May 27, 2010

Suci dalam debu, pet society dalam pesbuk

Awal tahun 2009, masa sem 4, aku dipaksa untuk buka akaun facebook. Dan sebagai seorang pelajar yang sangat suci lagi rajin, aku tak tahu macam mana aku boleh terpedaya nak ada pesbuk. Dan lagi sadis bila aku dah mula addicted dengan pet society. Dalam sehari tak boleh tak main. Kena melawat semua member yang ada pet.

Memang gila la. Dah la masa tu duk hostel lagi, mana ada internet, nak tak nak kena turun g cc. Nasib baik cc tu free dan nasib baik jugak ketua cc, roomate aku, buleh main pet society dengan aman. Sebenarnya, aku dengan member dah pengaruh ketua cc tu , suruh dia main jugak pet society. Jahatkan kami. hahaha. Alih-alih, kejap je dia potong level aku. Lagik sadiskan??

Tak cukup dengan cc, dalam lab pun aku hentam main pet nih. Pernah kantoi dengan technician pulak tuh. Bukan aku sorang je ok, satu kelas. nasib baik dia tak block pesbuk dalam lab.


Pemandangan yang sangat indah masa aku main pet dalam lab. ceh!. Oh ya, masa zaman pet ni dah suram, ada jugak aku main game lain kat pesbuk tuh, farmvile lah, fishville lah, mangkukville la, tapi nasib baik aku tak addicted dengan itu semua. Kalau tak , mau tak jalan semua kerja aku..

conteng ayam : ada aku bgtau tak, masa duk hostel, bila nak main pet je, baru aku kenal cc, sblm ni x pndg pon cc tuh

May 25, 2010

myfriends2u.com , Tak salah Mencuba Dahulu

aku baru je daftar akaun myfriends2u. Produk Malaysia, so, memang kena sokong la kan. Bagi aku tak salah nak mencuba dulukan? Guna dulu, baru kutuk ok. Jangan belum apa-apa lagi dah kutuk. Guna pun belum lagi, terus kutuk. Tak best la macam ni.

Dah beberapa hari aku ada akaun myfriends2u. Memang kebanyakan featuresnya seakan-akan facebook tapi tetap ada kelainan. Ruangan mencari kerja dan juga blog mungkin yang menjadikan myfriends2u ni lain dari laman web sosial yang dah ada sekarang. Pertama kali aku dengar pasal myfriends2 ni, terus kat dalam pikiran aku kenapa mesti guna bahasa inggeris. Guna istilah melayu tak boleh ke?? Tapi bila fikir balik, mungkin ada logiknya penggunaan bahasa inggeris ni. Bab ni aku malas nak tulis panjang lebar sebab nanti ada pulak yang cakap aku tak patriotik. haha!

Apa pun, aku tetap bangga bila ada orang malaysia berjaya bangunkan laman web sosial ni. Sebab aku tahu, untuk bangunkan satu laman web atau sistem sangat susah. Mahu juling mata mengadap coding setiap masa. Aku cakap sebab dah ada pengalaman. Lebih-lebih kalau guna php. Aku memang tak suka php walaupun ada yang cakap php, programming language yang paling senang. Buktinya, projek web development,kami kena bangunkan forum, tapi hancusss!! Sadis kan??

So, sebagai menghargai pihak-pihak yang dah bertungkus lumus buat menda alah ni, saya sebagai warga Malaysia yang sangat prihatin, menyeru kepada rakan-rakan sekalian, Sila la buat akaun myfriends2.com. Aku bosan wei tak de kawan kat situ!!! Tak de orang nak comment post aku.. huhuhu.. Tak cukup kesian ke aku ni??? hahahahhaa

conteng ayam: imsomnia??


May 22, 2010

Berlari Menggapai Awan, Duduk menyentuh Pasir Pantai




Lagu ni saya tujukan buat kawan-kawan yang mengenali diri ini tak kira dimana pun anda berada. Ada macam ucapan kat radio-radio yang selalu orang buat tak?? Dah lama aku teringin nak buat ucapan kat radio macam ayat tuh, tapi aku ni kan pemalu orangnya.uweks! dah, dah, jangan nak percaya sangat, Tak de maknanya aku nak buat ucapan kat radio. hahaha.. Lagipun rasanya dah lama kot aku tak dengar radio. Kesiankan aku??

Aku jumpa video ni kat Youtube. Lagu ni untuk member-member kat UTeM. Budak poyos dan Budak ni, korang tak rasa ke patut mencontohi video klip ni memandangkan kita dah tak lama nak angkat kaki dari UTeM ni? ala jom la, bila lagi, Tak payah malu-malu ok, jom la...jom la.. Dah lama tau tak main kejar-kejar macam UNIC ni main. ceh!

conteng ayam: berlari berkejaran, seindah bunga ditaman....

Budak ini suka Makan!


Ini budak, namanya Nurul Nasuha. Baru je 2 minggu tak jumpa, tapi dah rasa rindu sesangat kat ini budak. Dah setahun lebih wujud kat dunia nih, macam-macam kerenah dia. Ni aku share sikit pasal budak demoks nih:

1. Sangat suka makan. Bagi je apa pun, semua dia makan. Kalau suap makanan kat dia, lambat sikit je, terus dia sambar tangan kita. hikhik.

2.Lambat boleh berjalan tapi sekali dah dapat kaki, langsung tak boleh nak dukung dia. Dia suka berjalan. Sangat.

3.Dah pandai cakap sikit-sikit. Suka bola.Asal nampak bola je, mesti dia sebut "ball.. ball".. ahaks..shumel sesangat.

4.Manja or garang?. Kalau ada barang yang dia pegang, jangan cuba ambil dari dia, kalau tak memang dia baling je barang tuh. Aku dah try. Masa dia main ngan hp aku, aku nak ambil dari dia, sekali dia baling akunya hp. Memang sadis la.

5. Penah rendam hp kakak aku dalam gelas yang berisi air. Dia ingat tu biskut. hahaha.

6.Tak suka anak patung. Lagi suka kereta dan lori mainan. Sanggup dia buang bear yang ada dalam bakul mainan dia. Of course dalam bakul dia penuh dengan kereta dan lori je.

Banyak lagi la kerenah budak ni sorang.

May 19, 2010

Google Map - Syok abes

Tadi masa main-main dengan google map aku jumpa menda nih. Penat aku gelak sambil bergolek kat lantai ni. Dah la lantai tak sapu hari ni. Memang terbaik la.
.
.
.

Sape punya kerja nih?? cepat mengaku! Terbakar habis doh loni yer???? wakakkaka

conteng ayam: minggu mencari tmpt li dgn penuh jaya



May 16, 2010

Kucing itu warna hitam

Ni kucing yang sesuka hati anggap rumah saya, istana dia. Jahatkan kucing hitam ni?? ngeh..ngeh..

Aku pun tak tahu la, apa yang si kucing ni suka sangat pasal rumah aku. Nak kata aku baik dengan dia tak pun. Kalau aku ada kat kampung pun jarang aku bagi dia makan. Kakak aku lagi kejam, kucing hitam ni memang takut dengan dia, padahal dia tak buat apa-apa pun kat kucing hitam nih.. Asal tengok muka kakak aku je mesti kucing hitam ni pura-pura tido, tak pun terus dia keluar dari rumah.

Tapi ma dengan adik aku baik dengan kucing ni. Setiap hari bagi makan, sampaikan sekarang ni kucing hitam dah pandai nak memilih makanan. Mana taknya, kucing hitam ni makan ikut apa yang kami makan. Kalau kami makan udang, dia pun makan udang. Kalau kami makan budu, dia pun makan budu. Ahaks.

Tapi siyes, kucing hitam ni tak suka nasi. Dia suka makan lauk je. Dan paling best dia suka kek coklat sama biskut jacob. Sebab tu, masa balik kampung hari tu, aku timbang kucing hitam ni, berat dia tak sampai 4 kg pun. Pandai dia diet. ngehngeh

conteng ayam: kepala ting tong duk layan muvi je

May 15, 2010

Lin Dan Poyos, Chong Wei Tetap dihati

Baca sini..

Lin Dan, ko memang poyo, berlagak je lebih. Tahu la main hebat tapi tak payah nak show off sangat ok. Aku ni memang pantang dengan orang yang suka sangat berlagak ni. Hasiy.. Dah hebat sangat pun tak semestinya takkan kalah.

Ingat tu Lin Dan!.. Lin Dan ko memang poyo. DUSH...!DUSH!!..
ok tak Chong Wei, Aku dah tolong ko belasah si Lin Dan tu.. ekekekke.. Apa-apa pun, Chong Wei, ko memang hebat, Terbaek!!!

May 14, 2010

Kampungku ada kambing putih

Baru seminggu kat Melaka, tapi simptom-simptom rindu kat famili dah menguasai diri. Tak kisah la kakak aku nak cakap apa pun masa aku kat kampung, aku tak peduli sebab aku tahu dia pun suka jugak kalau aku ada kat rumah. hehe. Ayat yang biasa kakak aku cakap masa aku kat kampung:

1. " Asal ko balik je beras cepat abes" . tak kesah pon, ma yang beli beras ok.. hahaha
2. "Bile ko nak g Melaka? Duk rumah menyemak je" . Aik, aku kat melaka, tanya pulak aku bila nak balik..:)

Ni pulak ayat paling best lepas dia kahwin.

3. "Nanti ko tlg buat air ye ". ceh!Mentang-mentang dia pergi keje awal dari laki dia, sesuka hati je suruh aku buat air untuk laki dia. Nasib baik makanan dia dah siapkan. huh!

Tu kakak aku. Kalau adik aku, dia punya ayat manis masa aku kat kampung satu je,

" Ko balik, sume makanan kat dalam peti ais akan abes. Tak la membazir" . Dia ingat aku ni lori sampah MDM ke?? Tak de la aku nak abeskan semua makanan dalam peti ais tuh, tapi kalau dah lapar nak buat cam mana kan? hikhik.. i terpaksa u..

Dan yang paling penting sekali ma aku suka kalau aku ada kat rumah. Mesti dia tanya aku nak makan apa, tapi jarang dia nak masak. Alih-alih lepas balik kerja , dia pergi tapau je kat kedai. Nasib la labu. Nak buat cam mana, ma aku penat, kurang-kurang ari Jumaat dengan Sabtu dia masak jugak.. hehhehe. Paling best, baru je sampai Melaka 2 hari, dia dah tanya bila pulak aku nak balik. hahaha. Terbaek!

conteng ayam: ops, tajuk entri tu saja nak cakap, kat kampung aku sekarang ada kambing putih!!!


Adamaya?? Gossip Girl?? = Boring Teramat

Adamaya dah habis. Tapi aku tak tengok pun lagi last episodnye.. malas.. Menyampah tengok si dani tuh. Loser. Nasib baik Adamaya ni ada Mika. Best la jugak nak tengok, kalau tak memang kompem drama ni buhsan. Gossip girl season 3 pun dah nak abes. Pun Nasib baik sebab sekarang ni cerita dia dah tak best. Asyik duk ulang benda sama. Main tukar-tukar couple pulak. huh!

Sebenarnya nak bagitahu yang aku ni tengah bosan sesangat. Adoi, nak buat apa ni?? Oh Melaka, i tak rela nak bazirkan masa i kat sini tau, kalau kat kampung i takpe. huh!

conteng ayam: slamat ari jumaat

May 13, 2010

Student = Malas

Betul tak?? Kebanyakan pelajar malas. Malas pergi kelas, malas buat assignment, malas membaca. Tapi sangat rajin main pesbuk dan tengok movie. Aku cakap kebanyakan, bukan semua. Haih, hati makin pilu bila teringat kehidupan sebagai student bakal menjadi kenangan.

Dah tak boleh ponteng kelas, dah tak boleh tido dalam kelas, dah tak boleh sembang dengan member dalam kelas, dah tak boleh gelak ramai-ramai satu kelas, dah tak de assignment nak copy, dan banyak lagilah. Adoi, rindu pulak nak buat semua tu.. huhu..


Suka gambar ni. Moment terindah bersama classmate. Tapi ada yang terselindung dalam gambar ni. Nasib la. Cicakman tak boleh nak tolong. cicakman ada misi lagi penting, nak selamatkan negara, nak tolong Malaysia menang Piala Thomas.

conteng ayam : wonderpets!!

Stars falling from the sky -Penat ketawa dan menangis














Baru habis tengok drama korea ni. Memang terbaik la drama ni. Betul-buat aku menangis dan ketawa tak hengat dunia. Best! Mr. Lawyer luve u!

conteng ayam: penat membuang masa di Melaka

May 8, 2010

Mat Rempit berjiwa patriotik

Balik Kampung- Pagi ahad sampai rumah. Mata sibuk melilau tengok kot-kot ada perubahan sepanjang aku tinggal umah ni.OK. tak de!. Minggu lepas da macam tak siuman sikit. Mana taknye, 23hb balik kampung, 28hb malam datang balik Melaka,ada final exam untuk last paper dan yang paling BEST 1 Mei, aku balik kampung lagi.Kepala pun da gelong penangan naik bas.

Melalut pulak. Ni aku nak story mory pasal mat rempit. Masa sampai umah pagi ahad tu,tak boleh nak rest. Ramai sangat tetamu, kawan ma aku dengan anak-anak dia, mak cik aku,sepupu sepapat lagi. So, memang tak boleh nak tido. Dorang tengah borak-borak, Aku pun join de club. Ye la, kena gak ambik tahu hal ehwal kampung ni. Penting tuh!.

Tapi yang buat aku gelak guling-guling bila ma aku citer yang die tangok dalam Buletin Utama,Mat-mat Rempit kena sorong dorangnye motor ke balai polis sambil nyanyi lagu Negaraku. Bersemangat pulak tu dorang nyanyi ma aku cakap. Jauh gak nak ke balai polis tu, dalam3 km. Pergh!! Respek aku kat Polis Malaysia nih. Ye la, dari duk membebel entah ape-ape
yang da memang mat-mat rempit tu tak nak dengar, baik suruh dorang nyanyi lagu Negaraku.
Boleh gak semai semangat cintakan negara kat dorang tuh!

May 6, 2010

Mencari Menantu??

Semalam, bosan -bosan duk rumah sorang, aku tengok program Mencari Menantu dekat TV9.
Rasa macam yang dah lama program ni. tv9 Ulang tayang kot. Aku pun tak tahu. Aku tengok semalam masa sesi pemilihan. Macam-macam ragam. Ada yang ustaz tanya soalan simple, Tanye pasal Rukun Islam je dan yang buat aku nak gelak sambil golek-golek bila yang lelaki tak leh jawab, nasib baik awek dia boleh jawab. Adoi!, cam mane la nak bimbing isteri ye kalo camtuh??

Tapi yang buat aku lagi terharu bila tengok satu couple ni. Lelaki tu nangis masa ustaz tanya soalan. Dia cakap dia terharu sangat sebab akhir tahun lepas bila dia lamar awek dia, awek dia tak ready lagi nak kahwin. So, dia faham la. Tapi yang buat dia terharu sesangat tuh, dia cakap bila dia ada niat nak kahwin, terus dia dapat kerja tetap. Tu yang dia sebak tuh. Aku yang tengok ni terus tersentap.Uisyy.. susah dah nak carik lelaki macam tu rasanya.. hehhhe

conteng ayam: malam esok g Melaka.. huhu..