Mar 29, 2010

Kebahagiaanku kesengsaraan Orang Lain.

Kahkahkah.. Rasa bahagia menyerang organ-organ badan minggu ni. Satu je sebab. Aku dah lepas presentation entrepreneurs. Walaupun lecturer tuh tanya soklan sampai kami satu group tak boleh jawab tapi aku tetap hepi. Janji dah lepas. Nasib baik dia tak tengking-tengking. Cuma kata-kata die je yang menusuk kalbu. Pergh, mau tak tido malam bila ingat balik apa yang dia cakap kat group kami hari tuh..

Kegumbiraan ini ditambah-tambah bila tengok member aku sebok duk buat report untuk entrepreneurs nih. Dia present minggu ni. kahkahkah.. Kesiannya.. Pastu sibuk nak mintak group aku punya report. Nak buat contoh katanye.. Opss. Sowie, tak boleh nak kasi. Aku bagi kat dia contoh report orang lain.. Jahat ke aku?? Sharing is Not Caring... hahahaha.Gelak jahat punya.

Kegumbiraan ini semakin hari semakin lenyap.Present PSM 2 minggu je lagi. Adeh, sistem Tak SIAP lagi ni! Rasa mahu pengsan.

conteng ayam: air kt umah kuning. huhu.. x suke!

Mar 27, 2010

Sharing is caring VS sharing is NOT caring

Member-member aku selalu cakap sharing is caring. So, semua jenis mak datuk nenek atau adik beradik assignment, kalau sorang dah siap, dia kena sharing dengan semua orang lain. Tapi kalau sorang tu dah siap assignment, kalau dia tak kasi orang lain pinjam, dia dah ikut konsep sharing is not caring. Ni semua member aku yang bagitahu. Aku pun ikut je konsep ni.

Aku paling suka sharing is caring la, sebab senang sikit nak copy assignment orang lain. Copy pun bukannye copy bulat-bulat, edit-edit r skit.hehe.. Ape ntah aku merepek nih! Adeh, sebenarnya tengah pening buat PSM nih. 2 minggu je kagi nak present, tapi banyak function tak jadi lagi. Mahu muntah hijau tengok coding berselirat.

conteng ayam: buhsan dengan coding2 ni sume.. huhu

Mar 24, 2010

Angan-angan Melangit ke Bulan

Hari2 akhir bergelar student ni makin mencabar rasanya.. Hari Isnin arituh present system guna oracle form.. First time belajar oracle form sem ni, of course kami sume tak boleh nak develop sistem yang tersangat canggih functionnya. So, masa aku present, lecturer tu cakap die kecewa tengok system aku.. Adoiiiii, nape la die terlalu mengharapkan aku buleh buat yang hebat2 nih?? Sedih sesangat masa tuh.. Kadang-kadang aku tak suka sangat bila ada orang yang high expactation sgt dekat aku nih sebab aku tahu akunye kemampuan setakat mana.

Dah tu pulak, masa present tuh, lecturer tu siap tanya sapa penyelia psm aku.. Takut la pulak. Dah la present psm 3 minggu je lagi ni.. Harap-harap, semua berjalan lancar la sem ni. huhu.. Rasa tension dah menjalar kat seluruh organ badan dah nih. Tadi nak tido, tapi tak boleh pon. Baru je nak terlelap, tiba-tiba je teringat kerja-kerja yang tak siap lagi. Terus bangun. Da bangun malas pulak, alih-alih buat entry baru.. hehhe. Almaklum la, pelajar berdedikasi la katakan.

conteng ayam: esok taklimat li, nak li kat mane nih???

Mar 18, 2010

ENTREPRENEURSHIP VS KEUSAHAWANAN VS KEMALASAN

Tak tahu apa motif aku nak kena ambik subjek entrepreneurs ni.Nak kata susah tak tapi yang susahnye adalah part nak buat business plan. Ceh.. buat business plan dah macam betul-betul nak setup company. Nak cari loan la, product la.. Pening. Ntah cam mana la present esok. Kompem kena hentam dengan lecturer ni. Bak kata kawan aku, budak yang tersangat baik, yang tak pernah keluar kata-kata kesat boleh kutuk-kutuk, marah-marah lepas dia punya presentation. Baik punya kena hentam masa dia punya group present.

Hope, esok semua berjalan dengan lancar walaupun dah tahu esok mesti kena tanya soklan sampai tak terjawab. Bak kata kawan aku lagi, kalau tak nak present lama-lama, masa first soklan lecturer tu tanya terus tak payah jawab. kihkihkih. Lepas tu, carry mark pun kompem nyawa-nyawa ikan je.

contneng ayam : penatnye.. baru rase cam final year student.. hahahha

Mar 16, 2010

Lab Test Mengejut Tapi Aku Tak Tekejut pun

Petang tadi re-test lab yang tak jadi minggu lepas. Kira lab test mengejut sebab lacturer tak bagi tahu nak buat hari ni. Ini gara-gara kami satu kelas tak siap buat projek oracle form yang sepatutnya dipresent pagi dan petang tadi. Jadi, untuk tidak membuang masa kami dalam lab yang 6 jam tuh, untuk lab sesi petang, lecturer dengan konfidennye cakap nak buat lab test.

Pukul 1 dia bagi tahu, pukul 2 kami dah tekun mengetuk keyboard pc masing-masing. Huh!.. Betul-betul lab test mengejut tapi aku tak terkejut pun cuma tangan terketar-ketar menaip koding, jiwa tak tenteram duk fikir masalah negara. Tu je.. Kire tak terkejut la tu kan?? Cool kan aku? Ahh!! Rasa diri ini sangat hebat. Oh ya, tadi lecturer tu tanya kenapa tangan aku terketar-ketar. Sejuk aircond aku jawab sambil mata melilau sibuk tengok note..

Lepas habis lab test, aku tunggu bas ramai-ramai dengan classmate. huh!Lambat betul bas. Tadi dengar azan Asar. Rasa sangat tenang. Oh ya, masjid kat u aku study baru siap. So, tadi first azan yang aku dengar. Aku dengan kawan-kawan Islam semua senyap. Tiba-tiba je ade sorang classmate aku, chinese, tanye masa dengar azan kena senyap ke? Laju aku angguk kepala. Pastu dia siap suruh kawan chinese dia yang lain senyap..

Aisyy... malu pulak tengok melayu Islam yang lain sibuk duk bercakap masa azan tadi. Oh ya, kawan aku yang sorang ni memang suka tanya soalan pasal Islam sampai aku kekadang susah nak jawab. Ye la, Ilmu aku bukannya tinggi sangat.

conteng ayam : sakit + lenguh bahu.. rasa mau nangis....


Mar 10, 2010

Gubahan Hantaran


Ni antara gubahan hantaran kakak aku masa die kawen hari tu. Cantik tak??? Mesti la cantik sebab semua tu aku yang buat. Ada yang jeles tak? hahaha.. Ye la, aku tipu je. Aku mana pandai nak buat semua tuh. Kawan ma aku yang buat Tapi aku betul-betul kagum r ngan die, mana ntah die belajar. Cantik dia gubah. Hebat tu pegawai bank buleh buat secantik ni. hehe..


Gubahan hantaran tuk buah. Oh ya, sebelum hantaran ni bertukar tangan aku sempat rompak buah anggur tuh.. hahha..best!



Pulut strawberry.. Comel.. Suka..suka... hahha

conteng ayam: Nasi lemak sotong.. sedap!

Mar 8, 2010

PC rosak?? Ke aku yang...

Lab test petang tadi berakhir dengan jayanya. Walaupun diberi masa selama 2 jam tapi sebagai pelajar yang sangat atau terlebih pandai, kami yang tak ramai sangat di lab berlainan daripada orang lain mengambil masa selama 3jam. Ya, lebih 1 jam.. hahha.. best!

Tapi yang tak bestnya, pc kami semua bermasalah. Kejap ok, kejap tak ok. huh! Aku yang guna laptop sendiri pun problem. Masa nak tunjuk dekat lecturer je oracle form tu, terus hang. Lama sesangat nak keluar formnya. Dah la masa labtest dekat 4 kali aku duk restart laptop je keje.

Dan akhir sekali, selepas meneliti permasalahan kami seramai 6 orang yang terpinggir ni, lab test kami dikira batal. Kena buat sekali lagi. Best lagi. Usaha kami selama 3 jam lab test tu, nak kira cam mana ek? Oh, kira buat revision plus latihan untuk lab test sebenar la.. hhahaa.. Best lagi-lagi!!!

conteng ayam: hati aku tak tenang, kenapa la???

Oracle dan Oracle lagi..

Esok ada lab test advance database. Harap-harap boleh la buat oracle form esok. hehe.. Study main-main tapi harapan menjulang tinggi kalahkan gunung Jerai. Gunung Jerai? Macam pernah dengar tapi kenapa tiba-tiba je ingat gunung Jerai? huh!

Sem ni rasa macam sekejap je. Tahu-tahu dah nak final exam. aisyy.. PSM tak siap lagi ni, projek akhir subjek lain pun tak jalan-jalan lagi ni. Lama sangat duk berhenti kat traffic light. Err.. bukan apa, traffic light banyak sangat.. hehehe.. Memang dasar pemalas!huh! padahal nak tengok movie..

emm.. Oracle-oracle. 2 tahun duk pulun belajar oracle ni. Otak pun duk berpinar nampak coding-coding oracle.huh!

conteng ayam : saya suka oracle

Mar 4, 2010

Kahwin, Mas Kahwin dan Gubahan Hantaran

Susah betulkan nak manage majlis perkahwinan? Nak sediakan baju la, hantaran la, cenderahati untuk tetamu la.. Huh! memang susah la. Baju tu pulak mahunye nak 2-3 pasang. Pastu nak yang glemer2 pulak tuh. Tu tak masuk lagi bab gubahan hantaran. Kalau boleh, nak buat hantaran lain dari orang lain. Kononnye tak de orang buat lagi la. Kalau boleh, semua nak tip top la. Ye la kan, masing-masing nak title wedding of the year. Kalau tak boleh peringkat Malaysia, peringkat negeri pun boleh la. Kalau tak boleh jugak, wedding of the year bagi peringkat kampung pun boleh la.

Kenapa aku duk merepek pasal kahwin ni? Oh! kakak aku dah kahwin rupanya cuti raya cina hari tu. So, selamat pengantin baru la. Moga berbahagia sehingga akhir hayat. Semoga tabah hadapi segala dugaan. Semua yang berlaku sebelum kawen tu lupakan je. Yang penting sekarang ni pelihara ikatan tuh semoga berkekalan. Amin.

Oh ya.. Sila rajinkan diri memasak untuk laki sendiri yek. Takkan nak suruh ma masak lagi kot. So, agak-agak bila nak bagi cucu dekat ma?

Kakak aku masa majlis akad nikah..

conteng ayam : da kawen tuh, beli berus gigi sendiri ye.. hahaha


Mar 2, 2010

Terbongkarnya Kepincangan Masyarakat

Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3, mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia khamis lalu, betul-betul mengejutkan masyarakat kita. Kejadian yang tersangat kejam. Apalah salah budak umur 3 tahun sampai sanggup disepak terajang. Apa dia ingat bola ke nak sepak terajang? Anak orang tu weiii.. memang tak berperikemanusian la mamat tu. Hati binatang.

Semua orang bagaikan baru tersedar dari tidur lena yang sangat panjang. Masing-masing mengutuk kejadian ni. Kat paper, memang setiap hari la ada berita kejadian ni. Rasanya, dekat starbuck, kedai mamak, warung kopi memang topik ni dah macam pisang goreng panas. Kak Timah, mak cik Joyah dan persatuan surirumah pun mesti join sekali duk berdiskusi pasal hal ni. Masing-masing cuba memberi pendapat dan rasanya berbakul makian diluahkan.

Kejadian ni betul-betul menyedarkan kita begitu pincangnya masyarakat kita hari ini. Masing-masing hari ni wat hal sendiri je. Konon tak nak masuk campur hal orang lain. Please la, bukan nak suruh masuk dalam kain orang lain pun tapi kalau dah nampak lain macam je, mesti ada yang tak kena tuh.

Siti nurhanim - bengong la ko ni, Ada anak bagi boipren dera, da la comel anak tuh. Ada laki duk gatal ada boipren tu pehal. Dah tak ingat agama ke?? Orang Kampung boleh r ko tipu, Habis tu Allah tak nampak ke apa yang kau buat hah????? Yang mak bapak dia ni tak tahu ke anak dia dah bersekedudukan dengan boipren die?? Tak leh nak tegur anak sendiri?? huh. Nampak sangat ajaran agama dah letak last sekali dalam list.

Boipren Siti nuhanim- ni memang bengong dan buduhs.. Wei, suka ati ko je kan tendang, pijak, terajang anak orang. Ko tak layak nak hidup dalam masyarakat la. huh!!

Orang kampung - ha, ni lagi satu, senang je.. masuk paper mintak maaf sebab tak ambik tindakan lebih awal. Dah konpius dengan kesahihan pernikahan mereka , pehal tak report je kat pejabat agama? Ni nak bagi alasan dorang tak bagi kerjasama la, ayah dorang menagku dah nikahkan dorang la.. ALASAN je. Dah tu, nampak budak tu dipukul tapi tak ambik tindakan ape-ape pon. bengong.

Lepas terbongkar kes ni, baru nampak masalah sosial dalam masyarakat hari ni dah parah. Sebelum-sebelum ni, kes buang anak memang banyak dan yang terlibat adalah MELAYU. huh.. Pegangan agama dah senipis kulit bawang ntah-ntah lagi nipis, tu yang banyak sangat masalah sosial hari ni.

conteng ayam : marah!!!