Oct 2, 2014

Raya Haji Meriah di kelantan?

" raya haji lebih meriah dari raya puasa kan kat kelantan??? "
Tiap kali aku cakap aku balik raya haji, kompom ni soalan yang selalu aku kena jawab.Tak tahu aku nak jawab apa. Kalau meriah , tahun lepas selamba je aku raya sorang-sorang kat Bangi. Raya diperantauan uols..ko mampu jah??? :P
Ok, serius, berbalik kepada soalan diatas tuh, meh sini aku jawab. Aku tak pasti orang lain describe meriah tu macam mana, tapi bagi aku dapat berkumpul satu keluarga,makan-makan, borak-borak sambil bergelak tawa tu meriah la.
Kalau kat kampung aku,(kampung orang lain aku tak tahu),lepas solat, yang  mana buat korban akan berkumpul kat satu rumah. Kira dah bincang awal-awal, antara yang amek bahagian korban tu, rumah sapa yang  jadi tempat nak melapah lembu. Yang tak amek bahagian pun akan dijemput jugak. ye la, takkan 7 orang je nak melapah sekor lembu..kihkih. Biasa lelaki melapah lembu, yang perempuan dah siap-siap kat dapur.Potong bawang, sayur semua.
Lepas je lembu dikorbankan, masa tengah melapah tu,bahagian daging diambil sikit untuk masak.7 bahagian daging di asing siap-siap. Juga untuk tukang  sembelih dengan yang tolong melapah pun diasing siap-siap. Yang amek bahagian korban ni akan bahagikan sendiri daging korban untuk orang-orang kampung.
Lepas dah siap melapah semua, nasi sama daging dah siap masak. So, apa lagi, masa untuk mencekik atau dalam bahasa sopannya makan. kehkeh. Untuk makan ni memang jemput satu kampung. Yang amek bahagian korban tu kalau dorang rajin, dorang pun buat makan-makan kat umah dorang lepas tu.
So, amacam, meriah ke tidak? Yang ni aku pasti meriah dengan makan.. Sebab makan daging lembu sampai pitam.Raya kedua, semua dah carik selain daging lembu.. kehkeh

Apr 6, 2014

Gigi lagi

Lepas tampal 3 gigi, ada satu gigi problem. Seminggu tahan  sakit, last-last pi balik klinik gigi tuh. Motif doktor tak tau punca sakit? Kot ya pun, tengok lah betul-betul dulu, baru decide nak amek x-ray. Lepas aku tegur, baru check betul-betul dan terbukti ada lubang kecik kat tampalan katanya. Korek balik, tampal balik hadoiiii. Ngilu tau dak. Nasib baik ok lepas tampal balik. Melayang lagi duit aku. Uwaaa!!!

Asek cerita pasal gigi je, next entry nak bergosip la pulak

Feb 23, 2014

Gigi juga perlukan rawatan gituh

Zaman kecik-kecik dulu  takut dengan doktor gigi, Pesen bawak ke besar. Jadah kan dah tua nak takut doktor gigi lagi. Jadik, lepas terdetect satu gigi geraham dah ada lubang, terus pi carik klinik gigi. Tak sanggup wooo tanggung sakit gigi nih. Ni sebelum sakit baik pi filling awal-awal. 

Maka iols gogel dan banyak la yang suggest suh pegi Klinik Pergigian Azila kat Bandar Baru Bangi, Ala yang depan PKNS tuh. Yang sederet kedai tudung pemes tak hengat, fareda. Siot ja nak beli tudung sampai kena amek nombor giliran. Maka pegilah aku dengan housemate pagi tadi. 

Masa sampai tu dapat tahu ada 2 orang doktor bertugas, Dr azila dengan Dr Kamal. Dalam hati duk berdoa, harap-harap dapat la Dr Azila. Senang sikit, ye la, pompuan mesti lagi selesa dengan doktor perempuan kan? Sekali, dapat yang doktor lelaki pulak. Haisy, teros rasa seram sejuk, rasa macam gigi kena ketuk dengan tukul kuat-kuat. Laki kan kasar. kehkeh.

3 gigi ye yang ditampal, ko mampu jah nganga molot besar-besar nak tampal 3 gigi sekali gus? Tadi macam dah nekad, kalo tak, aku jenis malas sikit nak datang klinik gigi ni, jadi tampal je la terus sekaligus. Macam ok jugak la dentist tuh, lemah lembut gituh.

Kesimpulannya, melayang duit aku rm310 di pagi hari lagi. Tapi macam reasonable lah harga untuk tampal gigi 3 batang tuh. Apepon ikotlah nasihat dentist, jangan tangguh untuk rawatan gigi, makin lama makin mahal kos rawatannya, dan mungkin terpaksa di cabut gigi tuh. Rasa macam best pulak tampal gigi, semangat woi nak gi lagi klinik gigi. kahkah

Feb 14, 2014

Tragedi di Valentine gituh

Gelis sangat aku nak sambut valentine, haram wei.Lagipun gewe pon tak dop. kahkah.Tak de mende tragedi pon harini, cuma biasa la hari Jumaat adalah hari yang paling malas untuk bekerja. Bangun lambat, siap ala kadar. Bawak kereta tak pandang kiri kanan. Erk, mau terbabas tak pandang kiri kanan. Maksud aku tak usha pemandu kiri kanan.

Sekali masa lepas roundabout, ada satu kereta saga ni hon. Rasa macam dia hon dekat aku. Aku ada buat kesalahan trafikkah? Pemandu berhemah macam aku ni, mana ada buat salah. Keh..keh.. Statement tak menahan uols. Tapi bila fikir balik, memang tak de salah ape aku buat masa kat roundabout tuh. Apalagi, terus aku tekan minyak kuat-kuat. Gigih okeh saga tu  kejar aku.

 Sekali traffic light merah pulak kat depan. Brek mengejut iols. Saga tu kat sebelah wei. Dia hon lagi, bila pandang dia macam duk tunjuk-tunjuk kereta aku. Bila turunkan tingkap,  rupanya dia nak cakap pintu sebelah pemandu tak tutup rapat. Tak perasan plak aku, maklum la  alarm kereta habis bateri, aku tak gi tukar pon. So, kunci kereta guna manual yer tuan-tuan  dan puan-puan.kehkeh.Harus semalaman pintu kereta tak tutup rapat. Adoi, cam mana la budak  yang tompang aku tu tutup pintu. Kecik sangat sampai tutup pintu kereta tak rapat. hahaha.

Malu woi kat abang saga yang duk kejar aku tuh. Mesti dia cakap minah ni perasan betol. Orang nak tolongdia pi tekan miyak kuat-kuat. kehkeh. Takut woi, mana tau penjahat ke. Kesimpulannya,
penduduk bandar baru bangi (terutama abe-abe yg perasan gentlemen lah konon) adalah sangat prihatin.Ni kali kedua ditegur pasal kereta dekat traffic light.  

Dec 31, 2013

Sorotan 2013

Harini dah 31/12/2013 woit. Esok dah tahun baru.Kejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru ja aku duk menulis review 2012, ni dah nak kena review 2013 dah.Klasik gila hapdet blog ni, da lama tak hapdet katakan. kahkah. Macam biasa, hapdet ala-ala cet det

1) Aku sudah drive woit pi keje. Akhirnya, berani jugak aku pegang stereng kete kat jalan raya.Hebat bukan? Peduli hapa aku kalo orang rasa tak hebat sebab ni dah macam satu kejayaan besar untuk aku yang memang penakut.

2) First time mengundi. Aku dah ada tanggungjawab nak pilih pemimpin negara. Pergh!! hebak,hebak. Suasana musim pilihan raya di kelate adalah sangat hebat. Teruja iols nih. Balik nak ngundi,jem dia kalah jem time raya.

3) First time raya haji tak balik kampung. Raya perantauan gitu.Dengan demamnya, jatuh kat parking lagi. Memang syahdu menusuk kalbu gitu raya haji iols tahun nih.

4) Sekali lagi, aku tukar keje tahun nih. Haha. Bertahan setahun setengah jah keje sebelum ni. OK la tuh, ada peningkatan. 2hb September 2013, stat keje tempat baru.Kenapa tukar keje?Tak de reason yang kuat sebenarnya, lebih ke nak cari pengalaman baru dan macam da bosankat tempat keje lama tuh. Alasan kukuh sikit, penat woi keje aku sorang handle, ingat aku ni apa.Hasil tukar keje dekat-dekat akhir tahun ialah iols tak dapat bonus. uwaa, sadis hokeh.

5) Beza sangat zaman study dengan zaman da kerja nih. Lebih serius gitu amek tahu hal negara. Contohnya bab-bab barang naik, memang concern gila. Opkos la, semua dah tanggung sendiri sekarang. Sadis lagi. uwaa

6) Tahun ni asek demam jah. Antibodi dah tak kuat lah kot. Sejak tukar keje baru ni makin teruk pulak rasa. Tiap bulan demam hokeh. Ekon tak serbis hape opis nih. Kalo pagi datang keje ada   yang selesema, petang tuh kompem aku duk bersin ja keje. huh!

Ni je la kot sorotan 2013. Tak de yang pelik-pelik pun tahun ni. Biasa-biasa ja. Azam tahun baru, macam biasaaku mana penah ada azam tahun baru. Tak payah ada azam, asal ada peluang depan mata aku grab jah.Gelojoh gitu. kahkah

Sep 28, 2013

Ya.Saya Busy.

Busy memikirkan masa depan. Bukan apa, baru sebulan start keje baru. :P. Ye, saya asek tukar keje je. Cari pengalaman. Kalau boleh, semua benda nak explore. Ni dah keje ketiga lepas abes study. Lepas da 3 kompeni keje, dapat la dibuat kesimpulan, keje mana pun sama. Cuma yang beza nya macam mana kita nak handle keje kita, hande problem dan jugak nak handle kawan sepejabat. Kalau nak cakap pasal  politik opis, sume tempat keje akan ada. Tak payah layan sangat, janji keje kita jalan. Ahaks.

So, lepas seminggu keje ditempat baru berderet la soalan orang tanya, " OK tak keje baru?" .
Jawapan aku, ok ja la. Janji keje jalan, bos ok, bagi tunjuk ajar, ada tempat solat dan tak strict sangat dengan waktu solat. Maksudnya, ko nak gi solat bukan waktu lunch pun ok. Dan surau pulak, walaweh, bersih sangat. Terkesima jap masa first time masuk sebab surau  kat opis dulu biasa-biasa je. hehe.

Harap boleh kutip ilmu banyak-banyak dan jugak dapat improve teknikal skill dengan keje baru nih. 

Aug 19, 2013

Up Entri Raya Sket

Entri ala-ala che det style.

1) Balik Kelate, 6hb malam. Dengan kawan satu sekolah, satu matrik, si along. Kawan dia ada sorang join jugak. Walaweh, jalan tak jem sangat. Tak macam balik ngundi ngan raya cina hari tuh. Cuti panjang, masing-masing ada masa nak plan perjalanan.Bertolak pukul 9.30 p.m, dalam 9pagi sampai. Tu pun sebab kitorang berhenti sahur, tido, semayang Subuh. 

2) Buka puasa biasa-biasa je. Malas nak masak semuannya. :P

3) Danish ngan Alisha dah besar. Pening tengok kerenah dorang. Makin nakal hokeh. Danish gigit lengan aku sampai berdarah. Sadis!! . Kaco sangat dia, dapat la penyakit. hahaha

4) Pagi raya, tak de makanan spesel. Nasib ada yang baik hati bagi lemang sama rendang ayam. 

5) Raya keberapa ntah, da lupa, hadek aku bawak kawan dia beraya kat rumah. Lelaki hokeh. Polis lagi kau. Kakak aku macam biasa, suruh aku spy laki tu bawak kete apa. Apekah???? Kata adik aku, tu kawan je. Ok la, sebab budak tu pon bukan org Kelate, kesian plak kena beraya di perantauan , so, tak kisah la nak beraya rumah kami :)

                                         Berposing dalam kereta on de way nk gi rumak datuk & nenek
                                  Juga didalam kereta. Tak sempat hokeh nak berposing ala retis dalam rumah !!!
                               Ni dekat rumah nenek. Asal bukak pintu, laju je budak-budak kenit nak keluar!!

Raya yang best dapat kompol ramai-ramai, lepas tu macam-macam cerita keluar. Jumpa jarang-jarang, harus banyak modal nak berpotpetpotpet.. kihkih

Aug 3, 2013

Sekali lagi






Orang lain sibuk nak raya, aku sibuk nak resign. Nasib baik bos lepas tu pun sebab alasan resign yang kukuh. Dengan alasan nak sambung study, dan kelas adalah full pada hari Sabtu, bos tak boleh buat apa pun. Polisi kompeni tak boleh suka hati ubah, jadi dorang tak boleh bagi pelepasan untuk aku tak kerja hari sabtu.

Tu pun HR Manager sibuk duk korek rahsia kut-kut aku resign ada sebab lain. Hopkos ada!!! Tapi dah aku ni baik hati sangat tetap la cakap betul-betul nak sambung study.kihkih. Susah katanya nak carik orang baru. Mostly staf dorang keje tak sampai 2 tahun, so si HR ni takut staf yang resign tu tak suka keje situ.Chinaman punya kompeni, mana staf tak larik. Suka hati hambun keje. Kadang tu nak tanya benda simple je, gi tanya kat A , A suh tanya B. Gi tanya B, B suh tanya C pulak. Dah macam bola pulak kita nih.  Rasa nak je cakap tapi malas nak panjang cerita.

Tapi yang best keje sini, masuk lambat takde warning, nk mengular senang, gi semayang lama-lama pun takpe. kihkih. Agak susah la nak carik kompeni chinise yang macam ni punya. Nak ponteng pon boleh. haha.

Apapun keputusan dah dibuat, harap-harap ni permulaan baru untuk kareer yang lebih mantap. hahaha


Jul 10, 2013

Tayar pancit.

 Tak sukanye ade kete ni. Sume nak kena jaga. Dulu iols naik komuter, tak de pon tayar komuter nak pancit. Kalo pancit pon, staf KTM la baikinye. kihkih. Contoh ja nih. Maksud nya disini nak bagitahu, masa naik public transport, kita tak perlu risau pasal tayar pancit ka, alignment tayar lari ka, yang kita tahu naik, bayar tambang. tu je, tak payah risau duit abes nak repair kete. Risaukan tambang je. hehe

Apepon, ribuan terima kasih diucapkan kepada yang memberi nasihat di traffic light semalam. Ya, nanti saya pegi tambah angin tayar ituh. Nampak sangat masa tunggu lampu hijau duk usha tayar kete haku. Kompom siap  berdiskas sama dorang pasal angin tu kurang. 

Salam Ramadhan


Macam biasa, gambar ehsan dari Google.

Apepon, selamat berpuasa semua. Jom sama-sama tingkatkan amalan kita di bulan penuh keberkatan ini.