Aug 14, 2011

Komuter, komuter.

Aku betul-betul tak tahu apa masalah ktm sebenarnya. Tapi kalau dah 2 kali berturut hari Jumaat komuter rosak, apa citer nih KTM? Dah dekat 6 bulan jadi pengguna setia komuter nih, memang macam-macam hal lah yang aku kena tempuh nak pergi kerja. Dah macam nak pergi berperang pun ada. Oh ya, setiap kali komuter lambat aku dah boleh ingat apa alasan dorang nak bagi.

1) Disebabkan masalah teknikal bla..bla.. komuter akan lambat dari jadual asal.
2) Tren ke Sungai buloh dibatalkan.( Ok, yang ni hampir setiap hari tren ke sungai Buloh jam 7.58 am di Stesen UKM dibatalkan.)
3) Disebabkan tali kabel terputus bla..bla..bla.. komuter akan lambat dari jadual asal.

Dah dah la tu wei KTM. Bosan aku dengar alasan sama. Kalo nak bagi alasan pun, sila bagi alasan yang lain sikit. CER BAGI ALASAN KERBAU MELINTAS, MAKA KOMUTER TAK BOLEH GERAK. Ha, kan lain dah alasan tuh.

KTM, sila lah perbaiki service anda yang sangat dan amat teruk tu!!!

Aug 8, 2011

Tolong Awek Aku Pontianak

Baru je tengok movie ni. Ok la jugak sebab boleh buat aku gelak sorang-sorang. Meh sini aku nak review sikit pasal movie nih.

1) Scene paling kelakar bagi aku la, scene yang mat rempit kena kejar pontianak. Sekali roadblock kat depan, terus dorang stop motor and lari lintang pukang pergi naik trak polis. Polis pun heran..haha .. Terbaik!!!

2) Masa Afdlin jadik agen rumah sewa tu. Memang kelakar habis. Lif tak de, da jual, Kawasan international. Ye sangat international. Penyewa kebanyakan berasal dari Vietnam, pakistan, Bangladesh, Kemboja. Oh ya, Indonesia pun ada. haha.. Rumah sewa aku kat Melaka dulu kira international jugak la. Jiran i dari bangla. Ok dah, tak yah gelak sangat.

3) Pelakon movie ni semua ok la. Yang jadik kawan bob tu pun ok. kelakar. Da macam gay pulak aku tengok dorang..hahaha.

Sikit-sikit review dah la..

Aug 4, 2011

Danish

Macam mana boleh lupa nak buat entri nih. Aku dah dapat anak buah! haha. Suka.
Dah-dah tak payah nak gelak kan aku sangat. Biar lah aku nak eksaited sikit dah dapat title mak cik nih. hahahha.

Lepas 2 minggu baru dapat nama budak kecik tuh. Muhammad Adam Danish. Aku pun tak pasti sangat maksud dia. nanti la aku tanya kakak aku tuh. Danish ni baik je. Dulu la, masa awal-awal lahir. Sekarang mau nangis je kejenya. Ni kakak aku la yang bagitau. Dia nak asal dia bukak mata ada orang duk sebelah dia. Amboi Danish, kecik-kecik dah ikot perangai mak yang penakut tu yer? hehehe

Gosip Hangat Laris Macam Pisang Goreng

Kalau tanya semua orang apa gosip hangat sekarang, kompem dorang cakap gosip pasal Khairul Fahmi Che Mat putus tunang ngan Elia. Betul ni, tak tipu punya. Tak caya, gi jenguk website gosip artis nuh. Berderet orang duk komen. Aku tak heran pun pasal gosip nih tapi aku suka baca komen-komen dari masyarakat marhaein nih. Yang paling tak leh blah, nama yang dorang guna nak komen isu putus tunang nih. Boleh kasi aku gelak guling-guling la. Ni antara nama yang dorang guna:

- Jejari pendek
-jejari bulat
-jejari coklat celup
-jejari layu
-jejari tembam
-jejariku tak berapa nak runcing
-jejari ikan
-jejari busuk

semua dah kemaruk nak letak nama jejari kat depan..hahhaha. ada lagi nih...

-merayah keri
-kak eton menaruh harapan

Adoi, kak eton pun nak menaruh harapan jugak ke dekat keeper tuh?? hahaha..

-dat0' K.Rajagopal
-Safee Sali
-S.Kunalan
-Amirul Hadi

Ni pulak tak pasal-pasal satu team bolasepak Malaysia duk komen pasal ni. hahaha
Apa pun, thanks, korang dah buat aku tergelak sorang di depan pc ofis pada hari ini.

Sumber: Oh bulan!

Aug 3, 2011

Dari Bangi Ke Subang

Penat sangat-sangat sekarang. Baru seminggu lebih ulang alik dari bangi ke Subang tapi rasa macam dah tak sanggup.Sangat tak sanggup. Ni pun dah demam. Nasib baik hari ni bos call suruh datang ofis kat Cheras nih. Tak de la penat sangat. Tak tahu la aku ni boleh bertahan ke tak, nak ulang-alik ni.
First time ke client site tapi betul-betul rasa tak selesa. Awal-awal lagi dah dengar orang komplen pasal kompeni. Dah tu pulak, semalam project manager bagitahu dia agak tak konfiden bila aku cakap one of my colleagues dah resign. Tapi project manager tu ok la sebab dia yang banyak tolong aku yang memang tak pandai nih. hehehe..
Kesimpulan dari entri nih, betul-betul rasa nak menangis..huhuhu

Jul 20, 2011

Komen dan Pandangan

Aku suka baca komen , pendapat atau pandangan seseorang tentang satu-satu isu. Ada yang bernas, yang langsung tak membina dan ada jugak yang kelakar. Yang komen jenis mengutuk paling banyak. Still aku suka baca, senang aku nak kutuk sama..hahhaa.. Biasa aku baca semua pendapat nih dalam facebook, blog dan forum.
Kadang-kadang tuh memang jumpa la komen yang boleh buat aku gelak guling-guling. Meh tengok komen kelakar tahap gaban penah aku jumpa:
isu: kalo dapat duit 3 juta
komen: carik mak mertua baru
komen aku: ni memang nak mampos ngan bini r nih.. hahhaha
isu:ptptn lambat masuk
komen: buat dokumentari 30hari bersama megi
komen aku: sebab kena kat aku, so, aku nak jadik pelakon extra,heh!

Nanti-nanti la sambung lagi.. heh!!

Jul 19, 2011

Juvana episod akhir

Juvana dah episod akhir semalam. Sedih nak berpisah dengan semua watak dalam Juvana. Dorang semua hebat. Kenapa aku cakap dorang hebat? emm, sebab aku boleh ingat semua watak yang ada dalam Juvana tuh. heh. Bukan taksub tapi olahan penceritaan drama ni boleh buat kita ingat dekat semua watak especially Kedah. hahha.

Tapikan ending malam tadi macam simple sangat. Kan best kalau ending tu tunjukkan sikit kenakalan dorang. Macam dorang buat gathering after 10 years and ayam bawak anak dia ke or daim kawen dengan nadia ke. Best la jugak, tak simple sangat ending dia. Nak lagi gempak, cikgu zakiah kawen dengan cikgu Arifin dan semua budak-budak tu attend majlis kahwin nih. Kompem Gempaknya.. hahhaha

Jul 12, 2011

Annisa- samarinda tv3

Aku nak boikot tv3 tapi drama tv3 suma best-best.Tangguh dulu la boikot. Boleh ke? kihkih...
Kat umah sewa sekarang tak dak Astro, nak tak nak tv asas mesia je la yang boleh aku layan.
Another great drama at tv3, Annisa.Yup, aku suka tengok si Farid dengan Balqis duk tergedik-gedik. Annoying but sweet. ops..hehhe

Ayat terbaik farid- " B, u jangan stress b, biar i je stress".. I like...kihkih

Harap-harap cepat-cepat la dorang kantoi dengan anna. hehehhe

Jul 8, 2011

Statement Hot

Tak tau dah nak cakap apa, tengok je lah.






Aku tak dak ugut apa-apa pun, si minah ni yang tetiba buat pengakuan panas tuh.

Tak mandi gi jawab lab test. Terbaik ah, err, lalat tak dak ka? Kompem ada, bukan Utem tuh memang banyak lalat ke? kahkah

Jul 7, 2011

How to spell KERETA?

My colleagues, chinese, asked how to spell KERETA, is it KERATA or KERETA. Adoiii.. hahaha. Lama tak taip dalam bahasa melayu katanya. Dia ni memang , setiap hari ada ja benda yang nak kasi aku gelak guling-guling. Macam-macam hal lah. Kena gigit nyamuk kat opis pun dia ngadu dekat kitorang nih. hahaha.

Tu belum lagi bab balik. Dia memang champion la. Bukan balik je, cuti pun dia champion. Cuti bulan depan dia dah siap planning awal-awal. memang terbaik lah. Aku memang kasi tabik spring la kat apek sorang nih. :))


conteng ayam: Aku pakai bj kuning dtg keje arini,opis aku dkt traffic light jln pudu-jln cheras-jln chan sow lin- jln tun razak. kihkih. Berani gila kan? x pasan lak bj kurung ni ade kaler kuning sikit2x..hahahha