Apr 27, 2011

Komuter Lagik!!

Ok, aku lambat masuk opis arini. Sebabnya komuter ke Sg. Buloh di BATALKAN. Bongoks r. Dah la tadi train ke Rawang padat macam sardin. Tak, sardin pun tak padat macam tu. Gila ah. Minggu lepas da lewat sahari, minggu ni pun lewat lagik sehari. Harap-harap esok tak lewat la. Bukan apa, aritu lewat terkantoi dengan Finance Manager. Dia nak ke opis satu lagi, boleh pulak aku terserempak dengan dia. Adoi!!. Untuk makluman, Opis tempat aku keje ni ada dua, yang aku duduk ni, bos jarang masuk sebab dorang duduk opis satu lagi. Kira selamat la kalo datang lewat. hehehe.


Tapi masalahnya, dua kali aku lewat, dua-dua kali kantoi. Arini boleh pulak terserempak ngan bos bahagian sales. Tapi tadi dia tengah call. Aku rasa dia tak nampak aku kot. hahaha. Harap-harap dia buat-buat tak nampak je la aku tadi.kihkihkih.

Apr 21, 2011

KTM dan hujan tak boleh dipisahkan

Pelik pulak aku tengok tajuk entry ni. Ah, Pedulikan je lah.


Ni aku nak kutuk ktm komuter sikit. Tak banyak pun, sikit je.

Selalu lambat, selalu batalkan perjalanan.


Takpe, aku sikit pun tak kisah. Aku suka sangat bab menunggu ni. Setakat 1 ke 2 jam tu ape la sangat. Tak sia-sia masa kat utem dulu aku praktis tunggu bas utem lama-lama.

Apr 20, 2011

Feeling

Emosi terganggu. Tu je.

Tak tahu nak buat apa.

Takut, berdebar, pening, semua ada.

Aku salah buat decision hape?

Mungkin laaa......

takpa... Ada hikmah di sebalik semua ni. InsyaAllah.

Apr 8, 2011

Cebisan Hati - tajuk paling ngeksss

Kadang-kadang aku tak faham kenapa ek, kita suka cakap orang macam tu la, macam ni la, padahal kita pun lebih kurang je, ntah-ntah lagi teruk. Emm, ni nak kena muhasabah diri ni.


Aiyork, penatnya sekarang. Banyak benda baru nak kena belajar. Kerja lagi susah rupanya dari study.So, sesape yang tengah study lagi tuh, enjoy urself, tak payah nak stress sangat. Apa yang kita belajar, tak semestinya kita akan guna masa kerja. Macam aku sekarang ni, banyak benda baru nak kena belajar.


SAP Business Object-my new lover. kihkih.. susah ooo..

Terima Kasih Laling!!

Terima Kasih laling. Terharu i dengan entry you tuh. Sentap mak.. hahahha Owh.. mahu nangis rasanya.. sob..sob..