Jan 21, 2010

Aku tak suka hari ini

Tak suka, tak suka, tak suka. aku tak suka hari ni. Betul-betul tak suka!!!!!!. Emosi bercampur aduk, semua ada. Kalau buat rojak pun best ni. Susahnya jadi orang yang lemah dan tak pandai sangat ni esp bab bercakap. Semua orang pandang rendah. Semua orang ada kelemahan ok.

Jan 17, 2010

Bersantai di kolam pukul 3 pagi

2 hari cuti, sibuk siapkan powerpoint untuk present hari isnin. Ingatkan senang je nak buat slide tu, rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Penat nak fikir macam mana nak buat slide jadi ringkas tapi padat.2 hari 2 malam mengadap je buku dan laptop, sampai nak termuntah pun ada tengok buku advance database tuh. uwek!!!

Tengah sibuk duk buat slides kul 2.30 pagi tadi, kawan ym ajak pergi kolam air panas gadek. Terus setuju, ye la bila lagi nak pergikan. Takkan duduk Melaka 3 Tahun Kolam Air Panas Gadek tak pernah sampai. Buat malu kat orang kampung je. Nanti balik kampung, orang kampung tanya pernah sampai Gadek tak, kang aku jawab gadek tu menatang ape? Tak ke tu namanya menjatuhkan ego aku yang tinggi melangit ni? ahaks!!

Kitorang gerak dalam pukul 3 pagi, lebih kurang pukul 4 sampai. Uishh, ramai gak yang datang kat gadek ni pagi-pagi buta. Tak ngantuk agaknya dorang ni. Siap ada tv lagi tuh kat sini. Kira sambil berendam dalam kolam yang panas tu, boleh tengok bola lagi. Hebat-hebat, kolam air panas dekat dengan kampung aku pun tak macam ni. Langsung tak de kemudahan, tapi tak pe la, masuk free. Kalau kat Gadek ni, sekali masuk da kena charge 4 hengget. Kaya tokei Gadek.

Yang tak bestnya masa kat gadek tu, ramai sangat anak teruna pingitan. So, aku yang dah memang femes dengan ciri-ciri gadis melayu harapan bangsa hanya mampu merendam kaki je kat dalam kolam tuh. Fuhh!!.. Memang panas la air kolam tuh. Sambil rendam kaki, sempat jugak duk mencuci mata. hehehhe. huisyyy... Memang dasar basketball eye betul la. hahahaha

conteng ayam - slides untuk present isnin ni da siap. Kita enjoy!!!

Jan 10, 2010

Paip bocor, Paip Tersumbat

Cukup 6 bulan dah duduk rumah sewa ni. Dan sekarang, rumah ni dah menunjukkan simpton2 untuk memaksa penyewa umah mengeluarkan duit di saat-saat penyewa umah tengah sengkek sekarang, esp aku ni. Minggu lepas paip bocor, da baiki yang tu, paip tersumbat pulak. Besar betul dugaan ek duduk rumah sewa ni.

Dulu kat asrama best je. Lampu rosak g report kat office asrama. Kipas tak nak jalan g wat aduan dekat affice.Lepas tu, tunggu je technician datang baiki.kalau lambat, ramai2 satu rumah g wat report. Err, ampun ye akak yang cun tuh. Jimat, tak yah nak bayar pun. Tapi, sekarang, tukar paip yang 6 hengget tu pun kena bayar kat tuan umah.hampeh tol.

Agak-agak apa lagi la yang rosak lepas ni ek? Harap-harap da tak de la. Susah r kalu rosak, mesti nak kena panggil orang betulkan. Kalu panggil orang betulkan duit tuh. Bukannye free pun. Kalu paip rosak boleh mintak tolong doraemon baiki tak?? Ke nak kena panggil spiderman??

conteng ayam - ajl malam ni. aizat da menang tuh. hehehhe




Jan 6, 2010

Polisi Tahun Baru

Ya, aku tahu, esok hari khamis dah 7 Januari 2010 dan aku baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal azam di tahun baru. Dan sempena tahun baru ni, aku dah cipta beberapa polisi :

Polisi pertama - Mendekatkan diri kepada Allah

Yang ni paling penting. Kalau sebelum ni solat dekat-dekat hujung waktu, harap-harap lepas ni boleh awalkan. Kalau subuh tu, ayam jantan dah g ngorat anak dara ayam kampung sebelah, aku baru nak solat. Apa punya pe'el la kan. Tahun ni kena berusaha betul-betul bangun awal.

Polisi kedua - Siapkan Assignment cepat-cepat

Yang ni pun kena ikut jugak. Kalu sebelum ni, esok nak kena hantar assignment, malam tuh baru terhegeh-hegeh nak buat. Lepas tu mula la terjenguk-jenguk , terkinja-kinja nak copy member punya jawapan. Azam tahun baru, semua assignment siap seminggu sebelum due.haha.Nampak sangat tipu. ok, 2 hari sebelum hantar dah kena siapkan.(nasib baik ni da last sem :)).

Polisi ketiga - Kurangkan aktiviti melayari internet

Tak boleh nak main internet lama-lama. Main pesbuk pun dah tak boleh lama-lama. Pet society harus dilupakan.Begitu juga dengan farmville. ya, Ini keputusan muktamad, dah tak de rayuan lagi. Blogging harus diutamakan, dan juga psm. Err.. youtube boleh dimaafkan.

Polisi keempat - kurangkan aktiviti mengdownload movie

Kalau tahun lepas banyak sangat download drama korea, sampai nak termuntah tengok. Tahun ni nak kurangkan sikit takpun tak yah download terus. Err, kurangkan download tak semestinya kena kurangkan masa untuk tengok moviekan?kan? takpe, tengok boleh lagi. Lebih-lebih lagi gossip girl. Sabar-sabar, 3 bulan je lagi gossip girl nak kuar. ohh Dorata, can't wait to see u again. hahaha.


Polisi kelima - Merajinkan diri untuk membasuh baju

Polisi ni betul-betul kena ikut. kalau sebelum ni aku basuh baju seminggu sekali, so, tahun ni kena kuatkan semangat untuk basuh baju 2 kali seminggu. Susahnya duduk rumah sewa yang tak de washing machine ni. Penat nak sental semua daki-daki kat baju tuh. Kalau la aku ada power macam power rangers kan best.Mesti tak penat nak cuci baju. Tak pun kalau aku ada kawan macam doraemon, mintak je washing machine sebijik.Tak de halnya dia nak bagi. sebijik je pon. Lain la kalu aku mintak dengan kedai ah tong, kompem dia bagi penamparnya.huh!! Dasar kedekut punya ah tong.

Ok, cukup. Banyak-banyak kang aku bukannya ikut pun. Ni pun dah banyak dah. Pening da pikir ni.Kepala otak dah mula tak betul dah.

conteng ayam - Bila la ptptn nk masok ni,da sengkek nih



Jan 2, 2010

Kenapa Gossip Girl??















Gossip Girl - 1 of my fav drama. Kenapa Gossip Girl?? Sebab dia best. haha!! seriously, aku pun tak tahu kenapa. AKu betul-betul dah addicted dengan Gossip Girl ni. Dari season 1 lagi aku ikut, sekarang dah season3, tak pernah miss untuk tengok drama ni. Tapi aku tak tengok kat 8tv, kawan yang tolong download, aku tukang tengok je. :)

Masa season 2 dulu, kitorang duduk kat asrama. Punyalah susah nak download movie, ye lah asrama bukannya nak sediakan internet pun untuk student.kedekut tol... Nasib baik kitorang ada lab 3 jam tiap-tiap selasa sem tu, so, apalagi, kitorang yang dah memang cerdik pandai ni rebut je la peluang depan mata. Kawan aku yang kelas pukul 8 tukang downlaod, aku n the gang yang kelas petang tukang ambik jah drama tu... hehehehe... Nasib baik tak pernah kantoi dengan lecturer/technician.Fuhhh!!! hahaha

Aku paling suka Serena van der Woodsen dengan Nate Archibald. Dulu aku suka dan humphrey tapi lepas tengok season 3, aku rasa menyampah gila dengan dia. Aku rasa baik lor tak de pun watak dan , vanessa ngan olivia.. Tiga-tiga aku tak suka. Nyampah lagi ada la.. ahaks!!

Yang tak bestnya sekarang, gg season 3 ada sampai episod 12 je, episod 13 sampai 16 bulan 3 baru keluar.. Adoiii.. Lambatnya, dah tak sabar gila nak tengok ni. ekekeke...

Dec 31, 2009

TASBIH CINTA

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Reff:*
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

**
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Back to Reff:* dan **

Back to Reff:* dan **

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Tajuk lagu ni bukannya tasbih cinta tapi menyesal by ressa herlambang.... aku suke sesangat lagu ni + drama tasbih cinta tapi takde pon aku ikut drama ni setiap hari... Masa cuti sem hari tu, sempat jugak tengok ,sekarang dah tak tengok dah.. Sebab aku dah tau drama ni ade sampai beratus episod and dari aku dok layan citer ni baek aku wat keje lain...Yang pasti drama ni mesti panjang berjela-jela, tak kuasa aku nak melayannya...ahaks!!!!

Satu lagi drama yang aku suka cinta balqis.. aku tak tengok pun drama ni awal2, tapi lepas cousin aku cakap citer ni best baru aku layan... Aku paling suka part yang si mimi nak kawen ngan hasan pastu tok kadi tak datang sebab hasan dah letak pil tidur dalam air tok kadi... hahhahaha... sadis betul la... adik ngan kakak aku bukan main lagi gelak, kesian mimi tak boleh kawen dengan hasan...hahahhahaha..spoil betul la tok kadi ni...hahahahahaha...

waaa... da macam pengulas drama pulak aku ni... wakakakka..

Nov 15, 2009

Aku Dah Tak Pening

Semalam last paper aku, dan secara automatiknye, sem 5 da berakhir, dan segala kepeninganku+kecelaruanku sem ni da berakhir... Dan aku harus bersedia mental dan fizikal untuk sem depan .. ya!!!.. mental dan fizikal perlu kuat sem depan.

Ini semua bagi memastikan yang aku dah cukup sedia nak buat psm... hope, aku boleh lepas PSM sem depan... This sem , the most interesting sem.. hehehe.. why?? b'coz i sooooo pening-pening dis luvely sem... hahahahha... And of course, during lecture esp lecture database security, i'm very100x sleepy... Nasib baek tak pernah kantoi lagi dengan lecturer...

update- 16hb 11, aku blk kampung...

Nov 8, 2009

Episod Kerah Tenaga

Last week and this week betul-betul kena kerah tenaga... hohoho... banyak sangat benda yang nak kena buat... Last week, ade 3 final exam dan 2 presentation. Alhamdulillah , semua da berjaya di lalui...

Walaupon, bayak sgt dugaan sblm sume ni lepas... Presentation DB Security btl2 memenatkan... mane taknye, aku kena berdiri hampir 2 jam kt blk En Fadzil, tp x kesah sbb byk ilmu yg dpt... X sangka, 1 sem aku bljr subjek DB security, satu pon aku xfhm, tp mase 2 jam presentation dgn En Fadzil, Byk yg aku fhm... Bile die trgkan , kami mesti jawab .."oooo... bru fhm" hehheheh.. Nampak sgt mase lec duk tido...

Exam Java ari slale, ntah pe2 yg aku jawab..huhuhu... Very sad oo, pdhl aku da hafal part yg ditanye tuh, tp bile exam je lupe... huhuhu... Agaknye ni la padah study last2 minute.. Tu belom ag aku jawab GIS.... ntah pa pe aku duk merepek mase exam tuh tp yg pasti jwpn aku tuk part b n c panjang berjela...hahhahaha... Kompem Prof Nanna akan pening mase die bace jwpn aku tuh...

HE exam plg best sebab 80 objektif, x de esai...hahhahhaha.. Tapi nk abes bace buku teks HE betul2 mencabar jiwa... huhuhu... 'Biduk lalu kiambang bertaut' ni antara peribahasa or simpulan bhs??? ako pon da lupe, yg aku jumpe mase baca buku HE tuh... huhuhu... 2 hari duk mengadap buku HE sampaikan kt kepala ni asyik duk teringat je pasal kontrak sosial, perlembagaan malaysia, peristiwa 13 mei, rmk1-9.. dan byk ag r....hehhehehehhe...


Minggu ni lak sebok duk wat proposal PSM...."Sistem Pengurusan Insentif Pengeluaran Padi" cun tajuk ni tp functionnye x tau r ag...hehehehehe..Aku skunk duk mngerah tenaga tuk siapkan proposal psm ni...huhuhu..

Nov 2, 2009

Beban makin berkurang

Beban makin berkurang
Emmm… akhirnye sikit demi sikit beban da berkurang… huhuhu… tapi banyak gak yang x abes ag… 2 more presentation to go… hehehehe…Hope everything will be ok.. 2 minggu sblm ni adalah minggu yg sgt menyukarkan tp alhamdulillah berjaya gak aku harunginye… huhuhu… Banyak sesgt dugaan sepanjang sem ni….

Bengkel 2 akhirnye melabuhkan tirai … Lepas bersengkang mata tak tido mlm siap jgk bengkel 2 walaupon x perfect sgt… Waktu tido skunk x yah citer r, sume da lari, mlm x tido lps subuh bru tido… huhuhuhu… KENAPA SEM NI SANGAT MENDUGA AKU HA??????

Tapi x pe… ade 2 je lagi presentation. Pastu final pastu abes sem ni… Yahooo!!!!!!!! Da x sabar gile ni… chewahh sempat aku duk membebel kt cni… x study pom pdhal ari slase ni final java, rabu lak GIS… waduh…. Mahu jawab ape di final ni???? Blog ni da jadi macam akunye diari… hehehehe… boleh nk lepas tension …. X pon boleh sesuke ati nk marah org… hahhahahaha… sukenye!!!!

Tengah hepi coz sume keje da siap, tunggu nk present je esok…. Skrg da boleh senyum bahagia…… Kalo x, sume member2 aku da jadik separuh gila siapkan sume projek last2 minute ni... kunag…kuang…kuang… sape suh tangguh keje lagik… huhuhuhu… tapi yg pasti aku x kan insaf pom.. sem depan konpem wat ag camni… Pastu mula la x cukup tido… hahahahah
Nasib baek sem dpn sem last tuk study…. Pastu g LI…. Hehhehe…

Da x sbr nk tgu saat tu…… muahahhahahhhahaha…

Luve Dis Sem very much…..

Nov 1, 2009

Kelantan ke final Piala Malaysia

hehehehe... suke sesgt sbb kelntn g final piala malaysia... hahahahaha...