Dec 14, 2016

Medan Kami Datang. Episod 3

Bangun pagi, sejuk sangat walaupun Pandu Lakeside ni takde kipas, takde aircond. Takde air panas , tak sanggup mandi woii. Lepas Subuh, terus bergumpal dalam selimut. Nyaman gituh, lagipun pak Agus cakap pukul 9 baru nak bertolak ke Berastagi. Bangun subuh 5.30 pagi, pukul 9 baru nak bertolak, memang syok lah bersenang lenang kat katil tuh. Owh ya, walaupun hotel bajet sajork Pandu Lakeside ni, tapi tilam dia memang empuk.Tengah syok bergolek-golek tuh, mak jemah bilik sebelah datang ketuk pintu ,  ajak pegi breakfast. Dorang dah siap bagai, kitorang mandi pun tak lagi.

Nak tak nak terpaksa lah bangun siap-siap nak breakfast punya pasal. Pakai baju dan tudung yang tak bergosok, tapi tetap lah pemakainya cun melecun *terjun danau toba. 

Ohoi, nikmat betul bersarapan pagi sambil mengadap Danau Toba nih. Makanan tak sedap pun jadi sedap wehhh. Habis sarapan masih awal lagi. Ada masa lagi, ronda-ronda area hotel sambil bergambar. Aktiviti wajib okey. Maklumlah sorang-sorang persis model kacukan Belanda. *Terjun tiruk danau toba lagi.

Tepat jam 9 pagi, kami bergerak ke Berastagi. 2 jam perjalanan,keadaan jalan tak payah cakaplah, seram, tapi pemandangan superb, orang kampung aku cakap mabeles. kehkeh. Ada 2 tempat Pak Agus berhenti, bagi peluang untuk kitornag bergambar. Tapi kami malu-malu kucing gitu nak bergambar.Kami ada berhenti satu tempat ni, untuk makan pisang goreng dengan kopi . OK, pisang dia sedap sangat hokeh. Pun di sini ada tempat cun untuk bergambar. Model kan, memang takkan lepas peluang bergambar punya.

Dari situ, kami terus ke air terjun si piso-piso. Ada anak tangga untuk turun ke bawah, tapi dasar pemalas semua, ambil gambar dari atas je. Lepak sini kejap sebelum gerak balik. Dah sampai Berastagi, kami dibawa makan dulu. OK part makanan sini, perut aku agak tak boleh terima. Tak tahu lah kenapa, sama macam kat Danau Toba, pun agak tak suka. Tapi dah lapar, licin lah jugak.kehkeh
Siap makan , baru kami ke Pasar Buah. Buah tak yah cakap, memang segar. Ada jugak jual baju, kain batik semua.Aku beli tshirt kat sini, murah, tshirt dewasa, 10 henggit satu. Kain ok jugak.

Dekat pukul 4, kami check in Hotel Mikie. Ok, hotel ni kira paling cantik lah sepanjang kami kat Medan ni, tapi aku macam rasa seram sikit masa kat bilik. Tido tak tutup lampu ko malam tuh.haha. Malam tu, Pak agus bawak g dinner kat satu kedai makan nih, ok-ok je lah rasa makanan dia. Lepas makan , terus masuk bilik tido.

Sambung lagi lah.. :P

No comments: