Oct 28, 2010

Surat Terbuka Kepada Celcom Broadband

Kepada empunya Celcom Broadband Kompeni (CBK)

CBK, pada minggu lepas saya sudah membuat bayaran bil celcom broadband melalui CIMB Clicks. Dan sudah pasti semasa pembayaran dibuat, saya menggunakan Celcom Broadband. Ternyata hasilnya sangat memberangsangkan. Saya telah membuat pembayaran untuk 2 bulan terus gara-gara perkhidmatan internet yang CBK sediakan sangat hebat. Maka, bil bulan November tak perlu saya jeleskan lagi.

Dan kisah pembayaran bil ini menjadi semakin hangat apabila ibu saya yang terjumpa bil Celcom Broadband bulan September telah sekali lagi membuat pembayaran melalui CIMB Clicks. Ini bermakna, bil untuk bulan Disember juga telah dijelaskan.( Bagus betul mak saya nih, bayar bil tak tengok pon tarikh bil tuh)

Kesimpulannya daripada kisah pembayaran bil terhangat di abad ini, saya mengharapkan agar CBK dapat menyediakan perkhidmatan internet yang tiada tandingnya kepada saya. ( 2 bulan tu dah advance bayar)

Sekian Terima Kasih.

Pecah kaca, pecah botol budu,
sudah baca, tenet kena la laju....

2 comments:

Anonymous said...

ley x nak tau camne nk byr bil broadband celcom kat cimbclicks?? nape x jumpe pon celcom broadband kat list payment to tuh.ley explain details of the procedure?

Miss Orahome1 said...

anon, sory, da lupa la cam mana sebab sekarang guna maybank2u, lg senang.. hehe.. tp rasanya kena pilih bil celcom je. Lepas tu kena isi no akaun n no telefon celcom broadband tuh.CIMB Cliks mmg x de celcom broadband dalam list dia tapi celcom ada. so, pilih celcom je ye. :)