Apr 3, 2010

Gurauan di pagi hari

Hari Khamis - 1 April

Jadual aku sepatutnya macam ni

9.00a.m - Lec data Mining
11.00a.m- lab Multidb

So, aku kena naik bas pukul 8.00a.m. Naik bas pukul 7.55 a.m, penuh macam sardin, aku berdiri. pukul 8a.m bas jalan. Pelik, sebab classmate tak ramai yang naik bas. 3 orang je. sedapkan ati, dorang naik bas kt depan. Lepas 5 minit, member call. Berita yang dikhabarkan sangat la gumbira. Kelas data mining batal. Huh! Geram. Boleh terima lagi sebab ada lab lagi pukul 11 dan bas terakhir g kampus kul 9.

Sampai kampus yang tersangat indah tu, kami 3 orang pergi makan. Dalam hati dah rasa tak sedap, jangan la lecturer nak batalkan gak lab. Habis makan pukul 9, cari surau. Ye kami bukan nak bertadarus, tapi nak TIDO. Sebelum tido, set alarm dulu, takut tak bangun untuk lab. Tengah kusyuk tido, member dapat sms. Dan sms tu betul-betul buat aku rasa nak buat lompat bintang 100kali.

"Kelas batal"

Betul-betul rasa dipermainkan. Yang tahu awal kelas data mining batal, terima kasih sebab tak bagitahu kami awal-awal. Lain kali tak payah bagitahu terus. nasib baik ni last sem untuk study. Sesungguhnya, kami tersangat gembira hari tu kerana dapat bersiar-siar di dalam kampus yang permai itu..

conteng ayam: Alasan lupa da lapuk sangat la..

1 comment:

C'est La Vie said...

tu la sbb least sem kat U kita yg tcinta ni la katakan...dorg bg kita peluang utk b'siar2 menikmati keindahan...