Jun 24, 2010

Melaka dalam kenangan, Kelantan, here i come

Dua hari je lagi sebelum aku menghalau diri sendiri keluar dari melaka ni. 3 tahun di melaka, terlalu banyak kenangan. Ada yang manis, ada yang pahit. " Gembira nak tinggalkan melaka, tapi sedih nak berpisah dengan kawan-kawan ". Ni ayat pemes aku sekarang.

Aku betul-betul gembira sebab dah nak balik kelantan, dan aku tak kisah pun kalau ada yang cakap kelantan, negeri paling mundur, negeri tak maju, negeri paling miskin, masalah sosial banyak dan kat kelantan tak de hiburan. Aku tak kisah. Sebab yang penting aku hepi bila aku ada dengan famili kat kampung.

Aku betul-betul sedih pulak bila nak berpisah dengan kawan-kawan kat sini. Banyak sangat yang kami dah lalui bersama. Oh!!! tiba-tiba rasa teremo pulak. Lepas ni, kompem aku rindu nak gelak ramai-ramai, gosip sana, gosip sini, gado sikit-sikit. haha.. Yup, selalu gado pasal assignment dengan projek bila ade rasa tak puas ati. haha. Sungguh tak matured.

conteng ayam : aku penah jatuh masa trn dari bas depan melaka mall.. sungguh mengharukan + memalukan. Dan aku tak naik bas itu untuk 2 minggu. Benci la...

Jun 22, 2010

Drama Korea - Antara realiti dan Fantasi Part 1

Aku, korean series die hard fan. Aku memang suka sangat tengok drama korea. Dan suka jugak download drama korea. Ramai yang cakap, drama korea ni semua sama je. Maksud aku jalan cerita dia. Contohnya :-

1) Hero dengan heroin mesti gaduh gila-gila first, lepas tu baru couple. (full house, wonderful life)

2) Hero atau heroin, salah sorang mesti anak orang kaya.(Boys over flower, lady castle )

3) cinta 3,4,5 segi dan bersegi-segi.Contoh, hero suka heroin no 2, heroin no 1 suka hero, hero no2 pulak suka heroin no 1. haha. aku pun pening baca balik ayat aku ni. (full house, snow white)

4)Heroin mesti konpius nak pilih antara hero no 1 dengan hero no 2. Hero no 2 mesti baik gila, hero no 1 pulak mesti kurang baik sikit. Heroin x konpius pon, dah memang kompem dia pilih hero, penonton je yang lebih-lebih. hehe ( you are beautiful, pasta)

banyak lagi la. Tapi aku tak kisah pun walaupun jalan cerita dia lebih kurang. Sebabnya, satu je, pelakon korea sangat berbakat. Dorang memang pandai berlakon, pelakon kanak-kanak dorang pun hebat. Tak percaya, tengok stars falling from the sky. Plus, hero-hero korea ni hensem. hehe.. Ni tarikan utama drama korea sebenarnya. ahaks!

conteng ayam : aku nak jadi pengulas drama lepas ni.

Jun 20, 2010

Hug and Kisses ... xoxo

sumber dari kerajinan menggugel

Dulu, kali pertama tengok gossip girl season 1, masa sem 3.. yakni pada tahun 2008. Juga dipengaruhi oleh member. Member aku yang bagi drama ni. Full episode untuk season 1 dan season 2 aku tak ingat dah tapi tak complete. Masa tu tengah tayang lagi. Aku tengok secara marathon. Memang best la. Cukup.

Semua ada dalam drama ni. Ko nak tengok laki hensem, tu 3 ekor mamat tu tak cukup hensem lagi ke?
Perempuan cantik?? Serina dengan Blair memang cun..
Seksi?? pun serina dengan blair ada. Jenny pun seksi, tapi dia tuh kecik lagik. tapi boleh la..
kesah chenta?? memang banyak. Siap tukar-tukar lagi. Memang terbaik la dorang main tukar-tukar pasangan ni. Aku amik awek ko, ko amek awek aku. Aku amek balak ko, ko amek balak aku. huh!
Famili?? Pun ada. Memang berselirat la masalah famili dalam gossip girl ni.
Kesah cintan cintun orang gaji?? Ada jugak. Si dorota tu. Siap ada scene dia kawen lagik.
Pasal gay?? Eric ada, adik si serina tukan gay. hikhik..
kesah student?? memang dorang student pon. dari high school sampai la college.

dan yang paling penting

:
:
:
:
Ada xoxo.. hugs and kisses punye scene banyak. Pompuan sama pompuan ada, laki ngan pompuan ada dan laki ngan laki pon ada.

Ha... kan aku da cakap memang gg ni cukup rempah ratusnye.hahah

conteng ayam: Apsal ending season 3 chuck kena tembak ha???



Jun 17, 2010

RSVP - Maulana

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez sil vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez sil vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Aku suka sangat lagu ni. Yes! aku suka maulana walaupun ramai yang kutuk dia. Maulana ada bakat dan suara dia bagi aku best sangat, sesuai dengan lagu ni. Maulana, best of luck ye.

conteng ayam: hargai usaha orang lain

Jun 15, 2010

Live dari Durian Tinggal

Kejap lagi nak present PSM 2 .... Hati tak berdebar-debar sangat.. Tapi takut.. Asyik aku je orang last present. haisy!!!

Jun 13, 2010

kantoi


Kalau tengok gambar kat atas ni, memang nampak sangat serius sedang berdiskusi pasal kerja TAPI cuba perhati elok-elok.. Skrin Laptop kat depan tengah tayang apa??? SBS?? Tak lain dan tak bukan tengah layan drama korea.

Dan cuba perhatikan rak-rak kat belakang tuh, penuh dengan bukukan?? Agak-agak kat mana nih???

conteng ayam:: rindu nak pegi library... hikhik

Karangan bergambar, Di sebalik kisah benar

Di satu pagi yang hening... Aku bersama kawan-kawan tengah menunggu giliran untuk presentation psm. Ada yang dah siap present, ada yang belum. Aku dah siap present dengan penilai, tunggu untuk present depan penyelia pulak. Sambil berborak....

Seekor burung berkicau dengan riang. Serius, aku tak tahu kenapa burung ni hepi sangat.. Mungkinkah dia sudah bekpes pada pagi yang hening itu??

Jawapannya... Ya.. Burung itu sudah bekpes. Buktinya, laptop aku menjadi mangsa keadaan. Dan kepada burung itu, ini pesanan daripada insan yang teraniaya.." Kamu sangat kejam wahai burung!!!, Sanggup kau menodai laptop ku yang suci lagi bersih nih!" huh!!!!!!

conteng ayam: aku rase aku ni sangat berbakat melukis!! sila jgn jeles ye!!

Jun 12, 2010

Kebosanan Melanda

Apa nak buat ni? Presentation PSM 2 ada 2 lagi, satu minggu depan, satu lagi, 2 minggu lagi. Agak-agak apa aktiviti yang boleh dibuat sementara nak tunggu presentation ni?? Siapkan Kerja?? Masalahnya, kerja aku dah siap.. hahaha.. Best jugak kan boleh berlagak ni.. Ahh!! Sekali-sekala nak berlagak, apa salahnye.

kejap je dah nak abes belajar kat UTeM ni. Rindu pulak nak bangun awal-awal pergi kelas. Ecececeh. Tunjuk rajin pulak. Apa pun, 3 tahun kat Melaka ni memang banyak sangat kenangan kat sini.

conteng ayam: Bakal merindui kenangan kat sini. :)