Jan 24, 2010

Cik, sila on kan hp ye pagi selasa ni.

Kelas pukul 8 pagi hari jumaat.Dah minggu ke-4, baru on lab hari Jumaat tuh. Sangat mencabar jiwa sebab nak kena naik bas pukul 7 pagi. Pagi-pagi dah sampai kampus, terus berjalan maju ke depan menuju ke kafe. Ape-ape hal, kena makan dulu. Baru ada semangat nak belajar. Pukul 8 dah terpacak depan lab, off hp, takut mengganggu masa kelas berjalan.( Aku budak baik. Betul.Tak Tipu). Pukul 8.30 lecturer masuk. Tung, tang,tung,tang habis kelas.

Ada perjumpaan dengan supervisor untuk discuss psm. Kawan aku first. Aku lepas dia. Pukul 12p.m turn aku. Discuss lebih kurang dengan lecturer pasal psm. Dah habis discuss Sebelum keluar office, lecturer mintak no hp. Senang nak contact. Dia lupa nak ambik kawan aku punya no hp, so, dia tanya aku ada ke tak no hp kawan aku tuh.

Aku ambik hp terus on. Sekali terus keluar ringtone gossip girl. Alah yang bunyik cam nih." and who am i? that a secret i never tell you. you know you love me. xoxo gossip girl.Lecturer tu senyum jerk. Segan i tau. Bukak inbox msg, ada 2 missed call, tak tahu sape.

Keluar bilik lecturer, lepak dengan kengkawan. Tengah syok duk berborak, tiba-tiba je ada call masuk. Nombor yang miskol pagi tadi. call dari GDex, bagitahu ada barang yang dihantar dari Kelantan. Rasanya,aku tak de pulak suruh ma aku pos barang. Tapi aku dah syak, mesti kiriman dari ma aku ni. Oh ya, orang yang call aku tu, siap pesan lagi suruh on hp pagi selasa tu.

Aku terus call ma aku lepas tu. Suspen wooo, mana la tahu kot-kot ma aku pos hp blackberry ke sebijik. Boleh aku bergaya masa pergi kelas. Tapi, tu semua hanyalah angan-angan dan khayalan aku saja. Selepas diselidik maka terjawab la teka-teki aku.Ma aku hanya kirim kad kahwin kakak aku. Kad kawen ok. Apa kejadahnya ma aku kirim kad kawen guna GDex ni? Guna pos malaysia je tak boleh ke??? huh! Dah terlebih advance la pulak ma aku ni.


conteng ayam : Dulu masa kat matrik, selalu jugak ma aku pos makanan. huh! Rasa sangat terhina bila ingat balik.

No comments: