dah habis. Tapi aku tak tengok pun lagi last episodnye.. malas.. Menyampah tengok si dani tuh. Loser. Nasib baik Adamaya ni ada Mika. Best la jugak nak tengok, kalau tak memang kompem drama ni buhsan. Gossip girl season 3 pun dah nak abes. Pun Nasib baik sebab sekarang ni cerita dia dah tak best. Asyik duk ulang benda sama. Main tukar-tukar couple pulak. huh!

Sebenarnya nak bagitahu yang aku ni tengah bosan sesangat. Adoi, nak buat apa ni?? Oh Melaka, i tak rela nak bazirkan masa i kat sini tau, kalau kat kampung i takpe. huh!

conteng ayam: slamat ari jumaat

May 13, 2010

Student = Malas

Betul tak?? Kebanyakan pelajar malas. Malas pergi kelas, malas buat assignment, malas membaca. Tapi sangat rajin main pesbuk dan tengok movie. Aku cakap kebanyakan, bukan semua. Haih, hati makin pilu bila teringat kehidupan sebagai student bakal menjadi kenangan.

Dah tak boleh ponteng kelas, dah tak boleh tido dalam kelas, dah tak boleh sembang dengan member dalam kelas, dah tak boleh gelak ramai-ramai satu kelas, dah tak de assignment nak copy, dan banyak lagilah. Adoi, rindu pulak nak buat semua tu.. huhu..


Suka gambar ni. Moment terindah bersama classmate. Tapi ada yang terselindung dalam gambar ni. Nasib la. Cicakman tak boleh nak tolong. cicakman ada misi lagi penting, nak selamatkan negara, nak tolong Malaysia menang Piala Thomas.

conteng ayam : wonderpets!!

Stars falling from the sky -Penat ketawa dan menangis














Baru habis tengok drama korea ni. Memang terbaik la drama ni. Betul-buat aku menangis dan ketawa tak hengat dunia. Best! Mr. Lawyer luve u!

conteng ayam: penat membuang masa di Melaka

May 8, 2010

Mat Rempit berjiwa patriotik

Balik Kampung- Pagi ahad sampai rumah. Mata sibuk melilau tengok kot-kot ada perubahan sepanjang aku tinggal umah ni.OK. tak de!. Minggu lepas da macam tak siuman sikit. Mana taknye, 23hb balik kampung, 28hb malam datang balik Melaka,ada final exam untuk last paper dan yang paling BEST 1 Mei, aku balik kampung lagi.Kepala pun da gelong penangan naik bas.

Melalut pulak. Ni aku nak story mory pasal mat rempit. Masa sampai umah pagi ahad tu,tak boleh nak rest. Ramai sangat tetamu, kawan ma aku dengan anak-anak dia, mak cik aku,sepupu sepapat lagi. So, memang tak boleh nak tido. Dorang tengah borak-borak, Aku pun join de club. Ye la, kena gak ambik tahu hal ehwal kampung ni. Penting tuh!.

Tapi yang buat aku gelak guling-guling bila ma aku citer yang die tangok dalam Buletin Utama,Mat-mat Rempit kena sorong dorangnye motor ke balai polis sambil nyanyi lagu Negaraku. Bersemangat pulak tu dorang nyanyi ma aku cakap. Jauh gak nak ke balai polis tu, dalam3 km. Pergh!! Respek aku kat Polis Malaysia nih. Ye la, dari duk membebel entah ape-ape
yang da memang mat-mat rempit tu tak nak dengar, baik suruh dorang nyanyi lagu Negaraku.
Boleh gak semai semangat cintakan negara kat dorang tuh!

May 6, 2010

Mencari Menantu??

Semalam, bosan -bosan duk rumah sorang, aku tengok program Mencari Menantu dekat TV9.
Rasa macam yang dah lama program ni. tv9 Ulang tayang kot. Aku pun tak tahu. Aku tengok semalam masa sesi pemilihan. Macam-macam ragam. Ada yang ustaz tanya soalan simple, Tanye pasal Rukun Islam je dan yang buat aku nak gelak sambil golek-golek bila yang lelaki tak leh jawab, nasib baik awek dia boleh jawab. Adoi!, cam mane la nak bimbing isteri ye kalo camtuh??

Tapi yang buat aku lagi terharu bila tengok satu couple ni. Lelaki tu nangis masa ustaz tanya soalan. Dia cakap dia terharu sangat sebab akhir tahun lepas bila dia lamar awek dia, awek dia tak ready lagi nak kahwin. So, dia faham la. Tapi yang buat dia terharu sesangat tuh, dia cakap bila dia ada niat nak kahwin, terus dia dapat kerja tetap. Tu yang dia sebak tuh. Aku yang tengok ni terus tersentap.Uisyy.. susah dah nak carik lelaki macam tu rasanya.. hehhhe

conteng ayam: malam esok g Melaka.. huhu..

Apr 29, 2010

klise drama melayu

1. kahwin paksa- mesti anak dato ngan anak dato jugak.Takpun orang kaya mesti dengan
orang kaya.

2. nangis lepas tu lari-lari anak(anak ke??) masuk bilik, hempas badan atas katil. Nangis
di sebalik bantal.

3. Kalau accident, sebelum tu, mesti da tunjuk pelakon tengah drive, tak pun mesti tunjuk
ada kereta bertentangan bawak secara membabi buta. Kira penonton tengok pun da boleh
agak, mesti accident. Tak suspen langsung.

4. Nama hero ngan heroin yang kaya raya mesti cantik-cantik + bombostik, contoh nama
yang selalu sangat diguna : danial, adam, bella, maya, linda, rina..bla..bla.. Banyak lagi ah.

5. Adik-beradik suka orang sama. Buhsan ok tengok drama adik beradik duk berebut
orang sama.Kalau bukan adik-beradik pun, mesti kawan baik. Lepastu mula la, bergaduh.
Tak pun masing-masing konon baik sangat sanggup berkorban untuk orang lain.
Sanggup korbankan perasaan sendiri. Meluat + menyampah aku tengok!.

6. Dato'-dato' dialog dorang lebih kurang je kalo bab business dan masa tu, mesti tengah
main golf .Orang kaya je ek main golf. Kenapa la tak buat dato2x tu tengah main video game ke,
tengah santai dalam kolam ke, try buat lain dari yang lain. Tak la buhsan sangat.

7. Berebut harta pusaka tak pun nak jadi ceo. Yang ni pun satu. Tak habis-habis nak
berebut harta dengan pangkat.

Emm banyak lagi ni sebenarnye tapi da malas nak taip.. Layan adamaya pun best gak..:)

Apr 23, 2010

Rindu Kampung halaman

Ahh, di saat exam data warehaouse and data mining bakal menjelma 3 jam lagi, rasa rindu kepada kampung halaman begitu kuat mencengkam jiwa. Ohh, rindu nak dengar kokokan ayam, burung berkicauan dan desiran air sungai yang begitu syahdu sekali. errk, Tapi kat kawasan rumah aku tu tak de ayam, sungai pon cam hidup segan , mati tak mahu.. hehe

Point penting dekat sini adalah, Aku nak balik kampung malam ni.. hahha

Apr 20, 2010

Study VS Tido

Antara belajar dengan tido mana yang lagi best??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok, Kalo aku, Tak yah tanya memang kompem pilih tido. Dan study data warehouse and Data mining betul-betul buleh buat aku tido.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Marah-marah sayang? Nope, Ni Marah betul-betul

Adoi, bape kali ntah nak cakap, Tolong la jangan jadikan pesbuk sebagai tempat nak luahkan perasaan. Lepas tu tak payah sindir aku kat pesbuk. Siap sebut nama aku lagik tuh. Nak tunjuk sangat aku ni tak boleh nak bagi kerjasama ke?? Setakat g makan je pun. Kurang-kurang kerja group aku buat.

Lagipun, bukannya aku tak nak ikut, da aku dah beli tiket nak balik kampung. Tapi memang aku tak nak ikut pon. hahhaha.Takkan la aku nak cancel balik kampung semata-mata nak g makan ngan dorang semua tu, Ntah apa-apa. Kat pesbuk duk komen kata aku tak nak pergi. Tapi tak komen pulak bagitahu aku ni dah beli tiket nak balik kampung. Mongokssssss. Dah komen tu nampak aku ni jahat. Tak suka, tak suka, Menyampah ok.

Dan untuk budak-budak yang duk komen tu, satu je aku nak cakap, korang memang hampeh, Tapi ade aku kesah??? hahha..

conteng ayam: x layan gosipppppp murahan

Apr 19, 2010

Roda itu bulat, Tayar itu gelong





Ni tayar aku carik kat miss google je tau


Hidup kita ni memang tak ubah seperti roda. Sentiasa berputar mengikut peredaran zaman. Bezanya samada kita berputar pada paksi yang sama ataupun tak. Yalah, ada masa kita akan berada diatas, dan ada masa jugak kita berada dibawah. Tak kisah kat mana kita berada, yang penting sekali kita kena sentiasa berpijak di bumi yang nyata.

Kalau kita berada diatas, tak semestinya selamanya kita berada diatas. jadi, bila dah berada di puncak kejayaan, atau dah berada di zon selesa, kita kena sentiasa muhasabah diri. Jangan terlalu angkuh dengan kejayaan kita. Kita tak tahu bila nikmat kita semua tu akan ditarik. Berwaspada itu penting.

Dan kalau kita berada dibawah, mungkin ini adalah satu dugaan untuk menguji sejauh mana kita mampu bertahan dan berusaha untuk menangkis segala masalah dan cabaran. Oh ya, maksud aku berputar pada paksi yang sama tu, lebih kurang cam kita ulangi kesilapan yang sama.

Dah macam sudut motivasi pulak. Motivasi untuk diri sendiri. hehe.Opss, lupa pulak, pasal tajuk entry nih, tayar gelong tuh, saja je letak. Macam best pulak. kalau tayar gelong aku tak tahu macam mana, tapi kalau orang yang gelong aku tahu. Orang yang dah tak betul sikit kepala otak dia. Wakakak.

Saya suke.Saya suke.. :)

Apr 17, 2010

Blog punya hal





















Permintaan seorang kawan. Dia nak aku buat entry baik-baik pasal die. Senang citer, entry yang memuji die la. Tapi, banyak songeh pulak, suruh letak macam-macam. Last-last, da kuciwa, terus nak buat blog sendirik... wakkakak.. Tengok ayat last ym tuh.. hahhahha.. Sila la puji diri mu dalam blog sendiri ye.

Poyo je cakap ade link dengan budak arab. Budak yaman la wei!!!

conteng ayam: hujan, bestnye tido..zzzzzzz

Marah-marah sayang?

Ni entry marah-marah. So, tak payah citer panjang-panjang. Kang jadi benda laen pulak. Pesanan dari penaja, jangan jadikan pesbuk tempat nak luahkan perasaan. Menyampah ok tengok orang post yang emo-emo. Lepas tu nak sindir-sindir orang pulak kat pesbuk. Hello, pesbuk bukan tempat nak luahkan perasaan ya.

Satu lagi yang aku menyampah sesangat, orang yang suka bodek lecturer. Tahu r ko pandai tapi tak payah ler nak tunjuk sangat ko tu rapat dengan lecturer.huh!.

Tak suka... menci..menci...

conteng ayam : tak sbr nk blk kampung


Apr 14, 2010

Itu Jerrr???

PSM 1 da selamat present.Alhamdullilah, tak tahu ok ke tak, Janji da lepas. Tinggal final exam je untuk sem ni. Lepas tu, sem khas 2 bulan, untuk PSM2. Yes! Sem depan Praktikal. Tapi tempat untuk praktikal belum cari lagi. Sebulan je lagi fakulti bagi tempoh ni. Aduss! mana ntah nak cari.

Bila fikir-fikir balik, memang tak sangka, da nak habis pun belajar kat UTeM ni. Pejam celik, makan tidur, da 3 tahun jadi pemastautin tetap kat UTeM nih. Banyak sangat kenangan kat sini. Manis ade, pahit ade, masam ade. Semua ada la.

Yang tak leh blah sekali, member-member siap da boleh cam tagline setiap lecturer yang ajar kitorang. hahaha. Dulu-dulu takut nak kutuk, tapi bila dah last sem kat sini, bukan main lagi. Sorang-sorang tak nak lepaskan peluang. haha. Paling pemes "Itu Jerrrrr".Mesti rindu nak dengar tagline lecturer lepas ni. Sedih pulak, lepas ni dah tak de kelas. Rindu nak pergi kelas, nak tido kat kelas. huhu.

oh ya, untuk rekod, sem ni aku tak ponteng kelas ngan lab. Wah! Sangat la tak percaya. sem lepas siap mintak dengan lecturer tak nak buat kelas. haha.

conteng ayam: exam pg Jumaat ni. Tapi x study lg. Ape citer nih??

Apr 6, 2010

Beg kau, aku dan dia

Arini pegi kelas semata-mata nak ambik tips dari lecturer. Masuk lab, cam biasa tak ikut peraturan, bawak masuk beg. Baru je nak duduk, technician datang.

"Beg letak kat luar semua" ceh, serius je technician tuh. Malas nak gaduh-gaduh, angkut beg letak kat luar. Sekali technician tu buleh sound kami kat luar lab. huh. Bukannya nak curik mouse kat dalam lab tu pun. Kalo cantik takpe jugak, ni mouse zaman purbakala, tengok pun tak lalu. Sekali lagi malas nak gaduh-gaduh, aku senyum je.

Technician tu cakap, lain kali bawak masuk barang berharga je, beg letak luar. Erk, beg aku berharga ape, beli tuh, bukannye dapat free pon. Murah pun kira berharga la jugak.

Tegur elok-elok dah la. Kasi kami ni keluar U ni dengan kenangan manis boleh tak?? huh, tak sabar nak abes study!

conteng ayam: kalo gado2 tak yah post kat pesbuk la. wat semak wall jerk..

Apr 4, 2010

YM serbaguna

Kadang-kadang YM betul-betul buleh buat aku nanges sambil golek-golek ikut rentak lagu hindustan.



Sungguh kejam kamu wahai si .... .Sanggup kamu paste terus koding yang saya mintak dekat YM..

conteng ayam : otak berselirat pikir koding..

Apr 3, 2010

Gurauan di pagi hari

Hari Khamis - 1 April

Jadual aku sepatutnya macam ni

9.00a.m - Lec data Mining
11.00a.m- lab Multidb

So, aku kena naik bas pukul 8.00a.m. Naik bas pukul 7.55 a.m, penuh macam sardin, aku berdiri. pukul 8a.m bas jalan. Pelik, sebab classmate tak ramai yang naik bas. 3 orang je. sedapkan ati, dorang naik bas kt depan. Lepas 5 minit, member call. Berita yang dikhabarkan sangat la gumbira. Kelas data mining batal. Huh! Geram. Boleh terima lagi sebab ada lab lagi pukul 11 dan bas terakhir g kampus kul 9.

Sampai kampus yang tersangat indah tu, kami 3 orang pergi makan. Dalam hati dah rasa tak sedap, jangan la lecturer nak batalkan gak lab. Habis makan pukul 9, cari surau. Ye kami bukan nak bertadarus, tapi nak TIDO. Sebelum tido, set alarm dulu, takut tak bangun untuk lab. Tengah kusyuk tido, member dapat sms. Dan sms tu betul-betul buat aku rasa nak buat lompat bintang 100kali.

"Kelas batal"

Betul-betul rasa dipermainkan. Yang tahu awal kelas data mining batal, terima kasih sebab tak bagitahu kami awal-awal. Lain kali tak payah bagitahu terus. nasib baik ni last sem untuk study. Sesungguhnya, kami tersangat gembira hari tu kerana dapat bersiar-siar di dalam kampus yang permai itu..

conteng ayam: Alasan lupa da lapuk sangat la..

Mar 29, 2010

Kebahagiaanku kesengsaraan Orang Lain.

Kahkahkah.. Rasa bahagia menyerang organ-organ badan minggu ni. Satu je sebab. Aku dah lepas presentation entrepreneurs. Walaupun lecturer tuh tanya soklan sampai kami satu group tak boleh jawab tapi aku tetap hepi. Janji dah lepas. Nasib baik dia tak tengking-tengking. Cuma kata-kata die je yang menusuk kalbu. Pergh, mau tak tido malam bila ingat balik apa yang dia cakap kat group kami hari tuh..

Kegumbiraan ini ditambah-tambah bila tengok member aku sebok duk buat report untuk entrepreneurs nih. Dia present minggu ni. kahkahkah.. Kesiannya.. Pastu sibuk nak mintak group aku punya report. Nak buat contoh katanye.. Opss. Sowie, tak boleh nak kasi. Aku bagi kat dia contoh report orang lain.. Jahat ke aku?? Sharing is Not Caring... hahahaha.Gelak jahat punya.

Kegumbiraan ini semakin hari semakin lenyap.Present PSM 2 minggu je lagi. Adeh, sistem Tak SIAP lagi ni! Rasa mahu pengsan.

conteng ayam: air kt umah kuning. huhu.. x suke!

Mar 27, 2010

Sharing is caring VS sharing is NOT caring

Member-member aku selalu cakap sharing is caring. So, semua jenis mak datuk nenek atau adik beradik assignment, kalau sorang dah siap, dia kena sharing dengan semua orang lain. Tapi kalau sorang tu dah siap assignment, kalau dia tak kasi orang lain pinjam, dia dah ikut konsep sharing is not caring. Ni semua member aku yang bagitahu. Aku pun ikut je konsep ni.

Aku paling suka sharing is caring la, sebab senang sikit nak copy assignment orang lain. Copy pun bukannye copy bulat-bulat, edit-edit r skit.hehe.. Ape ntah aku merepek nih! Adeh, sebenarnya tengah pening buat PSM nih. 2 minggu je kagi nak present, tapi banyak function tak jadi lagi. Mahu muntah hijau tengok coding berselirat.

conteng ayam: buhsan dengan coding2 ni sume.. huhu

Mar 24, 2010

Angan-angan Melangit ke Bulan

Hari2 akhir bergelar student ni makin mencabar rasanya.. Hari Isnin arituh present system guna oracle form.. First time belajar oracle form sem ni, of course kami sume tak boleh nak develop sistem yang tersangat canggih functionnya. So, masa aku present, lecturer tu cakap die kecewa tengok system aku.. Adoiiiii, nape la die terlalu mengharapkan aku buleh buat yang hebat2 nih?? Sedih sesangat masa tuh.. Kadang-kadang aku tak suka sangat bila ada orang yang high expactation sgt dekat aku nih sebab aku tahu akunye kemampuan setakat mana.

Dah tu pulak, masa present tuh, lecturer tu siap tanya sapa penyelia psm aku.. Takut la pulak. Dah la present psm 3 minggu je lagi ni.. Harap-harap, semua berjalan lancar la sem ni. huhu.. Rasa tension dah menjalar kat seluruh organ badan dah nih. Tadi nak tido, tapi tak boleh pon. Baru je nak terlelap, tiba-tiba je teringat kerja-kerja yang tak siap lagi. Terus bangun. Da bangun malas pulak, alih-alih buat entry baru.. hehhe. Almaklum la, pelajar berdedikasi la katakan.

conteng ayam: esok taklimat li, nak li kat mane nih???

Mar 18, 2010

ENTREPRENEURSHIP VS KEUSAHAWANAN VS KEMALASAN

Tak tahu apa motif aku nak kena ambik subjek entrepreneurs ni.Nak kata susah tak tapi yang susahnye adalah part nak buat business plan. Ceh.. buat business plan dah macam betul-betul nak setup company. Nak cari loan la, product la.. Pening. Ntah cam mana la present esok. Kompem kena hentam dengan lecturer ni. Bak kata kawan aku, budak yang tersangat baik, yang tak pernah keluar kata-kata kesat boleh kutuk-kutuk, marah-marah lepas dia punya presentation. Baik punya kena hentam masa dia punya group present.

Hope, esok semua berjalan dengan lancar walaupun dah tahu esok mesti kena tanya soklan sampai tak terjawab. Bak kata kawan aku lagi, kalau tak nak present lama-lama, masa first soklan lecturer tu tanya terus tak payah jawab. kihkihkih. Lepas tu, carry mark pun kompem nyawa-nyawa ikan je.

contneng ayam : penatnye.. baru rase cam final year student.. hahahha

Mar 16, 2010

Lab Test Mengejut Tapi Aku Tak Tekejut pun

Petang tadi re-test lab yang tak jadi minggu lepas. Kira lab test mengejut sebab lacturer tak bagi tahu nak buat hari ni. Ini gara-gara kami satu kelas tak siap buat projek oracle form yang sepatutnya dipresent pagi dan petang tadi. Jadi, untuk tidak membuang masa kami dalam lab yang 6 jam tuh, untuk lab sesi petang, lecturer dengan konfidennye cakap nak buat lab test.

Pukul 1 dia bagi tahu, pukul 2 kami dah tekun mengetuk keyboard pc masing-masing. Huh!.. Betul-betul lab test mengejut tapi aku tak terkejut pun cuma tangan terketar-ketar menaip koding, jiwa tak tenteram duk fikir masalah negara. Tu je.. Kire tak terkejut la tu kan?? Cool kan aku? Ahh!! Rasa diri ini sangat hebat. Oh ya, tadi lecturer tu tanya kenapa tangan aku terketar-ketar. Sejuk aircond aku jawab sambil mata melilau sibuk tengok note..

Lepas habis lab test, aku tunggu bas ramai-ramai dengan classmate. huh!Lambat betul bas. Tadi dengar azan Asar. Rasa sangat tenang. Oh ya, masjid kat u aku study baru siap. So, tadi first azan yang aku dengar. Aku dengan kawan-kawan Islam semua senyap. Tiba-tiba je ade sorang classmate aku, chinese, tanye masa dengar azan kena senyap ke? Laju aku angguk kepala. Pastu dia siap suruh kawan chinese dia yang lain senyap..

Aisyy... malu pulak tengok melayu Islam yang lain sibuk duk bercakap masa azan tadi. Oh ya, kawan aku yang sorang ni memang suka tanya soalan pasal Islam sampai aku kekadang susah nak jawab. Ye la, Ilmu aku bukannya tinggi sangat.

conteng ayam : sakit + lenguh bahu.. rasa mau nangis....


Mar 10, 2010

Gubahan Hantaran


Ni antara gubahan hantaran kakak aku masa die kawen hari tu. Cantik tak??? Mesti la cantik sebab semua tu aku yang buat. Ada yang jeles tak? hahaha.. Ye la, aku tipu je. Aku mana pandai nak buat semua tuh. Kawan ma aku yang buat Tapi aku betul-betul kagum r ngan die, mana ntah die belajar. Cantik dia gubah. Hebat tu pegawai bank buleh buat secantik ni. hehe..


Gubahan hantaran tuk buah. Oh ya, sebelum hantaran ni bertukar tangan aku sempat rompak buah anggur tuh.. hahha..best!



Pulut strawberry.. Comel.. Suka..suka... hahha

conteng ayam: Nasi lemak sotong.. sedap!

Mar 8, 2010

PC rosak?? Ke aku yang...

Lab test petang tadi berakhir dengan jayanya. Walaupun diberi masa selama 2 jam tapi sebagai pelajar yang sangat atau terlebih pandai, kami yang tak ramai sangat di lab berlainan daripada orang lain mengambil masa selama 3jam. Ya, lebih 1 jam.. hahha.. best!

Tapi yang tak bestnya, pc kami semua bermasalah. Kejap ok, kejap tak ok. huh! Aku yang guna laptop sendiri pun problem. Masa nak tunjuk dekat lecturer je oracle form tu, terus hang. Lama sesangat nak keluar formnya. Dah la masa labtest dekat 4 kali aku duk restart laptop je keje.

Dan akhir sekali, selepas meneliti permasalahan kami seramai 6 orang yang terpinggir ni, lab test kami dikira batal. Kena buat sekali lagi. Best lagi. Usaha kami selama 3 jam lab test tu, nak kira cam mana ek? Oh, kira buat revision plus latihan untuk lab test sebenar la.. hhahaa.. Best lagi-lagi!!!

conteng ayam: hati aku tak tenang, kenapa la???

Oracle dan Oracle lagi..

Esok ada lab test advance database. Harap-harap boleh la buat oracle form esok. hehe.. Study main-main tapi harapan menjulang tinggi kalahkan gunung Jerai. Gunung Jerai? Macam pernah dengar tapi kenapa tiba-tiba je ingat gunung Jerai? huh!

Sem ni rasa macam sekejap je. Tahu-tahu dah nak final exam. aisyy.. PSM tak siap lagi ni, projek akhir subjek lain pun tak jalan-jalan lagi ni. Lama sangat duk berhenti kat traffic light. Err.. bukan apa, traffic light banyak sangat.. hehehe.. Memang dasar pemalas!huh! padahal nak tengok movie..

emm.. Oracle-oracle. 2 tahun duk pulun belajar oracle ni. Otak pun duk berpinar nampak coding-coding oracle.huh!

conteng ayam : saya suka oracle

Mar 4, 2010

Kahwin, Mas Kahwin dan Gubahan Hantaran

Susah betulkan nak manage majlis perkahwinan? Nak sediakan baju la, hantaran la, cenderahati untuk tetamu la.. Huh! memang susah la. Baju tu pulak mahunye nak 2-3 pasang. Pastu nak yang glemer2 pulak tuh. Tu tak masuk lagi bab gubahan hantaran. Kalau boleh, nak buat hantaran lain dari orang lain. Kononnye tak de orang buat lagi la. Kalau boleh, semua nak tip top la. Ye la kan, masing-masing nak title wedding of the year. Kalau tak boleh peringkat Malaysia, peringkat negeri pun boleh la. Kalau tak boleh jugak, wedding of the year bagi peringkat kampung pun boleh la.

Kenapa aku duk merepek pasal kahwin ni? Oh! kakak aku dah kahwin rupanya cuti raya cina hari tu. So, selamat pengantin baru la. Moga berbahagia sehingga akhir hayat. Semoga tabah hadapi segala dugaan. Semua yang berlaku sebelum kawen tu lupakan je. Yang penting sekarang ni pelihara ikatan tuh semoga berkekalan. Amin.

Oh ya.. Sila rajinkan diri memasak untuk laki sendiri yek. Takkan nak suruh ma masak lagi kot. So, agak-agak bila nak bagi cucu dekat ma?

Kakak aku masa majlis akad nikah..

conteng ayam : da kawen tuh, beli berus gigi sendiri ye.. hahaha


Mar 2, 2010

Terbongkarnya Kepincangan Masyarakat

Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3, mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia khamis lalu, betul-betul mengejutkan masyarakat kita. Kejadian yang tersangat kejam. Apalah salah budak umur 3 tahun sampai sanggup disepak terajang. Apa dia ingat bola ke nak sepak terajang? Anak orang tu weiii.. memang tak berperikemanusian la mamat tu. Hati binatang.

Semua orang bagaikan baru tersedar dari tidur lena yang sangat panjang. Masing-masing mengutuk kejadian ni. Kat paper, memang setiap hari la ada berita kejadian ni. Rasanya, dekat starbuck, kedai mamak, warung kopi memang topik ni dah macam pisang goreng panas. Kak Timah, mak cik Joyah dan persatuan surirumah pun mesti join sekali duk berdiskusi pasal hal ni. Masing-masing cuba memberi pendapat dan rasanya berbakul makian diluahkan.

Kejadian ni betul-betul menyedarkan kita begitu pincangnya masyarakat kita hari ini. Masing-masing hari ni wat hal sendiri je. Konon tak nak masuk campur hal orang lain. Please la, bukan nak suruh masuk dalam kain orang lain pun tapi kalau dah nampak lain macam je, mesti ada yang tak kena tuh.

Siti nurhanim - bengong la ko ni, Ada anak bagi boipren dera, da la comel anak tuh. Ada laki duk gatal ada boipren tu pehal. Dah tak ingat agama ke?? Orang Kampung boleh r ko tipu, Habis tu Allah tak nampak ke apa yang kau buat hah????? Yang mak bapak dia ni tak tahu ke anak dia dah bersekedudukan dengan boipren die?? Tak leh nak tegur anak sendiri?? huh. Nampak sangat ajaran agama dah letak last sekali dalam list.

Boipren Siti nuhanim- ni memang bengong dan buduhs.. Wei, suka ati ko je kan tendang, pijak, terajang anak orang. Ko tak layak nak hidup dalam masyarakat la. huh!!

Orang kampung - ha, ni lagi satu, senang je.. masuk paper mintak maaf sebab tak ambik tindakan lebih awal. Dah konpius dengan kesahihan pernikahan mereka , pehal tak report je kat pejabat agama? Ni nak bagi alasan dorang tak bagi kerjasama la, ayah dorang menagku dah nikahkan dorang la.. ALASAN je. Dah tu, nampak budak tu dipukul tapi tak ambik tindakan ape-ape pon. bengong.

Lepas terbongkar kes ni, baru nampak masalah sosial dalam masyarakat hari ni dah parah. Sebelum-sebelum ni, kes buang anak memang banyak dan yang terlibat adalah MELAYU. huh.. Pegangan agama dah senipis kulit bawang ntah-ntah lagi nipis, tu yang banyak sangat masalah sosial hari ni.

conteng ayam : marah!!!

Feb 28, 2010

Single Party a.k.a berpoya-poya

Malam tadi, we had a single party.. 5 orang yang suci murni join small party ni. Memang kerja gila la. Keluar rumah pukul 8 malam, 5 pagi baru balik. Muka sorang-sorang masa balik rumah memang sangap nak tido.. Jom tengok apa yang dah dibuat oleh 5 orang anak dara terlebih cun selama 9 jam single party berlangsung :

1) Ke mydin MITC : cocok duit - checked.
2) Pergi makan dekat Bukit Katil:x ingat dah nama kedai tuh - checked
3) Dataran Pahlawan dan sekitar: amek gambar - checked
4) Jonker Walk: sesat dan buat dua pusingan - checked
4) Pantai Klebang: Makan Sate - checked
5) Pantai Klebang: Dataran 1 Malaysia- checked
6) Isi Minyak : Buat pusingan 8 kat stesen minyak - checked
7) Buat pusingan dekat jj Melaka baru - checked
8) Mydin Bazar 24 jam - checked
9) Masuk jalan ntah ape-ape area Taman Botanikal - checked
10) Buat pusingan dekat Tasik Ayer Keroh kot. X tahu nama.. hehhe - checked
11) Pergi ATM Maybank kat Hotel King dari Ayer keroh - checked
12) Balik rumah : Penat + ngantok - checked

Huh. Memang tak de keje nak buat la ni.

conteng ayam : Baru tahu maksud 'kete rosak' semalam.. hehhehe

Feb 23, 2010

Muhasabah Diri- Antara realiti dan kenyataan

"Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa . InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki."

Lupa dah baca kat mana tapi ni antara tips dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah. Senang je kan.. sebelum tido, maafkan semua orang. Rasa senang tapi sebenarnya agak sukarkan. Lebih-lebih lagi kalau kita dah tersakit hati dengan orang lain. Tapi mungkin kita boleh berusaha untuk memaafkan orang lain. Lupakan je semua benda yang membuatkan kita sakit hati kerana orang lain juga mungkin pernah terguris perasaannya kerana kita.

Kita semua adalah insan yang lemah.Tak perlu untuk terlalu menegakkan ego kita. Yang penting sekali, kita sama-sama berusaha untuk mengubah diri kita agar apa yang berlaku hari ini adalah lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.

Ya. Hari ni aku nak jadi ustazah.. hehe.. Sekadar renungan untuk memuhasabah diri ini sendiri. Banyak lagi ruang-ruang yang perlu di baiki diri ini.

conteng ayam : takde conteng ayam.. ayam da tido da..

Feb 21, 2010

Emosi terganggu, Jiwa kacau

Asal balik Melaka je, mesti emosi terganggu, jiwa kacau, fikiran serabut. Banyak sangat nak fikir, assignment tak siap lagi, psm tak jalan-jalan dan pelengkap untuk pakej jiwa kacau mid term sama lab test sedang melambai-lambai. huh! Sia-sia je cuti seminggu hari tuh.

conteng ayam :Emosi tengah bercampur aduk.

Feb 10, 2010

A.L.O.N.G

A.L.O.N.G ALONG!... A.L.O.N.G ALONG!!

Malam tadi, tengah borok-borak dengan housemate, tiba-tiba terkeluar cerita pasal along nih. Lama gila dah rancangan along ni, sekarang dah tak de dah. Budak-budak sekarang mana nak tengok along lagi. Kami dulu-dulu, rancangan along ni memang ditunggu-tunggu la. Siap hafal lagi lagu dia tuh. Tapi part yang paling nak tengok - Siti Sifir. satu darab satu, satu. dua darab dua empat. Lebih kurang cam ni la siti sifir baca.

Dulu-dulu, kalau nak buat pengiraan operasi tambah , mesti guna contoh guli

2 biji guli + 2 Biji guli = 4 Biji guli

Tapi rasanya dah tak relevan untuk diguna pakai hari ni, So, contoh yang sesuai ialah

2 buah mp3 + 2 buah mp3 = 4 buah mp3

hehe. Kan nampak millenium tuh... hahaha

conteng ayam : jumaat malam, balik kmapung. x sabar nok kelik weh...

Feb 6, 2010

Tiket dah Beli, Tunggu masa je.

Balik kampung..oooo...balik kampung..... lalalala...

Ucapan terima kasih didahulukan kepada abang burger kat bawah kerana telah memasang lagu-lagu allahyarham Sudirman tanpa jemu. Dan lagu balik kampung tengah berkumandang di saat aku menaip entry ini. Terus meresap ke dalam jiwaku yang tengah sibuk membuat ketupat assignment enterpreneurship.

Uishyyy, tak sabarnya nak balik , kat melaka ni panas sesangat. Bahang panas memang boleh rasa kat muka. Lagi satu, cuaca kat melaka unpredictable . Tengok cuaca mendung je, tapi tak hujan-hujan. Tengah panas terik, boleh pulak hujan tiba-tiba.

Ceh, jadi ahli kaji cuaca pulak . huh.

conteng ayam : Kelik klate keno kecek bahasa ibunda nih.. hahha

Jan 30, 2010

Aku Termalu sendiri

masa kejadian - 2 tahun lepas
lokasi - lab (tak ingat lab mana).

Kelas berlangsung dalam keadaan baik, Lepas terangkan lebih kurang lecturer menyarankan student mencuba sendiri di pc masing-masing. Aku tekun mengerjakan pc sambil kaki aku menari-nari di bawah meja. Oh ya, aku duduk di depan sekali. Betul-betul berhadapan dengan pc lecturer. Tiba-tiba:

lecturer : Pc awak ok tak?
aku : ok je
lecturer : kenapa pc saya tiba-tiba off ni? Tak pe, saya panggil technician kejap.

Technician datang dengan bersemangat.

Tehnician : Laa, patut la. Suis pc ni teroff. Ha, kamu! Jangan nak tendang-tendang suis pc ni.

Erk, akukah yang bersalah? TIDAK!!!!!!!!!. Rasa mahu menyorok bawah meja. Nasib baik tak ramai yang menyedari kejadian ini. hehehe.

conteng ayam : Gas kat rumah dah abes. Nuggetku malam tadi masak ke tak? erk, sedap je rasa nugget tuh.

Jan 24, 2010

Cik, sila on kan hp ye pagi selasa ni.

Kelas pukul 8 pagi hari jumaat.Dah minggu ke-4, baru on lab hari Jumaat tuh. Sangat mencabar jiwa sebab nak kena naik bas pukul 7 pagi. Pagi-pagi dah sampai kampus, terus berjalan maju ke depan menuju ke kafe. Ape-ape hal, kena makan dulu. Baru ada semangat nak belajar. Pukul 8 dah terpacak depan lab, off hp, takut mengganggu masa kelas berjalan.( Aku budak baik. Betul.Tak Tipu). Pukul 8.30 lecturer masuk. Tung, tang,tung,tang habis kelas.

Ada perjumpaan dengan supervisor untuk discuss psm. Kawan aku first. Aku lepas dia. Pukul 12p.m turn aku. Discuss lebih kurang dengan lecturer pasal psm. Dah habis discuss Sebelum keluar office, lecturer mintak no hp. Senang nak contact. Dia lupa nak ambik kawan aku punya no hp, so, dia tanya aku ada ke tak no hp kawan aku tuh.

Aku ambik hp terus on. Sekali terus keluar ringtone gossip girl. Alah yang bunyik cam nih." and who am i? that a secret i never tell you. you know you love me. xoxo gossip girl.Lecturer tu senyum jerk. Segan i tau. Bukak inbox msg, ada 2 missed call, tak tahu sape.

Keluar bilik lecturer, lepak dengan kengkawan. Tengah syok duk berborak, tiba-tiba je ada call masuk. Nombor yang miskol pagi tadi. call dari GDex, bagitahu ada barang yang dihantar dari Kelantan. Rasanya,aku tak de pulak suruh ma aku pos barang. Tapi aku dah syak, mesti kiriman dari ma aku ni. Oh ya, orang yang call aku tu, siap pesan lagi suruh on hp pagi selasa tu.

Aku terus call ma aku lepas tu. Suspen wooo, mana la tahu kot-kot ma aku pos hp blackberry ke sebijik. Boleh aku bergaya masa pergi kelas. Tapi, tu semua hanyalah angan-angan dan khayalan aku saja. Selepas diselidik maka terjawab la teka-teki aku.Ma aku hanya kirim kad kahwin kakak aku. Kad kawen ok. Apa kejadahnya ma aku kirim kad kawen guna GDex ni? Guna pos malaysia je tak boleh ke??? huh! Dah terlebih advance la pulak ma aku ni.


conteng ayam : Dulu masa kat matrik, selalu jugak ma aku pos makanan. huh! Rasa sangat terhina bila ingat balik.