Jan 30, 2010

Aku Termalu sendiri

masa kejadian - 2 tahun lepas
lokasi - lab (tak ingat lab mana).

Kelas berlangsung dalam keadaan baik, Lepas terangkan lebih kurang lecturer menyarankan student mencuba sendiri di pc masing-masing. Aku tekun mengerjakan pc sambil kaki aku menari-nari di bawah meja. Oh ya, aku duduk di depan sekali. Betul-betul berhadapan dengan pc lecturer. Tiba-tiba:

lecturer : Pc awak ok tak?
aku : ok je
lecturer : kenapa pc saya tiba-tiba off ni? Tak pe, saya panggil technician kejap.

Technician datang dengan bersemangat.

Tehnician : Laa, patut la. Suis pc ni teroff. Ha, kamu! Jangan nak tendang-tendang suis pc ni.

Erk, akukah yang bersalah? TIDAK!!!!!!!!!. Rasa mahu menyorok bawah meja. Nasib baik tak ramai yang menyedari kejadian ini. hehehe.

conteng ayam : Gas kat rumah dah abes. Nuggetku malam tadi masak ke tak? erk, sedap je rasa nugget tuh.

Jan 24, 2010

Cik, sila on kan hp ye pagi selasa ni.

Kelas pukul 8 pagi hari jumaat.Dah minggu ke-4, baru on lab hari Jumaat tuh. Sangat mencabar jiwa sebab nak kena naik bas pukul 7 pagi. Pagi-pagi dah sampai kampus, terus berjalan maju ke depan menuju ke kafe. Ape-ape hal, kena makan dulu. Baru ada semangat nak belajar. Pukul 8 dah terpacak depan lab, off hp, takut mengganggu masa kelas berjalan.( Aku budak baik. Betul.Tak Tipu). Pukul 8.30 lecturer masuk. Tung, tang,tung,tang habis kelas.

Ada perjumpaan dengan supervisor untuk discuss psm. Kawan aku first. Aku lepas dia. Pukul 12p.m turn aku. Discuss lebih kurang dengan lecturer pasal psm. Dah habis discuss Sebelum keluar office, lecturer mintak no hp. Senang nak contact. Dia lupa nak ambik kawan aku punya no hp, so, dia tanya aku ada ke tak no hp kawan aku tuh.

Aku ambik hp terus on. Sekali terus keluar ringtone gossip girl. Alah yang bunyik cam nih." and who am i? that a secret i never tell you. you know you love me. xoxo gossip girl.Lecturer tu senyum jerk. Segan i tau. Bukak inbox msg, ada 2 missed call, tak tahu sape.

Keluar bilik lecturer, lepak dengan kengkawan. Tengah syok duk berborak, tiba-tiba je ada call masuk. Nombor yang miskol pagi tadi. call dari GDex, bagitahu ada barang yang dihantar dari Kelantan. Rasanya,aku tak de pulak suruh ma aku pos barang. Tapi aku dah syak, mesti kiriman dari ma aku ni. Oh ya, orang yang call aku tu, siap pesan lagi suruh on hp pagi selasa tu.

Aku terus call ma aku lepas tu. Suspen wooo, mana la tahu kot-kot ma aku pos hp blackberry ke sebijik. Boleh aku bergaya masa pergi kelas. Tapi, tu semua hanyalah angan-angan dan khayalan aku saja. Selepas diselidik maka terjawab la teka-teki aku.Ma aku hanya kirim kad kahwin kakak aku. Kad kawen ok. Apa kejadahnya ma aku kirim kad kawen guna GDex ni? Guna pos malaysia je tak boleh ke??? huh! Dah terlebih advance la pulak ma aku ni.


conteng ayam : Dulu masa kat matrik, selalu jugak ma aku pos makanan. huh! Rasa sangat terhina bila ingat balik.

Jan 22, 2010

Ibarat pungguk rindukan bulan

Minggu ni rasanya semua budak-budak UTeM senyum memanjang je. Ops silap, bukan semua. Separuh je.Tapi, aku memang gumbira, masa makan boleh gelak sesorang, masa tido boleh pulak tersenyum. Sindrom apa ntah dah terjangkit ni.huh!.

Boleh pulak tadi, masa pergi shopping tak tahu nak beli apa. Haisy. Masa duit tak de, semua benda nak beli, tapi bila duit dah ada kat tangan tak tahu nak beli ape pulak. Sumting wrong nih. Kena cepat-cepat cari penawar. Sumone, plz help me!!.Owh! Ok, tak payah berubat la, kang nanti pokai pulak.



Suka sangat-sangat kat beg PRADA ni, tapi rasanya ibarat pungguk rindukan bulan je la. Aku dah rasa aku ni sama je dengan peribahasa ni, umpama pungguk yang duk tunggu bulan. Bezanya pungguk tunggu nak capai bulan, aku pulak tunggu nak melaram dengan beg ni. Agak-agak bila boleh dapat ni?



Jan 21, 2010

Aku tak suka hari ini

Tak suka, tak suka, tak suka. aku tak suka hari ni. Betul-betul tak suka!!!!!!. Emosi bercampur aduk, semua ada. Kalau buat rojak pun best ni. Susahnya jadi orang yang lemah dan tak pandai sangat ni esp bab bercakap. Semua orang pandang rendah. Semua orang ada kelemahan ok.

Jan 17, 2010

Bersantai di kolam pukul 3 pagi

2 hari cuti, sibuk siapkan powerpoint untuk present hari isnin. Ingatkan senang je nak buat slide tu, rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Penat nak fikir macam mana nak buat slide jadi ringkas tapi padat.2 hari 2 malam mengadap je buku dan laptop, sampai nak termuntah pun ada tengok buku advance database tuh. uwek!!!

Tengah sibuk duk buat slides kul 2.30 pagi tadi, kawan ym ajak pergi kolam air panas gadek. Terus setuju, ye la bila lagi nak pergikan. Takkan duduk Melaka 3 Tahun Kolam Air Panas Gadek tak pernah sampai. Buat malu kat orang kampung je. Nanti balik kampung, orang kampung tanya pernah sampai Gadek tak, kang aku jawab gadek tu menatang ape? Tak ke tu namanya menjatuhkan ego aku yang tinggi melangit ni? ahaks!!

Kitorang gerak dalam pukul 3 pagi, lebih kurang pukul 4 sampai. Uishh, ramai gak yang datang kat gadek ni pagi-pagi buta. Tak ngantuk agaknya dorang ni. Siap ada tv lagi tuh kat sini. Kira sambil berendam dalam kolam yang panas tu, boleh tengok bola lagi. Hebat-hebat, kolam air panas dekat dengan kampung aku pun tak macam ni. Langsung tak de kemudahan, tapi tak pe la, masuk free. Kalau kat Gadek ni, sekali masuk da kena charge 4 hengget. Kaya tokei Gadek.

Yang tak bestnya masa kat gadek tu, ramai sangat anak teruna pingitan. So, aku yang dah memang femes dengan ciri-ciri gadis melayu harapan bangsa hanya mampu merendam kaki je kat dalam kolam tuh. Fuhh!!.. Memang panas la air kolam tuh. Sambil rendam kaki, sempat jugak duk mencuci mata. hehehhe. huisyyy... Memang dasar basketball eye betul la. hahahaha

conteng ayam - slides untuk present isnin ni da siap. Kita enjoy!!!

Jan 10, 2010

Paip bocor, Paip Tersumbat

Cukup 6 bulan dah duduk rumah sewa ni. Dan sekarang, rumah ni dah menunjukkan simpton2 untuk memaksa penyewa umah mengeluarkan duit di saat-saat penyewa umah tengah sengkek sekarang, esp aku ni. Minggu lepas paip bocor, da baiki yang tu, paip tersumbat pulak. Besar betul dugaan ek duduk rumah sewa ni.

Dulu kat asrama best je. Lampu rosak g report kat office asrama. Kipas tak nak jalan g wat aduan dekat affice.Lepas tu, tunggu je technician datang baiki.kalau lambat, ramai2 satu rumah g wat report. Err, ampun ye akak yang cun tuh. Jimat, tak yah nak bayar pun. Tapi, sekarang, tukar paip yang 6 hengget tu pun kena bayar kat tuan umah.hampeh tol.

Agak-agak apa lagi la yang rosak lepas ni ek? Harap-harap da tak de la. Susah r kalu rosak, mesti nak kena panggil orang betulkan. Kalu panggil orang betulkan duit tuh. Bukannye free pun. Kalu paip rosak boleh mintak tolong doraemon baiki tak?? Ke nak kena panggil spiderman??

conteng ayam - ajl malam ni. aizat da menang tuh. hehehhe




Jan 6, 2010

Polisi Tahun Baru

Ya, aku tahu, esok hari khamis dah 7 Januari 2010 dan aku baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal azam di tahun baru. Dan sempena tahun baru ni, aku dah cipta beberapa polisi :

Polisi pertama - Mendekatkan diri kepada Allah

Yang ni paling penting. Kalau sebelum ni solat dekat-dekat hujung waktu, harap-harap lepas ni boleh awalkan. Kalau subuh tu, ayam jantan dah g ngorat anak dara ayam kampung sebelah, aku baru nak solat. Apa punya pe'el la kan. Tahun ni kena berusaha betul-betul bangun awal.

Polisi kedua - Siapkan Assignment cepat-cepat

Yang ni pun kena ikut jugak. Kalu sebelum ni, esok nak kena hantar assignment, malam tuh baru terhegeh-hegeh nak buat. Lepas tu mula la terjenguk-jenguk , terkinja-kinja nak copy member punya jawapan. Azam tahun baru, semua assignment siap seminggu sebelum due.haha.Nampak sangat tipu. ok, 2 hari sebelum hantar dah kena siapkan.(nasib baik ni da last sem :)).

Polisi ketiga - Kurangkan aktiviti melayari internet

Tak boleh nak main internet lama-lama. Main pesbuk pun dah tak boleh lama-lama. Pet society harus dilupakan.Begitu juga dengan farmville. ya, Ini keputusan muktamad, dah tak de rayuan lagi. Blogging harus diutamakan, dan juga psm. Err.. youtube boleh dimaafkan.

Polisi keempat - kurangkan aktiviti mengdownload movie

Kalau tahun lepas banyak sangat download drama korea, sampai nak termuntah tengok. Tahun ni nak kurangkan sikit takpun tak yah download terus. Err, kurangkan download tak semestinya kena kurangkan masa untuk tengok moviekan?kan? takpe, tengok boleh lagi. Lebih-lebih lagi gossip girl. Sabar-sabar, 3 bulan je lagi gossip girl nak kuar. ohh Dorata, can't wait to see u again. hahaha.


Polisi kelima - Merajinkan diri untuk membasuh baju

Polisi ni betul-betul kena ikut. kalau sebelum ni aku basuh baju seminggu sekali, so, tahun ni kena kuatkan semangat untuk basuh baju 2 kali seminggu. Susahnya duduk rumah sewa yang tak de washing machine ni. Penat nak sental semua daki-daki kat baju tuh. Kalau la aku ada power macam power rangers kan best.Mesti tak penat nak cuci baju. Tak pun kalau aku ada kawan macam doraemon, mintak je washing machine sebijik.Tak de halnya dia nak bagi. sebijik je pon. Lain la kalu aku mintak dengan kedai ah tong, kompem dia bagi penamparnya.huh!! Dasar kedekut punya ah tong.

Ok, cukup. Banyak-banyak kang aku bukannya ikut pun. Ni pun dah banyak dah. Pening da pikir ni.Kepala otak dah mula tak betul dah.

conteng ayam - Bila la ptptn nk masok ni,da sengkek nih



Jan 2, 2010

Kenapa Gossip Girl??















Gossip Girl - 1 of my fav drama. Kenapa Gossip Girl?? Sebab dia best. haha!! seriously, aku pun tak tahu kenapa. AKu betul-betul dah addicted dengan Gossip Girl ni. Dari season 1 lagi aku ikut, sekarang dah season3, tak pernah miss untuk tengok drama ni. Tapi aku tak tengok kat 8tv, kawan yang tolong download, aku tukang tengok je. :)

Masa season 2 dulu, kitorang duduk kat asrama. Punyalah susah nak download movie, ye lah asrama bukannya nak sediakan internet pun untuk student.kedekut tol... Nasib baik kitorang ada lab 3 jam tiap-tiap selasa sem tu, so, apalagi, kitorang yang dah memang cerdik pandai ni rebut je la peluang depan mata. Kawan aku yang kelas pukul 8 tukang downlaod, aku n the gang yang kelas petang tukang ambik jah drama tu... hehehehe... Nasib baik tak pernah kantoi dengan lecturer/technician.Fuhhh!!! hahaha

Aku paling suka Serena van der Woodsen dengan Nate Archibald. Dulu aku suka dan humphrey tapi lepas tengok season 3, aku rasa menyampah gila dengan dia. Aku rasa baik lor tak de pun watak dan , vanessa ngan olivia.. Tiga-tiga aku tak suka. Nyampah lagi ada la.. ahaks!!

Yang tak bestnya sekarang, gg season 3 ada sampai episod 12 je, episod 13 sampai 16 bulan 3 baru keluar.. Adoiii.. Lambatnya, dah tak sabar gila nak tengok ni. ekekeke...