Gelis sangat aku nak sambut valentine, haram wei.Lagipun gewe pon tak dop. kahkah.Tak de mende tragedi pon harini, cuma biasa la hari Jumaat adalah hari yang paling malas untuk bekerja. Bangun lambat, siap ala kadar. Bawak kereta tak pandang kiri kanan. Erk, mau terbabas tak pandang kiri kanan. Maksud aku tak usha pemandu kiri kanan.
Sekali masa lepas roundabout, ada satu kereta saga ni hon. Rasa macam dia hon dekat aku. Aku ada buat kesalahan trafikkah? Pemandu berhemah macam aku ni, mana ada buat salah. Keh..keh.. Statement tak menahan uols. Tapi bila fikir balik, memang tak de salah ape aku buat masa kat roundabout tuh. Apalagi, terus aku tekan minyak kuat-kuat. Gigih okeh saga tu kejar aku.
Sekali traffic light merah pulak kat depan. Brek mengejut iols. Saga tu kat sebelah wei. Dia hon lagi, bila pandang dia macam duk tunjuk-tunjuk kereta aku. Bila turunkan tingkap, rupanya dia nak cakap pintu sebelah pemandu tak tutup rapat. Tak perasan plak aku, maklum la alarm kereta habis bateri, aku tak gi tukar pon. So, kunci kereta guna manual yer tuan-tuan dan puan-puan.kehkeh.Harus semalaman pintu kereta tak tutup rapat. Adoi, cam mana la budak yang tompang aku tu tutup pintu. Kecik sangat sampai tutup pintu kereta tak rapat. hahaha.
Malu woi kat abang saga yang duk kejar aku tuh. Mesti dia cakap minah ni perasan betol. Orang nak tolongdia pi tekan miyak kuat-kuat. kehkeh. Takut woi, mana tau penjahat ke. Kesimpulannya,
penduduk bandar baru bangi (terutama abe-abe yg perasan gentlemen lah konon) adalah sangat prihatin.Ni kali kedua ditegur pasal kereta dekat traffic light.
No comments:
Post a Comment