Feb 28, 2010

Single Party a.k.a berpoya-poya

Malam tadi, we had a single party.. 5 orang yang suci murni join small party ni. Memang kerja gila la. Keluar rumah pukul 8 malam, 5 pagi baru balik. Muka sorang-sorang masa balik rumah memang sangap nak tido.. Jom tengok apa yang dah dibuat oleh 5 orang anak dara terlebih cun selama 9 jam single party berlangsung :

1) Ke mydin MITC : cocok duit - checked.
2) Pergi makan dekat Bukit Katil:x ingat dah nama kedai tuh - checked
3) Dataran Pahlawan dan sekitar: amek gambar - checked
4) Jonker Walk: sesat dan buat dua pusingan - checked
4) Pantai Klebang: Makan Sate - checked
5) Pantai Klebang: Dataran 1 Malaysia- checked
6) Isi Minyak : Buat pusingan 8 kat stesen minyak - checked
7) Buat pusingan dekat jj Melaka baru - checked
8) Mydin Bazar 24 jam - checked
9) Masuk jalan ntah ape-ape area Taman Botanikal - checked
10) Buat pusingan dekat Tasik Ayer Keroh kot. X tahu nama.. hehhe - checked
11) Pergi ATM Maybank kat Hotel King dari Ayer keroh - checked
12) Balik rumah : Penat + ngantok - checked

Huh. Memang tak de keje nak buat la ni.

conteng ayam : Baru tahu maksud 'kete rosak' semalam.. hehhehe

Feb 23, 2010

Muhasabah Diri- Antara realiti dan kenyataan

"Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa . InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki."

Lupa dah baca kat mana tapi ni antara tips dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah. Senang je kan.. sebelum tido, maafkan semua orang. Rasa senang tapi sebenarnya agak sukarkan. Lebih-lebih lagi kalau kita dah tersakit hati dengan orang lain. Tapi mungkin kita boleh berusaha untuk memaafkan orang lain. Lupakan je semua benda yang membuatkan kita sakit hati kerana orang lain juga mungkin pernah terguris perasaannya kerana kita.

Kita semua adalah insan yang lemah.Tak perlu untuk terlalu menegakkan ego kita. Yang penting sekali, kita sama-sama berusaha untuk mengubah diri kita agar apa yang berlaku hari ini adalah lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.

Ya. Hari ni aku nak jadi ustazah.. hehe.. Sekadar renungan untuk memuhasabah diri ini sendiri. Banyak lagi ruang-ruang yang perlu di baiki diri ini.

conteng ayam : takde conteng ayam.. ayam da tido da..

Feb 21, 2010

Emosi terganggu, Jiwa kacau

Asal balik Melaka je, mesti emosi terganggu, jiwa kacau, fikiran serabut. Banyak sangat nak fikir, assignment tak siap lagi, psm tak jalan-jalan dan pelengkap untuk pakej jiwa kacau mid term sama lab test sedang melambai-lambai. huh! Sia-sia je cuti seminggu hari tuh.

conteng ayam :Emosi tengah bercampur aduk.

Feb 10, 2010

A.L.O.N.G

A.L.O.N.G ALONG!... A.L.O.N.G ALONG!!

Malam tadi, tengah borok-borak dengan housemate, tiba-tiba terkeluar cerita pasal along nih. Lama gila dah rancangan along ni, sekarang dah tak de dah. Budak-budak sekarang mana nak tengok along lagi. Kami dulu-dulu, rancangan along ni memang ditunggu-tunggu la. Siap hafal lagi lagu dia tuh. Tapi part yang paling nak tengok - Siti Sifir. satu darab satu, satu. dua darab dua empat. Lebih kurang cam ni la siti sifir baca.

Dulu-dulu, kalau nak buat pengiraan operasi tambah , mesti guna contoh guli

2 biji guli + 2 Biji guli = 4 Biji guli

Tapi rasanya dah tak relevan untuk diguna pakai hari ni, So, contoh yang sesuai ialah

2 buah mp3 + 2 buah mp3 = 4 buah mp3

hehe. Kan nampak millenium tuh... hahaha

conteng ayam : jumaat malam, balik kmapung. x sabar nok kelik weh...

Feb 6, 2010

Tiket dah Beli, Tunggu masa je.

Balik kampung..oooo...balik kampung..... lalalala...

Ucapan terima kasih didahulukan kepada abang burger kat bawah kerana telah memasang lagu-lagu allahyarham Sudirman tanpa jemu. Dan lagu balik kampung tengah berkumandang di saat aku menaip entry ini. Terus meresap ke dalam jiwaku yang tengah sibuk membuat ketupat assignment enterpreneurship.

Uishyyy, tak sabarnya nak balik , kat melaka ni panas sesangat. Bahang panas memang boleh rasa kat muka. Lagi satu, cuaca kat melaka unpredictable . Tengok cuaca mendung je, tapi tak hujan-hujan. Tengah panas terik, boleh pulak hujan tiba-tiba.

Ceh, jadi ahli kaji cuaca pulak . huh.

conteng ayam : Kelik klate keno kecek bahasa ibunda nih.. hahha