Jan 30, 2010

Aku Termalu sendiri

masa kejadian - 2 tahun lepas
lokasi - lab (tak ingat lab mana).

Kelas berlangsung dalam keadaan baik, Lepas terangkan lebih kurang lecturer menyarankan student mencuba sendiri di pc masing-masing. Aku tekun mengerjakan pc sambil kaki aku menari-nari di bawah meja. Oh ya, aku duduk di depan sekali. Betul-betul berhadapan dengan pc lecturer. Tiba-tiba:

lecturer : Pc awak ok tak?
aku : ok je
lecturer : kenapa pc saya tiba-tiba off ni? Tak pe, saya panggil technician kejap.

Technician datang dengan bersemangat.

Tehnician : Laa, patut la. Suis pc ni teroff. Ha, kamu! Jangan nak tendang-tendang suis pc ni.

Erk, akukah yang bersalah? TIDAK!!!!!!!!!. Rasa mahu menyorok bawah meja. Nasib baik tak ramai yang menyedari kejadian ini. hehehe.

conteng ayam : Gas kat rumah dah abes. Nuggetku malam tadi masak ke tak? erk, sedap je rasa nugget tuh.

No comments: