May 31, 2013

Edisi Sentap Pekerja IT

Tak paham ok. Printer rosak under warranty lagi, Conan pun dah berbaik hati replace dengan baru punya sebab printer lama tak boleh baiki. Tu pun nak bising sebab Canon replace printer tak sama. Eh hello, replace printer yang Canon bagi tuh latest design hokeh. Ko punya printer yang lama tuh , model tu Canon pun dah stop keluarkan.

Lagi nak bising konon tak user frinedly bila nak scan. Tak reti nak belajar ke? Bukan susah pun. Kemain duk hapdet guna semakpong yang latest, sekali datang printer baru tak nak belajar. Belajar-belajar la terima perubahan.

Sekian edisi sentap hari nih!

Shopping

Haku ni kan , suka sangat gi shopping sorang-sorang. Kat Sogo tu memang selamba pi sorang-sorang ja. Midbelli pon sama. Sebabnya satu ja, aku rasa kalo gi sensorang, aku boleh suka hati nak tengok barang lama-lama. Boleh pilih lama-lama. Kalo gi dengan orang, mesti aku macam kesian dia duk ikut ja aku. Takut dia penat. huhu

Kecuali la kalau kawan aku tuh pun sama naik dengan aku. Memang suka la. Contoh macam budak-budak rumah. Gilos dorang boleh shopping berjam-jam. haha. Kalah aku wei. Aku kalau nak shopping tuh, maksudnya dalam kepala otak dah ada apebenda yang nak beli. Selagi tak dapat memang aku tak puas hati.
memang aku carik la sampai dapat. Boleh bawak ke dalam mimpi oo kalau tak dapat. haha 

Jadinya, sempena edisi shopping nih, ada la beberapa barang yang aku nak tapi kakak aku awal-awal dah cantas niat aku tuh. Salah kah aku nak beli sebijik TV letak dalam bilik aku? Walaupon TV kat rumah sewa dah ada sebijik kat ruang tamu tuh, tapi tu budak rumah punya. Ya dia tak marah pun nak tengok TV dia, tapi aku nak letak gak dalam bilik satu. Salah kah?? kakak aku tanya bila masa aku nak tengok TV. Erk, malam lepas balik keje, mesti nak tengok samarinda. lalala

Jadinya, kalo aku tak dapat beli TV ni kompom masuk mimpi dua tiga malam. dan aku akan carik plak benda lain untuk jadi next target dlm list shopping aku tuh. hehehe

Apebenda la yg tak membazir untuk dibeli???

May 29, 2013

Rintihan pekerja IT

Nasib seorang pekerja IT. Semua kena amek tahu.

Bila HR Manager MC, bersedia la dipanggil bos semata-mata bos nak password email HR Manager - ehem bos, yang create email staf boskan, jadi saya memang tak tahu password email staf lain.

Bila tukar PC, bersedia la untuk ditanya staf apakah id dan password skype dia.Sadis sungguh, dah la create skype guna email personal, ada hati nak suruh aku ingat id ngan password kau ye, chooiiiiiii.

Sekian edisi rintihan hari ni.

May 16, 2013

Edisi balik memangkah

Pedulik hape lambat 2 minggu pun. Nak hapdet jugak. hahaha. Balik kejap je pun. 3 hb malam bertolak , sampai 4 hb pagi. Sangat meriah uols atas jalan raya. 6 pagi sampai hentian gua muse tuh, pergh, meriah macam nak raya. Lepas semayang subuh, teruskan perjalanan. Dah siang, baru nampak bendera yg duk tergantung kat kereta masing-masing. Apa lagi, asal jumpa bendera yang berkenan dihati, memang main lampu la. hahaha

Emm, satu je la nak cakap, kat Kelate nih, asal PRU jah kompom meriah. Paling best duk main lampu ngan hon. Tu belom lagi malam-malam duk buat makan-makan. 

Sebagai pengundi yang baru pertama kali mengundi, mesti la teruja uols. Pangkah kertas undi tu, kemain berhati-hati, takut rosak. Tapi paling terbaik, kawan aku guna dakwat yg calit kat jari tu untuk pangkah. Nasib la. Nak kata tak tahu, 24/7 dengan internet tuh. Engineer pulak tuh. Memang jadi bahan kutukan ja la.

p/s- Ada pengundi tuh g pangkah dalam bulan. - sumber SPR. hahaha.