Apr 29, 2010

klise drama melayu

1. kahwin paksa- mesti anak dato ngan anak dato jugak.Takpun orang kaya mesti dengan
orang kaya.

2. nangis lepas tu lari-lari anak(anak ke??) masuk bilik, hempas badan atas katil. Nangis
di sebalik bantal.

3. Kalau accident, sebelum tu, mesti da tunjuk pelakon tengah drive, tak pun mesti tunjuk
ada kereta bertentangan bawak secara membabi buta. Kira penonton tengok pun da boleh
agak, mesti accident. Tak suspen langsung.

4. Nama hero ngan heroin yang kaya raya mesti cantik-cantik + bombostik, contoh nama
yang selalu sangat diguna : danial, adam, bella, maya, linda, rina..bla..bla.. Banyak lagi ah.

5. Adik-beradik suka orang sama. Buhsan ok tengok drama adik beradik duk berebut
orang sama.Kalau bukan adik-beradik pun, mesti kawan baik. Lepastu mula la, bergaduh.
Tak pun masing-masing konon baik sangat sanggup berkorban untuk orang lain.
Sanggup korbankan perasaan sendiri. Meluat + menyampah aku tengok!.

6. Dato'-dato' dialog dorang lebih kurang je kalo bab business dan masa tu, mesti tengah
main golf .Orang kaya je ek main golf. Kenapa la tak buat dato2x tu tengah main video game ke,
tengah santai dalam kolam ke, try buat lain dari yang lain. Tak la buhsan sangat.

7. Berebut harta pusaka tak pun nak jadi ceo. Yang ni pun satu. Tak habis-habis nak
berebut harta dengan pangkat.

Emm banyak lagi ni sebenarnye tapi da malas nak taip.. Layan adamaya pun best gak..:)

Apr 23, 2010

Rindu Kampung halaman

Ahh, di saat exam data warehaouse and data mining bakal menjelma 3 jam lagi, rasa rindu kepada kampung halaman begitu kuat mencengkam jiwa. Ohh, rindu nak dengar kokokan ayam, burung berkicauan dan desiran air sungai yang begitu syahdu sekali. errk, Tapi kat kawasan rumah aku tu tak de ayam, sungai pon cam hidup segan , mati tak mahu.. hehe

Point penting dekat sini adalah, Aku nak balik kampung malam ni.. hahha

Apr 20, 2010

Study VS Tido

Antara belajar dengan tido mana yang lagi best??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok, Kalo aku, Tak yah tanya memang kompem pilih tido. Dan study data warehouse and Data mining betul-betul buleh buat aku tido.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Marah-marah sayang? Nope, Ni Marah betul-betul

Adoi, bape kali ntah nak cakap, Tolong la jangan jadikan pesbuk sebagai tempat nak luahkan perasaan. Lepas tu tak payah sindir aku kat pesbuk. Siap sebut nama aku lagik tuh. Nak tunjuk sangat aku ni tak boleh nak bagi kerjasama ke?? Setakat g makan je pun. Kurang-kurang kerja group aku buat.

Lagipun, bukannya aku tak nak ikut, da aku dah beli tiket nak balik kampung. Tapi memang aku tak nak ikut pon. hahhaha.Takkan la aku nak cancel balik kampung semata-mata nak g makan ngan dorang semua tu, Ntah apa-apa. Kat pesbuk duk komen kata aku tak nak pergi. Tapi tak komen pulak bagitahu aku ni dah beli tiket nak balik kampung. Mongokssssss. Dah komen tu nampak aku ni jahat. Tak suka, tak suka, Menyampah ok.

Dan untuk budak-budak yang duk komen tu, satu je aku nak cakap, korang memang hampeh, Tapi ade aku kesah??? hahha..

conteng ayam: x layan gosipppppp murahan

Apr 19, 2010

Roda itu bulat, Tayar itu gelong





Ni tayar aku carik kat miss google je tau


Hidup kita ni memang tak ubah seperti roda. Sentiasa berputar mengikut peredaran zaman. Bezanya samada kita berputar pada paksi yang sama ataupun tak. Yalah, ada masa kita akan berada diatas, dan ada masa jugak kita berada dibawah. Tak kisah kat mana kita berada, yang penting sekali kita kena sentiasa berpijak di bumi yang nyata.

Kalau kita berada diatas, tak semestinya selamanya kita berada diatas. jadi, bila dah berada di puncak kejayaan, atau dah berada di zon selesa, kita kena sentiasa muhasabah diri. Jangan terlalu angkuh dengan kejayaan kita. Kita tak tahu bila nikmat kita semua tu akan ditarik. Berwaspada itu penting.

Dan kalau kita berada dibawah, mungkin ini adalah satu dugaan untuk menguji sejauh mana kita mampu bertahan dan berusaha untuk menangkis segala masalah dan cabaran. Oh ya, maksud aku berputar pada paksi yang sama tu, lebih kurang cam kita ulangi kesilapan yang sama.

Dah macam sudut motivasi pulak. Motivasi untuk diri sendiri. hehe.Opss, lupa pulak, pasal tajuk entry nih, tayar gelong tuh, saja je letak. Macam best pulak. kalau tayar gelong aku tak tahu macam mana, tapi kalau orang yang gelong aku tahu. Orang yang dah tak betul sikit kepala otak dia. Wakakak.

Saya suke.Saya suke.. :)

Apr 17, 2010

Blog punya hal





















Permintaan seorang kawan. Dia nak aku buat entry baik-baik pasal die. Senang citer, entry yang memuji die la. Tapi, banyak songeh pulak, suruh letak macam-macam. Last-last, da kuciwa, terus nak buat blog sendirik... wakkakak.. Tengok ayat last ym tuh.. hahhahha.. Sila la puji diri mu dalam blog sendiri ye.

Poyo je cakap ade link dengan budak arab. Budak yaman la wei!!!

conteng ayam: hujan, bestnye tido..zzzzzzz

Marah-marah sayang?

Ni entry marah-marah. So, tak payah citer panjang-panjang. Kang jadi benda laen pulak. Pesanan dari penaja, jangan jadikan pesbuk tempat nak luahkan perasaan. Menyampah ok tengok orang post yang emo-emo. Lepas tu nak sindir-sindir orang pulak kat pesbuk. Hello, pesbuk bukan tempat nak luahkan perasaan ya.

Satu lagi yang aku menyampah sesangat, orang yang suka bodek lecturer. Tahu r ko pandai tapi tak payah ler nak tunjuk sangat ko tu rapat dengan lecturer.huh!.

Tak suka... menci..menci...

conteng ayam : tak sbr nk blk kampung


Apr 14, 2010

Itu Jerrr???

PSM 1 da selamat present.Alhamdullilah, tak tahu ok ke tak, Janji da lepas. Tinggal final exam je untuk sem ni. Lepas tu, sem khas 2 bulan, untuk PSM2. Yes! Sem depan Praktikal. Tapi tempat untuk praktikal belum cari lagi. Sebulan je lagi fakulti bagi tempoh ni. Aduss! mana ntah nak cari.

Bila fikir-fikir balik, memang tak sangka, da nak habis pun belajar kat UTeM ni. Pejam celik, makan tidur, da 3 tahun jadi pemastautin tetap kat UTeM nih. Banyak sangat kenangan kat sini. Manis ade, pahit ade, masam ade. Semua ada la.

Yang tak leh blah sekali, member-member siap da boleh cam tagline setiap lecturer yang ajar kitorang. hahaha. Dulu-dulu takut nak kutuk, tapi bila dah last sem kat sini, bukan main lagi. Sorang-sorang tak nak lepaskan peluang. haha. Paling pemes "Itu Jerrrrr".Mesti rindu nak dengar tagline lecturer lepas ni. Sedih pulak, lepas ni dah tak de kelas. Rindu nak pergi kelas, nak tido kat kelas. huhu.

oh ya, untuk rekod, sem ni aku tak ponteng kelas ngan lab. Wah! Sangat la tak percaya. sem lepas siap mintak dengan lecturer tak nak buat kelas. haha.

conteng ayam: exam pg Jumaat ni. Tapi x study lg. Ape citer nih??

Apr 6, 2010

Beg kau, aku dan dia

Arini pegi kelas semata-mata nak ambik tips dari lecturer. Masuk lab, cam biasa tak ikut peraturan, bawak masuk beg. Baru je nak duduk, technician datang.

"Beg letak kat luar semua" ceh, serius je technician tuh. Malas nak gaduh-gaduh, angkut beg letak kat luar. Sekali technician tu buleh sound kami kat luar lab. huh. Bukannya nak curik mouse kat dalam lab tu pun. Kalo cantik takpe jugak, ni mouse zaman purbakala, tengok pun tak lalu. Sekali lagi malas nak gaduh-gaduh, aku senyum je.

Technician tu cakap, lain kali bawak masuk barang berharga je, beg letak luar. Erk, beg aku berharga ape, beli tuh, bukannye dapat free pon. Murah pun kira berharga la jugak.

Tegur elok-elok dah la. Kasi kami ni keluar U ni dengan kenangan manis boleh tak?? huh, tak sabar nak abes study!

conteng ayam: kalo gado2 tak yah post kat pesbuk la. wat semak wall jerk..

Apr 4, 2010

YM serbaguna

Kadang-kadang YM betul-betul buleh buat aku nanges sambil golek-golek ikut rentak lagu hindustan.



Sungguh kejam kamu wahai si .... .Sanggup kamu paste terus koding yang saya mintak dekat YM..

conteng ayam : otak berselirat pikir koding..

Apr 3, 2010

Gurauan di pagi hari

Hari Khamis - 1 April

Jadual aku sepatutnya macam ni

9.00a.m - Lec data Mining
11.00a.m- lab Multidb

So, aku kena naik bas pukul 8.00a.m. Naik bas pukul 7.55 a.m, penuh macam sardin, aku berdiri. pukul 8a.m bas jalan. Pelik, sebab classmate tak ramai yang naik bas. 3 orang je. sedapkan ati, dorang naik bas kt depan. Lepas 5 minit, member call. Berita yang dikhabarkan sangat la gumbira. Kelas data mining batal. Huh! Geram. Boleh terima lagi sebab ada lab lagi pukul 11 dan bas terakhir g kampus kul 9.

Sampai kampus yang tersangat indah tu, kami 3 orang pergi makan. Dalam hati dah rasa tak sedap, jangan la lecturer nak batalkan gak lab. Habis makan pukul 9, cari surau. Ye kami bukan nak bertadarus, tapi nak TIDO. Sebelum tido, set alarm dulu, takut tak bangun untuk lab. Tengah kusyuk tido, member dapat sms. Dan sms tu betul-betul buat aku rasa nak buat lompat bintang 100kali.

"Kelas batal"

Betul-betul rasa dipermainkan. Yang tahu awal kelas data mining batal, terima kasih sebab tak bagitahu kami awal-awal. Lain kali tak payah bagitahu terus. nasib baik ni last sem untuk study. Sesungguhnya, kami tersangat gembira hari tu kerana dapat bersiar-siar di dalam kampus yang permai itu..

conteng ayam: Alasan lupa da lapuk sangat la..