Oct 22, 2011

Raptai Konvokesyen UteM dan Sesi Photoshoot

Macam biasa, banyak benda berlaku sehari dua nih, so aku list kan je la..senang..hehhee

1) Sampai Melaka petang semalam. jam 6 petang. Got flu! really tired. Nasib baik arini da ok sikit.

2) Jam 7.45 pagi tadi, bertolak ke UTeM untuk raptai konvokesyen. Seriously, bosan gila dalam dewan Besar UTeM tadik.Seronok jumpa kawan-kawan lama.

3) Habis raptai ke jj terus. Makan kat Johny's. Sedap!!

4) Balik ke UTeM. Ambik jubah bagai. Nasib si ira da settle yg lain-lain. So, tadi memang amek jubah jer..Thanks!

5) Kecewa dengan sesi photoshoot tadi. Tak ramai yang join. Budak kelas aku la. So, kitorang ajak jer budak kelas lain. Nasib baik dorang nak.! Thanks ye korang!!!


6) Paling teruja, masa photoshoot tuh, skuad perodua era join kitorang. Wah, glemer gitu gambar konvo ko noks!. hahahha

7) Ada live streaming dari website UTeM esok. Terbaik la UTeM.!!

8) Homestay sangat cantik okeh. Selesa. I loike!!! So, sesapa rasa nak sewa homestay kat Melaka nih, jom sewa dekat homestay 270, Ayer Keroh Height Melaka.

To be continued............




Oct 19, 2011

Dear diary

Tak de idea pun nak story apa nih. Tapi nak update gak blog nih..hahaha. Highlight point-point penting dah la yer:

1)Balik keje minggu ni asyik hujan je. bagi pengguna public transport macam aku nih, memang kesian la. Balik lambat la jawabnya, dengan jem kt kl lagi.Sadis betoiii!

2) Kerja. Keep doing the same thing for 2 weeks. huhu..penat

3) Komuter. Macam biasa, pagi isnin lambat, pagi ni pun lambat sikit. Balik ok sikit timingnya. Keep doing the good job komuter.kihkih

4) Kerja 3 hari je minggu nih. Suka!!!

5) kerja hari-hari dekat site, kutuk orang.Boleh??

6) Baju konvo dah beli tapi simple giles.Baju kurung jer, tapi cantik..hehhee

7) keje 8 bulan, baru nak konvo. Bos pun macam tak percaya aku apply leave untuk konvo..hahha.

8) Selsema . lagi 4 hari nak konvo!!!Cepat sembuh!

9) HR sms tadi. Bos nak jumpa kitorang dekat site. Nak tanya progress projek katanya. Aku lagi suka kalau dia nak diskuss pasal salary..hahaha.

10) Good news. Cousin aku nak kawen hujung tahun ni. Dengan orang Sabah.erk?? jauhnya!

10 dah ni.. Banyak dah..hehe

Oct 11, 2011

Kajian Pengesanan Graduat


Bakal-bakal graduan dah isi belum kajian tuh? Ingat ye adik-adik yang nak isi lepas ni jangan kopi pes jer jawapan tuh. Contoh nak isi address office, jangan kopi pes, taip satu-satu. Kalau kopi pes jugak, nescaya adik-adik semua akan dapat bad error. Tak percaya? pi la kopi pes. kihkih..

Oh ya, lupa pulak nak berterima kasih kat akak yang keje gomen yang aku call aritu. Akak memang baik la, call ak payah tunggu lama-lama pun. Terkejut i yuu bila call orang gomen ni terus dapat cakap. Apapun, akak memang layak nak dapat bonus setengah bulan gaji hujung tahun nih. Tahniah kak..kihkih

Oct 2, 2011

Menghitung Hari

Can't wait for this moment. Lagi 20 hari. Oh oktober please run fast.haha . Impian aku untuk konvokesyen UTeM ke 7 ni, semoga boleh ambil gambar posisi sama macam diatas tapi... Ya ada tapi, moga-moga kaki aku boleh angkat lagi tinggi dari budak yang duduk depan aku tuh. kahkah

Oct 1, 2011

Repairing Hard Disk RAW Partition error

Finally, berjaya jugak ! haha.Lepas aku dah hampir give up dengan Samsung External Hard Disk 400 gb aku tuh, akhirnya berjaya jugak aku merepair satu partition 150 Gb. Walaupun tak boleh recover data, tapi tak kisah la, janji aku dapat guna storage lagi besar. Oh gembiranya.

Tadi memang sakit hati, asyik dapat error cakap windows unable to complete formatting. So, dengan menggunakan solution paling bodoh, aku shrink partition yang 150 gb tu jadi 3 partition. Then aku format satu-satu. Oh, memang sungguh tak sangka solution ini membuahkan hasil yang sangat bermakna dalam hidup aku.kahkahkah. Ahh rasa ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri diatas kejayaan ini.

Ok lah, tata. Masa untuk iron baju keje..huhuhu

Sep 24, 2011

Catatan kepada Komuter Siri 3

Dear Owner komuter...

Perkhidmatan anda pada 23 september 2011, dari jam 8.00malam hingga 10 malam adalah sangat terbaik. Dengan jumlah penumpang yang meningkat 2 kali ganda pada hari Jumaat, pihak anda dengan selambanya menyediakan hanya 2 tren ke Seremban dan satu tren ke Kajang. Dengan hanya 3 tren dalam masa 2 jam, silalah anda bayangkan bagaimana kepadatan tren-tren tersebut.

Aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku memang suka tren delay nih. Masalahnya, ada sorang aunty ni sibuk duk komplen. Dan dia pulak duduk sebelah aku. Penat wei dengar dia membebel, dah la penat baru balik keje. Tolonglah KTM, upgrade sikit servis korang tuh. Kalo nak cakap KTM banyak berjasa, yup, memang banyak berjasa, tapi penumpang pun banyak berjasa kat KTM. Tu je aku boleh cakap.

Hangin satu badan!!!!!

Sep 17, 2011

Perempuan VS Duit


No doubt, we are womens love money. Very much actually. But only our own money okeh, not others.hahaha. Tak hingin pun duit orang lain.kihkih

Penting untuk shopping duit tuh. Kalau masa sen tengah kurang, lalu depan mall pun tak sanggup.

Tapi ni yang aku hangin bila terbaca artikel ni dalam satu buku. Meh aku review sikit.

- Wanita = Masa x Wang
Masa tu emas kan, so Masa= Wang
- Wanita = Wang x Wang
Wanita = 2 Wang
Wang pulak punca segala masalah
so....
Wanita = 2Masalah

Kejam betul artikel tuh. Wei, kitorang nih bukan masalah ye tuan-tuan sekalian, kami ni penyelesaian kepada masalah sebenarnya. hahaha

Sep 13, 2011

Catatan kepada KTM Komuter Siri 2

Dear owner Komuter..

Terima kasih diatas kelewatan anda pagi tadi. Sekali lagi. Ye, di saat orang ramai berusaha untuk masuk ofis awal agar boleh jadik pekerja contoh. Ye la, semalam kan dah lewat pergi kerja.

Lepas Bandar Tasek Selatan tadi, ini dia ayat power dari KTM:

"Perhatian kepada tuan-tuan dan puan-puan, Ten ini tidak dapat meneruskan perjalanan kerana bekalan kuasa di Stesen Salak Selatan terputus. harap maklum"

Dan pengumuman dari pemandu tadi sangat membahagiakan aku. Dengan suara lunak merdunya, pergh, menusuk kalbu beb!

Nasib baik balik petang tadi on time! Kira hari ini aku rate 3/10 kepada servis komuter.

Sep 12, 2011

Catatan kepada KTM Komuter

Catatan ini dituju khas kepada KTM Komuter.

Terima Kasih diatas kelewatan tren pada pagi tadi dan pagi-pagi yang sebelumnya. Kami sebenarnya sangat suka pergi kerja lambat.Takat lambat sejam tu apa la sangat kan??

Dan kelewatan kami pergi kerja pun tak de kaitan dengan korang kan wahai pihak pegurusan KTMB kan? Yang lambat kami, bukan korang pun. Yang korang tahu, buat pengumuman tren batal tak pun lambat.Itu je.

Sekian Terima kasih!

Sep 11, 2011

Dream? Impian?

Petang tadi aku chat dengan sorang member aku ni. Dia cakap gaji dia tak cukup. Banyak komitmen katanya. Gaji aku less than her. If not mistaken, she got around 3k per month. Dan dalam hati aku, kalau aku dapat gaji macam dia, aku rasa dah lebih dari cukup.

Aku tanya dia baik-baik, kenapa tak cukup. Then jawapan dia buat aku terdiam. Ya, lepas 6 bulan kerja, aku tak terfikir pun nak kumpul properties. Ye, PROPERTIES!! Takat saving bulan-bulan tu ada la. Tu pun hujung bulan kalau dah sengkek sangat aku g korek jugak. Poor!

Dan lepas je chatting tadi, aku terus pasang impian. First property yang aku nak beli adalah rumah. er, ke tinggi sangat cita-cita aku yang baru 6 bulan kerja nih? Tak kisah. Yang penting, aku kena betul-betul berusaha untuk dapat apa yang aku nak.

Kepada yang tanya aku, kenapa rumah bukan kereta, Ni jawapan aku. Kereta aku nak rembat famili aku punya, kira sambung bayar ansuran. Lagi 3 tahun nak habis kalau tak silap. Kereta paling murah kat Mesia je. Dan, ada pulak tanya, tak teringin nak pakai kereta baru plus besar sikit ke? Jawapan aku, rumah adalah property yang paling berharga. Nilai dia tak kan susut. Tapi kereta, lepas 5 tahun tengok la nilai dia susut banyak. So, memang tak teringin pun.

Harap-harap, Lepas 3 tahun kerja aku dapat tunaikan impian aku nih. Amin...