Dec 31, 2011

2011 Dalam Kenangan

How time flies.... Rasa macam baru semalam aku buat entri 2010 Dalam Kenangan. Yang pasti 2011 membawa aku melangkah ke dunia yang lebih mencabar. Dalam erti kata lain, aku menuju ke alam dewasa. Erk, asal ayat aku macam nak jawab SPM ni? Ala, Senang citer, banyak benda dah berubah berbanding tahun 2010.

1) Berhijrah ke kl. Bangi sebenarnya.
2) Bekerja macam .... Ok la.
3) First time ke client site.
4) Dapat ramai kenalan baru. I loikes. hehe
5) Aku dah konvo. haha
6) Dah pandai guna public transport kt kl nih. Dulu aku takut naik lrt ngan komuter. Takut sesat mungkin. Ye ye, saya jakun. erk perlu ke state benda ni?
7) Dapat anak buah. Ye , Danish dah besar sekarang, dah pandai terkam kucing. hahaha
8) Ramai kawan-kawan dah kawen. Selamat berbahagia semua. Yang belum kawen tu jangan kerisauan ye, sebab saya masih kesorangan. haha. <-- Ni khas untuk u shu. jangan sedih-sedih okeh.
9) Masa menonton tv , drama dan berlibur drop to 80 %. Sadis bukan?
10) dan yang paling menyedihkan, umur aku bertambah untuk tahun 2012.

Sekian saja dari saya. Saya tak de azam baru sebab emmm tak tau la. setiap ari saya ada azam baru. Boleh??



Dec 30, 2011

Bom

Ok, hari ni penuh dengan kejutan. Itu aje.

Dec 24, 2011

Gossip Girl Season 4

"once you forget that you are Blair Waldorf, remember that i'm Chuck Bass. And I love you. - Chuck Bass"

Ni dalam gossip girl seoson 3, kalo tak silap aku la.

Tetiba pasal gossip girl, bukan apa, nak marathon Gossip Girl Season 4 hujung mingu ni. hehehhe

Dec 18, 2011

Komuter Lagi

Dear Komuter and the Geng...

Please be nice to me.

Ok, itu aje.

Dec 17, 2011

Along

Tadi kawan aku, Along, datang lepak kat rumah. Katanya mahu pulang ke kampung sebab dia jobless sekarang. Notis 24 jam berhenti kerja. Respek betul aku dengan dia nih. Berbalik kepada hal balik kampung , aku tanya dia, balik kampung nanti drive sesorang je ke? Jawapan dia kasi tu boleh tahan jugak la.

'ha'ah, keta aku ada satu stereng jer.

Sadis betul jawapannya. Mak sentap okeh

Dec 12, 2011

Tips menaiki Koc Wanita Komuter

Kisah Komuter.

Ye, aku ada banyak cerita pasal komuter sebab tiap-tiap ari naik komuter.

Ni tips untuk kaum lelaki yang nak sangat masuk coach wanita komuter tuh!

1) Bila semua pompuan dah masuk, baru anda masuk. Kasi tunjuk gentleman sikit.hik.

2) Abaikan pandangan-pandangan pelik ke arah anda. Bila pintu dah dekat nak tutup baru buat muka konpius gitu, konon dalam hati kenapa semua perempuan dalam koc ni eh?

3) Pandang Kiri kanan, tanya mak cik kat sebelah kenapa semua perempuan dalam koc ni? Nampak sangat innocent bukan?

4) Buat gaya konon nak keluar dari tren masa pintu nak tutup tuh.Kompem semua yang ada dalam koc tu cakap, eh tak payah keluar la, da nak jalan tren ni.Nanti tak sempat plak naik koc lain.

5) kesimpulannya, nah, anda sudah berada dalam koc wanita bukan? heh!

Nov 28, 2011

Kerjaya Anda

Malam Ahad haritu, layan cerekarama kat TV3. ala, citer Sebelum Lima Perkara tuh. Okeh, aku memang respect la citer tuh. Ada pengajaran dan moral of the story yang bagus..

Tapi yang aku tak puas hati, kenapa bila nak tunjuk anak-anak dia berjaya, kenapa mesti doktor dan jurutera yang jadi pilihan?? ohh pedih hati i ni bila mana kerja dalam bidang it di Malaysia masih belum dapat pengiktirafan dari masyarakat kita.mak sentap okeh. Nak kata bidang IT kat Malaysia jah ke belakang tak jugak. Aku rasa peluang keje dalam IT tengah naik kot sekarang. Tak percaya? Try g bukak Jobstreet nuh.

Tolong la wahai rakyat Malaysia, sila bukak mata anda luas-luas. Kerjaya dalam IT jugak ada masa depan yang cerah.

Itu aje untuk kali ni. Sekian Terima Kasih!!!

Nov 22, 2011

Jobstreet di hati

Setiap kali rasa geram atau bengang dekat bos , kompem ni yang aku selalu buat.
-Update resume.
-Bukak Jobstreet.
-Start apply keje.
Lepas 2 minggu bila rasa marah dah hilang, dapat interview. Masa tu baru kelam kabut, gelabah tak tentu pasal.kihkih.

Tapi yang pasti, kalau dapat better offer sekarang , memang aku larik dari kompeni sekarang. Tu je point entry hari ni.!!!!

Nov 20, 2011

Oligo

Penah tengok iklan Oligo tak? Kalo tak penah sila ketuk kepala sendiri. Bila fikir-fikir balik, Oligo telah memberi aku satu idea yang sangat hebat tatkala bos tengah marah dekat aku.
Modal pun tak banyak. Hanya satu paket Oligo dan kebolehan menari dan menyanyi. Itu aje.

Tengah bos bengang tu, aku ingat nak letak tangan kat mata sambil buat bentuk 'o'. Ala-ala teropong gitu. Lepas tu start nyanyi ngan menari sambil buat air oligo kat bos. Mesti bos tersenyum panjang lepas tu. kihkih..

Agak-agak jalan tak idea nih??

Nov 19, 2011

Edisi Kehidupan

Seriously,penat sangat-sangat sekarang. Aku kadang-kadang terfikir yang sekarang ni aku macam tak dak life je. Err.. paham tak what i mean? haha.. Ye la, masa nak berlibur tak de langsung. kihkih. Mimpi la ko noks, tengok tv pun pun ko tak sempat. Eh silap , tengok tv tu ada la, tapi nak on je tak sempat.
Mana la tak penat aku sekarang ni, cer tengok kat bawah nih.

5.15 a.m- Bangun tido. Mandi , siap, solat semua dalam 1 jam.
6.15a.m - Keluar rumah
6.30a.m - Amek bas g UKM station.
6.52 a.m - Naik Komuter( Tu pun kalau tak lambat or delay or cancel)
7.30 a.m - Sampai KL Sentral
7.55 a.m- Amek bas lagi
8.45a.m _ sampai ofis

Keje tung tang tung tang, makan-makan , borak, gosip-gosip, kutuk-kutuk then balik.

6.00pm ++ - Amek bas
7.00pm - Sampai KL sentral
7.22 p. m - naik Komuter( Tu pun kalau bernasib baik, kalau tak tunggu la lagi komuter tuh)
8.10p.m- sampai UKM
8.30++- Amek bas lagi-lagi.
8..40++ - Sampai rumah.

Nampak tak kronologi kehidupan aku seharian? Penat bukan? memang tak de masa nak tengok tv. Balik keje, da penat fikir nak tido je. betul dak? :P