Jan 6, 2017

Kereta anda kereta auto ?

Kisah tahun lepas sebenarnya. Tapi izinkanlah aku menjoyah disini. Tanda ingatan gittew. Ni kira kisah paling tragis tahun lepas. Hari Khamis pagi, dengan penuh iltizam, aku gi kerja awal dari biasa. Siap beli nasi kerabu untuk breakfast. Dalam angan - angan aku, kompem sampai awal, siap boleh menikmati nasi kerabu lagi sebelum masuk opis nih.

Tapi langit tak selalunya cerah. Jalan jem tak hengat hari tuh. Biasa 15 minit dah boleh sampai ofis. Hari tu dah 40 minit atas highway, batang hidung opis pun belum nampak lagi. Kereta memang tak gerak langsung, sakit kaki woi tekan brek. Kisah tragis bermula bila aku exit highway, nak masuk jalan ke ofis. Kereta tiba-tiba mati. Mula-mula cool, cuba start kete. Sekali, dua kali, tiga kali, berpuluh kali, langsung tak dengan bunyi enjin.Dalam trafic sesak jugak kau carik pasal ye kete. kahkah. Lori kat belakang dah start hon . Berpeluh hoi. Nak on lampu kecemasan pun teraba-raba, lupa kat mana. kahkah. Dah on lampu kecemasan, baru lori kat belakang berhenti hon. Sakit pulak hati kita nih. :P .

Orang pertama aku call, kakak kat kampung, bagitahu kereta mati tiba-tiba. Part ni, aku pun tak paham kenapa aku nak kena call dia, bukan dia boleh datang tolong pun. kahkah. Call bengkel, dia cakap, tunggu budak dia masuk keje pukul 9 , baru boleh datang. Lagi 10 minit hoi.. Call member opis, dengan baik hati dia datang dengan despatch. Dorang ketuk-ketuk sikit, pun tak hidup jugak enjin. Maka, sesi tolak kereta ke tepi pun bermula. Ada lah yang naik motor berhenti tolong. Terima kasih ye. Susah-susah jer tolong tolak kereta . Malu titeww.

Dekat 9 lebih, mekanik datang. Siap bawak bateri kereta lagi tuh. Tukar bateri, terus elok jah hidup.Aku halau member opis balik opis sebab aku nak kena gi bengkel tukar bateri tuh. Call manager, bagitau aku EL halfday. Dia gelak sakan sebab aku menambahkan lagi jem pagi tuh. Choiiii.!!! Gi bengkel berpeluh dalam kereta sebab mekanik pesan jangan  on aircond. Nangis belakang stereng. Dah tukar bateri, aku mintak mekanik check ape yang patut pasal dorang pun heran , kenapa kereta mati tiba-tiba, dah tukar bateri terus elok. Dia cakap , kalau pasal bateri, mustahil untuk kereta mati tiba-tiba. Entah lah, malas nak pikir.

OK, ni part paling sadis. Masuk opis tengahhari, baru aku terpikir pasal nih. Lepas kete mati, aku tak dak tukar gear pi letak dekat P. Lepas alihkan kete tuh, baru aku tukar gear ke P .  No wonder lahhhhh mekanik datang, tukar bateri, terus hidup kereta tuh. Masa ni rasa nak nangis, berguling-guling lalu masuk longkang,tak nak ingat apa-apa kisah sadis ini. Marah campur geram campur malu. kahkah.

Pengajarannya disini, kalau kereta auto tuh, selagi gear bukan di P, kete takkan start okeh!!