Jul 6, 2011

Juvana Drama Tv Terbaik!

Siyes, aku tak pernah layan satu -satu drama melayu tanpa tertinggal mana-mana episod. Tapi Juvana memang best, tak pernah tertinggal satu episod pun. Aku suka setiap karektar yang ada dalam Juvana nih. Daim of kos la kan, dah dia hero, kena la suka hero. Tapi yang paling aku suka Kedah. Betul tak makan saman lah budak nih. Cakap ikut sedap mulut dia jah. Minggu depan cam dia dah tak de je. Tak best la Juvana lepas nih.huhu


Bront Palarae, (betul ke aku eja nih?? ), memang terbaik.Bagi la watak apa pun, semua dia redah.hahaha. Muka poyo tapi suka kucing. siyes, i like. kihkih

Jun 28, 2011

Pandangan, Tafsiran dan yang sewaktu dengannya


Judgement will stay as a judgement and ignorance is an ignorance..Sometimes, people just didnt change at all and you will always stay as you in their eyes..so ignore those typical-low life-unchangeable judges and move on with your life..its better to ignore than always thinking of the ignorance.


Ayat paling power untuk petang dingin yang disaluti angin sepoi-sepoi bahasa. kihkih. Ya tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama mengabaikan apa pandangan orang terhadap kita. Yang penting kita hepi dan tahu apa yang kita buat di landasan yang betul. Cewah ayat, tak leh blah.kihkih

Jun 23, 2011

Kisah Tangga+Lif+Opis

Terkenang balik kisah-kisah masa memula masuk keje dulu.

Pernah sekali, hr mc, so tak de orang datang bukak opis. Dah la masa tuh, aku ngan sorang lagi staff baru jugak, Ken Yew, je yang ada. Yang lain semua dah pergi client site.

Pukul 9.15 a.m call team leader. Dia cakap call Sales Manager.
Call Sales manager, ada la dekat 10 kali. Tak jawab pun. Sadiskan?

So, kitorang pun berkampung je la depan opis tuh.
Pukul 9.45 a.m, Sales Manager call. Dia cakap tak perasan i call dia.. kehkeh.. Sadis lagi..

Pukul 10a.m baru ada yang datang tolong buka opis. Tu pun dia kena panjat tangga (Lif rosak ..kihkih), nasib baik opis kitorang ni tingkat 4 je pun. Tapi aku tak kesian pun dekat dia kena panjat tangga, Sape suh dia lambat datang bukak opis, betul dak???

Jun 15, 2011

Piala FA 2011- dari Pengulas Profesional Taraf 6 bintang

Wah, lama giles tak hapdet blog nih. Bukan hape, i pegi shopping kat Paris.kehkeh. Paris konon, Melaka mampu la kau noks.


Busy sikit, ni je ada masa free nak menghapdet blog. Ntah-ntah bos aku baca blog cun aku nih. Mana taknya, lepas entry aku yang sebelum ni, terus dia assign keje dekat aku.kihkih


Pss..pss, ni nak story sikit, sebagai rakyat klate, sedih wei Kelantan kalah final Piala FA haritu. Aku dah ready nak sorak kuat-kuat tetiba si Daudsu g sumbat gol sendiri. Adoi!!!Opss, takpe-takpe Daudsu, i tak marah u pun. Betul ni, ikhlas sebab aku tahu Daudsu main bola memang terbaik lah. Rajin dia g kejar bola. Suka tengok masa dia kejar bola rambut dia berayun lembut. err, guna syampu ape ye daudsu? Guna jari pun boleh eh? kahkahkah.


Kira Piala FA tahun ni memang tak dak rezeki la orang kata. Tapi yang paling aku respek penyokong The Red Warriors la. Tak de dah adegan bakar-bakar kerusi walaupun aku tahu ramai yang harap ada kerusi terbakar malam tuh. ye ah, senang dorang nak mintak dendakan?kan? FAM kan? Yang marah Daudsu pun tak ramai. Ramai lagi yang bagi motivate kat dia. Good,Good. Five Star lah untuk penyokong The Red Warriors kecuali dekat sekor yang baling mercun dalam padang tuh.


Liga Super pulak klate wei!!


Pehal tetiba aku g ulas pasal bola nih???konpius


May 10, 2011

Resign Letter, or Love Letter???

Masa google pasal resign letter, aku jumpa yang nih.Agak-agak kalau aku send yang ni je kat bos ok tak?


Tadi aku sampai awal opis. Belum bukak pun lagi opis nih.Niat dalam hati aku, ari Jumaat ni nak send resign letterdekat bos. Reason aku nak resign, boleh buat ramai yang menangis.Aku tak dak keje sangat sekarang nih. So, aku rasa macam duk makan gaji buta je.hehe.tragikkan reason aku?


Masa tunggu depan opis tadi, Finance Manager sampai. Dia taktahu password nak buka pintu, so, kitorang borak-borak kat depantu.Sekali dia bagi ceramah kat aku. Dia tanya aku ok tak keje sini.Aku cakap ok jer. Memang keje ok pun. Yang ni tak tipu yer.


Lepas tu dia cakap, memang standard keje kompeni it,masa ada projek keje berlambak, tapi kalau tak de projek,memang rilek la.Dia pesan, kalau tak de kejenak buat, belajar sendiri. Pergi google, buat research.Dia cakap keje ni, yang paling penting adalah PENGALAMAN.Tak kisah kalau mula dari bawah pun. Dia pun mula dari bawah.


Banyak lagi la yang dia cakap tadi. Ayork, tak sampai hati pulaknak resign.huhu. Dia bagitau tadi, bos kami akan appreciate orang kalau orang tu appreciate kompeni dia. Lagi serba salah..

Rasanya dah berapa kali ntah, tiap kali aku rasa nak resign, ada je benda yang menghalang. cewah, ayat x leh lah.. hahahha


conteng ayam : Kita bakor je lah dulu surat tuh!

Apr 27, 2011

Komuter Lagik!!

Ok, aku lambat masuk opis arini. Sebabnya komuter ke Sg. Buloh di BATALKAN. Bongoks r. Dah la tadi train ke Rawang padat macam sardin. Tak, sardin pun tak padat macam tu. Gila ah. Minggu lepas da lewat sahari, minggu ni pun lewat lagik sehari. Harap-harap esok tak lewat la. Bukan apa, aritu lewat terkantoi dengan Finance Manager. Dia nak ke opis satu lagi, boleh pulak aku terserempak dengan dia. Adoi!!. Untuk makluman, Opis tempat aku keje ni ada dua, yang aku duduk ni, bos jarang masuk sebab dorang duduk opis satu lagi. Kira selamat la kalo datang lewat. hehehe.


Tapi masalahnya, dua kali aku lewat, dua-dua kali kantoi. Arini boleh pulak terserempak ngan bos bahagian sales. Tapi tadi dia tengah call. Aku rasa dia tak nampak aku kot. hahaha. Harap-harap dia buat-buat tak nampak je la aku tadi.kihkihkih.

Apr 21, 2011

KTM dan hujan tak boleh dipisahkan

Pelik pulak aku tengok tajuk entry ni. Ah, Pedulikan je lah.


Ni aku nak kutuk ktm komuter sikit. Tak banyak pun, sikit je.

Selalu lambat, selalu batalkan perjalanan.


Takpe, aku sikit pun tak kisah. Aku suka sangat bab menunggu ni. Setakat 1 ke 2 jam tu ape la sangat. Tak sia-sia masa kat utem dulu aku praktis tunggu bas utem lama-lama.

Apr 20, 2011

Feeling

Emosi terganggu. Tu je.

Tak tahu nak buat apa.

Takut, berdebar, pening, semua ada.

Aku salah buat decision hape?

Mungkin laaa......

takpa... Ada hikmah di sebalik semua ni. InsyaAllah.

Apr 8, 2011

Cebisan Hati - tajuk paling ngeksss

Kadang-kadang aku tak faham kenapa ek, kita suka cakap orang macam tu la, macam ni la, padahal kita pun lebih kurang je, ntah-ntah lagi teruk. Emm, ni nak kena muhasabah diri ni.


Aiyork, penatnya sekarang. Banyak benda baru nak kena belajar. Kerja lagi susah rupanya dari study.So, sesape yang tengah study lagi tuh, enjoy urself, tak payah nak stress sangat. Apa yang kita belajar, tak semestinya kita akan guna masa kerja. Macam aku sekarang ni, banyak benda baru nak kena belajar.


SAP Business Object-my new lover. kihkih.. susah ooo..

Terima Kasih Laling!!

Terima Kasih laling. Terharu i dengan entry you tuh. Sentap mak.. hahahha Owh.. mahu nangis rasanya.. sob..sob..