Apr 14, 2010

Itu Jerrr???

PSM 1 da selamat present.Alhamdullilah, tak tahu ok ke tak, Janji da lepas. Tinggal final exam je untuk sem ni. Lepas tu, sem khas 2 bulan, untuk PSM2. Yes! Sem depan Praktikal. Tapi tempat untuk praktikal belum cari lagi. Sebulan je lagi fakulti bagi tempoh ni. Aduss! mana ntah nak cari.

Bila fikir-fikir balik, memang tak sangka, da nak habis pun belajar kat UTeM ni. Pejam celik, makan tidur, da 3 tahun jadi pemastautin tetap kat UTeM nih. Banyak sangat kenangan kat sini. Manis ade, pahit ade, masam ade. Semua ada la.

Yang tak leh blah sekali, member-member siap da boleh cam tagline setiap lecturer yang ajar kitorang. hahaha. Dulu-dulu takut nak kutuk, tapi bila dah last sem kat sini, bukan main lagi. Sorang-sorang tak nak lepaskan peluang. haha. Paling pemes "Itu Jerrrrr".Mesti rindu nak dengar tagline lecturer lepas ni. Sedih pulak, lepas ni dah tak de kelas. Rindu nak pergi kelas, nak tido kat kelas. huhu.

oh ya, untuk rekod, sem ni aku tak ponteng kelas ngan lab. Wah! Sangat la tak percaya. sem lepas siap mintak dengan lecturer tak nak buat kelas. haha.

conteng ayam: exam pg Jumaat ni. Tapi x study lg. Ape citer nih??