Oct 31, 2010

Mencipta Sejarah

40 tahun menanti, akhirnya Kelantan menang Piala Malaysia.

haha.. suka sangat tengok bola malam tadi.. Bertambah-tambah suka, berlipat-lipat kali ganda kegembiraan bila sape ntah yang umum kelantan cuti umum hari ni. Aisyy.. ingatkan dah tak jadi cuti sebab dalam paper utusan ari jumaat, MB kelantan, tok guru cakap dah tak boleh bagi cuti. ye la, kan 4hb dah cuti. hehe.. Kira semalam memang betul-betul surprise dari tok guru la. hahaha..

Apa pun.. Tahniah dan terima kasih pemain Kelantan aka The Red Warriors kerana anda

er...

er...

er...

Aku CUTI ari ni... hahahahah


Oct 28, 2010

Surat Terbuka Kepada Celcom Broadband

Kepada empunya Celcom Broadband Kompeni (CBK)

CBK, pada minggu lepas saya sudah membuat bayaran bil celcom broadband melalui CIMB Clicks. Dan sudah pasti semasa pembayaran dibuat, saya menggunakan Celcom Broadband. Ternyata hasilnya sangat memberangsangkan. Saya telah membuat pembayaran untuk 2 bulan terus gara-gara perkhidmatan internet yang CBK sediakan sangat hebat. Maka, bil bulan November tak perlu saya jeleskan lagi.

Dan kisah pembayaran bil ini menjadi semakin hangat apabila ibu saya yang terjumpa bil Celcom Broadband bulan September telah sekali lagi membuat pembayaran melalui CIMB Clicks. Ini bermakna, bil untuk bulan Disember juga telah dijelaskan.( Bagus betul mak saya nih, bayar bil tak tengok pon tarikh bil tuh)

Kesimpulannya daripada kisah pembayaran bil terhangat di abad ini, saya mengharapkan agar CBK dapat menyediakan perkhidmatan internet yang tiada tandingnya kepada saya. ( 2 bulan tu dah advance bayar)

Sekian Terima Kasih.

Pecah kaca, pecah botol budu,
sudah baca, tenet kena la laju....

Menang kalah Belakang kira...

Final Piala Malaysia sabtu nih. Kelantan lawan Negeri Sembilan. Kelantan Menang atau kalah belakang kira, yang penting aku nak tau, Ahad ni tak cuti ke? Aku dah bersedia malas nak datang keje ahad nih. Report li tak siap ape pon lagi nih. Buku log tak payah cerita la, ade dekat 3 minggu x terusik.. kihkih.. betul-betul dasar pemalas...

Oct 20, 2010

Siaran Langsung

Bosan keje hari ni. Dua orang student praktikal tak datang keje. Penat mungkin malam tadi balik lambat. Aku je yang terlebih semangat datang. Terpaksa melalui hari yang suram sendirian. Oh sadisnya!

Malam ni bola. Separuh akhir, Kelantan vs Kedah. Siaran langsung rtm, media terhebat seantaro dunia. Ya, dengan pengulas yang terlebih adil, aku rasa tengok bola malam ni ada baiknya off kan saja soundnya. Lagi molek rasanya tengok bola tak de sound, baru boleh khusyuk dan tawaduk orang kata. tak begitu Fam?
kihkih

Oct 11, 2010

Penjaga Gol dikenakan Kad Merah??

soalan adik aku.

"Pernah tak penjaga gol dilayangkan kad merah??"

haha.. giloss, kalau dah penjaga gol dapat kad merah, dah terang-terang dia kena buang padang.Abes tu sapa nak jaga pintu gol ? hahha

Oct 7, 2010

Website

Membuat website tidak semudah yang disangka. Banyak benda nak kena fikir. Gambar elok ke tak, warna background sesuai ke tak, text ok ke tak.. huhu.. Tu belum lagi masuk bab koding nih. jenuh nak pikir.

Bos pulak, macam-macam yang dia nak. Lepas present dengan dia aritu, lain pulak dia suruh buat. Haisy, idea dia memang kreatif la. Kreatif pon, aku pulak yang nak kena buat perubahan kat website tuh. hehe.. Redha je la.... Proses belajar jugak nih. Tak merugikan aku pun. Betul dak??

conteng ayam: aku ingin tido!!!! ngantuk wei hujan2x nih!


Oct 6, 2010

Status Pesbuk aka Facebook

Ada 2 ekor kucing kat umah aku sekarang. Sekor anak, sekor mak. Memandangkan dorang ni anak beranak, maka maknya yang berwarna hitam telah menurunkan gen bulu hitamnya kepada anaknya. CIs, ape pekdahnya aku dok cakap pasal bulu kucing warna itam nih.huh!

Aku duk bayangkan kalo la dua-dua ekor kucing nih ada pesbuk, kompem duk update status kutuk tuan. Contohnya, macam ni la lebih kurang:


Pastu mak dia mesti g like status ni.. hehehe...

Oct 3, 2010

Laporan Daripada yang Melaporkan

Bosannya duk pejabat arini. Tinggal 3 orang je budak praktikal. Sebelum ni 6 orang, tapi 3 orang student UiTM da abes praktikal. Tinggal la kami 3 orang menghabiskan sisa-sisa berlatihan industri di kompeni nih. Sunyi je rasa arini, biasa kalau cukup korum 6 orang, kompem bergegar opis nih. hehe.

Dan arini hari Ahad, kat Kelantan hari Ahad keje, maka terkontang-kanting la aku sesorang sebab tak tau nak kacau sapa. Biasa, kompem aku beryahoo massenger ngan sorang budak yang perasan kiut nih, takpun beremail melalui Microsoft Office outlook dengan minah ni. Namun, pada hari ini, kedua-duanya sedang enak berhujung minggu. Siyes aku jeles!huh!!

conteng ayam: saya selesema hari ini!

Gossip Girl Season 4

Dari season 1 sampai la sekarang, dah masuk Season4, aku setia dengan nate archibald. heh! Tapi season 4 ni lagi dramatik. I loikeeeee...

Nate merajuk dengan serena, nampak cute sangat. Baru 3 episod season 4 ni , tapi aku dah dapat rasa, kompem episod lepas ni lagik best!

Ahh! tak sabar dah nih, Terlebih eksaited orang kata.kihkih

conteng ayam: Tido-tido ayam...