Feb 23, 2014

Gigi juga perlukan rawatan gituh

Zaman kecik-kecik dulu  takut dengan doktor gigi, Pesen bawak ke besar. Jadah kan dah tua nak takut doktor gigi lagi. Jadik, lepas terdetect satu gigi geraham dah ada lubang, terus pi carik klinik gigi. Tak sanggup wooo tanggung sakit gigi nih. Ni sebelum sakit baik pi filling awal-awal. 

Maka iols gogel dan banyak la yang suggest suh pegi Klinik Pergigian Azila kat Bandar Baru Bangi, Ala yang depan PKNS tuh. Yang sederet kedai tudung pemes tak hengat, fareda. Siot ja nak beli tudung sampai kena amek nombor giliran. Maka pegilah aku dengan housemate pagi tadi. 

Masa sampai tu dapat tahu ada 2 orang doktor bertugas, Dr azila dengan Dr Kamal. Dalam hati duk berdoa, harap-harap dapat la Dr Azila. Senang sikit, ye la, pompuan mesti lagi selesa dengan doktor perempuan kan? Sekali, dapat yang doktor lelaki pulak. Haisy, teros rasa seram sejuk, rasa macam gigi kena ketuk dengan tukul kuat-kuat. Laki kan kasar. kehkeh.

3 gigi ye yang ditampal, ko mampu jah nganga molot besar-besar nak tampal 3 gigi sekali gus? Tadi macam dah nekad, kalo tak, aku jenis malas sikit nak datang klinik gigi ni, jadi tampal je la terus sekaligus. Macam ok jugak la dentist tuh, lemah lembut gituh.

Kesimpulannya, melayang duit aku rm310 di pagi hari lagi. Tapi macam reasonable lah harga untuk tampal gigi 3 batang tuh. Apepon ikotlah nasihat dentist, jangan tangguh untuk rawatan gigi, makin lama makin mahal kos rawatannya, dan mungkin terpaksa di cabut gigi tuh. Rasa macam best pulak tampal gigi, semangat woi nak gi lagi klinik gigi. kahkah

Feb 14, 2014

Tragedi di Valentine gituh

Gelis sangat aku nak sambut valentine, haram wei.Lagipun gewe pon tak dop. kahkah.Tak de mende tragedi pon harini, cuma biasa la hari Jumaat adalah hari yang paling malas untuk bekerja. Bangun lambat, siap ala kadar. Bawak kereta tak pandang kiri kanan. Erk, mau terbabas tak pandang kiri kanan. Maksud aku tak usha pemandu kiri kanan.

Sekali masa lepas roundabout, ada satu kereta saga ni hon. Rasa macam dia hon dekat aku. Aku ada buat kesalahan trafikkah? Pemandu berhemah macam aku ni, mana ada buat salah. Keh..keh.. Statement tak menahan uols. Tapi bila fikir balik, memang tak de salah ape aku buat masa kat roundabout tuh. Apalagi, terus aku tekan minyak kuat-kuat. Gigih okeh saga tu  kejar aku.

 Sekali traffic light merah pulak kat depan. Brek mengejut iols. Saga tu kat sebelah wei. Dia hon lagi, bila pandang dia macam duk tunjuk-tunjuk kereta aku. Bila turunkan tingkap,  rupanya dia nak cakap pintu sebelah pemandu tak tutup rapat. Tak perasan plak aku, maklum la  alarm kereta habis bateri, aku tak gi tukar pon. So, kunci kereta guna manual yer tuan-tuan  dan puan-puan.kehkeh.Harus semalaman pintu kereta tak tutup rapat. Adoi, cam mana la budak  yang tompang aku tu tutup pintu. Kecik sangat sampai tutup pintu kereta tak rapat. hahaha.

Malu woi kat abang saga yang duk kejar aku tuh. Mesti dia cakap minah ni perasan betol. Orang nak tolongdia pi tekan miyak kuat-kuat. kehkeh. Takut woi, mana tau penjahat ke. Kesimpulannya,
penduduk bandar baru bangi (terutama abe-abe yg perasan gentlemen lah konon) adalah sangat prihatin.Ni kali kedua ditegur pasal kereta dekat traffic light.