Dec 31, 2012

review 2012

31 December 2012.

Pergh... Esok dah tahun baru wei. Bertambah lagi usia setahun. Dah suku abad. Orang tua-tua cakap, dah boleh menikoh.. kahkahkah..

Sorotan 2012.

1) Tukar kerja. Ramai yang tanya, keje dulu atau sekarang yang best. Tak boleh nak bagi jawapan tepat sebenarnya. Sebab bagi aku dua-dua keje ni ada ok ada yang tak ok. Opkos bab payment tuh sekarang lagi ok. haha. Meh review sikit. Keje dulu kena onsite, sekarang goyang kaki kat opis. Dulu vendor, sekarang mengarah vendor..kihkih. Dulu keje lebih spesifik apa yang kena buat, sekarang semua kena buat. Asal dorang rasa ada kaitan dengan IT, akulah mangsanya. Telefon problem? carik aku. Mesin fotostat rosak? aku lagi. Faks problem? Aku lagik. Bab PC, network, internet, sistem ERP,server,  tak yah cakap la, memang sah-sah aku yang jadi mangsa. Tapi aku ok je, sebab boleh belajar banyak benda. Dulu tak pandai sangat bab hardware PC ni, sekarang ok sikit la. Ye la, dulu study banyak software, hardwarenya kurang. So, nampak tak , keje kat mana-mana pun sama. Akan ada yang kita suka, dan akan ada yang kita tak suka. Ni realitinya. Bersabar lah. Jangan pulak dah masuk keje tempat baru, tak sampai 3 bulan dah nak resign. Ya, 3 bulan pertama ditempat baru, suasana baru, persekitaran baru, cara keje baru, memang bikin stress. Hari-hari pikir nak resign. kahkah. Tapi percaya lah, lepas 6 bulan, semua akan ok. bertabahlah.

2) Lesen kereta. Lepas 7 tahun tertangguh dengan macam-macam drama, akhirnya, lulus jugak. Alhamdulillah. Second test baru lulus. Tu pun, masa first test, bila fail, ada hati nak salahkan jpj. kahkah. Harus lah kan. 

3) Saya berdikari. Sebelum ni sewa satu bilik dengan mak cik. Lepas dia dah kahwin bulan 6 haritu dia pindah. Ye la, jadah apenya dah kawen nak duduk sebilik dengan aku lagi. haha. Suka hati duk sepahkan bilik sekarang. Kalau kemas pun bertahan 2 hari je. haha. Gila teruk perangai.

4) Demam Campak. Awal tahun hari tuh diserang demam campak. Tak sangka, dah tua bangka ni baru nak kena demam campak. haha. Serius takut tengok kulit masa tuh. bintik-bintik merah satu badan. Gatal tak payah cakap lah. Sampai takleh tido.

4) Anak buah dah 2 orang. Muhammad Adam Danish ngan adik dia yang super muper cute, Nur Alisha Damia. Danish yang memang suka sesangat buli budak yang lagi kecik dari dia, sangat la eksaited bila ada mia sekarang nih. Kesian Mia, dah jadi mangsa buli abang danish. hahhaa.

5) Saya dan komuter. Percayalah, komuter lepas dah dapat tren dari China, dia punya service agak ok. Takde la macam dolu-dolu. Peh, kalau ingat balik, mau nangis 4 hari 4 malam. Dari stesen komuter UKM ke KL sentral, sekali tren delay, bersesak, berhimpit dalam tren, kalah sardin wei. Stesen komuter UKM pun dah upgrade. Dah ada lift, tapi belum boleh guna lagi. Cepat la siap wahai lift, saya dah tak larat nak panjat tangga dekat stesen komuter UKM tuh.

6) Raya Haji. Sampai lambat, Orang dah siap sembelih lembu, baru terhegeh-hegeh sampai. Pengajarannya, cukup lah sekali aku amek bas di malam raya. Pukul 3.40 pagi bas baru gerak hokeh. Menangis tak berlagu.

7) Saya  dan kawan sekolah rendah. Terjumpa kawan sekelas masa sekolah rendah dekat stesen komuter. Dan menjadi kebiasaan , aku takkan tegur dulu, sebab takut salah orang. haha. Nasib dia tegur aku dulu. Tak sangka, lepas 12 tahun tak jumpa, reunionnye hanye di stesen komuter. kahkah.

Cukup lah sorotan 2012nya. 2013 bakal menyusul. Azam 2013, sama macam 2012 punya. Azam baru setiap hari... hahhaha


Dec 21, 2012

Trip ke Tangkak

Tahniah Ein!! Selamat Pengantin Baru.

Sorang-sorang dah join group puan-puan nih. Apepun, terima kasih di ucapkan kepada preve cik shuhada. Siyes wei, preve hang sangat cun dan cool!!

Sangat-sangat-sangat gojes...:)

Dec 19, 2012

Piala Seekor Kambing

Kambing pun dah jadi piala.. hahaha. Drama ni best, terbaik!!. Dan-dan puji. Mentang-mentang 100% guna loghat klate. Oit, kalu buke ore kelate nak sokong, sapo lagi dop. Memang drama ni banyak makan dalam la. Dia punya dialog terbaik.

" Aku gocoh ni srupo make pulut"
"Mu ingat mu ni lawa sangat? mu huduh, huduh, huduh"
"Nok ngorat tok gheti, sapa gege duo butir kapung"

Senang citer, dialog yang diguna memang dekat dengan orang kelantan. Dialog sabri yunus tu, kira macam ayat-ayat yang tuk aku selalu guna. 

Dan yang paling penting,aku rasa drama ni bawak aku kembali zaman budak-budak dulu. Tok 'gawa dulu memang suka anjur pertandingan bola sepak , badminton , sepak takraw. Padang depan rumah aku tu la yang jadi venue untuk perlawanan. Nostalgia. Menang bola dulu-dulu dapat towel. hahha.Tapi sekarang dah tak de rasanya. Kat tempat aku la, tempat lain tak tahu ada ke tak dorang anjur.

Ramai yang tak puas hati dengan ending drama ni, tapi bagi aku itu adalah ending terbaik. Kalau drama lain, sah-sah ending dia satu pasukan menang, julang piala, lepas tu berbaik dengan gu lawan. Tok 'gawa pun boleh tersenyum bangga dengan dia punya idea. Dah boleh agakkan endingnya. Tapi Piala seekor kambing ni lain, dia buat ending tergantung macam tu je, sebab nak kita sendiri fikir. 

1) Tok 'gawa mewakili pemimpin atasan- Perlu jugak dengar pendapat orang lain, bukan ikut kepala dia je.
2)Tok penghulu mewakili pemimpin setempat - Tak payah la nak jadi coach.Dah tengok kan apa yang jadi bila penghulu masuk campur jadi coach. Cukup penghulu jadi pemerhati dan penasihat anak buah. Senang cerita, jangan politikkan sukan!!!!
3) Si Buta dan si bisu hanya memerhati dan mendengar gelagat orang lain. Tapi last-last dorang yang untung.

Kira drama ni cuba untuk kupas banyak isu tapi semua isu tu berkait dengan masyarakat kita hari ni. Tabik spring dekat sabri yunus berani hasilkan drama hebat ni.

conteng ayam: Kenapa scene last pengadil tampar penghulu? Ha,lain kali jangan memandai nak cakap pengadil berat sebelah, rasuah. In real life, semua benda ni ada, rasuah, bodek, bias, so, kita yang kena pandai untuk hadapi semua ni. Bukannya berterusan salahkan orang lain.Peace :)

Nov 23, 2012

Nov 17, 2012

List to do next week

Baru sehari aku amik emergency leave, kelam kabut satu opis gamaknya. Dah sah-sah keje aku berlambak, lagi bagi aku buat keje yang tak de kena mengena dengan job aku. choi betol!!!

Next week kena kasi settle nih. Kalo lama tangguh lagi berserabut otak ni duk fikir.

1) Move outlook from C drive to D drive.
2) Check user rights on synology.
3) Create a report using crystal report.
4) Macola error - 1 PC.
5) Siapkan receiving- yang ni sah-sah bukan keje aku, tapi kena paksa buat jugak. choi lagi lah.

Rasa-rasa nak berubah angin la pulak. Kasi alasan da macam Mat Yo nak blah dari klate nak g johor je nih. hahhaha..


Nov 3, 2012

Miracle

2 November 2012. Yeay!. Danish jadi abang dah. Si kecik ni betul - betul tak sabar nak jumpa abang dia yang kaki buli tuh. Sebulan awal dari due date tuh. Kasi kelam kabut semua orang. hahaha.

Mana taknya, yang kakak aku ni dari Kelantan datang Bangi nak interview dekat cyberjaya nuh. Sekali habis interview, dia datang lepak rumah ni, tak sampai 10 minit dia cakap sakit pinggang ngan sakit perut. Kitorang ingat sakit pinggang sebab naik bas lama, rupanye si kecik ni dah nak kuar.

Ok, first time handle orang nak bersalin ni memang cuak gila. Dari Bangi Ke Hospital Kajang macam-macam hal, dengan jam nye, call ambulans tak sampai-sampai, masuk way salah, tahan kereta masa nak keluar simpang, betul-betul buat keje gila. Dah tak pikir benda lain Mana taknye, yang kakak aku duk cakap tak tahan, air dah pecah, nak teran la. Yang kitorang pulak duk suruh tahan. hahhaa. Mak cik aku cakap nak bersalin ni mana boleh tahan.

Tak pasal-pasal anak buah suami dia jadi bidan dalam kete semalam. First time tengok kepala baby keluar. hahaha.. Miracle.!!!.. Rasa nak kawen cepat-cepat. haha

Oct 5, 2012

Terjatuh dan Termalu






Lepas solat maghrib kat surau komuter UKM tadi, jalan laju-laju sambil betulkan tudung. Tak perasan pulak lantai ada tinggi rendah. Sekali nak tersungkur ke depan. Nasib tak jatuh lagi. Dalam hati .mintak-mintak la tak de orang tengok. Tapi yang spoilnye, masa nak terjatuh tu ada terdengar bunyi lebih kurang camni;
"eh eh" . Ala, bunyi yg selalu kita keluar bila nampak apa-apa yang nak terjatuh.

Kesian aku tengok orang-orang yang tengok aku tadi. Duk tahan gelak. Nak gelak takut aku malu la tuh. Choi!!!

Benci betul. Asal terjatuh dan nak terjatuh mesti tempat ramai orang.

Erk, gambar Tom ngan Jerry tu saje je. Simbolik nak bagi tahu setiap pagi aku duk tengok katun ni dalam komuter.kihkih

Sep 26, 2012

Post kahwin orang

9/9/2012 - Ke Batu Pahat. Kenduri Ika. Tahniah!!. Maaf mu di terima sebab dah langkah bendul kakak-kakak sekalian. hahaha..

On de way pegi dan balik, macam biasa, borak sampai pengsan. Terkeluar la semua kisah-kisah seram, lucu, sedih,dan gumbira zaman study.

1) Teringat jiran rumah sewa kami dulu adalah bangla. Setiap ahad, kemain dorang on lagu hindustan kuat-kuat. Sakit kepala wei dengar.

2) Pergi berpiknik kt Port Dickson padahal tak tahu jalan pun. Rancangan asal kat Pantai Puteri je pun tapi pantai tak cun terus ubah plan g PD.hahaha

3) Kena tahan polis on de way nak g PD. hahaha. Dah la terlajak masa berhenti. Apalagi, memang jadi kutukan polis la. haha.. ' Awak tak nampak ke sy suruh berhenti tadi?' kata polis tuh. Maaf encik, tak sempat brek kata pemandu kami hari tuh. hahaha.

Banyak lagi yang diboraknye, tp takkan nak taip sume kat sini dok? Lagipun on de way ke Batu Pahat tu aku tangkap lentok baik punye tido. haha. Sedar-sedar dah kat tol yong peng. hahaa.

Apapun, tahniah ika!! 


Sep 8, 2012

Tips Berguna

Tips untuk lulus test JPJ bahagian ii dan bahagian iii. Ala, yang buat parking semua tu dengan jalan raya.

Satu je tipsnya. Jangan mandi masa hari test.Oit, gelak asal? Serius nih. Tak percaya? Sila lah percaya sebab aku dah try. Kali pertama test aku mandi, dua-dua fail. Tapi masa test kali kedua, aku tak mandi, terus dapat lesen P tuh. Mungkin berkat aku pakai perfume separuh botol kot.

Terima kasih Syabas. Kerana mu aku tak mandi pagi tu.

Kata Bos Saya

Yeay, saya dah confirm, selepas 6 bulan tak de annual leave juga mc. Alhadullilah, lepas jugak probation 6 bulan ni. Walaupun ada drama sikit-sikit. Biasa la tu kan? kihkih.

Kata bos tadi " Macam mana keje? ok? ke nak lari lagi? " hahhaa. Amboi bos, perli nampak.

Hanya mampu tersenyum sambil menahan malu je la.


Sep 6, 2012

HIDUP INI INDAH

Kadang-kadang hidup ini sangat indah, Setakat disuruh baiki mesin fotostat tu biasa la walaupun hakikatnya kau adalah IT exec kat situ. Ya mak cik mak cik dan pak cik pak cik sekalian, hakikatnya, saya tak tahu pun pasal mesin fotostat ni since masa belajar dulu lecturer saya tak de ajar. lalalalala.. Call je la vendor oit, semua aku, pengsan la.

Sep 1, 2012

Raya yang tak raya sangatlah

Entri raya lambat setengah bulan. Busy la katakan. Entri ala-ala che det.

1) Balik 17 mlm. Naik bas tambahan, Cyberjaya bus. Nasib ada, kalo tak mau raya kt kl aku nih. Selepas mengharung perjalanan selama 12 jam, sampai la kat kampung akhirnya. On the way balik tu, ada 2 accident, satu kt Gua Musang, satu kt Kuala Krai. Dah accident , kompem la jem kan?

2) Sampai pukul 11 pagi. Pegi hospital dulu sebelum balik rumah. Datuk kat hospital, kira ni salah satu sebab tak raya sangat tahun ni.

3) Balik rumah, prepare apa yang patut. Masak untuk bukak puasa ramai-ramai ngan mak cik, pak cik, sepupu sepapat.

4) Pagi raya tak de menu best. Pegi makan rumah nenek belah mak. Lepas semayang raya, terus ke hospital.

5) Balik dari hospital, dah tak pergi mana-mana. Baju raya pun dah bertukar dengan Tshirt harian. Memang tak raya sangat la, dah la baju raya sepasang je. Tu pun last minute beli. hahaha

Kesimpulannya, saya tak de gambar raya tahun ni. hahaha. Tapi gambar Danish banyak. jum cuci mata!!




sepupu sepapat. edlin, aina,anis, naim- Memang kecoh ngan dorang je duk main kejar-kejar. haha


Aug 11, 2012

Drama Queen Lesen P

Aku rasa, dalam aku tiga beradik, yang paling banyak songeh dan bermasalah nak amek lesen P untuk kereta adalah aku! Ni la modal yang selalu diguna pakai oleh kakak aku untuk kutuk aku kaw-kaw punya. Mana taknya, dia ngan adik aku, lepas SPM je terus dapat lesen. Aku pulak , memang drama habis la.

Imbas kembali..

7 Tahun lepas ( 2005)

Baru habis SPM, kena paksa buat lesen. Aku tak nak pun, tapi mak aku ni awal-awal lagi dah mengkompemkan kehadiran aku untuk kursus sehari tuh. Maka pergi lah aku dengan sepupu, tapi, sepupu aku tak leh masuk sebab dah full. Maka terpaksa la aku menghadapinya seorang diri. Nasib terjumpa kawan sekolah. Tung-tang tung tang, habis la ceramah. Kena bagitahu bila nak test undang-undang. Aku dengan yakinnya, cakap, saya nak test lagi 2 minggu. Konon nak membaca sakan la.hahaha. Sengaja lambat-lambat kan sebenarnya. Konon protes la tak nak buat lesen. Sampai hari test, lepas subuh, baru bukak buku nak baca. Pergi test dengan selamba. Last-last tak pass, dapat 41 je. haha. OK, part ni memang aku kena gelak sakan la. Kakak aku buat mulut kecoh bagitahu satu kampung. Malu wei. Jadi untuk mengkover malu, ni aku cakap kat dorang semua

" kalau sy baca betul-betul, kang betul 51 pulak" lalala.. Lepas tu dah tak sambung buat lesen. haha

1 tahun 8 bulan lepas (Dec 2011)

Sekali lagi dipaksa amek lesen. Sekali ngan adik dan kawan dia sebab dorang baru habis SPM. Kali ni pun kena ugut, mak cakap, ni je last dia tolong bayar untuk buat lesen. Nanti dah keje, sila tanggung sendiri. haha. Pergi la semula ceramah sehari tu semua. Yang ni pulak, dekat-dekat nak test, aku cabut datang KL sebab dapat interview. Terus tak sambung buat lesen. Adik aku selamba je dah dapat lesen.

1 bulan lepas (July 2012)

Lesen L dah nak habis tempoh 2 tahun, maka aku dengan kelam kabutnya, terhegeh-hegeh nak sambung buat lesen. Kali ni memang perbelanjaan ditanggung sendiri. Tanggung Sendiri okeh!. Habis duit gaji aku.. uwaaaa. Ni pun masa test ada drama. Kali pertama test JPJ, 27/07/2012, dengan bangganya.. ehem, aku fail dua-dua bahagian. kahkahkah. Bangga pulak rasa, biasa orang fail mesti salah satu, tapi aku tak main la, nak fail, failkan je dua-dua.

10/8/2012, retest. hehe, kali ni lulus walaupun kereta siap mati masa kat jalan raya. Bukan salah aku sepenuhnya(alasan :P), sebab ada lori besar parking kat bahu jalan, jadi terus tak tahu nak buat apa. kahkah. Siap naik bukit guna gear 4. Amek kau, mana tak mati enjin.kahkah.

Tapi betul-betul bersyukur, lepas bermacam drama, akhirnya lulus jugak. Alhamdullilah.


Aug 8, 2012

Liku-liku Kehidupan

Saya stress.. Ohhh, keje. lagi cepat aku siapkan keje, lagi bertimbun pulak keje aku. Tak paham betul. User sy betul-betul menggunakan position sy sebagai dot.dot kt company sehabis boleh. Kalau boleh, semua keje nak aku buat ye. choiiiii.

1) HOD suka sangat mintak aku pull data dari database. Aku ni takde la kisah sangat kan nak pull data yg dia nak sangat tu, tapi tiap kali aku pull data, kompem boleh detect user punya silap. Kadang-kadang terselit rasa bersalah sebab ye la, tak pasal-pasal dorang kena dengar bebelan bos.So, please la user-user sekalian, jangan cepat salahkan sistem sebab kadang-kadang, korang pun buat silap jugak. Kita ni kan manusia biasa, sah -sah la tak sempurnakan? Buat silap sekali sekala tu takpe, tapi yang penting da silap tu kena la mengaku kan? Ni tak pasal-pasal sistem pulak yang dibodohkan.

2) Kepada user-user sekalian jugak, sila guna Mozila ataupun chrome. Internet Explorer tu tak yah la guna. I ni da baik hati tau pergi install google chrome kat setiap PC. Ni bila tak boleh bukak Malaysia Insider, sanggup interkom saya. Takat guna IE sah-sah slow wei!!!! p/s korang ingat baca malaysia insider tu keje korang ke? Saya patut menyelesaikan masalah berkait dengan keje je ok!

3) Sila la alert sikit, mana satu folder korang. Ni bila suruh buat backup, selamba cakap tak tahu. Ingat saya ni tahu ke mana folder anda sekalian. Bila PC kena virus, data hilang, mula lah gelabah cari aku suruh recover balik.Choii. Backup la, tak nak guna pendrive sendiri, guna la folder yang saya dah create tuh.

4) Yang nak dengar lagu masa keje, amboi, sejak bila pulak kompeni provide speaker nih? Dah ada speaker, pandai-pandai pasang sendiri. Jangan suruh saya sebab keje anda bukan mendengar lagu.

5) Oh ya, lain kali nak extension, interkom je saya. Kompem saya layan sehabis baik.

6) Kalau sy suruh restart PC tu, restart je la. Bukan habis duit seploh ringgit pun restart pc tuh.

7) Internet slow tu biasa la. Kalau nak laju, mintak bos pasang satu lagi unifi untuk u sorang. Pasang yg 20mbps. Kompem tenet u tiptop.

Aik, terpanjang pulak taip ni. Maklum la, stress. hahaha.

Jul 24, 2012

Komuter Lagi

Berapa kali ntah nak citer pasal komuter je. Awal tahun hari tu ada kot aku tulis nak buat analisis pasal perkhidmatan komuter since dorang pun da dapat tren baru dari China yang sangat di bangga-banggakan tuh.

Sama je KTM nye perkhidmatan ni. Beli la lagi 1000 tren sekali pun, kalau dah management bangang plus bingai tak kemananya. Sama jugak dari dulu. Tren delay takpun tren cancel Sia-sia oii ko nyer iklan ktm. Kemain mamat tu ckp, lepas dah ada tren baru ni perkhidmatan lagi bagus. Choiii.. Aku baca nak termuntah. Tau dak, nk termuntah.

Nasib sekarang aku keje dekat. Tren delay pun boleh lagi wat muka selamba. Selamba tak selamba pun, 2, 3 minit nak pukul 9 baru sampai opis.

So, konklusinya, KTM memang FAIL.

Jul 22, 2012

Ramadhan


Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Moga Ramadhan ku tahun ni, lebih baik. Insya Allah . Amin.

 

Jul 2, 2012

Memori Daun Pisang


                                                         Imam muda Danish... haha

Balik kampung bulan lepas, tujuan utamanya sebab mak cik kawen. Point-point penting ialah,

1) Penat sesangat, sampai pagi Jumaat terus teman kakak pergi pasar beli apa yang patut untuk kenduri.
2) Tolong mak cik- mak cik yang tengah potong ayam. Serius, hancur ayam aku kerjakan. kahkah. Tapi yang best join orang-orang veteran ni, dorang sempoi. Sambil potong ayam, ada je idea dorang nak bergurau. Tak de bosan sangat kan? hehe.
3) Tolong kemas bilik pengantin yang memang terlalu la bersepah. Siap panggil sepupu lelaki, suruh dorang angkat almari. Dorang tolong angkat pun dah kira ok kan? Tapi macam biasa tok mandur ni tak puas hati. Siap bagi arahan lagi tu. Ampun ya, lagi pun untuk mak cik kita gak kan? Give me 5 okeh?
4) Malam akad nikah agak kelam kabut sikit, tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sekali lafaz je, Caya la, berapa bulan ntah berlatih tuh.. hahaha. 
5) Erk, asal dj duk pasang lagu bola gomo kelate gomo ni? Lagu kawen tak de ke wei???
 cuci mata sikit :P










Jun 18, 2012

Ikhlaskan Hati

Kadang-kadang Allah meminta sesuatu dari kita kerana Dia berkenan untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Namun lumrah manusia, kita sedaya upaya akan menggenggam erat sesuatu yang kita anggap sangat berharga kerana kita tidak ikhlas bila harus kehilangan.


Dan hari ni, aku sedaya upaya cuba bersikap ikhlas. Kerana apa? Kerana yakin Allah tidak akan mengambil sesuatu dari kita jika tidak akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Jun 10, 2012

Catatan Masyarakat Marhein

Balik kampung 31Mei aritu.

1) Balik naik bas Sani Ekspress. Masa beli kemain kerani kaunter tanya, nak single seat ke? opkos la kan, senang nak tido tanpa ada gangguan. Dengan konpidennya dia bagi tiket dan cakap seat single tapi belakang sekali. Aku ok je la, janji duk sensorang.

2) 31 Mei, 8.55 p.m, Hentian Kajang. Naik bas dengan senang hati. Sekali tengok seat, pergh, seat belakang sekali, tak de pun single seat. Yang ada 4 seat. Kemain ye kerani kaunter tu cakap single seat. Choiiii... 

3) Sampai pagi Jumaat yang tersangat-sangat damai dan harmoni kat kampung. Serius, kalau dapat keje kat kelantan aku bersyukur sangat-sangat. Sape tak nak kan duduk dekat dengan famili. InsyaAllah , satu hari nanti, sape tahu kan? hehe..

4) Penat 3 hari kat kampung. Tido tak cukup wa cakap lu. Maklum la, jadi wedding planner ngan wedding organization untuk mak cik. kihkih. 

5) 4 hb Jun - Disebabkan kehabisan tiket bas dan aku tak mampu sangat nak amik flight(aku kedekut. heh), maka aku amek je tiket bas KMK. Serius, ni first time aku dengar nama bas nih. Main beli je sebab tiket bas lain da kehabisan stok. Walaweh, asal cuti je kompem tiket bas ngan tren abes kat Kelantan ni.Kenapa eh??

6) Bermula episod tunggu bas KMK. Patut naik pukul 10.30. Apa jadi? 11.30 tak sampai lagi. Tanya kaunter, bas sangkut, jem. Nak menipu pun agak-agak la, bas lain boleh je sampai awal. Bingai. Ok lagi, gi makan dulu. 

7) Dekat pukul 12.30 bas tak sampai-sampai lagi. Dalam hati dah panas. Call kaunter kat Kota Bharu, bas on de way katanya. Ok lagi, sabar tunggu je la. Tapi pukul 1.30 tak sampai-sampai lagi memang hot la kan? Call kaunter lagi, dia bagi no phone driver bas. 

8) Call driver bas, bila aku tanya bas kat mana sekarang, tau ape jawapan dia? Saya mc hari ni, adik tunggu je la bas, kejap lagi sampai la tuh. Bodoh punya KMK. Tak kan tak check dulu sape driver bas yang bawak bas aritu. Bagi no driver yang mc buat apa. 

9) Naik bas pukul 2.30. Lewat 4 jam ok. 4 jam tuh, memang bingai. Dalam bas pulak , ada bangla 4 orang. Cakap macam bas tu dorang punya. Balik Bangladesh la wei!!!!

10) Driver kat bawah on tv, movie ape ntah. Kitorang kat atas dengar suara je. Tv kat atas tak on. Since yang duduk depan sekali tu bangla, dorang suruh mamat bangla tu on kan tv. Tapi yang sangat sangat mengecewakan, bangla tu tak reti nak on tv. choiiii.....

" Kecek tok begheti, pase tv pun tok reti" kata mamat duduk depan aku. 

Balik kampung yang paling penat dan paling banyak drama kali ni. Nasib baik boleh jumpa budak buas nih!!


May 20, 2012

Saya Dan Penjual

                                          Gambar yang dirembat hasil usaha gigih menggugel..

Niat dihati nak beli sweater untuk nenek kat kampung. Kebetulan malam tu ada pasar malam, so, pi je la tinjau-tinjau harga pasaran kat pasar malam tu.

Berkenan la kat sweater yang sibijik macam kat atas tu. Sila baca dengan tekun sesi tawar menawar aku dengan penjual :

"Mak cik , ni berapa ni?"

Mak cik tu cakap, " 50 dik"

"Boleh kurang tak?"

Mak Cik tu cakap lagi " Boleh, Mak cik bagi 55"

Erk.. Konpius sebentar disitu, nak murah sekali dia gi naik kan harga pulak. haha.. Terbaik la mak cik oiii..

Gojes gitu nanti nenek aku pakai sweater nih.. kahkah

Berpiala FA jugak Kelate



Setiap kali menjelang final bola sepak, kompem posisi bergambar macam ni jadi pilihan editor sukan.Kedua-dua Kapten pasukan  yang layak ke final akan bergambar dengan piala kat tengah. Aku tengok lain macam dah Piya tenung kapten Sime Darby tu.kahkah.

Editor sukan. Sila amek perhatian. Untuk Final Piala Malaysia, sila carik kelainan. Sila jadik kreatif sikit. Mungkin boleh amek gambar dengan letak piala tu tinggi-tinggi, lepastu kedua-dua kapten lompat konon-konon berebut piala tu.. kihkih.. Baru kreatif tak hengat..

May 5, 2012

Cerekarama Cahaya Iman



Menyampah sangat aku tengok cerita ni. Ntah apa-apa. Gaya cakap tu yang tak leh blah. Tolong la kepada penerbit-penerbit , pengarah-pengarah, penulis - penulis skrip dan sesape saje la yang terlibat,  tolong buat drama yang berkualiti sikit. Bosan dengan drama melayu sekarang. Serius, dah lama aku tak layan drama-drama melayu dekat tv. Yang ni pun bukan aku tengok pun, dengar je sebab member tengah layan. Tapi aku serius duduk ngadap laptop je.. hahahah

Cer buat drama macam juvana ke, annisa ke, baru ada hati nak layan. Satu lagi yang nora danish sweet-sweet tu berlakon, dayuskah aku ke tajuk dia.. Lupa da.. hehehe..

Apr 17, 2012

Blame the IT Person

Bagi aku masa 9 bulan lagi, lepas tu kompem aku jadik superwomen. Jom tengok tugas-tugas hakiki aku sekarang :-

1) Manage and maintain ERP System. Antaranya, install system, create new user, dan yang paling mencabar kena solved error. Setiap hari sistem ni tak jemu nak hasilkan error untuk 'disolvekan' aku. Kalau tak dapat jugak pass dekat vendor yakni developer untuk sistem ni. Ok, kalau dorang lambat solved, automatik kesalahan diletak kat bahu senget aku. Susah betul , user tak suka sistem ni, tak friendly kata mereka. Entah la, hampir setiap minggu developer kena update sistem ni.. kahkah.. padan muka :P.

2) Creating and customization crystal report. Yang ni tak yah citer la, ada je nak kena ubah. Sampai i fedap u.

3) Setup new pc or formatting pc. Ni pun keje aku jugak. Paling tak tahan, kena bawak turun cpu dari tingkat 2 ke tingkat bawah. Sadis betoi.

4) Troubleshoot pc. In case ada pc problem, aku kena settle jugak. Hardware mahupun software.
Contoh :-

a) monitor rosak, kena ganti baru.
b) keyboard tak function, kena ganti baru.
c) Install software sah-sah aku kena install kan? :P
d) Excel tak leh bukak sebab ada password pun kena handle jugak, Ingat aku tau ke password ko tu weiii???
e) setup outlook
etc..etc..etc..etc... (ni tak termasuk lagi permintaan dorang yang pelik-pelik sampai boleh buat aku speechless kata org putih)

5) Setup printer. Setup printer untuk sharing dan jugak install printer dekat pc. Pun keje aku jugak.

6) Backup database dan server pun buat jugak.

7) Network problem pun kena handle jugak.

8) Menjaga server dengan sebaik-baiknya.

9) Meng'shrink'kan database setiap minggu.

10) Meeting dengan developer.

11) Menjadi kerani cabuk pun keje aku jugak.

12) Inventori IT pun aku kena buat.

13) Paling best, sales manager baru join Isnin hari tu, dia boleh tanya aku, kenapa phone yang kompeni bagi, bila dia dial no, keluar msg ' active divert call'. Erk, ni pun aku nak kena solve jugak ke?????

Bila review balik keje aku ni, aku rasa kompeni aku lebih perlukan seorang technician daripada IT Executive.

Apr 9, 2012

Berombak-ombak Rindu katanya

Tahniah la yer Aaron Aziz menang ABP tuh..

Yang aku tak puas hati, asal izzah asyik berkemban je dalam ombak rindu? Tak de duit ke nak beli baju izzah oiii??? Tak de point betul movie ni, jadahnya sidai kain pun berkemban. Tidur yang kat hotel ke apa yg masa memula movie start tuh, cam mana ntah si izzah tu boleh berkemban. Takkan dia sengaja tido berkemban, dah tau tempat tu tak elok. Ke geng-geng bapak ayam tu yg tolong dia bukak baju? Tak paham betul aku.

Buat movie kasi logik sikit la. Ntah apa-apa.

Komen dan pandangan dari orang yang baru tengok ombak rindu.kihkih :P

Apr 6, 2012

GTALK

Gtalk masa kerja agak seronok sebenarnya.

lebih-lebih lagi ada yang suka sangat duk copy shout kita.haha :P

Contoh eh,

Shout aku : "SEMEJA DENGAN PROGRAMMER. pENING!"

Cer sekodeng bawah ni... :P :P :P



Tengok tuh, kalau dalam exam ni memang kena claim tiru ah. haha.

eh, eh, eh, Aku hapdet blog kat opis ker nih? owh!! bos x de, patut r terbukak blog nih.. kahkah

Mar 26, 2012

Manage Your Stress

1) Aku benci bila orang cakap pc slow atau selalu hang kena format. Takde keje lain ke nak format pc?? Buat maintenance dulu, kalau betul problem baru format. Tu pun nak kena ajar ke? kata teror sgt pasal IT ni. Huh! Mentaliti budak sekolah ok! Apa? space dekat drive C tak cukup? Not big deal la sampai nak kena format. Banyak benda tau nak kena buat lepas format nih. Tu join network ingat senang ke? kalo tak de probem senang la wei. Format PC seharian hari ni. Benci

2) Kot ya pun nak cepat, tak payah la nak pressure sangat. Kesian budak vendor tu tadi.kihkih. Betul malang nasib dia hari ni. Datang je, terus dia g cabut hardisk dekat server. Giles betul, corrupt hardisk tu dik oii. Nasib baik dorang ada buat backup, kalo tak memang masak ko tadi.

3) Sape memandai kunci pintu surau tadi??? Bongoks tau dak.

Apa ntah aku duk taip nih. Penat layan kerenah user seharian..huhuhu

Mar 23, 2012

Soalan Mengejut

Kejadian berlaku di dalam bilik server yang terlampau sejuk. Tengah khusyuk tengok vendor setup windows 98, tiba-tiba dia cakap ;

'Kak, i da tanya soalan ni dekat ramai orang, tapi sorang pun x boleh jawab. I nak tanya u pulak'

Aku buat muka rilek lagi, tapi dalam hati, mampos kalo tak leh jawab. Jatuh la reputasi i yang hebat kan?

' Tanya je la' Dan-dan macam ready je nak jawab. haha

Ni soklan budak tu. Oh ya, dia chinnise ye, lelaki.

"Kenapa melayu tu mesti Islam?"

Ha, amek kau. Nak jawab ke tak ni? Tawakal dalam hati, jawab je la.

Ni Jawapan aku

"Islam itu bukan bangsa dan bangsa itu bukan Islam".

Kadang-kadang takut pulak nak jawab soalan dorang, bukan apa, aku takut sangat-sangat jawapan aku salah, ye la, aku ni cetek sangat lagi ilmu pengetahuan agama. Tengah berusaha perbaiki kekurangan diri. :)

Mar 15, 2012

Rahsia Wanita

Ni copy orang punya.

Ketahui Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan.

Berjalan dengan Menunduk- Ni memang aku punya feveret la. Aku jalan memang menunduk, tu yang kadang-kadang semua benda aku langgar.. hehe

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Errkk, asal macam sama betul dengan perangai aku nih? haha.

Kenali Sikap Wanita Melalui Bantal

Memeluk Bantal

-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Tido dengan peluk bantal ni memang aku tak miss la setiap malam. Tapi nak kata aku ni manja memang tak la kan. Romantik pun tak. Tapi dapat membaca peristiwa yang berlaku dalam mimpi tu, tak pasti tapi selalu instinct aku kuat. hehe. Kadang-kadang boleh buat aku takut juga sebenarnya.

p/s: Keje penat, hari hari balik pukul 7 lebih. ouc!!!


Mar 8, 2012

Berkomuter Baru

Malas sebenarnya nak tulis sini, tapi thanks to Cik ini sebab mesej anda tadi membuatkan saya nak hapdet .. kahkah

Saja nak berlagak, balik keje tadi naik komuter baru yang 6 koc tu. First time wei komuter tu bawak penumpang tadi. Driver dia siap wat pengumuman lagi..hahaha

Yang pasti semua orang teruja dan terlebih eksaited dapat naik komuter dari China tuh. Yang duk ambik gambar tak yah citer la. Nasib baik aku ni cool.. hahaha

So, kita tengok, dapat komuter baru ni, dia nya timetable punctual ke tak. Ok, aku bagi masa sebulan. So, kepada warga kerja KTM Komuter, kerja elok-elok, esok i start monitor tren korang.. hahaha.. :p

Mar 2, 2012

Perihal Kerja 2


1) Betul-betul multitask sekarang. Kadang-kadang keje banyak sangat, dan kadang-kadang tak de keje langsung. Emmm...

2) Kebiasaan keje datang di saat -saat waktu thumbprint scan untuk balik. Dan kesudahannya, aku kena balik lambat. Benci okeh. jah tak suka noks!.

3) Kadang-kadang benda tu senang je, tapi aku yang fikir susah-susah. Contoh eh, dapat arahan untuk check internet speed. Aku da tau biasa kalau nak check, google je internet speed. Tapi dengan rasa tak yakin, aku boleh pulak g tanya orang lain macam mana nak tengok speed internet tu. Nampak kebodohan dan kesengalan diri sendiri.huh!

4) Seronok beremel dan bertelefon dengan vendor yang develop sistem untuk kompeni aku sekarang ni. Dorang betul-betul bagi kerjasama. setakat ni la. Lepas ni tak tau la. Yang best, sempat kutuk staf yang install macam-macam kat pc, lepas tu bila pc dengan sistem slow, pandai pulak komplen.

5) Impian untuk balik pukul 5.30 tak penah dapat.

Feb 28, 2012

Kerja oh Kerja

Penat kerja..

penat..

penat..

penat..

ntah ape yg kejar dalam hidup ni.. hahaha

Feb 26, 2012

Rindu Budak Kecik


Rindu la kat Anish ni. Semalam call kakak aku, terpaksa dia guna loudspeaker, sebab duk berebut phone ngan danish ni. Tapi yang paling best , bila aku panggil nama danish, dia punya gelak..pergh, lagi buat aku mau balik kampung sekarang.hahaha

Feb 13, 2012

Sekodeng Kerja

5 Hari dah keje kat sini. Banyak sangat benda nak kena belajar. Nak kena ingat. Banyak task yang kena buat 2 minggu sekali. Backup database memang hari-hari la. pening. Tapi nasib baik la staff yang handle sebelum ni ajar aku satu-satu. Baik betul. haha.

Memang terbaik la manager sorang ni. Pagi dia ajar aku cara nak install Macola. Petang dia dah suruh aku install kat pc QC Manager. Pergh!! Mau tak berpeluh aku. Dalam duk install tu, 2 kali gak call dia. Nasib la dia layan baik. hehe. Hampeh je tadi, ada error pulak last-last. Manager tu tolong settle. Erk, Macola ni menatang apa la pulakkan?.. Shu, bukan Malaysia+cola okeh! ERP Solution!

First time masuk lab RnD dorang. Pergh, bau wangi sangat... Pening!

Feb 9, 2012

Perihal kerja

Semalam, 8 February 2012, hari pertama aku keje kat tempat baru. Keje kedua. Gembira, takut, suka, duka, semua ada la. Environment ok la. Ofis dia cun seh.haha. Amek kedatangan pakai thumbprint scan lagi tuh.

1) Hari pertama keje kat tempat baru komuter buat hal. Padat lebih pada sardin. Ingat dah improve komuter ni. hampeh. Masa nak keluar , handbag aku boleh pulak tersepit kat dalam tren. Yang aku ni dah keluar tren. Tanpa pikir panjang, aku main tarik beg aku, disamping tolak orang kat dalam tuh. Peduli hapa, janji aku dapat beg aku..hahahaha.

2) Sampai kat bus stop depan ofis ni, tiba-tiba je mak cik ni suruh aku jaga beg dia. Ingat nak pergi mana, nak gi kencing rupanya. Mak cik, takat berlindung di sebalik pokok bunga tuh, orang nampak la.

3) Sampai depan ofis, tunggu orang lain sampai.Terawal pulak. nasib ada sorang manager ni datang awal, lepas dia scan jari dia, boleh la aku masuk opis tuh.

4) Sesi berkenalan. Penat wei aku turun naik tangga. Dah la 3 tingkat. Penat berlakon baik lagi.hahaha. Tak ingat pun nama semua orang. Ramai sangat.

5) Ni paling epik. Bilik bilik kat sini dinding dia kaca. Ada sorang manager ni, lepas pergi toilet, masa nak masuk bilik dia balik, dengan selamba rock dia g langgar pintu kaca. Maybe dia ingat pintu terbukak la kot. Bergegar satu opis.kahkah. Semua orang gelak kecuali aku. Budak baru kena hormat senior.kahkah.

6) Ni kisah hari kedua keje. Dalam bas rapidkl tadi, tetiba je ada orang nak buat survey. Hampeh. Layan je la, kesian kat budak-budak. Yang tak leh blah, masa dia tanya pasal kebersihan bas rapid tuh, terus aku pandang lantai bas. Cek kot ada sampah. kihkih. Saya jujur okeh.

7) Tadi pun aku tercegat depan pintu opis. Dengan gaya penuh kesopanan gitew aku berdiri.Tengah kontrol ayu + cun, datang la sorang mamat cina drive keta berjenama luar negara. Lepas parking, cepat-cepat dia tanya aku nak masuk opis ke?nampak tak betapa gentleman nya mamat tuh. Demi nak bukak pintu opis untuk aku, sanggup tinggal je dulu barang-barang dia dalam keta. Sweetkan? Wei,pengarah filem kat Malaysia tak nak selit ke scene ni dalam filem korang??? Kalo nak i jadik pelakon, i ok jer. Tapi hero paling kurang hensem cam fahrin Ahmad.kihkih

8) Staff sebelah aku ni cina. Asyik duk pasang je lagu cina. Jangan terkejut, lepas sebulan keje nanti kot la aku pandai cakap cina. heh!

Feb 3, 2012

Terdemam campak

Lama pulak rasanya tak bukak blog nih. Sibuk memanjang kat kampung ni. Ya, sibuk sangat dengan tidonya. Balik kampung 21hb aritu. Dekat 2 minggu lebih dah kat kampung ni. Kerja? haha. I'm free..kihkih. Dah resign ni, rasa dia lain macam pulak. Nekad betul aku buat keputusan aritu. Nak start keje baru 8hb ni pun rasa lain macam jugak. Rasa macam malas nak keje..haha

2 minggu kat kampung, tak de la menarik sangat. Mau tak seronok, sampai-sampai kat kampung terus demam. Demam campak pulak tuh. Demam campak wei, biasa budak-budak je yang kena, ni aku yang tua bangka ni pulak dapat. Sakit sangat. Aku pun heran time demam tu, rasa dia lain macam je. Tak penah-penah rasa macam tu.

Demam lama, makan ubat pun tak de kesan. Last-last, bila demam dah kurang, keluar pulak bintik-bintik merah. pergi rujuk dekat orang-orang lama, sume duk cakap demam campak. Baik punya petua orang lama-lama ni, suruh aku minum air kelapa muda. Aku pun minum la. Banyak pulak tuh. Tau kesan dia apa? Malam tu tak bulih tido. Gatal satu badan. Dorang cakap, lepas minum air kelapa muda, lagi cepat sembuh. Bintik merah pun cepat je kuarnya. Betul la cepat, tapi dia punya gatal, pergh!! Tak sanggup wa cakap lu.

Ni pun ada lagi bintik-bintik merah kat badan aku ni. Nasihat aku, kalo kena demam campak, pegi la klinik cepat-cepat. Amek lotion ape ntah, sebab dia dapat kurangkan rasa gatal tuh. Kalo tak, masak la.

Jan 12, 2012

Piala Sumbangsih 2012

Ok, aku tahu dah asal Kelantan kalah malam tu.

Tak payah nak surprise-surprise party sangat nih. Doa selamat cukup la.

Peace , no war!!

Jan 1, 2012

PTPTN Dan Kos Pentadbiran

Gambar ni hasil usaha gigih aku taip 'ptptn' kat google tuh.

Ya, entri 1 Januari 2012 berkisar kepada kekecewaan aku terhadap PTPTN. Aku dah start bayar balik pinjaman tuh. Dan untuk tahun pertama bayaran ni , hanya RM 63 sebulan. Sikit bukan?
Ok, yang buat jantung aku nak gugur ke bumi malaysia terchenta sangat ni, selepas di tolak 3% kos pentadbiran yang megarut sangat tuh, Aku hanya membayar Rm10 setiap bulan untuk duit pinjaman yang aku dah guna masa study dulu. Lagi RM 53 adalah untuk kos pentadbiran.
Seriyes, aku tak tahu dan malas nak ambik tahu macam mana prosedur PTPTN ni sebenarnya. Konklusinya, aku bayar je la, bising pun bukan boleh buat apa kan? Kalo bising je, mesti orang cakap:-

1) Dah pinjam, bayar la - Ye, saya tengah bayar sekarang, siap dengan bunga, ranting daun dan akar sekali ye.
2) Dah tau interest tinggi , asal amek jugak? - Kalo tak amek, mana aku nak cekau duit nak bayar yuran riban-riban sebulan tuh? jadah ape, ipta pun yuran riban-riban kan? Tak amek, tak sambung study la aku jawabnya. Kebanyakan student terpaksa ye amek ptptn nih. Kalo ada pilihan lain memang tak kan nya nak amek ptptn nih.
3) dah ptptn bai tukar ke ujrah , asal tak tukar? - Yang ujrah ni pun macam tak telus je. Kalo yang pinjam lepas tahun 2008 untung la. Yang sebelum 2008, kena kaji betul-betul. Satu lagi, Leceh ok presedur nak tukar ni.

Kalau tahu nak jadi macam ni, baik lepas SPM tu aku g keje dulu. Kumpul duit banyak-banyak, then lepas tu baru sambung degree tuh. Tak de la nak bayar kos pentadbiran yang melampau tuh.

Owh ye, ramai cakap student guna ptptn tu nak beli enset canggih-canggih la, joli sakan la. tapi yang pasti aku tak macam tu ok. Enset aku guna yang kakak aku tak nak guna da. Enset China yang besar gedabak tuh, Kalo baling kat anjing mau mati terkohol anjing tuh.

Kesimpulan dari hati kecil nurani aku adalah, kepada bakal mahasiswa, sila cari penyelesaian terbaik untuk membiayai pengajian anda.PTPTN ni last choice ok. Kalau dah betul-betul terdesak baru amek.

Update 09082012- Update sebab ramai duk baca pasal ni. Kos pentadbiran biasa nye memang mahal untuk tahun-tahun awal pembayaran dan akan berkurang berdasarkan baki pinjaman. Biasa kalau pinjaman RM24500 , kos pentadbiran adalah dalam RM6000 lebih.