Jun 12, 2015

Trip Krabi

Selepas berbincang panjang lebar, makanya kami berenam sebulat suara memilih Krabi sebagai destinasi percutian kami. Maka berbincanglah rombangan cik kiah sekalian. Nak naik tren ke flight. Tren lagi adventure gitu. Tapi bila memikirkan kami cuti 3 hari + sabtu + ahad, maka air asia lagi afdhal gitu. Hotel pulak hotel bajet sudah. 3 bees guesthouse jadik pilihan.

11/3/2015

1.00pm - Bertolak ke KLIA2 . Ambil MPV sebab 6 orang. Rombangan cik kiah ramai ok. Tambang RM 120.

2.00pm - Sampai KLIA2. Tunggu flight pukul 5, dah web check in siap-siap, tapi kelam kabut pasal luggage. Takut terlebih 7kg masa balik. Berkejaran pulak cik kiah sekalian ke air asia sales. Pi tambah luggage jadik 60kg.

5.00pm - bye-bye Malaysia.
5.15pm(waktu thailand) -  Hai Krabi. Sampai sudah. Cari van ke Aonang, memandangkan kami 6 orang, lagi berbaloi naik mini van dia tuh. 1200baht untuk 1 van. Bagitahu kat kaunter siap-siap mana nak pergi then dorang panggil driver. Driver sangat pemalu. Apa yang kami tanya, semua dia yes jer. Rupanya tak tahu cakap BI. Kami ni gigih nak book terus van dia masa balik nanti, senang, Dah sampai Guesthouse, dia bagi namecard dia, sambil cakap "i call you". Rombongan cik kiah hanya mampu tercengang memandang driver itu. Kami tak bagi pun contact no kami, gimana dia mahu ' i call you'. Rupanya, dia suruh kami yang call dia.. Ohhh, persis itik sama lembu bercakap sudah.

6.30p.m -  Check in guesthouse. 4 hari 3 malam . 5880baht untuk 2 bilik. Hoip, guesthouse kami dekat tesco. Jalan kaki 5 minit. Oh terujanya. Rehat-rehat , mandi-mandi, tunggu nak solat sebelum keluar carik makan. Azan dapat di dengar ye dari bilik hotel. Lepas isyak baru keluar, sebenarnya dah agak lewat. Nasib ada kedai makan halal dekat guesthouse tuh. Owner pandai kecek nayu sikit-sikit. Tanya arah kiblat dekat pekerja kedai makan, maklum lah masing-masing tak bawak kompas. Aplikasi kt phone masing-masing tak reti nak pakai. Sadis. Siap demo tu masa tanya, sebab pekerja
tu tak paham melayu. Sadis lagi. Alhamdulillah, akhirnya, ada yang sudi tunjukkan arah kiblat. Habis makan terus ke Tesco. Teruja lah katakan. Beli tesco drinking water di sini. Drinking water 12 botol baru 40 baht ++. Kalau kaya , boleh la beli mineral water . kehkeh

10.00p.m. Balik dari tesco baru tersedar pakej untuk esok belum amek lagi. Pi carik sebelah kedai makan tadi. Orang dah tido, kami kejut balik. Rombongan cik kiah haruslah bising. Ambil untuk esoknya, island hoping 8 island kot. Dapat 1000baht sorang.

12/3/2015

7.00a.m - Gigih keluar cari breakfast. Pulut ayam goreng terbaik!!. Air klorofil tu, mati-mati aku ingat manis. Rupanya , sama ngan mineral water jah. Ohhh, cik kiah tertipu lagi.

8.15a.m - Tuk-tuk datang ambil nak pegi island. Yehaaa!!. Cik kiah ingat cik kiah akan mabuk laut naik speed boat, rupanya cik kiah steady jah. Adakah sebab ramai mat saleh mata biru dalam boat itu??? Destinasi pertama selepas setengah jam membelah ombak , bamboo island. Sangat cantik. Tapi panas. 45minit disini. Lepas tu, aku pun lupa dia gi island mana. Sebab yang aku join ni hanya 3 tempat yang turun di daratan. 2 tempat snorkeling. 3 tempat pi tinjau sahaja.

Maya Bay memang cantik sangat-sangat, Pasir halus jah.Tempat si Leonardo shooting filem The Beach. Phi Phi island singgah untuk lunch sahaja. Tak puas nak menikmati keindahan pulaunya. Skema ayat ko cik kiah.Kenyang cik kiah tengok orang berbikini dengan duk berfrench kiss dalam speed bot.

4.00 p m -  Balik ke guesthouse. Rehat dan solat.

6.00 p.m -  Berjalan ke arah Aonang Beach sambil-sambil jajah kedai yang ada. Jumpa pondan cantik-cantik, teruja pi amek gambar. Amek kau, 200baht sorang dimintaknya tip. Untuk make up katanya. Dasar bapok tak sedar diri. Melayang duit cik kiah. Penat ya ampon berjalan. Kedai ok sikit yang owner dia boleh cakap melayu sikit -sikit, rege tak mahal sangat untuk beli baju adalah kedai kacakman. Dia sendiri ye bagi nama tuh. Ko puji melangit sampai dia lupa diri, dapatlah rege murah sikit.

10.00 p.m - Balik guesthouse , baru sedar diri, aktiviti untuk esoknya tak amek lagiNak jalan balik pi area beach adalah sangat mustahil. So, cik kiah dengan 2 orang lagi cik kiah amek tuktuk yang motor tu. Ya amponnn, memang taklah aku nak naik lagi lepas ni. Mamat tuktuk ni bi pon hazab jugak
 Suruh dia bawak pi agent travel dia tak paham. Tapi bila kita nak stop kat satu kedai ni , dia pulak cakap dia akan bawak kitorang gi kedai agent travel. Ohh my english sangat!. Decide untuk amek pakej ke Emerald Pool, Hot Stream dengan Tiger Cave. 800 baht include lunch. Apa?? Naik Gajah???? Sorry , tak berminat. Kesian gajah itu!   Cik Kiah berjiwa murni ok. Dah setel, balik tido lah!!!!

13/3/2015

8.00a.m - Carik makan lagi. Yellow rice+ayam goreng. Pon sedap.
8.45a.m - Mini Van datang ambil. First destination, Hot Stream. tak best.1 jam kat sini, kami pi minum air kelapa. 30 baht satu biji.
11.00a.m - Emerald Pool. Pun tak best. Jauh nun diatas sana. Dekat 1 km kena berjalan baru sampai. Memang lah poolnya cantik, tapi cik kiah tak sanggup nak berjalan jauh. Asal jumpa muka ala-ala Malaysia, kompom cik kiah tanya jauh ke idok laginya. Hampir putus asa di perjalanan.
12.30p.m - Lunch disediakan. Makan tanpa perasaan. Siap makan, minta dengan driver van nak shopping dulu. Ada satu kedai baju besar kat sini. Harga ok. Design banyak. Takat baju I Love Krabi tuh, borong jah sini. Berbaloi. Beli banyak, nanti dia bagi diskaun lagi.Harga standard baju I Love Krabi, ikut size. Range dia 120 baht  ke 150 baht. Lebih dari 150 Baht, dah di kira mahal. Rembat selagi boleh. kehkeh.

2.00p.m - Tiger cave. Tak larat sangat dah. Lepak sambil makan ais krim sahaja. Tak larat dah nak panjat tangga. Monyet banyak sangat. Dah lah jahat. Boleh kawan aku tengah naik tangga tu dia senyap-senyap pi bukak beg, amek purse kawan aku. Hoip, ni dah terlatih ape monyet ni?

5.30p.m - Sampai guesthouse. mandi, rehat, solat.

7.00p.m - Ke krabi night market. Naik tuk-tuk. Sorang 60 baht.Macam agak susah nak cari halal food. Kena tengok betul-betul. Macam biasa, shopping lah baju i love krabi di sini. haha

10.00pm -  Balik. Tido. Penat berjalan tadi tak hilang lagi woiiii.

14/3/2015

8.00a.m - Cik kiah semangat bangun pagi nak pi tesco. Tesco buka dari 6am - 10p.m.Shopping apa yang patut, singgah makan breakfast.

10.00am - Pi foot massage. 200baht. Sakit woo. Aku rasa dia da smackdown bahu aku.

11.00a.m - balik guesthouse, bersiap nak check out.
12.oopm -  Check out. Pi makan.
1.00pm - I call you datang ambil. Bye-bye Krabi

Rumusannya, dah sampai krabi jangan sayang duit nak makan. Makan je lah woi.Emerald pool, tiger cave, hot stream. kalau rasa malas nak berjalan, jangan ambil pakej ni. Pegi Phi Phi Island satu hari. Baru puas.

Bajet secara kasarnya

tiket flight return - rm237per person
add luggage - 60kg - rm44x3 = 132/6  = rm22
guesthouse -  5880 baht/6 = 980 baht
Pakej 8 island -  1000 baht
pakej emerald pool/hot stream/tiger cave = 800baht
mini van (airport krabi ke aonang) return  1920/6= 320 baht
aonang ke krabi night market return = 120 baht

Makan?? Lebih kurang kat Malaysia jah. Untuk 4 hari 3 malam, 2000 baht adalah sangat mewah dah.
Gambar malas nak upload. kehkeh.