Jan 17, 2010

Bersantai di kolam pukul 3 pagi

2 hari cuti, sibuk siapkan powerpoint untuk present hari isnin. Ingatkan senang je nak buat slide tu, rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Penat nak fikir macam mana nak buat slide jadi ringkas tapi padat.2 hari 2 malam mengadap je buku dan laptop, sampai nak termuntah pun ada tengok buku advance database tuh. uwek!!!

Tengah sibuk duk buat slides kul 2.30 pagi tadi, kawan ym ajak pergi kolam air panas gadek. Terus setuju, ye la bila lagi nak pergikan. Takkan duduk Melaka 3 Tahun Kolam Air Panas Gadek tak pernah sampai. Buat malu kat orang kampung je. Nanti balik kampung, orang kampung tanya pernah sampai Gadek tak, kang aku jawab gadek tu menatang ape? Tak ke tu namanya menjatuhkan ego aku yang tinggi melangit ni? ahaks!!

Kitorang gerak dalam pukul 3 pagi, lebih kurang pukul 4 sampai. Uishh, ramai gak yang datang kat gadek ni pagi-pagi buta. Tak ngantuk agaknya dorang ni. Siap ada tv lagi tuh kat sini. Kira sambil berendam dalam kolam yang panas tu, boleh tengok bola lagi. Hebat-hebat, kolam air panas dekat dengan kampung aku pun tak macam ni. Langsung tak de kemudahan, tapi tak pe la, masuk free. Kalau kat Gadek ni, sekali masuk da kena charge 4 hengget. Kaya tokei Gadek.

Yang tak bestnya masa kat gadek tu, ramai sangat anak teruna pingitan. So, aku yang dah memang femes dengan ciri-ciri gadis melayu harapan bangsa hanya mampu merendam kaki je kat dalam kolam tuh. Fuhh!!.. Memang panas la air kolam tuh. Sambil rendam kaki, sempat jugak duk mencuci mata. hehehhe. huisyyy... Memang dasar basketball eye betul la. hahahaha

conteng ayam - slides untuk present isnin ni da siap. Kita enjoy!!!

1 comment:

C'est La Vie said...

haha...br rendam kaki kat kolam yg plg minimum pnsnyer...i siap rendam kat 3 kolam lg hik2..kolam ke2 pns giler x leh nk rendam, i pun g koz nnti org tnya prnh g gadek? kang i x tau nk jwb..cmne jth la ke'cun'an i yg mmg cun nie..yerk (ayat puji diri sdiri bagai x hengat dunia)...

apa2 pun itulah kerja gile akhir sem kat utem yg dilakukan..lps nie LI..so x tau la de kat sini ke tmpt lain ke...kngn yg mgkin x dpt dilupakan...