Apr 1, 2013

Kerja & Solat

Jadi depan mata, memang terkejut sangat-sangat. Masih ada kilang di Malaysia yang tidak membenarkan staf nya solat. Apekah???? Lunch hour dari pukul 12.00-12.50. Sah-sah belom Zohor lagi kan? Dan bila ditanya kalau amek masa 5 minit untuk solat boleh ke tak, jawapannya TAK BOLEH. Dengan alasan nanti staf tak fokus.

Bila nampak ada staf melayu, tanye HR kilang tuh, semua yang melayu tu tak solat la? HR cakap tak solat sebab staf melayu Islam tu cakap balik, rumah malam boleh ganti. Owhhhh, sedih weiiiii, hukum agama boleh amek ringan macam tu je. 

Aku tak tahu situasi staf melayu Islam tu sampai sanggup tinggal solat untuk kerja. Jadi aku tak nak terus menghukum. Mungkin dorang ada alasan sendiri, tapi aku memang takkan bekerja kat situ. Offer lah tinggi mana pun, kalau da tak solat, tak de keberkatan kat situ. Duit mengalir macam air je nanti.

Dan kenapa masih ada lagi kompeni di Malaysia yang tidak membenarkan staf solat??? Sedangkan agama rasmi Malaysia adalah ISLAM. Kalau dah sayang sangat waktu staf bekerja, waktu rehat boleh ubah apa. buat pukul 1-2 takpun 12.30-1.30. Aku bukan racist disini tapi bagi aku solat tu tiang agama, kalau tak nak bagi staf masa untuk solat, sila jangan ambil staf Islam.

2 comments:

CeKeLat mAniS said...

nak cari benda halal, biarlah dgn cara yg diredhaiNya kan.
matlamat tak menghalalkan cara!
sokong, hang reject job tu..

Miss Orahome1 said...

kan?? walaupun nampak dia nye benefit byk, tp.. huhuhuhu