Dec 14, 2016

Medan Kami Datang. Episod 2

Nyenyak betul tidur di garuda hotel nih. Langsung tak sedar wei. Dekat 5 pagi waktu lokal baru sedar. Bangun dengan bersemangat, mandi , solat, semua, terus call room service pukul 6 pagi.

"iya bukk?"
"gua mau pinjam seterika ada?"
"Jam 8 bisa nggak ibukkk?"

Nggak bisa pak. Jam 8 Pak Agusnya sudah mahu bertolak ke Danau Toba. *Nangis bucu katil. Pandang tudung, pandang baju. Okey, masih boleh dipakai. Bersiap dengan pantas, 6.30 pagi dah turun breakfast kat hotel. Jam 8, check out hotel, terus gerak ke Danau Toba. Teruja ok 5 jam perjalanan ni. Owh ya, di sana memang dorang bawak kenderaan ganas-ganas. Signal macam tak de fungsi sangat tapi hon adalah sangat penting hokeh. Yang pasti , kalau aku drive kat sana, rasanya segala maki hamun keluar, hatta di Malaysia pun mulut ni ringan je nak mengomel kalau ada yang tak bagi signal. Dalam perjalanan ni ada jugak Pak Agus duk bercerita tapi aku ngantuk sih. Baik layan tidur sambil mendengar lagu sheila on 7. 

Ada kami singgah dekat satu kedai ni, ntah apa nama tempat. Beli wajik disini. Dah nama perempuan, teruja hokeh nampak kedai berderet. kahkah. Acara wajib setiap yang datang kat Medan ni singgah di Permatang Siantar.Beli paten. Kacang jah pun. Tapi teruja lah jugak nak membelinya. Satu kotak kecil tu rp25ribu.Aku beli satu kotak besar, dalam ada 12 kotak, percuma satu kotak. rege rp300ribu. Harus diingat, masa membeli tak payah nak ingat sangat hal luggage berapa kilo yang dibeli. kahkah. Acara membeli paten diakhiri dengan megambil gambar kami yang howttt. :P . Kami singgah makan dan solat pun kat sini. Rumah makan yang kami singgah ni  memang dah sedia surau siap-siap kat belakang. Senang.

Jam 2, kami teruskan perjalanan yang tertangguh demi mengisi perut tadi. Dekat 3.30 petang kami sampai di Danau Toba. Hoiii, cantik bangat danaunya. Keluar dari kereta, dengan bersemangat kejar feri yang dah nak gerak ke Pulau Semosir. fuhhh, nasib baik sempat. Pejalanan ke Pulau Semosir ambil masa setengah jam lebih kurang. Ferinya memang perlahan , jadi memang tenang jah menikmati pemandangan. Dah sampai Pulau Semosir, fuhhh, berderet kedai kiri kanan. :P . Kat sini yang femes perkampungan batak. Agak penat jugak lah geng mak cik joyah mendaki nak sampai ke kampung tuh. Dah la kiri kanan kedai, harus iman tercabar gittew. Dah sampai kat kampung tuh, macam tak de apa sangat. Yang ada 2 , 3 buah rumah dan ada satu patung. Ikut sejarah, patung tu dibuat oleh raja untuk mengingati anak dia yang meninggal. Katanya dulu-dulu patung tu boleh menari sendiri, ntah betul ke tak. Tapi yang pasti , aku tengok patung macam seram jah. Kami ambil gambar pun jauh-jauh dari patung, sampai ada pak cik kat situ tegur, suruh dekat sikit.

"nggak apa-apa pak, kami ok jah amik gambar jauh-jauh dari patung tu, yang penting kami yang howwtt ini ada dalam gambar."

Dah habis bergambar kat kampung ni, sepatutnya kami ke satu muzium lagi. Tapi memandangkan muziumnya diatas, kena mendaki, kami sebulat hati bersetuju untuk skip sahaja. Lagi baik kiranya kami menjelajah kedai-kedai di pulau semosir nih. Penjual kat sini memang agak ganas lah bagi aku yang lemah lembut nih. :P. Memujuk dah sampai memaksa tuh. Satu lagi, kalau dorang bisik-bisik harga, konon tak nak kawan kita tahu, itu adalah tipuuuuu. Jangan terpedaya okeh. Aku beli tshit lake toba 4 helai kat sini, 1 batik sarong dengan 2 baju batik budak. Total lost, dekat 1 kedai, RM 55 untuk 2 tshirt dewasa. Ye, aku bayar guna RM. Risau rupiah tak cukup. kehkeh. Satu lagi kedai, aku beli t-shit budak, 2 baju batik budak, dengan 1 batik sarong, rp 300 ribu. Yang ni memang mahal. Tapi sebab dah tergesa-gesa nak kejar feri, aku bayar je lah.

Feri nak balik ni pun perlahan ya amat. Tapi layan je lah, nyaman okeh. Dekat 5.30, kami check in di Pandu Lakeside.Pandu Lakeside ni memang betul-betul mengadap Lake Toba.  Budget hotel tapi agak luas jugak lah bilik. Cumanya tandas agak mengecewakan. * Nangis bucu katil *. Owh ya, kat sini tak de arah kiblat disediakan kat bilik , jadi sila gunakan segala teknologi yang ada(ie smartphone) untuk tentukan arah kiblat. Bab waktu solat tak payah risau, memang dengar azan dekat bilik hotel. Walaupun perapat lake toba ni majoriti Kristian tapi ada jugak Muslim.

Sementara tunggu dinner pukul 7, sempat lah bergolek-golek bersenang lenang di bilik sambil layan cerita kat TV. Terlayan satu cerita indonesia, gigih aku tengok sampai habis. Ending dia memang sadis lah, heroin sakit , koma dalam hospital. Hero gigih nak kawen jugak. Elok habis akad nikah, heroin mati. Ko ghase sakit hati tak layan drama ending macam ni?? Menangis bucu katil kotttt.

Pukul 7, kami keluar makan, opkos pak supir yang bawak. Makanan kat Perapat ni biasa-biasa je bagi aku. memang takleh hadam sangat. Dah habis makan , terus balik hotel, Perapat ni memang tak de apa yang menarik pun untuk merayau.kehkeh. Nak tido, malam masih muda, gigih kami melepak di pinggiran lake Toba. Nyaman gila kot, lepak sambil borak, surf tenet, main fb depan lake toba nih, kihkih. Rasanya yang menginap Pandu Lakeside ni gigih duduk bilik memasing. Kami jah lepak depan Lake Toba, seram lah jugak , gelap pulak tuh. Dah penat lepak, semua masuk tido tapi yang tak tahannya, ada yang duk berkaroake tak hingat dunia. Bingit telinga, nasib baik aku sakit kepala, awal-awal dah telan Panadol, memang tido dengan aman gituhhh. Kawan-kawan aku jah yang terganggu tido. kahkah

No comments: