Jan 6, 2010

Polisi Tahun Baru

Ya, aku tahu, esok hari khamis dah 7 Januari 2010 dan aku baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal azam di tahun baru. Dan sempena tahun baru ni, aku dah cipta beberapa polisi :

Polisi pertama - Mendekatkan diri kepada Allah

Yang ni paling penting. Kalau sebelum ni solat dekat-dekat hujung waktu, harap-harap lepas ni boleh awalkan. Kalau subuh tu, ayam jantan dah g ngorat anak dara ayam kampung sebelah, aku baru nak solat. Apa punya pe'el la kan. Tahun ni kena berusaha betul-betul bangun awal.

Polisi kedua - Siapkan Assignment cepat-cepat

Yang ni pun kena ikut jugak. Kalu sebelum ni, esok nak kena hantar assignment, malam tuh baru terhegeh-hegeh nak buat. Lepas tu mula la terjenguk-jenguk , terkinja-kinja nak copy member punya jawapan. Azam tahun baru, semua assignment siap seminggu sebelum due.haha.Nampak sangat tipu. ok, 2 hari sebelum hantar dah kena siapkan.(nasib baik ni da last sem :)).

Polisi ketiga - Kurangkan aktiviti melayari internet

Tak boleh nak main internet lama-lama. Main pesbuk pun dah tak boleh lama-lama. Pet society harus dilupakan.Begitu juga dengan farmville. ya, Ini keputusan muktamad, dah tak de rayuan lagi. Blogging harus diutamakan, dan juga psm. Err.. youtube boleh dimaafkan.

Polisi keempat - kurangkan aktiviti mengdownload movie

Kalau tahun lepas banyak sangat download drama korea, sampai nak termuntah tengok. Tahun ni nak kurangkan sikit takpun tak yah download terus. Err, kurangkan download tak semestinya kena kurangkan masa untuk tengok moviekan?kan? takpe, tengok boleh lagi. Lebih-lebih lagi gossip girl. Sabar-sabar, 3 bulan je lagi gossip girl nak kuar. ohh Dorata, can't wait to see u again. hahaha.


Polisi kelima - Merajinkan diri untuk membasuh baju

Polisi ni betul-betul kena ikut. kalau sebelum ni aku basuh baju seminggu sekali, so, tahun ni kena kuatkan semangat untuk basuh baju 2 kali seminggu. Susahnya duduk rumah sewa yang tak de washing machine ni. Penat nak sental semua daki-daki kat baju tuh. Kalau la aku ada power macam power rangers kan best.Mesti tak penat nak cuci baju. Tak pun kalau aku ada kawan macam doraemon, mintak je washing machine sebijik.Tak de halnya dia nak bagi. sebijik je pon. Lain la kalu aku mintak dengan kedai ah tong, kompem dia bagi penamparnya.huh!! Dasar kedekut punya ah tong.

Ok, cukup. Banyak-banyak kang aku bukannya ikut pun. Ni pun dah banyak dah. Pening da pikir ni.Kepala otak dah mula tak betul dah.

conteng ayam - Bila la ptptn nk masok ni,da sengkek nih



No comments: