Sep 24, 2011

Catatan kepada Komuter Siri 3

Dear Owner komuter...

Perkhidmatan anda pada 23 september 2011, dari jam 8.00malam hingga 10 malam adalah sangat terbaik. Dengan jumlah penumpang yang meningkat 2 kali ganda pada hari Jumaat, pihak anda dengan selambanya menyediakan hanya 2 tren ke Seremban dan satu tren ke Kajang. Dengan hanya 3 tren dalam masa 2 jam, silalah anda bayangkan bagaimana kepadatan tren-tren tersebut.

Aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku memang suka tren delay nih. Masalahnya, ada sorang aunty ni sibuk duk komplen. Dan dia pulak duduk sebelah aku. Penat wei dengar dia membebel, dah la penat baru balik keje. Tolonglah KTM, upgrade sikit servis korang tuh. Kalo nak cakap KTM banyak berjasa, yup, memang banyak berjasa, tapi penumpang pun banyak berjasa kat KTM. Tu je aku boleh cakap.

Hangin satu badan!!!!!

Sep 17, 2011

Perempuan VS Duit


No doubt, we are womens love money. Very much actually. But only our own money okeh, not others.hahaha. Tak hingin pun duit orang lain.kihkih

Penting untuk shopping duit tuh. Kalau masa sen tengah kurang, lalu depan mall pun tak sanggup.

Tapi ni yang aku hangin bila terbaca artikel ni dalam satu buku. Meh aku review sikit.

- Wanita = Masa x Wang
Masa tu emas kan, so Masa= Wang
- Wanita = Wang x Wang
Wanita = 2 Wang
Wang pulak punca segala masalah
so....
Wanita = 2Masalah

Kejam betul artikel tuh. Wei, kitorang nih bukan masalah ye tuan-tuan sekalian, kami ni penyelesaian kepada masalah sebenarnya. hahaha

Sep 13, 2011

Catatan kepada KTM Komuter Siri 2

Dear owner Komuter..

Terima kasih diatas kelewatan anda pagi tadi. Sekali lagi. Ye, di saat orang ramai berusaha untuk masuk ofis awal agar boleh jadik pekerja contoh. Ye la, semalam kan dah lewat pergi kerja.

Lepas Bandar Tasek Selatan tadi, ini dia ayat power dari KTM:

"Perhatian kepada tuan-tuan dan puan-puan, Ten ini tidak dapat meneruskan perjalanan kerana bekalan kuasa di Stesen Salak Selatan terputus. harap maklum"

Dan pengumuman dari pemandu tadi sangat membahagiakan aku. Dengan suara lunak merdunya, pergh, menusuk kalbu beb!

Nasib baik balik petang tadi on time! Kira hari ini aku rate 3/10 kepada servis komuter.

Sep 12, 2011

Catatan kepada KTM Komuter

Catatan ini dituju khas kepada KTM Komuter.

Terima Kasih diatas kelewatan tren pada pagi tadi dan pagi-pagi yang sebelumnya. Kami sebenarnya sangat suka pergi kerja lambat.Takat lambat sejam tu apa la sangat kan??

Dan kelewatan kami pergi kerja pun tak de kaitan dengan korang kan wahai pihak pegurusan KTMB kan? Yang lambat kami, bukan korang pun. Yang korang tahu, buat pengumuman tren batal tak pun lambat.Itu je.

Sekian Terima kasih!

Sep 11, 2011

Dream? Impian?

Petang tadi aku chat dengan sorang member aku ni. Dia cakap gaji dia tak cukup. Banyak komitmen katanya. Gaji aku less than her. If not mistaken, she got around 3k per month. Dan dalam hati aku, kalau aku dapat gaji macam dia, aku rasa dah lebih dari cukup.

Aku tanya dia baik-baik, kenapa tak cukup. Then jawapan dia buat aku terdiam. Ya, lepas 6 bulan kerja, aku tak terfikir pun nak kumpul properties. Ye, PROPERTIES!! Takat saving bulan-bulan tu ada la. Tu pun hujung bulan kalau dah sengkek sangat aku g korek jugak. Poor!

Dan lepas je chatting tadi, aku terus pasang impian. First property yang aku nak beli adalah rumah. er, ke tinggi sangat cita-cita aku yang baru 6 bulan kerja nih? Tak kisah. Yang penting, aku kena betul-betul berusaha untuk dapat apa yang aku nak.

Kepada yang tanya aku, kenapa rumah bukan kereta, Ni jawapan aku. Kereta aku nak rembat famili aku punya, kira sambung bayar ansuran. Lagi 3 tahun nak habis kalau tak silap. Kereta paling murah kat Mesia je. Dan, ada pulak tanya, tak teringin nak pakai kereta baru plus besar sikit ke? Jawapan aku, rumah adalah property yang paling berharga. Nilai dia tak kan susut. Tapi kereta, lepas 5 tahun tengok la nilai dia susut banyak. So, memang tak teringin pun.

Harap-harap, Lepas 3 tahun kerja aku dapat tunaikan impian aku nih. Amin...