Feb 27, 2013

Intebiu

Saya pegi intebiu tadi. Dekat Damansara Perdana. Result? Jangan tanya lagi. haha

Si ira cakap aku ni suka sangat attend intebiu. Bila campur tolak tambah bahagi punca kuasa dua, sepanjang aku keje dengan kompeni sekarang ni, aku dah attend 4 intebiu. kahkah. Setahun 4 intebiu okeh la tuh.Erk, tambah yg Damansara ni dah 5 la.hahhaa. Result? Jangan tanya. Ada dapat tapi aku lak mengada tak nak pergi.hehe.

Tapi ni la first time aku attend interview berjam lamanya. Sejam setengah yuuu. Biasa kalau lama mesti sebab ada test kan, tapi ni tak, memang bercakap semata-mata. Sijil aku pun dia tak tengok. Penat je aku bawak.huh. Yang interview aku ni bos merangkap tokey kompeni. Muka macam Ramli MS wei. Hensem. kahkah. Seriously, dia memang bos yang lain dari yang lain. Kalo dengar dari apa yang dia cakap la. Sila baca dengan teliti apa yang dia cakap masa intebiu aritu.

1) Dia cari pekerja yang attitude terbaik, teknikal skill kurang takpe, sebab boleh develop lagi. Dia FAHAM yang teknikal skill bukan boleh pandai dalam masa sehari. Takes times katanya. Tapi jangan la lama sangat. haha.

2) Team spirit. Dia tak suka staf yang cakap belakang orang tu tak bagus, orang ni tak bagus. Kalau ada yang buat salah, sama-sama fikir jalan penyelesaian. Bukan nak salahkan orang tu, orang ni. Ni paling aku suka. Dalam suasana keje kita sekarang, asal ada yang buat salah, terus kita kutuk dengan jayanya.:P Bukan sama-sama nak cari jalan penyelesaian.kan? kan? hahahaha

3) Malu bertanya sesat jalan. Tak tahu tanya katanya. Kalau sama-sama tak tahu, sama-sama la Google.

 4) Positive thinking. Paling penting dia nak staf yang positif thinking. 

5) 4 industri yang IT boleh buat duit banyak. Banking, Insurans, Government, satu lagi tak ingat. hahaha. Erk yang government tu dia cakap opkos kena depends on BN. :P

Banyak lagi sebenarnya yang dia duk membebel kat aku, tapi tak ingat sangat dah. Sibuk je dia duk tunjuk sistem yang penah kompeni dia develop. Yang paling menarik minat aku yang GIS punya projek. Sangat-sangat interesting wei. Dia tanya kalo kompem la aku ni dapat job tu, aku nak amek projek mana. Terus cakap nak yg GIS tu. kahkah. konpiden je kan?

Harus la konpiden, dia pun siap cakap aku ni konpiden. Opkos la kena buat-buat konpiden walaupon tengah cuak giler. Satu tips tak nak bagi nampak nebes, Sila SENYUM. Tips serius ni wei, bukan main-main oit!!!

p/s -  Selalu attend intebiu ni nak bagi level konpiden tinggi, ngan er..er nak test market. boley??? kihkih



Feb 23, 2013

Hasilnya

Ye. Terbukti sudah, hasil daripada kuatkan suara hingga terkeluar semua isi perut, hari ini suara emas saya dah bertukar serak-serak basah gitu. Kalah ella u'olls. Package demam sekali. Siap tido tak on kipas, padahal aku ni tido malam tak penah-penah off kipas. Demam sebelum ni pun steady je on kipas. Tapi malam tadi da tak tahan sangat dengan angin kipas, terus off je.

MC ari sabtu tak best. Half day je keje sabtu. Rugi-rugi. :P

Feb 21, 2013

Suara Sumbang

Kawan satu opis tanya.

"zura, suara ko memang perlahan ye? ko kontrol ke suara ko?"

Sentap mak hokeh. Sanggup dia mempertikaikan suara emas aku nih. Aku cakap kat dia, tadi yang masa dia call nak bercerita masalah komputer dia tuh, aku tengah marah sebenarnya. Volume tu aku dah kuatkan. Takde kontrol-kontrolnya.Tapi dia cakap tak dengar pun macam aku marah. Boleh??

Aku rasa dah habis kuat dah aku cakap. Sampai nak terkeluar isi perut nih, Dia boleh cakap suara aku perlahan. Lepas ni kena berlatih depan cermin ajaib aku la nampaknya. Gila betul, suara aku marah pun dia boleh cakap mendayu-dayu. Choiiii betol la.

Penat ooo nak kuatkan suara. Sehari dua boleh la. Lepastu kompom takdak suara. Sakit tekak. 

Feb 6, 2013

Annual Dinner yang nan hado

Annual Dinner malam tadi. Pukul 2 baru sampai rumah hokay. Since aku keje dekat kompeni cina, so, dinner diadakan di restoren cina. Dream Dragon kot nama dia. Cun jugak la tempat tu. Oh ya, restoren tu non halal ok. Yang muslim jangan memandai nak pergi makan situ. Kitorang yang muslim , makanan ditempah dekat alif bistro. 

Kemain dorang semalam menari, menyanyi ntah hape-hape, nasib baik tak runtuh stage tuh, kalo runtuh aku orang pertama bangun nak tepuk tangan. kihkih. Tapi yang best part lucky draw , Dekat 200 orang staff dia tuh, dan semua dapat prize. hahaha. Bezanya terlebih lucky dengan terkurang lucky je. hahaha. Most operator(bangla hokay) dapat DVD player. Bila ditanya kat rumah ada tv ke tak, takde jawabnye. Kesian, cucuk je DVD player tu kat dinding, mana tahu boleh tengok citer hindustan. kahkahkah.

Untuk next year, kalo stay sini lagi la, kena pikir 10 kali sebelum join dinner dorang nih. hehehe

Feb 1, 2013

Cuti dan Komuter


7.35 a.m. - Stesen Komuter UKM

Kereta tak banyak parking, orang tak ramai, lengang. Kaunter tiket? Langsung tak de orang beratur. Hati dah berdebar-debar dicampur darab bahagi dengan perasaan aneh. Pelik, beli tiket tak payah beratur panjang, biasa, sampai kena tinggal dengan tren baru dapat beli tiket. Sadis  wei. Nasib baik i ni penyabar orangnya noks. kihkih.

Lepas beli tiket, terus sms budak hot nih, aku dengan senang hati mendapat jawapan kepada persoalan aku ni. 

Oit, cam mana aku tak tahu hari ni cuti wilayah ni. Ops! lupa, aku sekarang keje kat Selangor, so, cuti selain dari Selangor tidak mendapat tempat di hati yang suci lagi mulus nih.