Aug 25, 2011

Berita gembira kepada orang bersabar

"Berilah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk." (Al-Baqarah: 156-157)

Manusia memang takkan terlepas daripada menerima musibah. Bezanya sama ada kita sabar atau tak dalam menghadapi ujian Allah kepada kita.

Orang yang beriman akan melihat musibah yang menimpanya sebagai satu ujian Allah untuk membuktikan ketakwaannya kepada Allah. Mana mungkin seseorang itu mengaku dirinya beriman sedangkan dirinya belum diuji.

Bagi orang yang tidak mempunyai keyakinan kepada Allah pula, mereka sering mengeluh dan menangisi musibah yang menimpa dirinya.

Aku pulak memang sentiasa berharap dan berusaha untuk menjadi orang beriman dalam menghadapi segala musibah.



Aug 21, 2011

Pantun Edisi Khas TV3

mahu pecah perut dengar pantun kat edisi khas nih!! ni antara pantun dorang.. hehe

- Biji Selasih, Daun Selasih, terima kasih
-Kasih ibu, kasihnya laila, tak de hal lah!
-ikan bawal ikan tuka, kamu ni ada duit ker???
-burung Nuri, burung bayan, duit saya satu tempayan.
-mandi sungai kena sengat, takkan lah mahal sangat..

Adoi, memang terbaik lah pantun dorang.. ahaha

Aug 14, 2011

Komuter, komuter.

Aku betul-betul tak tahu apa masalah ktm sebenarnya. Tapi kalau dah 2 kali berturut hari Jumaat komuter rosak, apa citer nih KTM? Dah dekat 6 bulan jadi pengguna setia komuter nih, memang macam-macam hal lah yang aku kena tempuh nak pergi kerja. Dah macam nak pergi berperang pun ada. Oh ya, setiap kali komuter lambat aku dah boleh ingat apa alasan dorang nak bagi.

1) Disebabkan masalah teknikal bla..bla.. komuter akan lambat dari jadual asal.
2) Tren ke Sungai buloh dibatalkan.( Ok, yang ni hampir setiap hari tren ke sungai Buloh jam 7.58 am di Stesen UKM dibatalkan.)
3) Disebabkan tali kabel terputus bla..bla..bla.. komuter akan lambat dari jadual asal.

Dah dah la tu wei KTM. Bosan aku dengar alasan sama. Kalo nak bagi alasan pun, sila bagi alasan yang lain sikit. CER BAGI ALASAN KERBAU MELINTAS, MAKA KOMUTER TAK BOLEH GERAK. Ha, kan lain dah alasan tuh.

KTM, sila lah perbaiki service anda yang sangat dan amat teruk tu!!!

Aug 8, 2011

Tolong Awek Aku Pontianak

Baru je tengok movie ni. Ok la jugak sebab boleh buat aku gelak sorang-sorang. Meh sini aku nak review sikit pasal movie nih.

1) Scene paling kelakar bagi aku la, scene yang mat rempit kena kejar pontianak. Sekali roadblock kat depan, terus dorang stop motor and lari lintang pukang pergi naik trak polis. Polis pun heran..haha .. Terbaik!!!

2) Masa Afdlin jadik agen rumah sewa tu. Memang kelakar habis. Lif tak de, da jual, Kawasan international. Ye sangat international. Penyewa kebanyakan berasal dari Vietnam, pakistan, Bangladesh, Kemboja. Oh ya, Indonesia pun ada. haha.. Rumah sewa aku kat Melaka dulu kira international jugak la. Jiran i dari bangla. Ok dah, tak yah gelak sangat.

3) Pelakon movie ni semua ok la. Yang jadik kawan bob tu pun ok. kelakar. Da macam gay pulak aku tengok dorang..hahaha.

Sikit-sikit review dah la..

Aug 4, 2011

Danish

Macam mana boleh lupa nak buat entri nih. Aku dah dapat anak buah! haha. Suka.
Dah-dah tak payah nak gelak kan aku sangat. Biar lah aku nak eksaited sikit dah dapat title mak cik nih. hahahha.

Lepas 2 minggu baru dapat nama budak kecik tuh. Muhammad Adam Danish. Aku pun tak pasti sangat maksud dia. nanti la aku tanya kakak aku tuh. Danish ni baik je. Dulu la, masa awal-awal lahir. Sekarang mau nangis je kejenya. Ni kakak aku la yang bagitau. Dia nak asal dia bukak mata ada orang duk sebelah dia. Amboi Danish, kecik-kecik dah ikot perangai mak yang penakut tu yer? hehehe

Gosip Hangat Laris Macam Pisang Goreng

Kalau tanya semua orang apa gosip hangat sekarang, kompem dorang cakap gosip pasal Khairul Fahmi Che Mat putus tunang ngan Elia. Betul ni, tak tipu punya. Tak caya, gi jenguk website gosip artis nuh. Berderet orang duk komen. Aku tak heran pun pasal gosip nih tapi aku suka baca komen-komen dari masyarakat marhaein nih. Yang paling tak leh blah, nama yang dorang guna nak komen isu putus tunang nih. Boleh kasi aku gelak guling-guling la. Ni antara nama yang dorang guna:

- Jejari pendek
-jejari bulat
-jejari coklat celup
-jejari layu
-jejari tembam
-jejariku tak berapa nak runcing
-jejari ikan
-jejari busuk

semua dah kemaruk nak letak nama jejari kat depan..hahhaha. ada lagi nih...

-merayah keri
-kak eton menaruh harapan

Adoi, kak eton pun nak menaruh harapan jugak ke dekat keeper tuh?? hahaha..

-dat0' K.Rajagopal
-Safee Sali
-S.Kunalan
-Amirul Hadi

Ni pulak tak pasal-pasal satu team bolasepak Malaysia duk komen pasal ni. hahaha
Apa pun, thanks, korang dah buat aku tergelak sorang di depan pc ofis pada hari ini.

Sumber: Oh bulan!

Aug 3, 2011

Dari Bangi Ke Subang

Penat sangat-sangat sekarang. Baru seminggu lebih ulang alik dari bangi ke Subang tapi rasa macam dah tak sanggup.Sangat tak sanggup. Ni pun dah demam. Nasib baik hari ni bos call suruh datang ofis kat Cheras nih. Tak de la penat sangat. Tak tahu la aku ni boleh bertahan ke tak, nak ulang-alik ni.
First time ke client site tapi betul-betul rasa tak selesa. Awal-awal lagi dah dengar orang komplen pasal kompeni. Dah tu pulak, semalam project manager bagitahu dia agak tak konfiden bila aku cakap one of my colleagues dah resign. Tapi project manager tu ok la sebab dia yang banyak tolong aku yang memang tak pandai nih. hehehe..
Kesimpulan dari entri nih, betul-betul rasa nak menangis..huhuhu