Mar 27, 2013

GPS? Danau Kota?

Pergi Danau Kota 2 minggu lepas. Nak makan steambot kat Flaming steambot . Tapi ni dah penutup acara sebab belah pagi window sopping kat OU, petang meredah Jalan Tar. Bertolak pegi Danau Kota lepas Maghrib. Maghrib dekat jalan TAR. Serius tak penah tau dekat jalan TAR tu ada surau yang sangat-sangat selesa. Kalau tak sebelum ni mesti g surau kat Sogo jah. 

Sambung balik kisah nak g makan steambot nih. Lepas Maghrib, bertolak g Danau Kota dari Jalan Tar tu. On GPS. Bantuan GPS diperlukan sebab semua tak tahu jalan. hehe. Kecoh jah GPS ni, bingit telinga nak dengar. Kesalahan pertama GPS pada malam itu, membawa kami sesat sehingga masuk parking dekat Festival City. Apekah????  Sesat  masuk parking sopping komplek. Ko hado?

Kesalahan kedua, masuk jalan ntah mana-mana sampai jalan mati. Bravo GPS, bravo!! Terharu sangat kami pada malam itu.

Secara konklusinya, nak makan steambot tak payah pegi Danau Kota. Bangi pun ada la wei!!!!!

Mar 21, 2013

Home phillip phillips

Hold on, to me as we go
As we roll down this unfamiliar road
And although this wave is stringing us along
Just know you’re not alone
Cause I’m going to make this place your home

Settle down, it'll all be clear
Don't pay no mind to the demons
They fill you with fear
The trouble it might drag you down
If you get lost, you can always be found

Just know you’re not alone
Cause I’m going to make this place your home

Settle down, it'll all be clear
Don't pay no mind to the demons
They fill you with fear
The trouble it might drag you down
If you get lost, you can always be found

Just know you’re not alone
Cause I’m going to make this place your home


Lagu ni best. Tu je nak cakap. hahaha

Mar 11, 2013

Black & White

Mood bercampur gaul, semua ada, geram , marah, sakit hati.

Kisahnya, sorang staf mintak aku ubah quantity dalam sistem, katanya, statement tak betul. Aku ok je la kan, sebab quantity yang tak tally tu memang keje aku pun nak check kat mana tak betulnya. So, bila dia dah terangkan apa masalahnya, aku cakap aku boleh ubah, tapi aku nak salinan DO, untuk simpanan aku la, in case bos tanya, kenapa buat transaction tu kan.

 Dia boleh cakap kat aku, "Perlu ke?"

Lepastu duk tarik muka 14 dia tuh. Seriously, aku tak paham dengan dorang nih. Salah ke aku nak mintak DO tuh?? Salah ke??? Untuk future reference jugak. huhu. Kadang-kadang, ada quantity yang aku ammend, aku pun tak ingat kenapa. Bos tanya, memang aku blur nak jawab. Oiitt, ingat aku boleh ingat semua benda yang aku ammend tu ke?? Sakaiiii. huh!!!

Rasanya.... saya .... emm.. perlu..er..er..err, cari keje lain dengan serius& sepenuh hati. Noktah!

Mar 8, 2013

Novel Melayu katanya

Aku dah lama tak baca novel Melayu. Ini seriyes, bukan main-main. Kenapa? Sebab aku duk tilik-tilik sinopsis kat web MPH tuh, semua lebih kurang je. Hilang nafsu nak membaca.kihkih. Iolss ni kan memang kaki komplen, kalo rasa benda tu tak real, memang 4 hari 4 malam la aku meratib. Ni analisis aku buat lepas godek web MPH tuh.

1) Tak habis-habis kawen paksa, gaduh-gaduh sikit,  lepas tu memang happily ever after. Ouch, sangat tak relevan untuk sekarang okeh. Dari aku form 2 sampai umur dah suku abad, ni je la jalan ceritanya. Bosan!

2) Gaduh-gaduh, lama-lama sayang. Happily ever after jugak kononnya. Dah dah la buat novel sebelum bercinta gaduh bagai anjing dengan kucing, masa bercinta kalah cinta zain ngan el. Erk?ko pehal noks sampai masuk el ngan zain bagai nih...kihkih

3) Pompuan miskin mesti jumpa laki kaya. Laki tu pulak, sah-sah hensem katanya. Anak datuk, pastu CEO kompeni besar, pakai kete import, pakai semakpong bukan rebat punye okeh, hipad, hipong bagai(erk hipad hipong masyarakat marhein pun da ramai guna. Seng heng ada noks).  Owh Mesia, wake up!! Realiti nan hado. Jangan la bermimpi di siang hari.; Kesian tau laki misekin  kalau sume nak kawen dengan laki kaya. 

4) Jadi orang gaji, anak majikan terjatuh cinta. Ada tentangan keluarga sikit-sikit, tapi berjaya diharungi dengan jayanya. Lepastu, pun happily ever after jugak. Ohhh doniaaaa. Bahagianya hidup boleh kawen dengan anak orang kaya ni, kahkah.

Erk, nanti ada pulak duk bagi maki free kat  aku pasal duk sibuk kutuk  plot novel yang best selling nih. haha. Ni pandangan aku je, lagipun dalam komuter tu aku tengok ramai je duk layan novel. Well, citarasa masing-masing kan?

Cuma apa yang boleh aku cakap, novel tak sama dengan realiti. Sila berpijak dibumi nyata. Jangan terbuai sangat dengan plot tuh dan harap akan berlaku in real life kita. Tu je. hahaha