Nov 23, 2010

Celcom is ........

Semalam, Isnin, 22 November 2010, perkhidmatan celcom kat Kelantan memang ngokngeks betul. Boleh pulak network busy sepanjang ari.. Sepanjang hari tak boleh call dan bersms. Nasib baik petang pukul 5 tu dah boleh sms, call je yang tak dapat.

Aisyy... Celcom ni tak tau ke seluruh family aku ni penyokong setia dia??? Aku tak boleh call family aku nak mintak dorang amik aku kat opis petang semalam. Nasib baik mak aku da terpacak depan opis pukul 5 semalam. Kalau tak, kompem aku suh dorang beralih angin, tak payah nak sokong sangat Celcom nih. Hampeh je lebih!!!!

Nov 19, 2010

Sepak Takraw Malaysia

Tetiba minat tengok sepak takraw. hahaha. Terpacak depan tv duk tengok Sukan Asia. Sokongan penuh lagi kepada pasukan Sepak Takraw Malaysia. Dari kosong pengetahuan pasal sepak takraw, terus dah tahu sikit-sikit pasal sukan ni.

Dah tahu tekong tu apa, apit kanan, apit kiri, libasan pari, servis kuda., killer... Dan saya sudah mengenali beberapa pemain sepak takraw Malaysia.. hahaha.

Putra- apit kanan, killer.. Libasan dia hebat tapi Tarian depan jaring dia lagiiiiiiiii hebat!!

Arif- Apit kiri, feeder - Kecik molek. Pon pandai menari depan jaring gak.

azman- tekong. Lambat dapat rentak, sekali dah dapat, kirim salam je la kat pasukan lawan..

Farhan- Apit kiri, feeder. Pon kecik molek gak.kakak aku cakap, best jadi farhan ni sebab keje dia senang, jarang dapat pegang bola. (kakak aku ni tak tau pasal semua jenis sukan yerr)

Shaharudin ke shafarudin ek? - Apit kanan, killer.. Libasan terbaik, mantap. Aksi bersahaja. Cun. cool..


Ada lagi la beberapa orang yang aku tak ingat nama.

haha..tiba-tiba pulak rasa diri ini sungguh hebat.

Selamat berjuang pemain sepak takraw Malaysia esok. Final Sukan Asia.

Nov 14, 2010

Baca Quran setiap pagi

Pelajar Muslim di Terengganu akan membaca Quran setiap pagi sebelum bermula sesi pembelajaran dimana ianya akan dilaksanakan bermula tahun depan. Alhamdullillah.

Tak kisah la kalau awal-awal pelaksanaan budak-budak ni kena paksa pun. Untuk kebaikan dorang jugak. Ye la, kalau tak dipaksa kat sekolah, belum tentu kat rumah dorang mengaji. kan? kan?

Ikhlas tak ikhlas belakang kira. Aku selalu jugak dengar orang cakap, kalau kita buat sesuatu kalau tak ikhlas baik tak payah buat. Contoh paling senang, nak pakai tudung bila dah betul-betul ikhlas nak pakai. Tak nak pakai tudung kalau dipaksa. Tapi bagi aku, kalau kena paksa buat benda baik apa salahnyakan? Ni pendapat aku je la.

Contoh terbaik, kat opis aku sekarang, memang kitorang wajib baca quran, tafsir dan belajar tajwid setiap pagi.Awal-awal dulu tensen gak sebab macam kena paksa je kan, tapi bila dah lama dah terbiasa pulak. Ye la, memang dapat banyak ilmu la masa sesi tazkirah pagi-pagi kat opis tuh. Tenang je nak buat keje lepas mengaji. Tak percaya? Try buat dulu....

Nov 7, 2010

Kuliyyah jumaat

Aku nak kongsi sikit. Hari Jummat aritu, kuliyyah jumaat bincang pasal penyakit hati. Ada satu part yang menarik perhatian aku.. Aku rasa benda ni hari-hari jadi kat aku.

Bila mak suruh buat ape-ape keje, kompem ni yang keluar dari kita.

"ughhhemmm"

Ustaz tu cakap dah macam lembu mengaum. Nak buat cam mana, anak angkat lembu. haha
Memang kelakar la ustaz tu, tapi apa yang dia nak sampaikan tu berjaya. Majoriti anak-anak hari ni bagi respond macam ni bila disuruh buat kerja. Tak terkecuali aku.

Nov 6, 2010

6 Minggu - Kesabaran mengatasi segalanya

6 Minggu je lagi nak abes latihan industri. Lepas ni status pelajar@student@mahasiswa akan terlucut serta-merta. Dah tak sabar rasanya, tapi risau jugak, boleh ke tak aku dapat kerja lepas abes li nanti. Kalau boleh, tak nak menganggur lama-lama sangat. Sebulan dua tu ok la lagi... kihkih

Tiap-tiap hari , asal sampai opis, benda pertama aku tengok - Kalendar - Duk kira berapa hari lagi nak habis li, jengok-jengok cuti, duk pangkah tarikh yang dah lepas. Terok kan? ahaha..

Yang pasti, cuti raya haji tak sampai 2 minggu lagi... Yezza!!!!

oh ye, aku dah tak de exam final ye start sem ni, maka selamat berfinal exam yang tengah tenung handouts tuh!!

Nov 4, 2010

Vampire Diaries vs Ponti anak Remaja

Drama Melayu memang terbaik. Hari tu sempat aku tengok Ponti anak remaja mini series. Kagum betul aku dengan si Liyana jasmay(betul ke aku taip nih??) dengan 3 ekor pontianak lagi tuh. Pandai-pandai pontianak dekat Melaysia ni, boleh masuk kolej. Setanding dengan pontianak dalam Vampire Diaries.

Tapi siyes cakap la, Liyana memang tergedik-gedik dalam drama ni. Tak sanggup mata aku ni memandang. ouch!!!

opss.. sejak bila aku layan drama melayu nih? hahaha