Haku ni kan , suka sangat gi shopping sorang-sorang. Kat Sogo tu memang selamba pi sorang-sorang ja. Midbelli pon sama. Sebabnya satu ja, aku rasa kalo gi sensorang, aku boleh suka hati nak tengok barang lama-lama. Boleh pilih lama-lama. Kalo gi dengan orang, mesti aku macam kesian dia duk ikut ja aku. Takut dia penat. huhu
Kecuali la kalau kawan aku tuh pun sama naik dengan aku. Memang suka la. Contoh macam budak-budak rumah. Gilos dorang boleh shopping berjam-jam. haha. Kalah aku wei. Aku kalau nak shopping tuh, maksudnya dalam kepala otak dah ada apebenda yang nak beli. Selagi tak dapat memang aku tak puas hati.
memang aku carik la sampai dapat. Boleh bawak ke dalam mimpi oo kalau tak dapat. haha
Jadinya, sempena edisi shopping nih, ada la beberapa barang yang aku nak tapi kakak aku awal-awal dah cantas niat aku tuh. Salah kah aku nak beli sebijik TV letak dalam bilik aku? Walaupon TV kat rumah sewa dah ada sebijik kat ruang tamu tuh, tapi tu budak rumah punya. Ya dia tak marah pun nak tengok TV dia, tapi aku nak letak gak dalam bilik satu. Salah kah?? kakak aku tanya bila masa aku nak tengok TV. Erk, malam lepas balik keje, mesti nak tengok samarinda. lalala
Jadinya, kalo aku tak dapat beli TV ni kompom masuk mimpi dua tiga malam. dan aku akan carik plak benda lain untuk jadi next target dlm list shopping aku tuh. hehehe
Apebenda la yg tak membazir untuk dibeli???
No comments:
Post a Comment