Aug 28, 2010

Cinta Kirana

ok. sekarang tengah layan drama Indonesia ni. Suka! Walaupun dah terang-terang dia punye jalan cerita lebih kurang dengan drama indonesia lain.

Oh ya, kalau tak silap cinta kirana ada 93 episod. Kita tunggu dan lihat, bila dah separuh episod main aku boleh bertahan ke tak lagi. Biasa, memang tak boleh, kompem aku jadi meluat nak tengok lepas tu.. hehehe

conteng ayam: tahun ni tak bersusah payah cari tiket bas nak balik kampung tuk raya.. suka!!

Aug 18, 2010

Tragedi 2.30 pagi bulan puasa

Alarm handphone tak bunyi lagi, tapi aku dah tersedar. Dalam mamai, tengok jam kat handphone, 4.30a.m. Terus kejut mak aku, cakap dah pukul 4.30a.m. Dia bangun nak masak untuk sahur. Malam tadi dah bincang elok, semua mengidam nak makan nasi goreng pattaya. Aku tak bangun tolong pun sambung tido adala. Kejamkan? ye la-ye la, esok aku masak tuk sahur.

Tengah sedap tido tu, tetiba je dengar mak aku ni membebel.

" Baru pukul 3 pagi. Nasi dah siap goreng pun. tengok jam pun boleh salah. Sahur nanti makan la nasi sejuk tuh.. bla..bla..bla." banyak lagi la ceramah.tapi aku buat-buat tido je..

Aiseh, cam mane la boleh salah tengok jam pulak??

Aug 12, 2010

Pam Minyak

Dulu nak isi minyak kat kelantan, pekerja dia yang isikan. Lepas harga minyak naik berkali-kali, pengusaha stesen minyak dah pening, maka pekerja stesen minyak hanya bertugas cuci cermin hadapan dan belakang kereta. Maka bermula la sejarah pemandu kena isi sendiri minyak.

Seperti yang diceritakan oleh kakak aku.

Tempat kejadian: Kaunter nak bayar duit.
Depan kakak aku ni ada sorang pak cik ni. Dah tua.

Ikuti dialog antara pak cik dengan cashier

cashier: Pam no berapa Pak cik?

pak cik : tak dok pam.

Kakak aku cakap dia senyum je. Kena hormat orang tua!
Nak isi minyak macam mana pak cik oii kalo x de pam..kata kakak aku dalam hati nuraninye.



Aug 11, 2010

Ramadhan Penuh Keberkatan.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, syarikat tempat aku praktikal buat sesi tazkirah dan tadarus Al-Quran setiap pagi. Alhamdulillah, Hari pertama dah berjalan dengan lancar. Semoga hari-hari yang seterusnya akan berlangsung dengan jayanya. Amin.

Rasa bertuah sangat dan aku rasa keputusan aku tukar tempat praktikal aritu tak salah. Aku memang dan sentiasa percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Tak kira, yang berlaku tu baik atau buruk. Ni salah satu cara aku nak tenangkan diri, sabarkan diri aku ni.

Jadi, kalau ada perkara buruk berlaku kat aku, memang aku akan fikir positif."Ada hikmah sume ni terjadi".

conteng ayam: selamat menjalani ibadah puasa!!

Aug 1, 2010

Terjatuh hati dengan flash

Dekat setahun lebih tak main dengan flash ni. Dulu masa belajar sistem multimedia memang tak pandang pun flash ni. i tak pandai yuu. Leceh. nak kasi huruf keluar satu-satu memang mencabar jiwa dan raga. Sekarang ni pulak baru sibuk nak belajar balik. Al-maklum la, nak kasi web nampak cantik dan kreatif kena la guna flash. Nak buat cam mana, da supervisor nak macam tu. Redha je la.

Hari ni baru merangkak nak belajar balik. Tapi suka, dah terjatuh hati dengan flash. Suka bila klik play, huruf gerak-gerak.. haha.. jakunnye aku nih.. i heart flash.

conteng ayam: lecturer dtg melwt td, tu pun lps sesat 1 jam.. kesiannye.. huhu.. mintak ampun ye encik..