Oct 2, 2014

Raya Haji Meriah di kelantan?

" raya haji lebih meriah dari raya puasa kan kat kelantan??? "
Tiap kali aku cakap aku balik raya haji, kompom ni soalan yang selalu aku kena jawab.Tak tahu aku nak jawab apa. Kalau meriah , tahun lepas selamba je aku raya sorang-sorang kat Bangi. Raya diperantauan uols..ko mampu jah??? :P
Ok, serius, berbalik kepada soalan diatas tuh, meh sini aku jawab. Aku tak pasti orang lain describe meriah tu macam mana, tapi bagi aku dapat berkumpul satu keluarga,makan-makan, borak-borak sambil bergelak tawa tu meriah la.
Kalau kat kampung aku,(kampung orang lain aku tak tahu),lepas solat, yang  mana buat korban akan berkumpul kat satu rumah. Kira dah bincang awal-awal, antara yang amek bahagian korban tu, rumah sapa yang  jadi tempat nak melapah lembu. Yang tak amek bahagian pun akan dijemput jugak. ye la, takkan 7 orang je nak melapah sekor lembu..kihkih. Biasa lelaki melapah lembu, yang perempuan dah siap-siap kat dapur.Potong bawang, sayur semua.
Lepas je lembu dikorbankan, masa tengah melapah tu,bahagian daging diambil sikit untuk masak.7 bahagian daging di asing siap-siap. Juga untuk tukang  sembelih dengan yang tolong melapah pun diasing siap-siap. Yang amek bahagian korban ni akan bahagikan sendiri daging korban untuk orang-orang kampung.
Lepas dah siap melapah semua, nasi sama daging dah siap masak. So, apa lagi, masa untuk mencekik atau dalam bahasa sopannya makan. kehkeh. Untuk makan ni memang jemput satu kampung. Yang amek bahagian korban tu kalau dorang rajin, dorang pun buat makan-makan kat umah dorang lepas tu.
So, amacam, meriah ke tidak? Yang ni aku pasti meriah dengan makan.. Sebab makan daging lembu sampai pitam.Raya kedua, semua dah carik selain daging lembu.. kehkeh

Apr 6, 2014

Gigi lagi

Lepas tampal 3 gigi, ada satu gigi problem. Seminggu tahan  sakit, last-last pi balik klinik gigi tuh. Motif doktor tak tau punca sakit? Kot ya pun, tengok lah betul-betul dulu, baru decide nak amek x-ray. Lepas aku tegur, baru check betul-betul dan terbukti ada lubang kecik kat tampalan katanya. Korek balik, tampal balik hadoiiii. Ngilu tau dak. Nasib baik ok lepas tampal balik. Melayang lagi duit aku. Uwaaa!!!

Asek cerita pasal gigi je, next entry nak bergosip la pulak

Feb 23, 2014

Gigi juga perlukan rawatan gituh

Zaman kecik-kecik dulu  takut dengan doktor gigi, Pesen bawak ke besar. Jadah kan dah tua nak takut doktor gigi lagi. Jadik, lepas terdetect satu gigi geraham dah ada lubang, terus pi carik klinik gigi. Tak sanggup wooo tanggung sakit gigi nih. Ni sebelum sakit baik pi filling awal-awal. 

Maka iols gogel dan banyak la yang suggest suh pegi Klinik Pergigian Azila kat Bandar Baru Bangi, Ala yang depan PKNS tuh. Yang sederet kedai tudung pemes tak hengat, fareda. Siot ja nak beli tudung sampai kena amek nombor giliran. Maka pegilah aku dengan housemate pagi tadi. 

Masa sampai tu dapat tahu ada 2 orang doktor bertugas, Dr azila dengan Dr Kamal. Dalam hati duk berdoa, harap-harap dapat la Dr Azila. Senang sikit, ye la, pompuan mesti lagi selesa dengan doktor perempuan kan? Sekali, dapat yang doktor lelaki pulak. Haisy, teros rasa seram sejuk, rasa macam gigi kena ketuk dengan tukul kuat-kuat. Laki kan kasar. kehkeh.

3 gigi ye yang ditampal, ko mampu jah nganga molot besar-besar nak tampal 3 gigi sekali gus? Tadi macam dah nekad, kalo tak, aku jenis malas sikit nak datang klinik gigi ni, jadi tampal je la terus sekaligus. Macam ok jugak la dentist tuh, lemah lembut gituh.

Kesimpulannya, melayang duit aku rm310 di pagi hari lagi. Tapi macam reasonable lah harga untuk tampal gigi 3 batang tuh. Apepon ikotlah nasihat dentist, jangan tangguh untuk rawatan gigi, makin lama makin mahal kos rawatannya, dan mungkin terpaksa di cabut gigi tuh. Rasa macam best pulak tampal gigi, semangat woi nak gi lagi klinik gigi. kahkah

Feb 14, 2014

Tragedi di Valentine gituh

Gelis sangat aku nak sambut valentine, haram wei.Lagipun gewe pon tak dop. kahkah.Tak de mende tragedi pon harini, cuma biasa la hari Jumaat adalah hari yang paling malas untuk bekerja. Bangun lambat, siap ala kadar. Bawak kereta tak pandang kiri kanan. Erk, mau terbabas tak pandang kiri kanan. Maksud aku tak usha pemandu kiri kanan.

Sekali masa lepas roundabout, ada satu kereta saga ni hon. Rasa macam dia hon dekat aku. Aku ada buat kesalahan trafikkah? Pemandu berhemah macam aku ni, mana ada buat salah. Keh..keh.. Statement tak menahan uols. Tapi bila fikir balik, memang tak de salah ape aku buat masa kat roundabout tuh. Apalagi, terus aku tekan minyak kuat-kuat. Gigih okeh saga tu  kejar aku.

 Sekali traffic light merah pulak kat depan. Brek mengejut iols. Saga tu kat sebelah wei. Dia hon lagi, bila pandang dia macam duk tunjuk-tunjuk kereta aku. Bila turunkan tingkap,  rupanya dia nak cakap pintu sebelah pemandu tak tutup rapat. Tak perasan plak aku, maklum la  alarm kereta habis bateri, aku tak gi tukar pon. So, kunci kereta guna manual yer tuan-tuan  dan puan-puan.kehkeh.Harus semalaman pintu kereta tak tutup rapat. Adoi, cam mana la budak  yang tompang aku tu tutup pintu. Kecik sangat sampai tutup pintu kereta tak rapat. hahaha.

Malu woi kat abang saga yang duk kejar aku tuh. Mesti dia cakap minah ni perasan betol. Orang nak tolongdia pi tekan miyak kuat-kuat. kehkeh. Takut woi, mana tau penjahat ke. Kesimpulannya,
penduduk bandar baru bangi (terutama abe-abe yg perasan gentlemen lah konon) adalah sangat prihatin.Ni kali kedua ditegur pasal kereta dekat traffic light.