Dec 31, 2011

2011 Dalam Kenangan

How time flies.... Rasa macam baru semalam aku buat entri 2010 Dalam Kenangan. Yang pasti 2011 membawa aku melangkah ke dunia yang lebih mencabar. Dalam erti kata lain, aku menuju ke alam dewasa. Erk, asal ayat aku macam nak jawab SPM ni? Ala, Senang citer, banyak benda dah berubah berbanding tahun 2010.

1) Berhijrah ke kl. Bangi sebenarnya.
2) Bekerja macam .... Ok la.
3) First time ke client site.
4) Dapat ramai kenalan baru. I loikes. hehe
5) Aku dah konvo. haha
6) Dah pandai guna public transport kt kl nih. Dulu aku takut naik lrt ngan komuter. Takut sesat mungkin. Ye ye, saya jakun. erk perlu ke state benda ni?
7) Dapat anak buah. Ye , Danish dah besar sekarang, dah pandai terkam kucing. hahaha
8) Ramai kawan-kawan dah kawen. Selamat berbahagia semua. Yang belum kawen tu jangan kerisauan ye, sebab saya masih kesorangan. haha. <-- Ni khas untuk u shu. jangan sedih-sedih okeh.
9) Masa menonton tv , drama dan berlibur drop to 80 %. Sadis bukan?
10) dan yang paling menyedihkan, umur aku bertambah untuk tahun 2012.

Sekian saja dari saya. Saya tak de azam baru sebab emmm tak tau la. setiap ari saya ada azam baru. Boleh??



Dec 30, 2011

Bom

Ok, hari ni penuh dengan kejutan. Itu aje.

Dec 24, 2011

Gossip Girl Season 4

"once you forget that you are Blair Waldorf, remember that i'm Chuck Bass. And I love you. - Chuck Bass"

Ni dalam gossip girl seoson 3, kalo tak silap aku la.

Tetiba pasal gossip girl, bukan apa, nak marathon Gossip Girl Season 4 hujung mingu ni. hehehhe

Dec 18, 2011

Komuter Lagi

Dear Komuter and the Geng...

Please be nice to me.

Ok, itu aje.

Dec 17, 2011

Along

Tadi kawan aku, Along, datang lepak kat rumah. Katanya mahu pulang ke kampung sebab dia jobless sekarang. Notis 24 jam berhenti kerja. Respek betul aku dengan dia nih. Berbalik kepada hal balik kampung , aku tanya dia, balik kampung nanti drive sesorang je ke? Jawapan dia kasi tu boleh tahan jugak la.

'ha'ah, keta aku ada satu stereng jer.

Sadis betul jawapannya. Mak sentap okeh

Dec 12, 2011

Tips menaiki Koc Wanita Komuter

Kisah Komuter.

Ye, aku ada banyak cerita pasal komuter sebab tiap-tiap ari naik komuter.

Ni tips untuk kaum lelaki yang nak sangat masuk coach wanita komuter tuh!

1) Bila semua pompuan dah masuk, baru anda masuk. Kasi tunjuk gentleman sikit.hik.

2) Abaikan pandangan-pandangan pelik ke arah anda. Bila pintu dah dekat nak tutup baru buat muka konpius gitu, konon dalam hati kenapa semua perempuan dalam koc ni eh?

3) Pandang Kiri kanan, tanya mak cik kat sebelah kenapa semua perempuan dalam koc ni? Nampak sangat innocent bukan?

4) Buat gaya konon nak keluar dari tren masa pintu nak tutup tuh.Kompem semua yang ada dalam koc tu cakap, eh tak payah keluar la, da nak jalan tren ni.Nanti tak sempat plak naik koc lain.

5) kesimpulannya, nah, anda sudah berada dalam koc wanita bukan? heh!

Nov 28, 2011

Kerjaya Anda

Malam Ahad haritu, layan cerekarama kat TV3. ala, citer Sebelum Lima Perkara tuh. Okeh, aku memang respect la citer tuh. Ada pengajaran dan moral of the story yang bagus..

Tapi yang aku tak puas hati, kenapa bila nak tunjuk anak-anak dia berjaya, kenapa mesti doktor dan jurutera yang jadi pilihan?? ohh pedih hati i ni bila mana kerja dalam bidang it di Malaysia masih belum dapat pengiktirafan dari masyarakat kita.mak sentap okeh. Nak kata bidang IT kat Malaysia jah ke belakang tak jugak. Aku rasa peluang keje dalam IT tengah naik kot sekarang. Tak percaya? Try g bukak Jobstreet nuh.

Tolong la wahai rakyat Malaysia, sila bukak mata anda luas-luas. Kerjaya dalam IT jugak ada masa depan yang cerah.

Itu aje untuk kali ni. Sekian Terima Kasih!!!

Nov 22, 2011

Jobstreet di hati

Setiap kali rasa geram atau bengang dekat bos , kompem ni yang aku selalu buat.
-Update resume.
-Bukak Jobstreet.
-Start apply keje.
Lepas 2 minggu bila rasa marah dah hilang, dapat interview. Masa tu baru kelam kabut, gelabah tak tentu pasal.kihkih.

Tapi yang pasti, kalau dapat better offer sekarang , memang aku larik dari kompeni sekarang. Tu je point entry hari ni.!!!!

Nov 20, 2011

Oligo

Penah tengok iklan Oligo tak? Kalo tak penah sila ketuk kepala sendiri. Bila fikir-fikir balik, Oligo telah memberi aku satu idea yang sangat hebat tatkala bos tengah marah dekat aku.
Modal pun tak banyak. Hanya satu paket Oligo dan kebolehan menari dan menyanyi. Itu aje.

Tengah bos bengang tu, aku ingat nak letak tangan kat mata sambil buat bentuk 'o'. Ala-ala teropong gitu. Lepas tu start nyanyi ngan menari sambil buat air oligo kat bos. Mesti bos tersenyum panjang lepas tu. kihkih..

Agak-agak jalan tak idea nih??

Nov 19, 2011

Edisi Kehidupan

Seriously,penat sangat-sangat sekarang. Aku kadang-kadang terfikir yang sekarang ni aku macam tak dak life je. Err.. paham tak what i mean? haha.. Ye la, masa nak berlibur tak de langsung. kihkih. Mimpi la ko noks, tengok tv pun pun ko tak sempat. Eh silap , tengok tv tu ada la, tapi nak on je tak sempat.
Mana la tak penat aku sekarang ni, cer tengok kat bawah nih.

5.15 a.m- Bangun tido. Mandi , siap, solat semua dalam 1 jam.
6.15a.m - Keluar rumah
6.30a.m - Amek bas g UKM station.
6.52 a.m - Naik Komuter( Tu pun kalau tak lambat or delay or cancel)
7.30 a.m - Sampai KL Sentral
7.55 a.m- Amek bas lagi
8.45a.m _ sampai ofis

Keje tung tang tung tang, makan-makan , borak, gosip-gosip, kutuk-kutuk then balik.

6.00pm ++ - Amek bas
7.00pm - Sampai KL sentral
7.22 p. m - naik Komuter( Tu pun kalau bernasib baik, kalau tak tunggu la lagi komuter tuh)
8.10p.m- sampai UKM
8.30++- Amek bas lagi-lagi.
8..40++ - Sampai rumah.

Nampak tak kronologi kehidupan aku seharian? Penat bukan? memang tak de masa nak tengok tv. Balik keje, da penat fikir nak tido je. betul dak? :P



Danish

Saja nak letak gambar budak nih. Rindu nak dengar dia nangis masa lapar. Betul-betul nangis punya kalau dia dah lapar.

Ops.. seksi pulak.. haha


Nov 10, 2011

Versi raya

Macam dah lama je tak hapdet nih. Busy balik kampung.hahaha. Hapdet dalam bentuk point best gak nih.

1. Balik kelate 4hb aritu.Malam. Habis kerja terus balik. Dari Subang ke Hentian Putra. Nasib baik sempat naik bas pukul 9.30 malam tuh.

2. Sampai Klate pukul 5 pagi. Awal sangat. Masa dalam bas tu, aku tido sakan. Langsung tak sedar, nasib baik masa sampai Mache tu terjaga. Nasib tak jatuh masa turun dari bas tu. :)

3. Sampai pagi Jumaat tuh, lepas breakfast je terus g shopping. Rindu sama Tesco ngan KB Mall ma. haha. Tak leh lawan Times Square sama Sogo jugak!!!.kihkih

4. Danish makin pandai dah sekarang. Penat nak layan kerenah dia.

5. Raya haji biasa-biasa je. Penat memasak. Erk, aku pandai masak ke? Pandai kot...

6. Datang balik KL Hari Isnin. Naik Bas Transnasional, patut naik pukul 10.00 tapi pukul 11.30 baru nampak lampu bas tuh. Hampeh!

7. Jalan Jem dari Machang ke Kuala Krai, lepas tu kat Raub ngan Bentong. Adoiyai, pukul 9 baru sampai Hentian Putra.

8. Tapi yang geram, driver bas tu tak masuk Hentian Putra. Nak tak nak, aku kena panjat bukit tu. Sampai merangkak aku. Bongoks tol, So, sesape yang nampak kejadian malam tu, sila padam dari ingatan anda ye.

9. Pagi rabu, tengah semangat nak pergi, bas Rapidkl pulak buat hal. Dekat sejam tunggu baru dapat bas. Benci!!!!!!!!!!

Panjang pulak membebel nih.. haha:)

Oct 27, 2011

Hari Raya Haji

Mahu balik kampung tapi tiketnya tidak dibeli lagi. Adoi!! Ada lagi ke tiket nak balik kampung nih?
harap-harap ada la. Rugi kot kalau tak balik, bos siap tanya lagi dia dah approve belum cuti aku. Aku ni cuti tak apply pun lagi..hahaha..terukkan?
ok dah, doa-doakan je la aku dapat tiket nak balik kapung yer.. huhu

Oct 22, 2011

Konvokesyan UTeM ke-7


Officially graduated!!.. hahaha..suka!

Pesanan dari penaja, buatlah kerja dengan ikhlas, korang di bayar gaji hasil daripada cukai rakyat Malaysia. ops!!!

Raptai Konvokesyen UteM dan Sesi Photoshoot

Macam biasa, banyak benda berlaku sehari dua nih, so aku list kan je la..senang..hehhee

1) Sampai Melaka petang semalam. jam 6 petang. Got flu! really tired. Nasib baik arini da ok sikit.

2) Jam 7.45 pagi tadi, bertolak ke UTeM untuk raptai konvokesyen. Seriously, bosan gila dalam dewan Besar UTeM tadik.Seronok jumpa kawan-kawan lama.

3) Habis raptai ke jj terus. Makan kat Johny's. Sedap!!

4) Balik ke UTeM. Ambik jubah bagai. Nasib si ira da settle yg lain-lain. So, tadi memang amek jubah jer..Thanks!

5) Kecewa dengan sesi photoshoot tadi. Tak ramai yang join. Budak kelas aku la. So, kitorang ajak jer budak kelas lain. Nasib baik dorang nak.! Thanks ye korang!!!


6) Paling teruja, masa photoshoot tuh, skuad perodua era join kitorang. Wah, glemer gitu gambar konvo ko noks!. hahahha

7) Ada live streaming dari website UTeM esok. Terbaik la UTeM.!!

8) Homestay sangat cantik okeh. Selesa. I loike!!! So, sesapa rasa nak sewa homestay kat Melaka nih, jom sewa dekat homestay 270, Ayer Keroh Height Melaka.

To be continued............




Oct 19, 2011

Dear diary

Tak de idea pun nak story apa nih. Tapi nak update gak blog nih..hahaha. Highlight point-point penting dah la yer:

1)Balik keje minggu ni asyik hujan je. bagi pengguna public transport macam aku nih, memang kesian la. Balik lambat la jawabnya, dengan jem kt kl lagi.Sadis betoiii!

2) Kerja. Keep doing the same thing for 2 weeks. huhu..penat

3) Komuter. Macam biasa, pagi isnin lambat, pagi ni pun lambat sikit. Balik ok sikit timingnya. Keep doing the good job komuter.kihkih

4) Kerja 3 hari je minggu nih. Suka!!!

5) kerja hari-hari dekat site, kutuk orang.Boleh??

6) Baju konvo dah beli tapi simple giles.Baju kurung jer, tapi cantik..hehhee

7) keje 8 bulan, baru nak konvo. Bos pun macam tak percaya aku apply leave untuk konvo..hahha.

8) Selsema . lagi 4 hari nak konvo!!!Cepat sembuh!

9) HR sms tadi. Bos nak jumpa kitorang dekat site. Nak tanya progress projek katanya. Aku lagi suka kalau dia nak diskuss pasal salary..hahaha.

10) Good news. Cousin aku nak kawen hujung tahun ni. Dengan orang Sabah.erk?? jauhnya!

10 dah ni.. Banyak dah..hehe

Oct 11, 2011

Kajian Pengesanan Graduat


Bakal-bakal graduan dah isi belum kajian tuh? Ingat ye adik-adik yang nak isi lepas ni jangan kopi pes jer jawapan tuh. Contoh nak isi address office, jangan kopi pes, taip satu-satu. Kalau kopi pes jugak, nescaya adik-adik semua akan dapat bad error. Tak percaya? pi la kopi pes. kihkih..

Oh ya, lupa pulak nak berterima kasih kat akak yang keje gomen yang aku call aritu. Akak memang baik la, call ak payah tunggu lama-lama pun. Terkejut i yuu bila call orang gomen ni terus dapat cakap. Apapun, akak memang layak nak dapat bonus setengah bulan gaji hujung tahun nih. Tahniah kak..kihkih

Oct 2, 2011

Menghitung Hari

Can't wait for this moment. Lagi 20 hari. Oh oktober please run fast.haha . Impian aku untuk konvokesyen UTeM ke 7 ni, semoga boleh ambil gambar posisi sama macam diatas tapi... Ya ada tapi, moga-moga kaki aku boleh angkat lagi tinggi dari budak yang duduk depan aku tuh. kahkah

Oct 1, 2011

Repairing Hard Disk RAW Partition error

Finally, berjaya jugak ! haha.Lepas aku dah hampir give up dengan Samsung External Hard Disk 400 gb aku tuh, akhirnya berjaya jugak aku merepair satu partition 150 Gb. Walaupun tak boleh recover data, tapi tak kisah la, janji aku dapat guna storage lagi besar. Oh gembiranya.

Tadi memang sakit hati, asyik dapat error cakap windows unable to complete formatting. So, dengan menggunakan solution paling bodoh, aku shrink partition yang 150 gb tu jadi 3 partition. Then aku format satu-satu. Oh, memang sungguh tak sangka solution ini membuahkan hasil yang sangat bermakna dalam hidup aku.kahkahkah. Ahh rasa ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri diatas kejayaan ini.

Ok lah, tata. Masa untuk iron baju keje..huhuhu

Sep 24, 2011

Catatan kepada Komuter Siri 3

Dear Owner komuter...

Perkhidmatan anda pada 23 september 2011, dari jam 8.00malam hingga 10 malam adalah sangat terbaik. Dengan jumlah penumpang yang meningkat 2 kali ganda pada hari Jumaat, pihak anda dengan selambanya menyediakan hanya 2 tren ke Seremban dan satu tren ke Kajang. Dengan hanya 3 tren dalam masa 2 jam, silalah anda bayangkan bagaimana kepadatan tren-tren tersebut.

Aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku memang suka tren delay nih. Masalahnya, ada sorang aunty ni sibuk duk komplen. Dan dia pulak duduk sebelah aku. Penat wei dengar dia membebel, dah la penat baru balik keje. Tolonglah KTM, upgrade sikit servis korang tuh. Kalo nak cakap KTM banyak berjasa, yup, memang banyak berjasa, tapi penumpang pun banyak berjasa kat KTM. Tu je aku boleh cakap.

Hangin satu badan!!!!!

Sep 17, 2011

Perempuan VS Duit


No doubt, we are womens love money. Very much actually. But only our own money okeh, not others.hahaha. Tak hingin pun duit orang lain.kihkih

Penting untuk shopping duit tuh. Kalau masa sen tengah kurang, lalu depan mall pun tak sanggup.

Tapi ni yang aku hangin bila terbaca artikel ni dalam satu buku. Meh aku review sikit.

- Wanita = Masa x Wang
Masa tu emas kan, so Masa= Wang
- Wanita = Wang x Wang
Wanita = 2 Wang
Wang pulak punca segala masalah
so....
Wanita = 2Masalah

Kejam betul artikel tuh. Wei, kitorang nih bukan masalah ye tuan-tuan sekalian, kami ni penyelesaian kepada masalah sebenarnya. hahaha

Sep 13, 2011

Catatan kepada KTM Komuter Siri 2

Dear owner Komuter..

Terima kasih diatas kelewatan anda pagi tadi. Sekali lagi. Ye, di saat orang ramai berusaha untuk masuk ofis awal agar boleh jadik pekerja contoh. Ye la, semalam kan dah lewat pergi kerja.

Lepas Bandar Tasek Selatan tadi, ini dia ayat power dari KTM:

"Perhatian kepada tuan-tuan dan puan-puan, Ten ini tidak dapat meneruskan perjalanan kerana bekalan kuasa di Stesen Salak Selatan terputus. harap maklum"

Dan pengumuman dari pemandu tadi sangat membahagiakan aku. Dengan suara lunak merdunya, pergh, menusuk kalbu beb!

Nasib baik balik petang tadi on time! Kira hari ini aku rate 3/10 kepada servis komuter.

Sep 12, 2011

Catatan kepada KTM Komuter

Catatan ini dituju khas kepada KTM Komuter.

Terima Kasih diatas kelewatan tren pada pagi tadi dan pagi-pagi yang sebelumnya. Kami sebenarnya sangat suka pergi kerja lambat.Takat lambat sejam tu apa la sangat kan??

Dan kelewatan kami pergi kerja pun tak de kaitan dengan korang kan wahai pihak pegurusan KTMB kan? Yang lambat kami, bukan korang pun. Yang korang tahu, buat pengumuman tren batal tak pun lambat.Itu je.

Sekian Terima kasih!

Sep 11, 2011

Dream? Impian?

Petang tadi aku chat dengan sorang member aku ni. Dia cakap gaji dia tak cukup. Banyak komitmen katanya. Gaji aku less than her. If not mistaken, she got around 3k per month. Dan dalam hati aku, kalau aku dapat gaji macam dia, aku rasa dah lebih dari cukup.

Aku tanya dia baik-baik, kenapa tak cukup. Then jawapan dia buat aku terdiam. Ya, lepas 6 bulan kerja, aku tak terfikir pun nak kumpul properties. Ye, PROPERTIES!! Takat saving bulan-bulan tu ada la. Tu pun hujung bulan kalau dah sengkek sangat aku g korek jugak. Poor!

Dan lepas je chatting tadi, aku terus pasang impian. First property yang aku nak beli adalah rumah. er, ke tinggi sangat cita-cita aku yang baru 6 bulan kerja nih? Tak kisah. Yang penting, aku kena betul-betul berusaha untuk dapat apa yang aku nak.

Kepada yang tanya aku, kenapa rumah bukan kereta, Ni jawapan aku. Kereta aku nak rembat famili aku punya, kira sambung bayar ansuran. Lagi 3 tahun nak habis kalau tak silap. Kereta paling murah kat Mesia je. Dan, ada pulak tanya, tak teringin nak pakai kereta baru plus besar sikit ke? Jawapan aku, rumah adalah property yang paling berharga. Nilai dia tak kan susut. Tapi kereta, lepas 5 tahun tengok la nilai dia susut banyak. So, memang tak teringin pun.

Harap-harap, Lepas 3 tahun kerja aku dapat tunaikan impian aku nih. Amin...

Aug 25, 2011

Berita gembira kepada orang bersabar

"Berilah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk." (Al-Baqarah: 156-157)

Manusia memang takkan terlepas daripada menerima musibah. Bezanya sama ada kita sabar atau tak dalam menghadapi ujian Allah kepada kita.

Orang yang beriman akan melihat musibah yang menimpanya sebagai satu ujian Allah untuk membuktikan ketakwaannya kepada Allah. Mana mungkin seseorang itu mengaku dirinya beriman sedangkan dirinya belum diuji.

Bagi orang yang tidak mempunyai keyakinan kepada Allah pula, mereka sering mengeluh dan menangisi musibah yang menimpa dirinya.

Aku pulak memang sentiasa berharap dan berusaha untuk menjadi orang beriman dalam menghadapi segala musibah.



Aug 21, 2011

Pantun Edisi Khas TV3

mahu pecah perut dengar pantun kat edisi khas nih!! ni antara pantun dorang.. hehe

- Biji Selasih, Daun Selasih, terima kasih
-Kasih ibu, kasihnya laila, tak de hal lah!
-ikan bawal ikan tuka, kamu ni ada duit ker???
-burung Nuri, burung bayan, duit saya satu tempayan.
-mandi sungai kena sengat, takkan lah mahal sangat..

Adoi, memang terbaik lah pantun dorang.. ahaha

Aug 14, 2011

Komuter, komuter.

Aku betul-betul tak tahu apa masalah ktm sebenarnya. Tapi kalau dah 2 kali berturut hari Jumaat komuter rosak, apa citer nih KTM? Dah dekat 6 bulan jadi pengguna setia komuter nih, memang macam-macam hal lah yang aku kena tempuh nak pergi kerja. Dah macam nak pergi berperang pun ada. Oh ya, setiap kali komuter lambat aku dah boleh ingat apa alasan dorang nak bagi.

1) Disebabkan masalah teknikal bla..bla.. komuter akan lambat dari jadual asal.
2) Tren ke Sungai buloh dibatalkan.( Ok, yang ni hampir setiap hari tren ke sungai Buloh jam 7.58 am di Stesen UKM dibatalkan.)
3) Disebabkan tali kabel terputus bla..bla..bla.. komuter akan lambat dari jadual asal.

Dah dah la tu wei KTM. Bosan aku dengar alasan sama. Kalo nak bagi alasan pun, sila bagi alasan yang lain sikit. CER BAGI ALASAN KERBAU MELINTAS, MAKA KOMUTER TAK BOLEH GERAK. Ha, kan lain dah alasan tuh.

KTM, sila lah perbaiki service anda yang sangat dan amat teruk tu!!!

Aug 8, 2011

Tolong Awek Aku Pontianak

Baru je tengok movie ni. Ok la jugak sebab boleh buat aku gelak sorang-sorang. Meh sini aku nak review sikit pasal movie nih.

1) Scene paling kelakar bagi aku la, scene yang mat rempit kena kejar pontianak. Sekali roadblock kat depan, terus dorang stop motor and lari lintang pukang pergi naik trak polis. Polis pun heran..haha .. Terbaik!!!

2) Masa Afdlin jadik agen rumah sewa tu. Memang kelakar habis. Lif tak de, da jual, Kawasan international. Ye sangat international. Penyewa kebanyakan berasal dari Vietnam, pakistan, Bangladesh, Kemboja. Oh ya, Indonesia pun ada. haha.. Rumah sewa aku kat Melaka dulu kira international jugak la. Jiran i dari bangla. Ok dah, tak yah gelak sangat.

3) Pelakon movie ni semua ok la. Yang jadik kawan bob tu pun ok. kelakar. Da macam gay pulak aku tengok dorang..hahaha.

Sikit-sikit review dah la..

Aug 4, 2011

Danish

Macam mana boleh lupa nak buat entri nih. Aku dah dapat anak buah! haha. Suka.
Dah-dah tak payah nak gelak kan aku sangat. Biar lah aku nak eksaited sikit dah dapat title mak cik nih. hahahha.

Lepas 2 minggu baru dapat nama budak kecik tuh. Muhammad Adam Danish. Aku pun tak pasti sangat maksud dia. nanti la aku tanya kakak aku tuh. Danish ni baik je. Dulu la, masa awal-awal lahir. Sekarang mau nangis je kejenya. Ni kakak aku la yang bagitau. Dia nak asal dia bukak mata ada orang duk sebelah dia. Amboi Danish, kecik-kecik dah ikot perangai mak yang penakut tu yer? hehehe

Gosip Hangat Laris Macam Pisang Goreng

Kalau tanya semua orang apa gosip hangat sekarang, kompem dorang cakap gosip pasal Khairul Fahmi Che Mat putus tunang ngan Elia. Betul ni, tak tipu punya. Tak caya, gi jenguk website gosip artis nuh. Berderet orang duk komen. Aku tak heran pun pasal gosip nih tapi aku suka baca komen-komen dari masyarakat marhaein nih. Yang paling tak leh blah, nama yang dorang guna nak komen isu putus tunang nih. Boleh kasi aku gelak guling-guling la. Ni antara nama yang dorang guna:

- Jejari pendek
-jejari bulat
-jejari coklat celup
-jejari layu
-jejari tembam
-jejariku tak berapa nak runcing
-jejari ikan
-jejari busuk

semua dah kemaruk nak letak nama jejari kat depan..hahhaha. ada lagi nih...

-merayah keri
-kak eton menaruh harapan

Adoi, kak eton pun nak menaruh harapan jugak ke dekat keeper tuh?? hahaha..

-dat0' K.Rajagopal
-Safee Sali
-S.Kunalan
-Amirul Hadi

Ni pulak tak pasal-pasal satu team bolasepak Malaysia duk komen pasal ni. hahaha
Apa pun, thanks, korang dah buat aku tergelak sorang di depan pc ofis pada hari ini.

Sumber: Oh bulan!

Aug 3, 2011

Dari Bangi Ke Subang

Penat sangat-sangat sekarang. Baru seminggu lebih ulang alik dari bangi ke Subang tapi rasa macam dah tak sanggup.Sangat tak sanggup. Ni pun dah demam. Nasib baik hari ni bos call suruh datang ofis kat Cheras nih. Tak de la penat sangat. Tak tahu la aku ni boleh bertahan ke tak, nak ulang-alik ni.
First time ke client site tapi betul-betul rasa tak selesa. Awal-awal lagi dah dengar orang komplen pasal kompeni. Dah tu pulak, semalam project manager bagitahu dia agak tak konfiden bila aku cakap one of my colleagues dah resign. Tapi project manager tu ok la sebab dia yang banyak tolong aku yang memang tak pandai nih. hehehe..
Kesimpulan dari entri nih, betul-betul rasa nak menangis..huhuhu

Jul 20, 2011

Komen dan Pandangan

Aku suka baca komen , pendapat atau pandangan seseorang tentang satu-satu isu. Ada yang bernas, yang langsung tak membina dan ada jugak yang kelakar. Yang komen jenis mengutuk paling banyak. Still aku suka baca, senang aku nak kutuk sama..hahhaa.. Biasa aku baca semua pendapat nih dalam facebook, blog dan forum.
Kadang-kadang tuh memang jumpa la komen yang boleh buat aku gelak guling-guling. Meh tengok komen kelakar tahap gaban penah aku jumpa:
isu: kalo dapat duit 3 juta
komen: carik mak mertua baru
komen aku: ni memang nak mampos ngan bini r nih.. hahhaha
isu:ptptn lambat masuk
komen: buat dokumentari 30hari bersama megi
komen aku: sebab kena kat aku, so, aku nak jadik pelakon extra,heh!

Nanti-nanti la sambung lagi.. heh!!

Jul 19, 2011

Juvana episod akhir

Juvana dah episod akhir semalam. Sedih nak berpisah dengan semua watak dalam Juvana. Dorang semua hebat. Kenapa aku cakap dorang hebat? emm, sebab aku boleh ingat semua watak yang ada dalam Juvana tuh. heh. Bukan taksub tapi olahan penceritaan drama ni boleh buat kita ingat dekat semua watak especially Kedah. hahha.

Tapikan ending malam tadi macam simple sangat. Kan best kalau ending tu tunjukkan sikit kenakalan dorang. Macam dorang buat gathering after 10 years and ayam bawak anak dia ke or daim kawen dengan nadia ke. Best la jugak, tak simple sangat ending dia. Nak lagi gempak, cikgu zakiah kawen dengan cikgu Arifin dan semua budak-budak tu attend majlis kahwin nih. Kompem Gempaknya.. hahhaha

Jul 12, 2011

Annisa- samarinda tv3

Aku nak boikot tv3 tapi drama tv3 suma best-best.Tangguh dulu la boikot. Boleh ke? kihkih...
Kat umah sewa sekarang tak dak Astro, nak tak nak tv asas mesia je la yang boleh aku layan.
Another great drama at tv3, Annisa.Yup, aku suka tengok si Farid dengan Balqis duk tergedik-gedik. Annoying but sweet. ops..hehhe

Ayat terbaik farid- " B, u jangan stress b, biar i je stress".. I like...kihkih

Harap-harap cepat-cepat la dorang kantoi dengan anna. hehehhe

Jul 8, 2011

Statement Hot

Tak tau dah nak cakap apa, tengok je lah.






Aku tak dak ugut apa-apa pun, si minah ni yang tetiba buat pengakuan panas tuh.

Tak mandi gi jawab lab test. Terbaik ah, err, lalat tak dak ka? Kompem ada, bukan Utem tuh memang banyak lalat ke? kahkah

Jul 7, 2011

How to spell KERETA?

My colleagues, chinese, asked how to spell KERETA, is it KERATA or KERETA. Adoiii.. hahaha. Lama tak taip dalam bahasa melayu katanya. Dia ni memang , setiap hari ada ja benda yang nak kasi aku gelak guling-guling. Macam-macam hal lah. Kena gigit nyamuk kat opis pun dia ngadu dekat kitorang nih. hahaha.

Tu belum lagi bab balik. Dia memang champion la. Bukan balik je, cuti pun dia champion. Cuti bulan depan dia dah siap planning awal-awal. memang terbaik lah. Aku memang kasi tabik spring la kat apek sorang nih. :))


conteng ayam: Aku pakai bj kuning dtg keje arini,opis aku dkt traffic light jln pudu-jln cheras-jln chan sow lin- jln tun razak. kihkih. Berani gila kan? x pasan lak bj kurung ni ade kaler kuning sikit2x..hahahha

Jul 6, 2011

Juvana Drama Tv Terbaik!

Siyes, aku tak pernah layan satu -satu drama melayu tanpa tertinggal mana-mana episod. Tapi Juvana memang best, tak pernah tertinggal satu episod pun. Aku suka setiap karektar yang ada dalam Juvana nih. Daim of kos la kan, dah dia hero, kena la suka hero. Tapi yang paling aku suka Kedah. Betul tak makan saman lah budak nih. Cakap ikut sedap mulut dia jah. Minggu depan cam dia dah tak de je. Tak best la Juvana lepas nih.huhu


Bront Palarae, (betul ke aku eja nih?? ), memang terbaik.Bagi la watak apa pun, semua dia redah.hahaha. Muka poyo tapi suka kucing. siyes, i like. kihkih

Jun 28, 2011

Pandangan, Tafsiran dan yang sewaktu dengannya


Judgement will stay as a judgement and ignorance is an ignorance..Sometimes, people just didnt change at all and you will always stay as you in their eyes..so ignore those typical-low life-unchangeable judges and move on with your life..its better to ignore than always thinking of the ignorance.


Ayat paling power untuk petang dingin yang disaluti angin sepoi-sepoi bahasa. kihkih. Ya tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama mengabaikan apa pandangan orang terhadap kita. Yang penting kita hepi dan tahu apa yang kita buat di landasan yang betul. Cewah ayat, tak leh blah.kihkih

Jun 23, 2011

Kisah Tangga+Lif+Opis

Terkenang balik kisah-kisah masa memula masuk keje dulu.

Pernah sekali, hr mc, so tak de orang datang bukak opis. Dah la masa tuh, aku ngan sorang lagi staff baru jugak, Ken Yew, je yang ada. Yang lain semua dah pergi client site.

Pukul 9.15 a.m call team leader. Dia cakap call Sales Manager.
Call Sales manager, ada la dekat 10 kali. Tak jawab pun. Sadiskan?

So, kitorang pun berkampung je la depan opis tuh.
Pukul 9.45 a.m, Sales Manager call. Dia cakap tak perasan i call dia.. kehkeh.. Sadis lagi..

Pukul 10a.m baru ada yang datang tolong buka opis. Tu pun dia kena panjat tangga (Lif rosak ..kihkih), nasib baik opis kitorang ni tingkat 4 je pun. Tapi aku tak kesian pun dekat dia kena panjat tangga, Sape suh dia lambat datang bukak opis, betul dak???

Jun 15, 2011

Piala FA 2011- dari Pengulas Profesional Taraf 6 bintang

Wah, lama giles tak hapdet blog nih. Bukan hape, i pegi shopping kat Paris.kehkeh. Paris konon, Melaka mampu la kau noks.


Busy sikit, ni je ada masa free nak menghapdet blog. Ntah-ntah bos aku baca blog cun aku nih. Mana taknya, lepas entry aku yang sebelum ni, terus dia assign keje dekat aku.kihkih


Pss..pss, ni nak story sikit, sebagai rakyat klate, sedih wei Kelantan kalah final Piala FA haritu. Aku dah ready nak sorak kuat-kuat tetiba si Daudsu g sumbat gol sendiri. Adoi!!!Opss, takpe-takpe Daudsu, i tak marah u pun. Betul ni, ikhlas sebab aku tahu Daudsu main bola memang terbaik lah. Rajin dia g kejar bola. Suka tengok masa dia kejar bola rambut dia berayun lembut. err, guna syampu ape ye daudsu? Guna jari pun boleh eh? kahkahkah.


Kira Piala FA tahun ni memang tak dak rezeki la orang kata. Tapi yang paling aku respek penyokong The Red Warriors la. Tak de dah adegan bakar-bakar kerusi walaupun aku tahu ramai yang harap ada kerusi terbakar malam tuh. ye ah, senang dorang nak mintak dendakan?kan? FAM kan? Yang marah Daudsu pun tak ramai. Ramai lagi yang bagi motivate kat dia. Good,Good. Five Star lah untuk penyokong The Red Warriors kecuali dekat sekor yang baling mercun dalam padang tuh.


Liga Super pulak klate wei!!


Pehal tetiba aku g ulas pasal bola nih???konpius


May 10, 2011

Resign Letter, or Love Letter???

Masa google pasal resign letter, aku jumpa yang nih.Agak-agak kalau aku send yang ni je kat bos ok tak?


Tadi aku sampai awal opis. Belum bukak pun lagi opis nih.Niat dalam hati aku, ari Jumaat ni nak send resign letterdekat bos. Reason aku nak resign, boleh buat ramai yang menangis.Aku tak dak keje sangat sekarang nih. So, aku rasa macam duk makan gaji buta je.hehe.tragikkan reason aku?


Masa tunggu depan opis tadi, Finance Manager sampai. Dia taktahu password nak buka pintu, so, kitorang borak-borak kat depantu.Sekali dia bagi ceramah kat aku. Dia tanya aku ok tak keje sini.Aku cakap ok jer. Memang keje ok pun. Yang ni tak tipu yer.


Lepas tu dia cakap, memang standard keje kompeni it,masa ada projek keje berlambak, tapi kalau tak de projek,memang rilek la.Dia pesan, kalau tak de kejenak buat, belajar sendiri. Pergi google, buat research.Dia cakap keje ni, yang paling penting adalah PENGALAMAN.Tak kisah kalau mula dari bawah pun. Dia pun mula dari bawah.


Banyak lagi la yang dia cakap tadi. Ayork, tak sampai hati pulaknak resign.huhu. Dia bagitau tadi, bos kami akan appreciate orang kalau orang tu appreciate kompeni dia. Lagi serba salah..

Rasanya dah berapa kali ntah, tiap kali aku rasa nak resign, ada je benda yang menghalang. cewah, ayat x leh lah.. hahahha


conteng ayam : Kita bakor je lah dulu surat tuh!

Apr 27, 2011

Komuter Lagik!!

Ok, aku lambat masuk opis arini. Sebabnya komuter ke Sg. Buloh di BATALKAN. Bongoks r. Dah la tadi train ke Rawang padat macam sardin. Tak, sardin pun tak padat macam tu. Gila ah. Minggu lepas da lewat sahari, minggu ni pun lewat lagik sehari. Harap-harap esok tak lewat la. Bukan apa, aritu lewat terkantoi dengan Finance Manager. Dia nak ke opis satu lagi, boleh pulak aku terserempak dengan dia. Adoi!!. Untuk makluman, Opis tempat aku keje ni ada dua, yang aku duduk ni, bos jarang masuk sebab dorang duduk opis satu lagi. Kira selamat la kalo datang lewat. hehehe.


Tapi masalahnya, dua kali aku lewat, dua-dua kali kantoi. Arini boleh pulak terserempak ngan bos bahagian sales. Tapi tadi dia tengah call. Aku rasa dia tak nampak aku kot. hahaha. Harap-harap dia buat-buat tak nampak je la aku tadi.kihkihkih.

Apr 21, 2011

KTM dan hujan tak boleh dipisahkan

Pelik pulak aku tengok tajuk entry ni. Ah, Pedulikan je lah.


Ni aku nak kutuk ktm komuter sikit. Tak banyak pun, sikit je.

Selalu lambat, selalu batalkan perjalanan.


Takpe, aku sikit pun tak kisah. Aku suka sangat bab menunggu ni. Setakat 1 ke 2 jam tu ape la sangat. Tak sia-sia masa kat utem dulu aku praktis tunggu bas utem lama-lama.

Apr 20, 2011

Feeling

Emosi terganggu. Tu je.

Tak tahu nak buat apa.

Takut, berdebar, pening, semua ada.

Aku salah buat decision hape?

Mungkin laaa......

takpa... Ada hikmah di sebalik semua ni. InsyaAllah.

Apr 8, 2011

Cebisan Hati - tajuk paling ngeksss

Kadang-kadang aku tak faham kenapa ek, kita suka cakap orang macam tu la, macam ni la, padahal kita pun lebih kurang je, ntah-ntah lagi teruk. Emm, ni nak kena muhasabah diri ni.


Aiyork, penatnya sekarang. Banyak benda baru nak kena belajar. Kerja lagi susah rupanya dari study.So, sesape yang tengah study lagi tuh, enjoy urself, tak payah nak stress sangat. Apa yang kita belajar, tak semestinya kita akan guna masa kerja. Macam aku sekarang ni, banyak benda baru nak kena belajar.


SAP Business Object-my new lover. kihkih.. susah ooo..

Terima Kasih Laling!!

Terima Kasih laling. Terharu i dengan entry you tuh. Sentap mak.. hahahha Owh.. mahu nangis rasanya.. sob..sob..

Mar 30, 2011

Istilah Baru

{ - Ok, aku tahu ni curley bracket. Biasa aku panggil nyet-nyet. Tak tahu kenapa.

Tapi kawan sepejabat aku panggil tu bracket ada telinga.


Bracket pun ada telinga ke?

Mar 28, 2011

Terjatuh

Lepas lunch tadi, masa nak balik opis, dengan berlagaknya aku turun tangga. Tak pandang depan, tak pandang bawah. handphone je aku pandang.


gedebuk!!!


Mana ada aku jatuh. Tak dak. Aku saja je duduk kat tangga tadi.


jatuh kat tempat sunyi tapi sakit


dengan


jatuh kat tempat orang ramai tapi tak sakit


korang rela pilih yang mana?


i rela sakit yuuu..siyes!

Mar 11, 2011

Saya suka tido!!!

Mengantuk tahap gaban. Office aku block pesbuk , nasib baik blog ni tak. Maka, dengan ini aku akan update status aku kat blog ni je. hahaha.. puas ati aku. huh!
Adoi, dugaan betol la arini, ngantuk dah tahap mata tak leh bukak dah ni. Tu la, sape suruh tido lewat semalam. Memang ngok ngeks la, boleh pulak aku g layan kuch-kuch ho tahe malam tadi. Gila ah bila fikir-fikir balik. Filem hindi tu dah bertahun pulak tuh. Tak pasal-pasal hari ni bangun lewat, nasib baik tak terlepas komuter. Kalau tak, lewat la datang keje. hehe.. Tapi ok je lewat, bukan ada punch card ke hape.kihkih.
Since aku dah jadi pengguna setia komuter ngan lrt, ada la sorang uncle tu bagi nasihat sikit-sikit kat aku. Pesanan khidmat masyarakat ni disampaikan oleh uncle tu dalam bas rapidkl ye.Dia pesan kalau naik komuter, naik je koc wanita. Tak payah nak berebut ngan lelaki. Kalau lelaki melayu ok lagi, tapi si bangla, indon, myanmar tu, faham-faham sendiri je la. Uncle tu cakap dia pulak yang geram tengok gelagat foreigner tuh dalam lrt. hehe.. paham-paham sendiri je la ye maksud uncle tuh.kihkih
errr. pesal tajuk entry ni saya suka tido ha???

Mar 9, 2011

Pilihan itu terbaikkah?

Skema punya tajuk entry.kihkih

2 minggu lepas aku dapat 3 interview.

Dekat cyberjaya je aku tak pegi. 2 lagi tuh aku pegi interview. Dekat cheras tu cousin aku tolong hantarkan. Tu pun lambat 15minit ok. Ye la, yang pegi sesama aritu semua tak tau jalan. haha.. Dah tu tau-tau je la jalan kat kl ni cam mana. jammed memanjang. Padahal yang ikut sama aritu sume lelaki 4 orang tapi hampeh semuanya. Awal-awal tu semua excited duk baca signboard tapi dah dekat pukul 5 semua senyap je. masing-masing dah gabra. kihkih. Nasib baik jumpa jugak. Sesi interview biasa-biasa je. Dia banyak tanya pasal sap dengan oracle. Ada ke patut dia tanya pasal odbc. Tak patut betul. mana la aku ingat semua tu.hehehe. Last sekali dia cakap dia comfartable dengan aku.hehe. Alhamdullillah, dapat keje ni. Tapi kena bagi lulus 6 test dulu, sekarang ni baru 2 test lulus.

Yang dekat kepong tu aku pergi naik komuter je. Jauh giler kepong tuh. Nasib baik jumpa, tak sesat pun. Lagi senang pergi dengan public transport. Dengan tak tau jawatn ape, aku main redah je.kihkih. Masa dia tanya ape plan awak 5 thn lagik, dengan muka berlagak bagus aku cakap nak jadik a good DBA. Ceh, belajar malas ada hati nak jadik DBA. terukkan? Dah..dah.., jangan nak kutuk aku sangat.. Alhamdullillah, position ni pun aku dapat.
Tapi aku dah buat pilihan, aku g keje dekat cheras. Tak tau betul ke tak keputusan aku nih, hopefully betul la kan. Doakan yang terbaik untuk aku ye...

Jan 22, 2011

Jawapan Hebat kepada soalan hampeh

Baru habis belajar sebulan, tapi pening nak jawab soalan orang sekeliling. Soalan pulak isinya sama je, cuma tukar ayat.

" Abes blajar ni duk buat apa sekarang?"
" Sekarang buat apa, tak keje?"

Jenis soalan macam ni aku ok lagi. Jawab pun baik-baik je.

" tengah cari kerja sekarang ni."

tapi kalau dah selaser mak cik ni cakap, agak-agak pe korang nak jawab??

" Dari duk rumah perabiskan beras, baik pegi keje. keje kat kedai kasut pun boleh.

Mak cik, saya tengah cari keje sekarang ni. Ingat senang ke nak keje kedai kasut, sume bebudak lepas spm da kebas la ma cik ooiiii..

Lepas ni sesape tanye soalan apa aku buat sekarang, aku nak jawab macam ni pulak:-

" Saya tengah menikmati detik-detik indah di zaman pengangguran, nak join sekali tak?"

Amacam?

Jan 20, 2011

Langsung Dari CC Machang

Berkurun aku tak pergi cc, tetiba arini sampai cc. Lepas balik dari litar tadi terus singgah kejap. Teman adik aku isikan upu kawan dia. Dia punya dah selamat isi, pinjam laptop sepupu aku minggu lepas. Oh ya, laptop alu si sameon tuh memang dah tak dapat diselamatkan lagi. Malas aku nak g hantar kedai. Kompem mahal.

Semalam staff dari kompeni ape ntah call, suruh g intebiu, kat Shah Alam. Aku tolak baik-baik, bukan apa sekarang aku ni kat Kelantan lagi. Banyak benda tak settle lagi especially lesen aku tuh. Rasanya baik aku settle semua hal dulu, baru g cari keje. Dah ada lesen semangat sikit nak kerja. chewah!! hahaha..

Sebut pasal lesen ni, bukit memang aku fail. Hampeh, asal aku tekan minyak, angkat klas, kompem terundur. Malu weiii. Dah la ramai orang. Jatuh air muka i yuuuu..

Apa lagi aku nak story eh? Haa, pasal anak kucing pulak. Tok ayah aku ada bagi sekor anak kucing kat aku. Comel... tapi.. susah nak jaga. Maintenance dia tinggi lebih dari jaga sekor gajah. Makan nak sedap je. Roti Gardenia cicah susu. Ada sesape nak tolong sedekah roti gardenia tak kat aku nih? Kalau ade nak kasi alamat nih.

Oh ya, 8hb ni aku ada intebiu kat lhdn, Doa-doakan aku yer...

Jan 12, 2011

Windows corrupt

Hidup tanpa laptop ibarat hilang separuh nyawa. Mana taknya, kalau seharian tuh duk mengadap laptop je keje. Bila laptop rosak memang dah macam kucing nak terberanak. haha. Pandai pulak laptop aku nak corrupt windows.

Nak format pulak tak boleh, laptop aku uzur sangat dah, cd rom nya, kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. emm, ni nak kena copy cd windows masuk pendrive nih. Nasib la labu oiii...

Jan 1, 2011

2010 Dalam Kenangan

Tahun 2010- Tahun mencabar bagi aku.

1. Awal tahun- Sem last aku study. Takut sistem untuk Projek Sarjana Muda aku tak function macam yang aku nak tapi Alhamdullillah, lulus jugak akhirnya.

2. Balik klate, aku praktikal kat klate. Barang-barang , khazanah sepanjang duk Melaka banyak yang di buang. Aku balik naik bas je.

3. 2 kali tukar tempat li.

4. Praktikal- Jumpa ramai kawan baru. Belum bersedia nak masuk alam pekerjaan. Kunci utama sepanjang li SABAR.

5. Oh ya, kakak aku kawen tahun ni. slamat berbahagia.

6. Habis study hujung tahun 2010. Konvo bulan 10 tahun 2011. amacam?

7. problem arise.

8. Keje tak dapat-dapat lagi.

Kesimpulannya.... Tahun 2010 memang mencabar. 2011, please be nice to me ok?