Feb 6, 2010

Tiket dah Beli, Tunggu masa je.

Balik kampung..oooo...balik kampung..... lalalala...

Ucapan terima kasih didahulukan kepada abang burger kat bawah kerana telah memasang lagu-lagu allahyarham Sudirman tanpa jemu. Dan lagu balik kampung tengah berkumandang di saat aku menaip entry ini. Terus meresap ke dalam jiwaku yang tengah sibuk membuat ketupat assignment enterpreneurship.

Uishyyy, tak sabarnya nak balik , kat melaka ni panas sesangat. Bahang panas memang boleh rasa kat muka. Lagi satu, cuaca kat melaka unpredictable . Tengok cuaca mendung je, tapi tak hujan-hujan. Tengah panas terik, boleh pulak hujan tiba-tiba.

Ceh, jadi ahli kaji cuaca pulak . huh.

conteng ayam : Kelik klate keno kecek bahasa ibunda nih.. hahha

No comments: