Dec 14, 2016

Medan Kami datang Episod 4

Bangun Subuh pukul 5. Sambung tido lagi sebelum pintu bilik di ketuk mak jemah sebelah bilik. Bangun mandi siap-siap pukul 6.30 pagi.Kemas barang cantik-cantik bagi muat beg. Maklumlah, barang-barang makin bertambah hasil bershopping tak hengat dunia.Breakfast di Hotel. Makan kenyang-kenyang, kumpul tenaga untuk city tour pulak. Pukul 9 , gerak ke Medan. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Ada jugak lah Pak supir duk bercerita, tapi sebab aku duk belakang sekali, tak dengar sangat. Layan tido je lah.

Kami skip Pajak ikan, pak supir bawak gi kedai batik wajir. Katanya, pajak ikan ramai asoka aka penjaja. Tak terjaga katanya, sebab kami 6 orang perempuan. kehkeh. Kedai batik wajir ni ok lah, sebab penjaja tak masuk dalam kedai tuh, so, senang lah kami nak menyopping. Dah nama perempuan, sampai bersila kau memilih telekung. kerugian kat sini tak yah cerita lah. Memang diiringi air mata. kehkeh

Habis shopping sini, kami pi borong bika ambo zulaikha. Aku tak beli pun bika ambo tu, tapi aku pi borong kek lapis dia. Sedap ya hamat uols. Recommend nih. Bika ambo tuh macam tak kena sangat dengan tekak iols. Habis borong sini, last destination, Istana Maimon. Kami skip Istana Raya, masa tak mengizinkan pasal syok shopping dekat batik wajir sampai lupa dunia. :P .

Istana Maimon tuh, kitorang masuk tak sampai 5 minit. kahkah. Ramai sangat orang , lepas tuh, tak tahu nak tengok apa sebenarnya. Sini pun ada kedai, jadinya tershopping lagi. Tapi tak banyak sangatlah kerugian disini. Sebelum pak supir hantar ke airport, kami singgah makan dulu dekat kedai nasi penyet cenderawasih ke apa ntah nama dia. Yang ni pun sedap uols. Kena sangat dengan tekak aku nih.

Dah siap makan, terus gi airport. Ada misi yang belum selesai. Barang banyak sangat, nak adjust packing semua.. kehkeh. Masa check in luggage, kemain staf dorang duk berkirim salam dekat kak ros. Kemain pemes upin ipin kat sini hoii. Lugage kitorang beli 60kg, pun tak cukup .Siap kena tahan tuh, hand luggage kawan aku terlebih, nasib yang terlebih tu 2 orang jah, so, staf air asia tuh consider sebab yang lain tak bawak banyak barang . kehkeh.

Apa pun trip Medan ni betul enjoy lah. Awal-awal tuh macam skeptikal sikit, ape jelah yang ada kat Medan ni, tapi bila dah explore, memang best. Tak salah nak masukkan Medan untuk next destination korang. :P

Medan Kami Datang. Episod 3

Bangun pagi, sejuk sangat walaupun Pandu Lakeside ni takde kipas, takde aircond. Takde air panas , tak sanggup mandi woii. Lepas Subuh, terus bergumpal dalam selimut. Nyaman gituh, lagipun pak Agus cakap pukul 9 baru nak bertolak ke Berastagi. Bangun subuh 5.30 pagi, pukul 9 baru nak bertolak, memang syok lah bersenang lenang kat katil tuh. Owh ya, walaupun hotel bajet sajork Pandu Lakeside ni, tapi tilam dia memang empuk.Tengah syok bergolek-golek tuh, mak jemah bilik sebelah datang ketuk pintu ,  ajak pegi breakfast. Dorang dah siap bagai, kitorang mandi pun tak lagi.

Nak tak nak terpaksa lah bangun siap-siap nak breakfast punya pasal. Pakai baju dan tudung yang tak bergosok, tapi tetap lah pemakainya cun melecun *terjun danau toba. 

Ohoi, nikmat betul bersarapan pagi sambil mengadap Danau Toba nih. Makanan tak sedap pun jadi sedap wehhh. Habis sarapan masih awal lagi. Ada masa lagi, ronda-ronda area hotel sambil bergambar. Aktiviti wajib okey. Maklumlah sorang-sorang persis model kacukan Belanda. *Terjun tiruk danau toba lagi.

Tepat jam 9 pagi, kami bergerak ke Berastagi. 2 jam perjalanan,keadaan jalan tak payah cakaplah, seram, tapi pemandangan superb, orang kampung aku cakap mabeles. kehkeh. Ada 2 tempat Pak Agus berhenti, bagi peluang untuk kitornag bergambar. Tapi kami malu-malu kucing gitu nak bergambar.Kami ada berhenti satu tempat ni, untuk makan pisang goreng dengan kopi . OK, pisang dia sedap sangat hokeh. Pun di sini ada tempat cun untuk bergambar. Model kan, memang takkan lepas peluang bergambar punya.

Dari situ, kami terus ke air terjun si piso-piso. Ada anak tangga untuk turun ke bawah, tapi dasar pemalas semua, ambil gambar dari atas je. Lepak sini kejap sebelum gerak balik. Dah sampai Berastagi, kami dibawa makan dulu. OK part makanan sini, perut aku agak tak boleh terima. Tak tahu lah kenapa, sama macam kat Danau Toba, pun agak tak suka. Tapi dah lapar, licin lah jugak.kehkeh
Siap makan , baru kami ke Pasar Buah. Buah tak yah cakap, memang segar. Ada jugak jual baju, kain batik semua.Aku beli tshirt kat sini, murah, tshirt dewasa, 10 henggit satu. Kain ok jugak.

Dekat pukul 4, kami check in Hotel Mikie. Ok, hotel ni kira paling cantik lah sepanjang kami kat Medan ni, tapi aku macam rasa seram sikit masa kat bilik. Tido tak tutup lampu ko malam tuh.haha. Malam tu, Pak agus bawak g dinner kat satu kedai makan nih, ok-ok je lah rasa makanan dia. Lepas makan , terus masuk bilik tido.

Sambung lagi lah.. :P

Medan Kami Datang. Episod 2

Nyenyak betul tidur di garuda hotel nih. Langsung tak sedar wei. Dekat 5 pagi waktu lokal baru sedar. Bangun dengan bersemangat, mandi , solat, semua, terus call room service pukul 6 pagi.

"iya bukk?"
"gua mau pinjam seterika ada?"
"Jam 8 bisa nggak ibukkk?"

Nggak bisa pak. Jam 8 Pak Agusnya sudah mahu bertolak ke Danau Toba. *Nangis bucu katil. Pandang tudung, pandang baju. Okey, masih boleh dipakai. Bersiap dengan pantas, 6.30 pagi dah turun breakfast kat hotel. Jam 8, check out hotel, terus gerak ke Danau Toba. Teruja ok 5 jam perjalanan ni. Owh ya, di sana memang dorang bawak kenderaan ganas-ganas. Signal macam tak de fungsi sangat tapi hon adalah sangat penting hokeh. Yang pasti , kalau aku drive kat sana, rasanya segala maki hamun keluar, hatta di Malaysia pun mulut ni ringan je nak mengomel kalau ada yang tak bagi signal. Dalam perjalanan ni ada jugak Pak Agus duk bercerita tapi aku ngantuk sih. Baik layan tidur sambil mendengar lagu sheila on 7. 

Ada kami singgah dekat satu kedai ni, ntah apa nama tempat. Beli wajik disini. Dah nama perempuan, teruja hokeh nampak kedai berderet. kahkah. Acara wajib setiap yang datang kat Medan ni singgah di Permatang Siantar.Beli paten. Kacang jah pun. Tapi teruja lah jugak nak membelinya. Satu kotak kecil tu rp25ribu.Aku beli satu kotak besar, dalam ada 12 kotak, percuma satu kotak. rege rp300ribu. Harus diingat, masa membeli tak payah nak ingat sangat hal luggage berapa kilo yang dibeli. kahkah. Acara membeli paten diakhiri dengan megambil gambar kami yang howttt. :P . Kami singgah makan dan solat pun kat sini. Rumah makan yang kami singgah ni  memang dah sedia surau siap-siap kat belakang. Senang.

Jam 2, kami teruskan perjalanan yang tertangguh demi mengisi perut tadi. Dekat 3.30 petang kami sampai di Danau Toba. Hoiii, cantik bangat danaunya. Keluar dari kereta, dengan bersemangat kejar feri yang dah nak gerak ke Pulau Semosir. fuhhh, nasib baik sempat. Pejalanan ke Pulau Semosir ambil masa setengah jam lebih kurang. Ferinya memang perlahan , jadi memang tenang jah menikmati pemandangan. Dah sampai Pulau Semosir, fuhhh, berderet kedai kiri kanan. :P . Kat sini yang femes perkampungan batak. Agak penat jugak lah geng mak cik joyah mendaki nak sampai ke kampung tuh. Dah la kiri kanan kedai, harus iman tercabar gittew. Dah sampai kat kampung tuh, macam tak de apa sangat. Yang ada 2 , 3 buah rumah dan ada satu patung. Ikut sejarah, patung tu dibuat oleh raja untuk mengingati anak dia yang meninggal. Katanya dulu-dulu patung tu boleh menari sendiri, ntah betul ke tak. Tapi yang pasti , aku tengok patung macam seram jah. Kami ambil gambar pun jauh-jauh dari patung, sampai ada pak cik kat situ tegur, suruh dekat sikit.

"nggak apa-apa pak, kami ok jah amik gambar jauh-jauh dari patung tu, yang penting kami yang howwtt ini ada dalam gambar."

Dah habis bergambar kat kampung ni, sepatutnya kami ke satu muzium lagi. Tapi memandangkan muziumnya diatas, kena mendaki, kami sebulat hati bersetuju untuk skip sahaja. Lagi baik kiranya kami menjelajah kedai-kedai di pulau semosir nih. Penjual kat sini memang agak ganas lah bagi aku yang lemah lembut nih. :P. Memujuk dah sampai memaksa tuh. Satu lagi, kalau dorang bisik-bisik harga, konon tak nak kawan kita tahu, itu adalah tipuuuuu. Jangan terpedaya okeh. Aku beli tshit lake toba 4 helai kat sini, 1 batik sarong dengan 2 baju batik budak. Total lost, dekat 1 kedai, RM 55 untuk 2 tshirt dewasa. Ye, aku bayar guna RM. Risau rupiah tak cukup. kehkeh. Satu lagi kedai, aku beli t-shit budak, 2 baju batik budak, dengan 1 batik sarong, rp 300 ribu. Yang ni memang mahal. Tapi sebab dah tergesa-gesa nak kejar feri, aku bayar je lah.

Feri nak balik ni pun perlahan ya amat. Tapi layan je lah, nyaman okeh. Dekat 5.30, kami check in di Pandu Lakeside.Pandu Lakeside ni memang betul-betul mengadap Lake Toba.  Budget hotel tapi agak luas jugak lah bilik. Cumanya tandas agak mengecewakan. * Nangis bucu katil *. Owh ya, kat sini tak de arah kiblat disediakan kat bilik , jadi sila gunakan segala teknologi yang ada(ie smartphone) untuk tentukan arah kiblat. Bab waktu solat tak payah risau, memang dengar azan dekat bilik hotel. Walaupun perapat lake toba ni majoriti Kristian tapi ada jugak Muslim.

Sementara tunggu dinner pukul 7, sempat lah bergolek-golek bersenang lenang di bilik sambil layan cerita kat TV. Terlayan satu cerita indonesia, gigih aku tengok sampai habis. Ending dia memang sadis lah, heroin sakit , koma dalam hospital. Hero gigih nak kawen jugak. Elok habis akad nikah, heroin mati. Ko ghase sakit hati tak layan drama ending macam ni?? Menangis bucu katil kotttt.

Pukul 7, kami keluar makan, opkos pak supir yang bawak. Makanan kat Perapat ni biasa-biasa je bagi aku. memang takleh hadam sangat. Dah habis makan , terus balik hotel, Perapat ni memang tak de apa yang menarik pun untuk merayau.kehkeh. Nak tido, malam masih muda, gigih kami melepak di pinggiran lake Toba. Nyaman gila kot, lepak sambil borak, surf tenet, main fb depan lake toba nih, kihkih. Rasanya yang menginap Pandu Lakeside ni gigih duduk bilik memasing. Kami jah lepak depan Lake Toba, seram lah jugak , gelap pulak tuh. Dah penat lepak, semua masuk tido tapi yang tak tahannya, ada yang duk berkaroake tak hingat dunia. Bingit telinga, nasib baik aku sakit kepala, awal-awal dah telan Panadol, memang tido dengan aman gituhhh. Kawan-kawan aku jah yang terganggu tido. kahkah

Medan, kami datang.Episod 1

Medan, rasanya semua tahu letaknya di Indonesia. Masa airasia sale, aku gigih book tiket untuk 7 orang. Book dulu tanpa tahu apa yang menarik di medan. Janji tiket murah. Rasanya ada dekat 5 bulan sebelum pi book tiket tuh. So, preparation di buat sikit-sikit. Masa rajin pi review blog pasal medan. Kiranya tak teruja sangat nak teroka medan gittew.

Untuk pakej ground, kawan aku uruskan semua. Kami ambil dengan Jom bercuti ke indo. Boleh search fb dorang untuk info. Pakej dah termasuk hotel , supir, makan semua. Kitorang pergi bawak duit untuk shopping jah. Sebab dah ambil pakej, lagi lah kami ni malas nak research. Kira semua follow jah supir nanti. Kahkah. Trip kami 4 hari 3 malam dari 11/5/2016 - 14/5/2016. Kebetulan ada apa dengan cinta2 baru di tayang, makanya  trip kami pada kali ini  adalah bermisi. Ya, #misimencari rangga. Kahkah.

Flight 11/5/2016 ke kualanamu airport jam 5.25pm. Confirm pergi 6 orang, sorang last minute tak jadi join. Web check in siap-siap, seat aku sorang jah terasing dari yang lain. Apa lagi, harap jodoh diseat sebelah. Kahkah. Tapi masa boarding, kecewa ya tuan- tuan dan puan-puan, di seat sebelah adalah atok dari Jepun. Uwaaaaa.. Nangis bucu dinding. Takpe, masih ada harapan.Mengharapkan ada sinar, dapat supir ganteng gittew.. Kehkeh.Bidewei, atok jepun tuh aku respek betul, gigih travel sorang-sorang. Kalau aku, memang tak lah. Dah tu, atok ni sangat lah peramah, dia asyik nak bercakap dengan aku. Dalam bahasa jepun hokeh, aku hanya mampu angguk-angguk sambil senyum sajalah. Satu-satunya yang aku paham masa atok ni cakap arigato sebab aku tolong keluarkan
beg dia dari atas tuh. kahkah. bangga wei boleh paham atok tuh cakap apa.

Kami mendarat di medan pukul 5pm waktu lokal. Rangga, gue udeh sampai sihh. Pandang kiri kanan cari Rangga, tapi tak ketemui sih.Yang jumpa Pak agus supir kami merangkap tour guide dah sedia menunggu. Pun vollehhhh. Dari airport ke Medan 1 jam lebih kurang. Kami terus di bawa makan. Dah makan dia bawa kami pergi pasar apa ntah tepi jalan tuh. Beli simcard simpati di sini. 50 ribu rupiah. Masa jalan kat sini, Pak Agus jalan belakang kami semua, bawak cewek semuanya, harus dijaga katanya. Of course, ni cewek hot dari Malaysia hokeh. *Lari sembunyi belakang pintu lepas puji diri sendiri. :P

 Dah setel semua baru kami check in hotel garuda plaza. Perlu rehat lebih, esok nak meredah onak duri ke Danau Toba. 6 jam woi perjalanan.


Feb 19, 2016

Menangis

Perihal keje. User datang mengadu pasal pivot table walau sudah di refresh banyak  Kali, data untuk 2016 masih malu-malu nak tunjukkan diri. Excel ni connect dengan SQL, dengan yakin aku pi check semua query SQL dengan gigihnya.

Hampir setengah jam , jalan buntu yang aku temui. Di saat aku dah give up, tiba-tiba ada cahaya menerangi jalan . kehkeh.. User dah suka hati pi filter year dari 2013 -2015, sah -sah lah sampai ke tahun depan dia refresh pon tak keluar data 2016. Nak menangis aku. Yang aku pun yakin je pi check terus SQL query bagai.. Menangis tak berlagu lah main dengan perangai user ni. Hahaha.