May 14, 2010

Kampungku ada kambing putih

Baru seminggu kat Melaka, tapi simptom-simptom rindu kat famili dah menguasai diri. Tak kisah la kakak aku nak cakap apa pun masa aku kat kampung, aku tak peduli sebab aku tahu dia pun suka jugak kalau aku ada kat rumah. hehe. Ayat yang biasa kakak aku cakap masa aku kat kampung:

1. " Asal ko balik je beras cepat abes" . tak kesah pon, ma yang beli beras ok.. hahaha
2. "Bile ko nak g Melaka? Duk rumah menyemak je" . Aik, aku kat melaka, tanya pulak aku bila nak balik..:)

Ni pulak ayat paling best lepas dia kahwin.

3. "Nanti ko tlg buat air ye ". ceh!Mentang-mentang dia pergi keje awal dari laki dia, sesuka hati je suruh aku buat air untuk laki dia. Nasib baik makanan dia dah siapkan. huh!

Tu kakak aku. Kalau adik aku, dia punya ayat manis masa aku kat kampung satu je,

" Ko balik, sume makanan kat dalam peti ais akan abes. Tak la membazir" . Dia ingat aku ni lori sampah MDM ke?? Tak de la aku nak abeskan semua makanan dalam peti ais tuh, tapi kalau dah lapar nak buat cam mana kan? hikhik.. i terpaksa u..

Dan yang paling penting sekali ma aku suka kalau aku ada kat rumah. Mesti dia tanya aku nak makan apa, tapi jarang dia nak masak. Alih-alih lepas balik kerja , dia pergi tapau je kat kedai. Nasib la labu. Nak buat cam mana, ma aku penat, kurang-kurang ari Jumaat dengan Sabtu dia masak jugak.. hehhehe. Paling best, baru je sampai Melaka 2 hari, dia dah tanya bila pulak aku nak balik. hahaha. Terbaek!

conteng ayam: ops, tajuk entri tu saja nak cakap, kat kampung aku sekarang ada kambing putih!!!


2 comments:

Misz ZeEE_Z0nE said...

haha.. bile kita maw pulang ke kg halaman ea??

Miss Orahome1 said...

sabar2x.. hjg bulan kite blk.. hahah