Dec 31, 2011

2011 Dalam Kenangan

How time flies.... Rasa macam baru semalam aku buat entri 2010 Dalam Kenangan. Yang pasti 2011 membawa aku melangkah ke dunia yang lebih mencabar. Dalam erti kata lain, aku menuju ke alam dewasa. Erk, asal ayat aku macam nak jawab SPM ni? Ala, Senang citer, banyak benda dah berubah berbanding tahun 2010.

1) Berhijrah ke kl. Bangi sebenarnya.
2) Bekerja macam .... Ok la.
3) First time ke client site.
4) Dapat ramai kenalan baru. I loikes. hehe
5) Aku dah konvo. haha
6) Dah pandai guna public transport kt kl nih. Dulu aku takut naik lrt ngan komuter. Takut sesat mungkin. Ye ye, saya jakun. erk perlu ke state benda ni?
7) Dapat anak buah. Ye , Danish dah besar sekarang, dah pandai terkam kucing. hahaha
8) Ramai kawan-kawan dah kawen. Selamat berbahagia semua. Yang belum kawen tu jangan kerisauan ye, sebab saya masih kesorangan. haha. <-- Ni khas untuk u shu. jangan sedih-sedih okeh.
9) Masa menonton tv , drama dan berlibur drop to 80 %. Sadis bukan?
10) dan yang paling menyedihkan, umur aku bertambah untuk tahun 2012.

Sekian saja dari saya. Saya tak de azam baru sebab emmm tak tau la. setiap ari saya ada azam baru. Boleh??



Dec 30, 2011

Bom

Ok, hari ni penuh dengan kejutan. Itu aje.

Dec 24, 2011

Gossip Girl Season 4

"once you forget that you are Blair Waldorf, remember that i'm Chuck Bass. And I love you. - Chuck Bass"

Ni dalam gossip girl seoson 3, kalo tak silap aku la.

Tetiba pasal gossip girl, bukan apa, nak marathon Gossip Girl Season 4 hujung mingu ni. hehehhe

Dec 18, 2011

Komuter Lagi

Dear Komuter and the Geng...

Please be nice to me.

Ok, itu aje.

Dec 17, 2011

Along

Tadi kawan aku, Along, datang lepak kat rumah. Katanya mahu pulang ke kampung sebab dia jobless sekarang. Notis 24 jam berhenti kerja. Respek betul aku dengan dia nih. Berbalik kepada hal balik kampung , aku tanya dia, balik kampung nanti drive sesorang je ke? Jawapan dia kasi tu boleh tahan jugak la.

'ha'ah, keta aku ada satu stereng jer.

Sadis betul jawapannya. Mak sentap okeh

Dec 12, 2011

Tips menaiki Koc Wanita Komuter

Kisah Komuter.

Ye, aku ada banyak cerita pasal komuter sebab tiap-tiap ari naik komuter.

Ni tips untuk kaum lelaki yang nak sangat masuk coach wanita komuter tuh!

1) Bila semua pompuan dah masuk, baru anda masuk. Kasi tunjuk gentleman sikit.hik.

2) Abaikan pandangan-pandangan pelik ke arah anda. Bila pintu dah dekat nak tutup baru buat muka konpius gitu, konon dalam hati kenapa semua perempuan dalam koc ni eh?

3) Pandang Kiri kanan, tanya mak cik kat sebelah kenapa semua perempuan dalam koc ni? Nampak sangat innocent bukan?

4) Buat gaya konon nak keluar dari tren masa pintu nak tutup tuh.Kompem semua yang ada dalam koc tu cakap, eh tak payah keluar la, da nak jalan tren ni.Nanti tak sempat plak naik koc lain.

5) kesimpulannya, nah, anda sudah berada dalam koc wanita bukan? heh!