Jul 22, 2010

Sesi wrestling- Nasuha vsTeddy Bear!!


1. Berkenalan terlebih dahulu dengan bear kak nisa.


2. Aksi-aksi ganas sudah bermula. ops, abaikan charger laptop itu. Ada yang sibuk duk berpesbuk.

3.Bear kak nisa cuba meminta tolong. "Adeh, patah la tengkuk aku nih!!" kata bear kak nisa..

4. Aksi-aksi bergelut pun bermula,of cos nasuha menang bergaya. Menang bergaya pun, lepas tu mintak susu jugak.. huhu

conteng ayam: Penat jaga nasuha. Asyik nak kena main je ngan dia, kalo tak dia nangis. huhu

Jul 19, 2010

Minggu Kedua, Hari Kedua

Pukul 10 tadi jumpa bos. Tak lama sangat sesi soal jawab tadi. Aku sedaya upaya berlakon menjadi pekerja yang sangat baik dan berdedikasi. Aku rasa macam dah berjaya berlakon tadi. hahahaha.
Setiap soalan yang diaju, aku berjaya menjawabnye dengan penuh yakin. Betul salah, belakang kira.

Soalan peberet aku

bos: eh, awak ada kenal tak sorang prof kat utem ni?

Dalam hati aku: ramai sangat prof kat utem tuh, kompem aku tak kenal..

bos: nama dia shahrin

Dalam hati aku lagi :Macam pernah dengar. Nasib baik memori aku ni simpan lagi maklumat tu, dan ingat lagi.

aku: err.. tu dekan saya tuh..

bos: awak ada no contact dia tak?

aku: err, tak de tapi boleh tengok kat laman web. saya rasa ada kot no contact dia..

Aku terkesima..

Jul 15, 2010

Berdebar-debar

Tadi penyelia aku cakap, bos nak jumpa hari isnin ni. Ayork !! takotnye, sebab dengar citer dari budak-budak praktikal yang lain, bos memang banyak tanya. Lepas tu, kalau tak dapat jawab, dia perli-perli pulak.. Plus, bos aku ni alim.. hehe.. Harap-harap, semua ok la hari isnin ni. Jangan dia nak tanya banyak sangat. huhu

conteng ayam: lagi 30 minit nak balik.. ngehngeh

Jul 14, 2010

Drama Melayu memang terbaik!!! siyes

Memang menyampah gila aku tengok drama melayu nih. Sume sama je.
Malam tadi aku tengok drama Aliaa. Ntah apa-apa. Yang perempuan sibuk
duk kacau laki orang, pastu yang laki orang tu konon-konon sayang,
cinta sesangat dekat bini dia nih... setia la sangat. Wei kalau
ko dah sayang sangat dekat bini, tak payah layan perempuan gediks tuh.
Ni tak, bukannye nak marah perempuan tergediks-gediks dekat dia.
Isyyy.. menyampah gila aku. Stok drama melayu semua macam nih.

TU belum lagi yang bini duk paksa laki kawen satu lagi sebab dia tak
boleh bagi anak dekat laki dia. wei, ada ke bini yang sanggup paksa laki
dia kawen lagi kat Mesia nih? Kalo ada pun, memang terlalu -terlalu sikit.
Entah-entah 1 : 1000000000. Drama melayu ni kadang-kadang jalan
cerita dia sangat tak logik.

Kalau aku nak senarai drama melayu yang aku meluat plus menyampah
sangat memang banyak.

conteng ayam: ade sesape yang suke tengok si capik ke?? nenek sedara aku pun tak suke wei!!!

Jul 13, 2010

Hari kedua

Bosan , tak buat apa-apa pun lagi. Sedang mengkaji Microsoft office outlook. Kesian aku kan?? sadis betul, nak create akaun pun tak pandai. Petang , aku pergi kilang, tolong apa yang patut. Ahh..terasa diri ini sangat rajin di tika ini.. hikhik..

conteng ayam: buhsan. mau blajar blk!!! hikhikhik

Jul 12, 2010

Aku rasa, aku dah semakin baik, maksud aku insan yang baik....

Hari pertama li dekat tempat baru, aku datang awal. 1 jam awal. Tak payah buat-buat tak percaya, yang nak bagi tepukan silakan, yang nak bagi pujian pun dialu-alukan. Aku memang terharu ni. Nasib baik ramai yang li kat sini tapi dorang semua amik bioteknologi. Aku je yang lain.tak kisah la, janji dorang semua peramah. Tak la i ni segan sangat. hikhik.

Semalam semua staf kumpul kat dalam bilik meeting. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya, setiap hari ahad akan ada bacaan al-mathurat dan tazkirah dari 3 orang staff. Setiap minggu , 3 orang staff akan bagi tazkirah. Terkesima sekejap. Bagus-bagus. Aku tak pernah dengar lagi mana-mana syarikat yang buat macam ni. wah!!! lagi bertambah sayang kat klate nih. hihihi...

conteng ayam: office outlook, aku xpandai gune.. buleh ke???

Jul 8, 2010

Kadang-kadang hidup perlu buat keputusan

Penat uruskan segala hal berkaitan dengan li. Lepas seminggu li kt tekom, aku berenti.. Memang gilak r. hahaha.. Ahad ni start tempat baru, harap-harap semua ok. Kat tekom tu tak sanggup aku nak main wayar. Duk kat bilik server dia dah macam duk kat negara omputih yang ada salji tu. Tak sanggup i.. hahaha.. li kt tekom, ari-ari ngadap talipon. pening kepala duk dengar suara operator bagi tahu nombor.

Tu belum lagi tengok staf dia wat jumper. Wayar berselirat. Kejap panjat sana, kejap panjat sini. Bab panjat ni yang aku tak sanggup, terus tak nak li kat situ. Ye la, panjat kerusi plastik, silap aribulan, aku pulak tergolek. tahu la body aku yang terlebih slim ni kompem kerusi plastik tu tak boleh tampung. hahaha

conteng ayam: first time update blog kat kg..