Aku dah lama tak baca novel Melayu. Ini seriyes, bukan main-main. Kenapa? Sebab aku duk tilik-tilik sinopsis kat web MPH tuh, semua lebih kurang je. Hilang nafsu nak membaca.kihkih. Iolss ni kan memang kaki komplen, kalo rasa benda tu tak real, memang 4 hari 4 malam la aku meratib. Ni analisis aku buat lepas godek web MPH tuh.
1) Tak habis-habis kawen paksa, gaduh-gaduh sikit, lepas tu memang happily ever after. Ouch, sangat tak relevan untuk sekarang okeh. Dari aku form 2 sampai umur dah suku abad, ni je la jalan ceritanya. Bosan!
2) Gaduh-gaduh, lama-lama sayang. Happily ever after jugak kononnya. Dah dah la buat novel sebelum bercinta gaduh bagai anjing dengan kucing, masa bercinta kalah cinta zain ngan el. Erk?ko pehal noks sampai masuk el ngan zain bagai nih...kihkih
3) Pompuan miskin mesti jumpa laki kaya. Laki tu pulak, sah-sah hensem katanya. Anak datuk, pastu CEO kompeni besar, pakai kete import, pakai semakpong bukan rebat punye okeh, hipad, hipong bagai(erk hipad hipong masyarakat marhein pun da ramai guna. Seng heng ada noks). Owh Mesia, wake up!! Realiti nan hado. Jangan la bermimpi di siang hari.; Kesian tau laki misekin kalau sume nak kawen dengan laki kaya.
4) Jadi orang gaji, anak majikan terjatuh cinta. Ada tentangan keluarga sikit-sikit, tapi berjaya diharungi dengan jayanya. Lepastu, pun happily ever after jugak. Ohhh doniaaaa. Bahagianya hidup boleh kawen dengan anak orang kaya ni, kahkah.
Erk, nanti ada pulak duk bagi maki free kat aku pasal duk sibuk kutuk plot novel yang best selling nih. haha. Ni pandangan aku je, lagipun dalam komuter tu aku tengok ramai je duk layan novel. Well, citarasa masing-masing kan?
Cuma apa yang boleh aku cakap, novel tak sama dengan realiti. Sila berpijak dibumi nyata. Jangan terbuai sangat dengan plot tuh dan harap akan berlaku in real life kita. Tu je. hahaha
No comments:
Post a Comment